Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

Kekal Semangat Belajar Online Di Rumah

Ilmu itu amatlah penting dan wajib keatas setiap individu untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja atau dalam apa-apa situasai, kita mesti menuntut ilmu. Ilmu dapat menjamin masa hadapan dan dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin dan berintelektual.

Dalam pandemik Covid-19 hari ini makin meningkat dan kita memperoleh cabaran dalam menuntut ilmu kerana tidak dapat untuk hadir sekolah atau universiti untuk menjalani kelas secara fizikal. Ketika awal tahun  2020 yang lepas kita menghadapi satu situasi yang sangat mencabar kerana semua urusan tidak kira samada belajar mahupun kerja mesti dilakukan secara maya. Tetapi hari demi hari kita sudah dapat mendaptasi situasai maya ini dalam banyak perkara. Sebagai pelajar mahupun guru kita mesti mencari jalan bagaimana kita mahu wujudkan suasana pembelajaran maya yang efektif.

  • NIAT

Perbetulkan niat kita dalam menuntut atau menyampaikan ilmu. Niatlah kerana Allah agar dibuka pintu hati dan mudah menerima dan memahami ilmu yang disampaikan, begitu juga kita dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Jika pada permulaan kita tidak diniatkan kerana Allah kita cenderung untuk melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa, buat kerja acuh tak acuh dan mudah hilang fokus. Jadi mulakan dengan niat kerana Allah dan berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan atau mempelajari ilmu.

  • SUASANA

Ini antara perkara yang memainkan peranan yang sangat penting. Bina suasana dalam rumah suasana belajar, macam mana tu? Kita hias bilik atau tempat belajar kita cantik-cantik, kemas dan bersih supaya bila kita nak belajar je terus ada semangat, seronok dan selesa ketika belajar atau mengajar. Sama juga situasi di dalam kelas cikgu mesti suruh kita hias kelas, sapu kelas sebab untuk kita rasa selesa belajar. Jadi kita lakukan perkara yang sama di rumah kita.

  • BERSIAP-SEDIA

Cara ini pula mungkin tak ramai yang buat tapi sebenarnya ia sangat membantu kita dalam pembelajaran. Ambil masa dalam 10 ke 5 minit sebelum kelas maya bermula. Buat persiapan dengan membaca nota tajuk yang akan dipelajari, ini sangat membantu kita dalam memahami pelajaran dengan lebih baik dan kita dapat bertanya soalan yang tidak difahami.  Ini dapat mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas. Pada masa yang sama juga kita dapat hadir ke kelas maya tepat pada waktunya, tidak perlu guru menunggu kita.

  • SEGAR

Ini antara cabaran dalam kelas maya, iaitu pelajar akan mudah mengantuk. Disebabkan hanya menghadap laptop atau telefon ia membuatkan pelajar hilang fokus. Nak kekal segar di dalam kelas mudah je. Pertama, duduk dalam posisi yang betul, jangan kita belajar di atas katil sambil baring itu akan menyebabkan kita mengantuk dan tidur. Kedua, sediakan bekalan air atau kudap-kudapan yang ringan, jika rasa ngatuk minum air atau makan kudap-kudapan tapi dengan kebenaran guru. Ketiga, buat rengangan badan yang ringan. Ini dapat membantu kita untuk kelas segar.

Tidak lupa juga kepada para pendidik, guru-guru, dan pensyarah, guna cara pembelajaran yang menarik untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Contohnya, kerap berinteraksi dengan pelajar dengan tanya soalan kepada mereka, selitkan selingan tanyangan video dalam pembelajaran, ini sangat membantu bagi pelajar yang cenderung kepada visual atau audio. Seterusnya, buat aktiviti, main sambil belajar seperti buat kuiz menggunakan aplikasi yang menarik, terdapat banyak aplikasi di internet yang boleh digunakan.

  • HUBUNGAN

Perkara yang terakhir sekali ini amatlah penting iaitu, perihara hubungan dengan Allah, ibubapa, guru-guru atau pensyarah dan kawan-kawan. Utamanya, peliharalah hubungan dengan Allah, jaga solat di awal waktu, membaca Al-quran dan banyakkan berdoakan kerana ilmu yang diperoleh atas keizinan-Nya. Hormat dan taat pada ibubapa, apabila sudah belajar di rumah guna masa yang ada untuk berbakti pada mereka, taatlah apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Selain itu, jaga adab dan akhlak antara pelajar dan guru kerana adab belajar secara maya ini sudah tidak dijaga kerana tidak bersemuka, video boleh ditutup, suara boleh disenyapkan, dan masuk kelas lewat. Adab dan akhlak nilainya sangat tinggi dan orang tidak pandang pada ilmu setinggi gunung yang kita peroleh tetapi adab dan akhlak yang dihiasi diri.

Tidak dilupakan juga, bantu kawan-kawan yang memunyai masalah dalam pelajaran atau mungkin ada sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang baik untuk hadir ke kelas. Ilmu yang ada dikongsi bersama.

Kata Imam As-Syafie ;

“Jika kamu tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggun peritnya kebodohan”

Jangan jadikan situasi pandemik covid-19 sekarang sebagai alasan untuk kita tidak mahu menimba ilmu. Cari solusi dan teruskan usaha kerana Allah akan kurniakan ganjaran bagi mereka yang usaha.