Kebaikan kelas tuisyen kepada pelajar sekolah

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pusat tuisyen di negara ini bertambah dengan pesat bagai, cendawan tumbuh selepas hujan. Sejak kebelakangan ini, kelas tuisyen sudah menjadi sebahagian daripada budaya warga pelajar kita. Seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak lengkap tanpa menghadiri kelas tuisyen. Dengan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan pusat tuisyen merupakan sekolah kedua untuk para pelajar pada hari ini.

Dengan menghadiri kelas tuisyen, para pelajar mempersiapkan diri mereka ke arah peperiksaan. Hal ini demikian kerana mereka mendapat bimbingan intensif bagi setiap mata pelajaran daripada guru-guru tuisyen. Guru-guru tuisyen dapat memberikan tumpuan yang lebih dan mengukuhkan pemahaman para pelajar kerana bilangan pelajar di dalam kelas tuisyen adalah kecil. Oleh itu, guru tuisyen mudah untuk menyelesaikan masalah dan kekaburan yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, pelajar sekolah sekarang sering dibebankan dengan pelbagai tugasan seperti folio dan kerja kursus sehingga mereka tidak sempat untuk mengulang kaji pelajaran. Pelajar-pelajar sewajarnya membuat ulang kaji secara konsisten untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, kelas tuisyen dapat memberikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran. Mereka juga dibimbing menerusi kaedah latih tubi bagi membiasakan diri dengan bentuk soalan peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Sebagai kesimpulan, kewujudan pusat tuisyen lebih  banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pusat tuisyen di negara kita harus dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa agar mutu pengajaran serta bimbingan selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Kebaikan Dan Keburukan Facebook

 

Kebaikan facebook

-Perniagaan

Facebook dikenali sebagai alat perantara untuk mendapatkan target pasaran perniagaan. Amat mudah sekiranya kita ingin mnyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan. Contohnya, kita dapat memuat naikkan gambar barangan yang hendak di jual di laman sosial Facebook kita ataupun membuat “fan page” untuk jualan barangan supaya mudah untuk pengguna Facebook mengikuti setiap aktiviti yang kita kongsikan. Ini kerana Facebook dijadikan alat komunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dengan itu boleh la menggunakan kesempatan tersebut untuk mempromosikan barangan terbaru kita.

Langkah yang paling berkesan untuk mempromosikan barang jualan kita di Facebook ialah harus berkongsi barang jualan atau berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari supaya memastikan kita “visible” pada diri rakan-rakan di facebook. Langkah seterusnya harus mengutamakan kandungan berbanding membuat promosi semata-mata dengan memasukkan maklumat seperti di bahagian status supaya rakan-rakan di Facebook sedar akan kewujudan kita.

-Untuk penambahan ilmu pengetahuan

Dengan rangkaian yang begitu meluas dan pantas, Facebook sangat baik digunakan untuk berdakwah serta berkongsi ilmu pengetahuan. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea disamping menambahkan ilmu pengetahuan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat melalui perbincangan, forum atau berkongsi isi-isi yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan. Selain itu, Facebook juga boleh menubuhkan kumpulan untuk berkongsi minat bersama rakan-rakan kenalan contonhnya seperti menubuhkan kumpulan “Karate-Do”. Dari kumpulan itu, kita akan dapat pelbagai maklumat yang menarik tentang teknik-teknik seni mempertahankan diri hasil daripada perbincangan serta perkongsian ahli-ahli kumpulan tersebut.

Penggunaan Facebook juga turut popular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi untuk berkongsi ilmu dan dijadikan sebagai saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkaitan dengan akademik. Ia juga turut boleh berkongsi ilmu pengetahuan dengan kawan di luar Negara serta boleh berbual secara online dengan mereka. Dari situ, kita boleh berkongsi tentang cara hidup mereka ataupun budaya mereka.

-Jarak jauh

Facebook juga memiliki banyak kelebihan yang disediakan untuk memudahkan pengguna menghubungi rakan-rakan atau saudara mara yang berada di luar Negara mahupun di dalam Negara. Hal ini sangat menjimatkan kos kerana kos untuk menghubungi kawasan di luar Negara adalah sangat mahal. Dengan mempunyai internet, segala perkhidmatan di facebook boleh digunakan secara percuma. Antara yang disediakan oleh Facebook adalah “video call”. Di situ, kita boleh menghubungi rakan atau saudara mara yang jauh di perantauan sambil melihat mereka disana melalui “video call” tersebut. Dengan adanya aplikasi itu adalah satu kepuasan oleh pengguna kerana dapat berborak sambil bersemuka.

Selain daripada itu, Facebook juga menyediakan “chatting Messager”. Melalui “Chat” kita dapat berborak dengan rakan-rakan sambil berkongsi cerita, pelajaran mahupun perbincangan dan juga boleh menubuhkan kumpulan berbincangan di “Chat” tersebut. “Chat” juga memiliki “emotion” kartun yang comel-comel serta kita juga dapat berkongsi gambar mahupun video bersama rakan-rakan kita. Ia juga amat memudahkan lagi kita untuk menghubungi rakan serta saudara mara yang jauh dengan mengunakan aplikasi yang disediakan oleh Facebook ini. Hal yang demikian, dengan cara ini dapat lagi mengeratkan hubungan kita bersama orang-orang yang tersayang yang berada jauh diluar Negara.

 

Keburukan Facebook

-Menyebarkan Fitnah

Bagi sesetengah pengguna Facebook yang menyalahgunakan ruangan faceboook untuk menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah dan menyampaikan berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan seandainya tidak dicegah. Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media sosial seperti Facebook bukan perjuangan tetapi telah bertindak sebagai seorang yang pengecut.

Facebook juga dijadikan sebagai tempat luah perasaan dan kebanyakkan daripada remaja-remaja zaman sekarang yang suka melepaskan marah dengan membuat status untuk diketahui oleh orang ramai. Tidakkah mereka ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman Facebook. Hal ini juga boleh menimbulkan pergaduhan dikalangan mereka. Menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

Selain itu, mereka juga boleh membuat penyamaran identiti kerana Facebook boleh menutup maklumat peribadi daripada dikenali orang ramai malah mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan maklumat serta memuat naikkan gambar orang lain. Disebabkan perkara ini boleh menimbulkan fitnah kepada tuan empunya gambar atau maklumat peribadi yang disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

-Mencari keuntungan dengan penipuan

Sekarang banyak berlaku kes pernipuan di laman sosial Facebook terutamanya dari segi perniagaan online. Pihak yang malas bekerja dan mengambil cara mudah untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai melalui perniagaan ini. Ramai pengguna Facebook yang suka membeli secara online terpedaya dengan kata-kata penjual yang suka menipu.

Pihak yang tidak bertanggungjawab sangat berani melakukan penipuan seperti itu secara berulang kali dengan menggunakan identiti yang berlainan tanpa rasa bersalah. Walaupun sudah dibuat report pihak polis masih berani melakukan perkara seperti itu.  Mereka menggunakan identiti yang lain dan memuat naikkan gambar barangan jualan dengan meletakkan harga yang murah sehingga menarik perhatian pembeli. Sesudah di buat bayaran oleh pembeli, mereka menghilangkan diri tanpa menghantar barang yang dipesan oleh pembeli. Hal ini, menyebabkan kemarahan orang ramai dan mengakibatkan penganiayaan terhadap pembeli-pembeli online.

Bahayanya membeli secara online kerana kita tidak mengenali orang yang menjual barangan tersebut. Pihak yang tidak bertanggungjawab juga selalu menggunakan identiti lain untuk menyembunyikan diri mereka. Kita hanya menghubungi mereka melalui laman sosial sahaja dan mempercayai 100% terhadap mereka. Oleh kerana itu, untuk selamat membeli secara online haruslah menyiasat terlebih dahulu laman sosial si penjual samada sudah popular dengan pujian pelanggan ataupun testimoni daripada pelanggan.

-Keseronokan Dunia

Kajian mendapati penggunaan jaringan media sosial juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan kanak dan remaja belasan tahun. Mereka mudah mengalami keresahan, kemurungan dan masalah psikologi lain. Mereka juga terdedah kepada masalah kesihatan pada masa jangka panjang. Selain keburukan tersebut, Facebook juga didapati punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah hilang fokus dan memberi kesan negatif terhadap prestasi pembelajaran. Beberapa kajian mendapati pelajar sekolah menjenguk Facebook sekurang-kurangnya setiap lima belas minit sekali mencapai gred yang rendah.

Funstatic Sains Tahun 5 : Tenaga

(A) Sumber Tenaga

  1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
  2. Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan menjalani aktiviti seharian.

  3. Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan menjadikannya boleh digunakan.

  4. Matahari ialah sumber tenaga utama.

Picture

(B) Pelbagai Bentuk Tenaga

  1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. 
Picture

(C) Perubahan Bentuk Tenaga

  1. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
  2. Simbol (->) bermaksud “berubah kepada”, (+) bermaksud “dan”.
Picture

(D) Sumber Tenaga Boleh dan Tidak Boleh Diperbaharui

  1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:

    1. Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Matahari, Air, Ombak, Angin, Makanan, Biojisim.

  2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:

    1. Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
    2. Sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas habis digunakan.
    3. Contoh: Petroleum, Gas Asli, Arang Batu, Bahan Nuklear, Bateri.

  3. Tenaga elektrik dapat dijana daripada sumber bahan api fosil dan nuklear. Caranya:

    1. Bahan api/ nuklear dibakar.
    2. Air menjadi stim.
    3. Menggerakkan turbin.
    4. Generator menjana elektrik.



 (E) Berhemah Menggunakan Tenaga

  1. Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan tenaga dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

  2. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:

    1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
    2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
    3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

  3. Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:

    1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
    2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
    3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
    4. Kitar semula bahan yang terbuang. 

Picture

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan. Terdapat juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Walau bagaimana pun sains dan teknologi mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial.

Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, sains dan teknologi mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang perkara tersebut mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam.

Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.

Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi “stem cell” yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.

Kebaikan Internet dalam Kalangan Masyarakat

 

Pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had ini, internet menjadi perkara penting dalam kehidupan kita. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubungan dunia yang telah mengecilkan dunia selain televisyen. Ianya juga memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaannya yang meluas dan maklumat tanpa sempadan. Semua perkara dapat dilakukan dengan adanya internet. Masyarakat tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas serta dari mana-mana sahaja mahupun luar negara atau dalam negara. Masyarakat perlulah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan elakkan diri daripada menjadi katak di bawah tempurung.

Pertamanya, kegunaan internet yang utama adalah mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Internet sememangnya membolehkan kita mencari maklumat dalam masa yang singkat. Sama ada kita mencari dengan menggunakan telefon pintar atau komputer, hanya ada satu keperluan yang membolehkan kita melayari internet iaitu hubungan internet. Pada zaman ini, perkara ini menjadi satu kewajipan sehingga pada tahap remaja. Mereka sudah giat menggunakannya untuk berhubung dengan kawan-kawan mereka. Remaja juga boleh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Internet juga merupakan perkara yang ‘mesti ada’ dalam kalangan orang yang bekerja. Ianya memudahkan pencarian dan pengumpulan maklumat kepada sesiapa yang menggunakannya.

Seterusnya, internet dapat berkomunikasi di antara jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Internet memudahkan perhubungan kita dengan saudara mara kita yang jauh. Kemudahan perhubungan internet seperti ‘Facebook’, ‘Twiter’, ’email’ dan lain-lain dapat menghubungkan kita dengan seseorang di mana-mana sahaja. Berikutan itu, dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga terjamin. Tamsilnya, ibu bapa yang menghantar anaknya untuk belajar di luar negara selalu berhubung menggunakan perkhidmatan ‘skype’. Ibu bapa boleh berhubung dengan anak malah boleh melihat wajah mereka juga. Internet amat penting bagi mengekalkan hubungan yang erat kerana air dicincang tidak akan putus.

Selain itu, internet membenarkan ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan berkesan. Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi anak-anak di sekolah. Ibu bapa haruslah mengetahui pencapaian anak dalam pelajaran supaya kebajikan mereka tidak terabai dan mereka akan rasa disayangi oleh ibu bapa yang sibuk mencari duit untuk menampung perbelanjaan seharian. Internet boleh membaiki perkara berikut dengan mewujudkan sebuah laman web khas untuk mengetahui rekod pencapaian anak di sekolah. Tamsilnya, laman web SAPS disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak secara atas talian.

Selanjutnya, kebaikan internet juga adalah memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa, tenaga dan kos. Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan rutin harian mereka iaitu bekerja untuk mencari rezeki supaya dapat mengurangkan beban inflasi yang meningkat pada kebelakangan ini. Lanjutan daripada isi sebelumnya, kebanyakan masyarakat tiada masa untuk meluangkan sedikit masa untuk beriadah. Internet memberi jalan lain yang memudahkan kehidupan masyarakat dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan lain. Bagi seseorang yang tidak mempunyai masa untuk beriadah atau membuat urusan lain, Internet boleh memudahkan urusan pembelian barang terutamanya barang runcit.

Kesimpulannya, penggunaan internet sememangnya jelas memberikan seribu satu faedah atau manfaat kepada kita. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama, kita perlulah memanfaatkan penggunaan internet dalam menimba ilmu pengetahuan khasnya. Dalam era serba moden ini, kita janganlah ketinggalan umpama katak bawah tempurung kerana penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang.

 

 

Sains UPSR – PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan

 

  • Organ Pernafasan Haiwan
  • Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
  • Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan
    yang berbeza.

Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:

  1. Peparu

Image result for SISTEM PERNAFASAN

Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).

Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.

2. Spirakel

Image result for SPIRAKEL

Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.

Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.

3. Insang

Image result for insang

Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).

Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang

4. Kulit lembap

Image result for kulit lembab pernafasan

  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit   lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap

 

Kebaikan Amalan Menabung

 

Menabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bank. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.

 

  1. Simpanan untuk masa hadapan ialah faedah menabung adalah dapat membekalkan sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini.
  2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan. Setiap orang perl sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjagka pada bilaa masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan.
  3. Amalan agar tidak menjadi membazir. Menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran.Hal ini kerana dengan menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita.
  4. Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak.Amalan menabung yang disemai oleh ibubapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka.Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat tentang amalan menabung.
  5. Dijadikan bank kecil,tidak mengharapkan orang lain untuk memberi wang. Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya dapat menangani segala masalah.

Kelebihan Membaca !!

 

Adik-adik suka membaca buku ?

ermm mungkin setengah sahaja suka membaca buku, mungkin setengah itu suka main gajet.

 

JOM tengok kelebihan membaca:-

 

  1. Membaca akan meningkatkan ingatan anda. Sekiranya anda tidak menggunakan ingatan, ingatan anda akhirnya menjadi lemah. Permainan seperti silang kata akan mengurangkan risiko anda menyanyi pada usia tua. Walaupun bacaan bukanlah sejenis permainan, ia boleh membantu menghulurkan otot memori dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan permainan yang berbeza yang menggunakan ingatan. Ini kerana membaca memerlukan memori lebih lanjut mengenai apa yang anda baca. Secara tidak langsung akan meningkatkan kekuatan ingatan anda.
  2. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
  3. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
  4. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
  5. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
  6. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
  7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.

 

Cara-cara hilangkan stress

 

  1. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI 

    – Ekspresikan diri anda melalui semua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa cara yang anda mahu kanak-kanak melakukannya.

  2. URUTAN PADA TELINGA

    Mengurut telinga adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.

  3. LIHAT KEINDAHAN ALAM

    Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihat alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.

  4. MAKAN MAKANAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN

     

    – Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.

  5. CUKUP TIDUR 8 JAM 

    – Kanak-kanak sampai orang tua memerlukan 8 jam tidur setiap hari malam.

  6. BERIADAH 

     – Aktiviti beriadah ini akan bagi mengurangkan tekanan. Sekurang-kurang seminggu 2 kali untuk bersenam.

 

 

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

(A) Gerak Balas Tumbuhan

  1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahariairgraviti dan sentuhan.
  2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akarpucukdaun dan bunga.
  3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.

Picture

 
(B) Fotosintesis

  1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
  2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Mataharikarbon dioksidaair dan klorofil.

Picture

 
(C) Hasil Fotosintesis

  1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
  2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
  3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
  4. Rumus fotosintesis:

Picture


(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain

  1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
  2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Picture