Tiada Aktiviti yang Ingin Dilakukan Semasa Cuti Sekolah?

Hai, assalamualaikum semua. Ibu bapa diluar sana sudah ada perancangan sempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi?

Jika belum, kami disini ingin berkongsi idea dan cadangan untuk memenuhi masa anak-anak tuan puan dengan perkara yang bermanfaat sewaktu cuti sekolah. Antaranya ialah :

 

1. Melakukan kerja amal

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Gotong-royong di halaman rumah pun boleh menjadikan sebahagian daripada aktiviti semasa cuti sekolah.

 

2. Melukis, membaca, bermain alat muzik, tarian

Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

 

 

3. Program Cuti Sekolah

Program Cuti Sekolah juga banyak dianjurkan semasa cuti sekolah. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ibu bapa juga boleh mengisi masa lapang anak anda untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak luar.

Ia boleh membantu anak anda untuk  mengenali suasana sewaktu program dan boleh mengenali rakan-rakan baru sewaktu program berlangsung. Contohnya, pergi Kem Kembara Cuti Sekolah dan melawat tempat-tempat menarik seperti Muzium Negara dan Petrosains di KLCC.

 

Menarik bukan?

 

Kami juga  akan mengadakan Program Open Day pada bulan 12 nanti. Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan semasa program berlangsung. Program yang bermanfaat yang boleh diikuti oleh anak-anak tuan puan untuk menambah ilmu pengetahuan sambil melakukan aktiviti yang menarik berkenaan STEM (Pembelajaran secara Inkuiri) menggunakan bahan-bahan yang menarik digunakan sewaktu pembelajaran.

 

 

Dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah. Semoga apa yang kami kongsikan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk memenuhi aktiviti anak-anak anda semasa cuti sekolah.

 

Yakin Sebelum Berjaya!

 

Sumber Rujukan : http://uumtv.uum.edu.my/index.php/komuniti/254-10-aktiviti-bermanfaat-ketika-musim-cuti-sekolah

AKTIF KOKU VS PENCAPAIAN AKADEMIK!

Penting ke kokurikulum ni dengan pencapaian akademik?

Di setiap sekolah menegah mahupun sekolah rendah mempunyai kokurikulum dan unit beruniform, kenapa?

Kementerian Pelajaran memberitahu bahawa “WAJID” bagi setiap sekolah mempunyai kokurikulum dan unit beruniform kerana ia akan memberi pelajar pencapaian selain daripada pendidikan sahaja. Malah bukan sahaja di sekolah mempunyai kokurikulum, di university, politeknik, uitm dan yang lain-lain university jugak mengamalkan kokurikulum.

Sekolah menawarkan beberapa jenis kokurikulum dan badan beruniform seperti, Polis, Bomba, Pispa, Olahragawan, Pengakap, PBSM, Pandu Puteri dan sebagainya.

Related imageRelated imageImage result for polis logo

Di atas adalah logo badan beruniform :-

Penting ke kokurikulum kepada pelajar sekolah? sebernya kokurikulum ini adalah untuk memberi pelajar sekolah pencapaian yang lebih selain daripada pencapaian pendidikan. Sekiranya pelajar sekolah mendapat keputusan yang kurang baik, mereka mempunyai pencapaian kokurikulum. Kenapa pencapaian kokurikulum dapat berikan apa-apa impak ke?

Sebernya sekiranya kokurikulum pelajar sekolah baik dan aktive, pelajar tersebut boleh dipanggil dari mana-mana university mahupun tempat pengajian lain. kenapa? kerana kokurikulum merupakan no 2 yang di pandang oleh pihak pendidikan.

Pelajar sekolah yang lemah dalam mata pelajaran mahupun dalam pendidikan mereka sebernya mempunyai kelebihan tersendiri dan minat yang tersendiri. Ada pelajar sekolah yang minat dalam kokurikulum dan ada yang minat dalam sukan dan sebagainya, dan itu adalah kejayaan bagi mereka.

Ya memang pendidikan itu penting pada zaman sekarang, sekiranya anak tuan dan puan minat dalam bidang kokurikulum, beri semangat dan sokong mereka dan pada masa yang sama ibu bapa menyuruh mereka belajar untuk pendidikan mereka. Sekiranya pelajar susah untuk belajar di sekolah mungkin kerana ramai pelajar? ibu bapa boleh lah mengambil Home Tuition untuk anak meraka ataupun hantar mereka ke pusat tuition?

5 Tips Yang Meningkatkan Pembelajaran Anak Anda..

Selain itu, sukan juga merupakan pencapaian yang amat baik bagi pelajar sekolah. Kerana sukan juga merupakan aset penting bagi Negara kita. Pelajar sekolah yang minat dalam sukan akan merupakan atlet untuk masa hadapan dan akan di ajar oleh jurulatih yang professional.

Related image

Terdapat beberapa pelajar yang tidak minat untuk belajar dan hanya ingin bersukan sahaja, ia agak bahaya bagi ibu bapa yang pentingkan sukan sahaja, ibu bapa haruslah bahagikan masa anak mereka supaya tidak melupakan atau pentingkan pelajaran. Anak-anak akan mendengar cakap ibu bapa mereka sekiranya ibu bapa bercakap dengan baik dan menghadian kan mereka sekiranya mereka berjaya dalam pendidikan.

Kokurikulum dan Badan Beruniform penting bagi pelajar sekolah tetapi ia merupakan kepentingan yang ke 2. Untuk pendidikan merupakan yang pertama kerana pelajar sekolah wajib tahu dan belajar untuk masa hadapan mereka.

Di bawah adalah video seorang guru yang berpengalaman dan menceritakan tentang perbandingan kokurikulum dan pendidikan :-

“Daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah nak jadi olahragawan, akhirnya masa tingkatan 5 baru saya berjaya jadi Atlit Wakil Negeri!”

Dengarkan perkongsian daripada Cikgu Syahir Mustaqim berkongsi tips bagaimana beliau cemerlang dalam kokurikulum tanpa mengabaikan akademik.

Anak anda sangat aktif dalam koku atau sukan sehingga ketinggalan dalam pelajaran?

Ingin kami bantu anda dengan Home Tuition Mentoring untuk anak belajar dan ulangkaji pelajaran di rumah? KLIK https://tinyurl.com/nakHTM-live untuk maklumat lanjut.

Pelajar Merancang Untuk Berjaya, Bukan Untuk Gagal…

Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.

Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR ANDA BOLEH AMALKAN

  1. Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
  2. Rancang jadual tetapi utamakan priorities
  3. Fokus dan belajar katakan tidak
  4. Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia
  5. Jejak kembali masa yang telah berlalu
  6. Baca Novel / Buku Ilmiah
  7. Menolong Ibu Bapa di Rumah

 

 

MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??

Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?

Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?

Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?

Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.

Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK

Jom tengok apa yang ada dalam program ni…

5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR🎈

  • Program berlangsung selama 2 HARI
  • Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG, ISNIN dan SELASA. Jadi, ibu2 yang bekerja boleh hantar anak sebelum bekerja & fokus kerja tanpa perlu risau apa yang anak buat untuk isi masa cuti
  • PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
  • SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
  • Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF

Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA

Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.

(Sains)

Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi

Apa Keunikan Program ini??

Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)

– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah

– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran

– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran

– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:

⌚MASA: 8 pagi – 5 petang

TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang

Lock Date
25 dan 26 March 2019 (Isnin & Selasa)

Berapa pula PELABURAN Anda:

Kami ada harga istimewa untuk anda:  RM150 seorang

WOW!!!😱

.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan hanya RM97 seorang!!

Nak daftar sekarang??

BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!

Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek

WHATSAPP “Funtastic” ke https://api.whatsapp.com/send?phone=6013-7153776 SEGERA!

PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-

Sistem Pengurusan kokurikulum

Kokurikulum merupakan suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai, unsur – unsur dan budaya untuk pelajar. Kokurikulum suatu program pendidikan yang termasuk kokurikulum semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnyadari segi jasmani, rohani, intelektual, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta pendidikan).

Peranan kokurikulum

1. Perkembangan individu secara menyeluruh

2. Penerapan dan perkembangan nilai nilai murni

3. Penyebaran ilmu pengetahuan

4. Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu

5. Melahirkan tenaga mahir

Aktiviti kokurikulum hendaklah di jalankan sepanjang tahun , namum pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kokurikulum. Pemantauan aktiviti hendaklah dilakukan untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/ persatuan.