Sains Sekolah Rendah : Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah

 

Jom kita ulangkaji salah satu Kemahiran Proses Sains (KPS) Mengawal Pemboleh Ubah.

 

Kenapa Pelajar Sekolah Rendah perlu kuasai topik Pembolehubah?

Pelajar akan dapat kuasai & jawab soalan TUJUAN, PEMERHATIAN, INFERENS, HIPOTESIS dan KESIMPULAN dengan betul, bila sudah kuasai topik ini.

 

 

Jom kita terus ke topik sebenar.

Apa itu pembolehubah?

 

Ada 3 Jenis Pemboleh Ubah:

 

➊ Pemboleh ubah Dimanipulasi (PM)

Pemboleh Ubah dimanipulasi (PM) adalah perkara yang perlu diubah / ditukar / dibezakan dalam satu eksperimen. Jika tidak diubah / ditukar / dibezakan eksperimen tidak akan berjaya dan ini biasanya menjadi sesuatu yang berbeza dari awal eksperimen. Fakta pemboleh ubah dimanipulasi (PM) boleh digunakan sebagai Inferens.

 

➋ Pemboleh ubah Bergerak balas (PB)

Pemboleh ubah Bergerak balas (PB) adalah Hasil Eksperimen atau Keputusan Penyiasatan yang kita cari. Di akhir penyiasatan, hasil eksperimen yang diukur perlu ditulis Sebagai (PB).. Jadi Pemerhatian perlu dimulakan dengan berdasarkan Pemboleh ubah bergerak balas (PB)

 

➌ Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM)

Pemboleh ubah DiMalarkan (PDM) adalah Perkara yang perlu disamakan supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen. Eksperimen akan terganggu jika semua perkara diubah dan menghasilkan keputusan yang Salah..

 

 

 

SYARAT-SYARAT MENULIS PEMBOLEH UBAH.

 

⑴ Secara umumnya, untuk menulis sesuatu pemboleh ubah ianya mengandungi dua perkara iaitu PARAMETER dan OBJEK. Parameter adalah Ciri bagi pemboleh ubah tersebut.. Pastikan pemboleh ubah kita lengkap dengan parameter untuk mengelakkan kehilangan markah.

⑵ Pemboleh ubah = PARAMETER + OBJEK.. Jika salah satu tidak ada maka jawapan Pemboleh Ubah tidak akan diterima..

⑶ Contoh – contoh PARAMETER + OBJEK:

  •  Isipadu + Air yang tinggal
  •  Masa + Ais melebur
  •  Panjang + Kain
  •  Suhu + Udara kandang
  •  Kuantiti + Anak ayam
  •  Jenis + Permukaan
  •  Bilangan + Tuala
  •  Baka + Kambing
  •  Tempoh + Air mendidih
  •  Jarak + sumber cahaya dari objek
  •  Keadaan + Tanah
  •  Kecerahan + Mentol
  •  Kehadiran + Udara dan Air
  •  Saiz + Ladang
  •  Warna + Bola

 

Contoh soalan:

Apakah PEMBOLEH UBAH dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH bergerakbalas dalam penyiasatan ini?

Apakah PEMBOLEH UBAH dimalarkan dalam penyiasatan ini?

Tuliskan dua maklumat yang dikenal pasti dalam penyiasatan ini.

Berikan satu maklumat dalam penyiasatan ini?

 

CONTOH JAWAPAN SOALAN PEMBOLEH UBAH

 

① Pembolehubah tiada parameter.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Air dipanaskan
Jawapan Betul  Masa Air dipanaskan

 

② Pembolehubah ditulis bersama pola/corak perubahan.

Contoh :
Jawapan Salah☒ Saiz Ayam semakin Bertambah
Jawapan Betul  Saiz Ayam

 

③ Tidak tahu kedudukan pembolehubah dalam rangsangan soalan.
Eksperimen mengenai saiz jengkal murid dengan bilangan ukuran Meja (jengkal). Soalan minta PM

Contoh :
Jawapan Salah☒ Bilangan ukuran Meja
Jawapan Betul  Saiz Jengkal Murid

 

④. Untuk soalan berikan satu maklumat, calon menyatakan lebih daripada satu jawapan. Jawapan pertama sahaja disemak

Contoh :
Jawapan Salah☒ Kehadiran udara dan keadaan tikus selepas 2 hari
Jawapan Betul  Keadaan tikus selepas 2 hari

 

⑤ Untuk soalan berikan maklumat, calon menyatakan maklumat yang salah

Contoh :
Jawapan Salah☒ Katak bertambah berbanding belalang
Jawapan Betul  Bilangan katak, Bilangan belalang

 

Semoga bermanfaat ;)

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

 

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition @ Online Tuition dalam subjek Sains atau apa-apa subjek dan tahap boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

 

Eksklusif ‘Online Group Tuition Funtastic’ Serendah RM10!

Nak join Exclusive Online Group Tuition?

 

Nak tahu pakej apa yang ada?

Betul ke ada serendah RM10?

Betul tuan/puan :)

 

Apa Kelebihan Online Group Tuition ni:

SELAMAT, MUDAH & SERONOK!

+ Anda tak boleh keluar rumah? Jangan bimbang… Boleh tuisyen dari rumah saja!

+ Tak ada komputer di rumah? Tak mengapa… Anda boleh tuisyen menggunakan smartphone, tab atau laptop saja!

+ Bosan belajar sorang kat rumah? Nak tahu cara mudah selesaikan soalan2? Ni kami sediakan solusi untuk anda… Online Tuition yang ada Smart & Fun Learning

 

 

Klik pada subjek untuk lihat pakej & mendaftar :

 

Add Maths / Matematik Tambahan 

 

Matematik SPM

 

Biologi SPM

 

Fizik SPM

 

Kimia SPM

 

Arab SPM

 

Prinsip Akaun SPM

 

Matematik PT3

 

Sains PT3

 

Bahasa Melayu PT3

 

 

Sains UPSR

 

Matematik UPSR

 

Arab UPKK/PSRA

 

Mengaji Al-Quran

 

Tajwid Infografik

 

Perlukan bantuan / ada sebarang pertanyaan?

 

Pembelajaran Tanpa Sempadan… Tiada Alasan Lagi Untuk Ketinggalan

Jika dilihat keadaan dunia sekarang, kita amat memerlukan teknologi untuk terus berhubung antara satu sama lain.

Kita bukan saja risau keluar kerana perintah, tetapi juga untuk keselamatan diri & keluarga.

Tapi kita tetap mahu berhubung dengan dunia luar terutamanya keluarga & saudara mara.

 

Sama juga dengan belajar, kita tidak boleh meletakkan alasan hanya kerana tidak dapat ke kelas atau tutor tidak dapat ke rumah, untuk kita biarkan anak-anak tidak belajar atau mengulangkaji pelajaran.

Pasti ada solusi yang terbaik untuk anak-anak boleh belajar tanpa meletakkan diri dalam kerisauan jangkitan virus.

Sebelum ini, ada yang masih ‘rigid’ dengan pembelajaran secara atas talian (online).

Ada yang kata “Takpe lah, nanti anak tak belajar pula.”
“Saya nak tunggu je, takut tak berkesan untuk anak saya”

 

Tapi dapat dilihat, dalam keadaan sekarang, ramai sudah mula mencuba untuk belajar secara online. Semua jenis pembelajaran, sama ada seminar, kelas tuisyen, home tuition dan lain-lain banyak diubah kepada medium online.

 

Apa kebaikan pembelajaran secara online ni?

Saya kongsikan 3 antara kelebihan Online Tuition dari CMN Academy

 

1- Pembelajaran secara 1 to 1 atau berkumpulan. Masih lagi menerapkan pembelajaran secara berfokus & fun learning, tutor kami diberi training untuk menjalankan kelas secara online, dengan lebih menarik & berkesan.

 

2- Masa yang fleksible & tanpa sempadan tempat. Mana-mana pun boleh belajar, walaupun pelajar balik kampung (kena ada akses internet yang stabil je). Jadi waktu-waktu genting, puasa, raya atau apa-apa perayaan pun tak ada masalah untuk belajar. Asalkan bersedia mental & fizikal untuk menerima ilmu.

 

3- Monitoring. Ni best! Tutor tetap perlu beri report pengajaran & pembelajaran secara bulanan. Kami juga akan monitor dari masa ke masa, terutamanya kelas pertama untuk memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Anda sebagai ibu bapa juga boleh monitor di rumah, jadi tak ada alasan lagi untuk ‘goyang kaki’ saja sepanjang cuti ini.

Kami di CMN Academy telah mulakan Online Tuition sejak 2016. Kami cuba untuk ‘educate’ pelajar, ibu bapa, malah pendidik sendiri untuk belajar & mengajar secara online. Kami masih komited untuk membantu anak anda terus belajar tanpa ketinggalan.

 

Masih lagi ragu-ragu??

Nak cuba secara PERCUMA?

Klik je gambar di bawah…

3 Perkara Ibu Bapa Boleh Bantu Anak Terus Belajar Semasa Waktu Genting

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia yang membimbangkan hingga membawa kepada kes kematian.

 

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk.

 

Kita perlu elakkan diri daripada menghadiri perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini.

 

Kita juga perlu elakkan daripada membuat aktiviti di luar rumah.

 

Jadi kita semua perlu berjaga-jaga bagi mencegah penularan wabak covid-19.

Ibu Bapa perlu tahu 3 perkara yang dapat membantu anak-anak supaya tidak tercicir dalam pembelajaran. Antaranya ialah :

 

  1. Kena ikut garis panduan penjagaan diri.
  2. Bantu anak anda ulangkaji di rumah.
  3. Belajar secara dalam talian (online tuition).

ONLINE TUITION – SELAMAT, MUDAH & JIMAT, SOLUSI SEMASA KEADAAN TERKINI

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman di postingnya juga ada menyarankan untuk pembelajaran biasa ditukarkan kepada pembelajaran atas talian bagi mengekang risiko penyebaran COVID-19. 

“Pada waktu ini, tidak boleh dinafikan bahawa melaksanakan kelas secara home tuisyen persendirian adalah lebih mudah dikawal. Atau dilaksanakan kelas bersama para pelajar secara ATAS TALIAN ‘online’ adalah lebih baik bagi mengekang risiko COVID-19.”

 

Jadi, kami sarankan anda supaya mengambil online tuition terutamanya untuk anak yang nak exam besar tahun ini (UPR, PT3, SPM) atau anak yang perlukan bantuan untuk belajar di rumah, supaya pembelajaran mereka tidak tergendala dan ketinggalan.

 

Untuk perkongsian lebih lanjut berkenaan tajuk ini, boleh KLIK DISINI :)

CABARAN SKOR ‘A’ SAINS UPSR: KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA [MEMBUAT KESIMPULAN]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Apa khabar Ibu Bapa serta pelajar di luar sana ? 😊

 

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Mentafsir Data iaitu Membuat KESIMPULAN.

 

Ramai di kalangan Calon UPSR yang masih tidak tahu kaedah yang betul menjawab Soalan KESIMPULAN.. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman mengajar teknik yang mudah difahami untuk menjawab soalan Kesimpulan. Diharap dapat membantu Calon-calon UPSR 2020 yang masih mencari-cari cara menjawab soalan KESIMPULAN.

 

🔲 APA ITU KESIMPULAN?

👉 KESIMPULAN adalah penyataan dibuat selepas sesuatu eksperimen dijalankan.

👉 Membuat KESIMPULAN adalah merupakan satu penyataan yang dibuat dengan merangkumi semua maklumat atau data dalam eksperimen yang telah dikumpul.

👉 KESIMPULAN dapat mengesahkan sesuatu hipotesis yang dibuat pada awal eksperimen sama ada benar, separa benar atau pun tidak benar

👉 KESIMPULAN juga adalah aktiviti membuat perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dengan pembolehubah yang bergerak balas (PB).

 

🔎 CONTOH SOALAN

👉 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

👉 Berdasarkan jadual di atas, nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat.

 

🔲 CARA MENULIS JAWAPAN

Terdapat 3 situasi SOALAN yang akan mengubah cara menjawab soalan KESIMPULAN:- 

 

1⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) dan Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___corak___ ,

 

Maka ….…(PB)……..… ___corak___.

Semakin ___corak___ ……..(PM)….….,

Semakin ___corak___ ….…(PB)……..…

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

 

2⃣ Cuma ada SATU Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Tetapi ada DUA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

DAN

 

APABILA ……..(PM)….…. DARI _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

MANAKALA

PADA ……..(PM)….…. _____FAKTA_______ ,

MAKA ….…(PB)……..… ___CORAK___

 

 

*(sila rujuk contoh dalam gambar yang disediakan)

 

3⃣ TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Dimanipulasi (PM) Dan TIADA Pola/ Corak pada Pemboleh Ubah Bergerakbalas (PB)

Apabila ……..(PM)….…. ___ FAKTA___ ,

Maka ….…(PB)……..… ___FAKTA___ .

*(sila rujuk contoh jawapan dalam gambar yang disediakan)

🔲 KESALAHAN UMUM MEMBUAT KESIMPULAN

1⃣ Calon menyatakan KESIMPULAN dengan ayat BAHASA MELAYU PEMAHAMAN. (SAYANG CIKGU BM)

✎ Jawapan ✘ ➳ Kesimpulan untuk penyiasatan ini ialah anak ayam bertambah bila bulan bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan bulan bertambah, Maka bilangan anak ayam bertambah.

2⃣ Calon menyatakan jawapan dalam bentuk inferens

✎ Jawapan ✘ ➳ Isipadu semakin besar kerana saiz kotak besar

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz kota bertambah, maka Isipadu kotak bertambah.

3⃣ Jawapan terpesong dari kehendak jawapan.

✎ Jawapan ✘ ➳ Kelajuan dan jenis keretapi adalah berbeza

✎ Jawapan  ➳ Apabila Kemodenan Keretapi bertambah, maka kelajuan keretapi bertambah.

4⃣ Calon tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah

✎ Jawapan ✘ ➳ semakin bertambah haiwan semakin bertambah makanan

✎ Jawapan  ➳ Apabila Saiz haiwan bertambah. Maka jumlah makanan yang diperlukan sehari oleh haiwan bertambah.

5⃣ Calon tidak meletakkan pola atau corak dalam kesimpulan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan mentol maka kecerahan mentol terang

✎ Jawapan  ➳ Apabila bilangan mentol bertambah maka kecerahan mentol berkurang

6⃣ Calon salah menulis salah satu pemboleh ubah.

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila jenis haiwan bertambah maka bilangan telur yang dihasilkan bertambah.

✎ Jawapan  ➳ Apabila Bilangan telur dihasilkan bertambah Maka bilangan anak haiwan yang selamat bertambah.

7⃣ Calon menulis data yang tidak diberikan

✎ Jawapan ✘ ➳ Apabila bilangan murid bertambah maka panjang meja bertambah

✎ Jawapan  ➳ Apabila Panjang jari Murid bertambah maka ukuran panjang meja (jengkal) berkurang.

8⃣ Calon Menulis jawapan untuk soalan tujuan.

✎ Jawapan ✘ ➳ untuk menyiasat suhu persekitaran dengan bilangan tomato

✎ Jawapan  ➳ Apabila suhu persekitaraan berkurang, maka bilangan tomato bertambah.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon-calon UPSR 2020

 

Credit : PHT Cikgu Shahrul

 

Cuti sekolah dah bermula 

 

Ibu bapa masih belum ada “plan” untuk mengisi masa lapang anak-anak pada hari cuti  ❓

 

Nak anak-anak spend masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan pastinya menambah ilmu pengetahuan ?

 

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA DI LUAR SANA 📢📢📢

 

Sempena cuti sekolah kami ada menganjurkan beberapa program untuk bantu anak anda minat belajar dalam subjek MATH & SAINS iaitu…

 

Program Cuti Sekolah (PCS) yang bakal mengubah persepsi anak anda terhadap pembelajaran 

 

Pendaftaran masih dibuka ‼ Tempat adalah terhad ‼ 

 

CABARAN SKOR ‘A’ SAINS UPSR: KEMAHIRAN MENTAFSIR DATA [TUJUAN]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Hari ini saya nak berkongsi mengenai cabaran skor A sains UPSR  iaitu kemahiran mentafsir data [TUJUAN]

 

Soalan Tujuan adalah salah satu soalan yang sering disoal dalam Kertas 2 Sains UPSR untuk membantu Calon bagi mendapatkan markah MUDAH dalam Sains Kertas 2. Calon boleh mendapat markah dengan Mudah kerana aras soalan Tujuan berada di aras sederhana. Hanya Kemahiran Mentafsir data diuji dalam soalan tujuan.

 

Dalam sesuatu eksperimen, TUJUAN sesuatu eksperimen dibuat adalah untuk membuktikan hubungan antara dua pemboleh ubah.

 

Soalan diuji untuk melihat sama ada Calon dapat mengkaji pengaruh diantara pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) terhadap pemboleh ubah bergerak balas (PB). Soalan tujuan termasuk dalam Kemahiran Proses Sains (KPS) : Mentafsir data.

✎ Contoh Soalan

🔘 Apakah tujuan penyiasatan di atas

🔘 Apakah matlamat eksperimen di atas

🔘 Nyatakan tujuan/matlamat bagi penyiasatan/eksperimen di atas

✎ Cara Menulis Jawapan

🔘 Untuk Menyiasat Hubungan Diantara ……Perkara yang diubah (PM).…. dengan …Perkara yang diubah (PB)……

🔘 Untuk Mengkaji Hubungan Diantara ……Perkara yang diubah (PM).…. dengan …Perkara yang diubah (PB)……

 

✎ KESALAHAN UMUM MENJAWAB SOALAN TUJUAN

 Calon menyatakan tujuan dengan ayat kefahaman sendiri (Sayang Cikgu Bahasa Melayu) 
Jawapan Salah ✘ ➳ Tujuan Penyiasatan ini ialah untuk mengkaji anak ayam dan bulan
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara bilangan bulan dengan jumlah anak ayam.

 

 Calon menyatakan jawapan dalam bentuk hubungan 
Jawapan Salah ✘ ➳ Semakin besar kotak semakin besar isipadu
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara saiz kotak dengan jumlah isipadu kotak.

 

 Jawapan terpesong dari kehendak SOALAN 
Jawapan Salah ✘ ➳ Dua kereta api yang berbeza jenis
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara jenis keretapi dengan kelajuan kereta api (km/j)

 

 Calon tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah 
Jawapan Salah ✘ ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara jenis haiwan dengan makanan sehari
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara saiz haiwan dengan jualah makanan diperlukan sehari

 

 Calon meletakkan pola atau corak dalam tujuan
Jawapan Salah ✘ ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara bertambahnya mentol dengan bertambah kecerahan
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara bilangan mentol dengan kecerahan mentol.

 

 Calon salah menulis salah satu pemboleh ubah 
Jawapan Salah ✘ ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara jenis kenderaan dengan kelajuan kereta api
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara jenis kereta api dengan kelajuan kereta api.

 

 Calon menulis data yang tidak diberikan 
Jawapan Salah ✘ ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara bilangan murid dengan bilangan meja
Jawapan Betul  ➳ Untuk menyiasat hubungan diantara panjang jari murid dengan ukuran panjang meja (jengkal)

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu murid yang lemah dalam Mata pelajaran Sains untuk mendapatkan markah MUDAH semasa menjawab soalan TUJUAN

 

Kredit : PHT Cikgu Shahrul

 

Cuti sekolah dah bermula

 

Ibu bapa masih belum ada plan untuk mengisi masa lapang anak-anak pada hari cuti nanti ❓❓❓

 

Nak anak-anak spend masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan pastinya menambah ilmu pengetahuan ?

 

KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK IBU BAPA DI LUAR SANA 📢📢📢

 

Sempena cuti sekolah kami ada menganjurkan beberapa program untuk bantu anak anda minat belajar dalam subjek MATH & SAINS iaitu…

 

Program Cuti Sekolah (PCS) yang bakal mengubah persepsi anak anda terhadap pembelajaran 

 

Pendaftaran masih dibuka ‼ Tempat adalah terhad ‼ 

Sains UPSR – PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan

 

  • Organ Pernafasan Haiwan
  • Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
  • Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan
    yang berbeza.

Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:

  1. Peparu

Image result for SISTEM PERNAFASAN

Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).

Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.

2. Spirakel

Image result for SPIRAKEL

Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.

Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.

3. Insang

Image result for insang

Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).

Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang

4. Kulit lembap

Image result for kulit lembab pernafasan

  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit   lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap

 

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan

(A) Gerak Balas Tumbuhan

  1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahariairgraviti dan sentuhan.
  2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akarpucukdaun dan bunga.
  3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.

Picture

 
(B) Fotosintesis

  1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
  2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Mataharikarbon dioksidaair dan klorofil.

Picture

 
(C) Hasil Fotosintesis

  1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
  2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
  3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
  4. Rumus fotosintesis:

Picture


(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain

  1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
  2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Picture

KESALAHAN UMUM INFERENS

 

Inferens ialah penerangan mengenai hasil sesuatu eksperimen atau mengapa sesuatu itu terjadi. Apa saja teori, konsep atau fakta Sains yang dipelajari dalam sukatan matapelajaran Sains sekolah rendah, boleh digunakan sebagai inferens.

INFERENS MEWAKILI PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN.

Terdapat 3 jenis inferens:

a) Inferens bebas – Memberi alasan / sebab yang munasabah tanpa had.
Apa saja perkara yang ada di dalam minda, perkara yang difikirkan, perkara atau perkataan yang tidak dinyatakan dalam soalan (teori, konsep atau fakta Sains), boleh digunakan sebagai inferens.

b) Inferens terkawal – Memberi alasan / sebab berdasarkan sesuatu rangsangan atau pemerhatian tambahan yang diberi.

c) Inferens perbandingan – Memberi alasan / sebab dengan membandingkan pemerhatian lain yang diberi. JIKA TIADA PERBANDINGAN, JAWAPAN SALAH


Cara menjawab INFERENS yang betul adalah:

A) Pemboleh ubah bergerak balas dan huraiannya (pemerhatian) kerana perkara yang difikirkan yang boleh dijadikan sebagai faktor/sebab untuk menerangkan pemerhatian.

B) Tidak perlu menyatakan pemerhatian (jika pemerhatian telah dinyatakan atau soalan pemerhatian telah ditanya pada soalan sebelumnya), hanya nyatakan terus inferens. MESTI DIMULAKAN DENGAN KERANA

Berikut adalah beberapa contoh kesalahan umum INFERENS yang sering dilakukan oleh murid dalam menulis INFERENS.

1) Terdapat 2 buah akuarium iaitu akuarium A dan B, yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor ikan diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di dalam akuarium B.

Inferens SALAH:
Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak.

Inferens BETUL::
Ikan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas

2) Terdapat 2 buah ladang labu yang pokoknya ditanam pada jarak yang berbeza menghasilkan purata berat labu yang berlainan.

Inferens SALAH::
Purata berat labu di ladang A lebih berat kerana jarak tanaman lebih jauh

Inferens BETUL::
Purata berat labu di ladang A lebih berat kerana kurang persaingan ruang/ air/ nutrient berbanding di ladang B

3) Dalam satu penyiasatan 2 mentol disusun dalam litar bersiri dan litar selari. Salah satu mentol dalam litar telah pecah. Berdasarkan pemerhatian, tuliskan inferens yang sesuai

Inferens SALAH::
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana mentol disambungkan secara bersiri

Inferens BETUL::
Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana terdapat satu aliran elektrik sahaja dalam litar bersiri.

4) Satu pemerhatian dilakukan terhadap pengembangan doh yang telah dicampurkan dengan 2 sudu yis. Nyatakan inferens kamu diatas perubahan yang berlaku pada pemerhatian tersebut.

Inferens SALAH::
Doh mengembang kerana dicampurkan dengan yis

Inferens BETUL::
Doh mengembang kerana yis / mikroorganisma bernafas.

5) Satu penyiasatan terhadap 2 kepingan roti P dan Q selepas dibiarkan selama beberapa hari. Roti P tidak direnjiskan air manakala roti Q direnjiskan air.

Nyatakan inferens kamu diatas perubahan yang berlaku pada pemerhatian tersebut.

Inferens SALAH::
Roti Q berkulat kerana direnjiskan air.
Roti P berkeadaan baik kerana ia roti kering.

Inferens BETUL::
Roti Q berkulat kerana mikroorganisma bertumbuh dengan air.
Roti P berkeadaan baik kerana mikroorganisma tidak boleh bertumbuh tanpa air.

6) Satu penyiasatan dilakukan dengan mencatatkan perubahan panjang bayang-bayang dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Nyatakan inferens tentang perubahan panjang bayang-bayang.

Inferens SALAH::
Panjang bayang-bayang berubah kerana masa bertambah

Inferens BETUL::
Panjang bayang-bayang berubah kerana bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak anak-anak dalam menjawab soalan INFERENS dengan betul dan tepat.

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Tips Membantu Calon Lemah Sains.

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka cemerlang dalam semua subjek di sekolah dan mendapat keputusan yang membanggakan, pasti membuatkan ibu bapa berasa senang duduk dengan isu ini. Akan tetapi tidak semua subjek anak-anak dapat kuasai. Di sini ada beberapa tips untuk membantu calon yang lemah sains…

Sebelum itu mari kita kenal pasti Kategori Murid LEMAH Sains ini dahulu… Dari pemerhatian Cikgu selama menjadi guru Sains, ada 3 kategori Murid LEMAH Sains ini.

1. Kategori Lemah Linus

Cikgu namakan kategori ini Lemah Linus kerana murid yang lemah ini biasanya tidak boleh membaca dan mengira dengan betul… Masih bermasalah membaca dan tidak memahami apa yang dibacanya… Lebih menyedihkan lagi tidak menjawab Soalan-Soalan yang diberikan kerana tidak Faham apa yang ditulis…

2. Kategori Malas Membaca

Murid ini Boleh membaca dan faham maksud perkataan tetapi Kategori ini adalah kategori murid yang tidak berminat untuk membaca soalan. Kurang minat belajar dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran. Kebiasaannya Murid ini tidak dapat memahami kehendak soalan Sains dan jawapan yang diberi sekadar Hentam Kromo, janji tangkap muat je…

3. Kategori Malas Ingat Fakta

Murid ini boleh membaca dan memahami, tidak malas membaca Soalan tetapi tidak mampu atau tidak mahu mengingati Fakta.. Biasanya murid ini faham soalan tetapi bila menjawab soalan jawapan diberi dengan fakta sendiri yang direka… Jawapan tidak mengikut logik akal kerana tidak percaya dengan fakta yang tersimpan dalam fikirannya…

Untuk mengatasi Masalah-Masalah ini, Cikgu akan kongsikan kaedah Membantu mengikut kategori Murid-murid ini agar dapat membantu guru-guru atau Ibu Bapa mengenalpasti masalah sebelum membantu murid-murid ini yakin untuk menjawab soalan Sains dari awal tahun lagi…

💡Tips Membantu Kategori Lemah Linus.

1. Mula kelas membaca dan menulis suku kata dari sekarang. Latihan membaca setiap hari

2. Buat latihan susun ayat dan fahamkan ayat pada murid.

3. Pembelajaran yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid..

4. Pastikan dia cuba menjawab semua soalan-soalan Sains

5. Membaca Soalan Bersama murid dan terangkan maksud soalan dan jawapan pada murid…

6. Latihan asas sains seperti membina Jadual, melukis gambar rajah perlu diperbanyakkan…

💡Tips Membantu Kategori Malas Membaca.

1. Latih murid membaca Soalan dan menjawab soalan secara sempurna..

2. Hukuman dan ganjaran semasa aktiviti pengajaran dan peneguhan

3. Latihan membaca dengan betul dan terangkan maksud pada setiap hari.

4. Pembelajaran yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid..

5. Latih Tubi cara menjawab soalan-soalan Peperiksaan yang lebih kerap. Ajar Garis Kata Kunci pada soalan..

6. Latih Tubi Soalan Mudah Sains seperti membina Jadual, melukis gambar rajah perlu dikuasai.

7. Murid perlu menguasai kemahiran menjawab Soalan KPS mengunakan teknik Kata Kunci..

💡Tips Membantu Kategori Malas Ingat Fakta.

1. Latih murid Membuat Nota dalam bentuk Peta minda, Mnemonik, dan aktiviti kognitif yang boleh merangsang ingatan murid..

2. Kerap mengulang latihan yang sama kerana murid kategori ini cepat Lupa..

3. Pembelajaran yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid..

4. Menjawab 5 soalan fakta setiap hari.

5. Hukuman dan ganjaran yang membantu Murid semasa aktiviti pengajaran dan peneguhan.

6. Latih Tubi Soalan Mudah Sains seperti membina Jadual, melukis gambar rajah perlu dikuasai sepenuhnya.

7. Murid perlu menguasai kemahiran menjawab Soalan KPS mengunakan teknik Kata Kunci..

8. Latihan menyalin fakta berdasarkan Soalan Sains dari Tahun 3 hingga tahun 6

 

Sumber : Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

 

Jika anda perlukan bantuan Home Tuition dalam subjek Sains UPSR atau apa-apa subjek dan level, boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI