6 Manfaat Bersenam Secara Rutin Kepada Diri dan Kehidupan Anda.

Semua orang menyedari betapa pentingnya bersenam, tetapi tak ramai yang mempraktikkannya. Senaman memberi manfaat kepada seluruh anggota badan dan kehidupan kita. Berikut adalah 6 sebab mengapa anda harus menjadikan senaman sebagai sebahagian daripada rutin harian anda.

Kenapa bersenam sangat penting?

1. Meningkatkan Kecergasan

Senaman membantu anda tetap sihat. Bersenam secara teratur meningkatkan tahap kecergasan anda secara keseluruhan, yang seterusnya meningkatkan sistem pertahanan badan dan menjadikan antibody badan anda jadi lebih kuat. Selain itu anda akan rasa lebih bersemangat untuk melakukan tugas harian yang lain.

 

2. Menambah Tenaga

Salah satu sebab untuk melakukan senaman secara teratur adalah kerana ia memberi anda tenaga. Biasanya orang akan minum kopi atau minuman tenaga untuk kembali cergas tapi jika selalu diamalkan ianya tidak sihat untuk kesihatan badan. Dengan melakukan senaman dapat membantu oksigen mengalir lebih bebas ke seluruh badan dan memberi anda tenaga yang sangat diperlukan sepanjang hari. Ini juga meningkatkan stamina keseluruhan anda, yang dapat membantu anda kekal bertenaga lebih lama.

 

3. Meningkatkan Kesihatan Mental

Dengan senaman mampu melepaskan bahan kimia seperti endorfin dan serotonin yang meningkatkan mood anda. Ini juga dapat membuat anda bebas dari memikirkan perkara2 lain, membantu mengurangkan perasaan kesepian dan terasing, dan membuat anda berhubung dengan orang lain. Sekiranya anda kerap bersenam, ia dapat mengurangkan tekanan dan gejala keadaan kesihatan mental seperti kemurungan, kegelisahan, dan membantu pemulihan masalah mental.

 

4. Mengawal Berat Badan

Salah satu faedah senaman yang paling biasa adalah membantu anda mengawal dan menguruskan berat badan anda. Latihan membakar kalori membantu
penurunan berat badan. Walaupun senaman yang berat akan membakar lebih banyak kalori, tetapi latihan sederhana seperti berjalan pantas juga dapat memberi kesan positif kepada penurunan berat badan.

 

5. Tidur lebih berkualiti

Bersenam sangat bermanfaat untuk tidur anda. Orang yang kerap bersenam membolehkan kualiti tidur yang lebih baik daripada mereka yang tidak bersenam.

 

6. Kesihatan Jangka Panjang

Sebagai tambahan kepada semua manfaat langsung dari senaman berkala, ia dapat membantu anda mencegah masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan diabetes dalam jangka masa panjang. Bersenam meningkatkan kolesterol “baik” anda dan mengurangkan risiko masalah yang serius, terutama yang berkaitan dengan jantung.

Bersenam dapat membantu dengan pelbagai masalah kesihatan dengan semudah berjalan-jalan. Cuba lakukan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian anda selangkah demi selangkah!

 

JENIS-JENIS LATIHAN

Terdapat tiga bahagian kebiasaan senaman yang seimbang iaitu latihan aerobik, latihan kekuatan, dan latihan fleksibiliti.

 

 

Terima Kasih, Semoga Bermanfaat

Susah la nak fokus kelas online..Jangan risau! cuba langkah-langkah ini untuk anda kekal fokus

Nak hadap screen je sepanjang hari ketika mengikuti kelas online bukan perkara yang mudah. Tambah pulak bila belajar di rumah yang dikelilingi oleh banyak gangguan seperti keselesaan, bunyi bising dan lain2. Memang bila masa kelas anda akan rasa nak ke dapur, nak baring, nak main phone dan banyak lagi. Tapi anda kena ingat, anda sebenarnya berada di sekolah! cuma tempat je yang berbeza.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda kekal fokus ketika kelas online.

Freshkan diri

Makan dulu sebelum masuk kelas. Jangan makan terlampau kenyang sebab anda akan mudah mengantuk semasa kelas. Selain itu,  cari masa untuk bersenam. Set masa 5-10 minit untuk lakukan senaman. Dengan senaman fizikal dan juga mental anda akan rasa lebih cergas. Mandi. Pastikan anda mandi jangan tak mandi pulak tau.  Aktiviti-aktiviti ini akan memberi tenaga dan meningkatkan mood anda sepanjang hari.

Cari kawasan belajar yang selesa

Pastikan tempat belajar anda selesa. Pastikan bilik diterangi dengan baik  untuk mengelakkan sakit kepala atau mengantuk. Tutup pintu bilik untuk kurangkan bunyi-bunyi dan gangguan luar. Elakkan kawasan yang terlalu selesa (tempat tidur, sofa dll) kerana tempat-tempat macam ni akan buatkan anda rasa malas dan nak tidur. Cari tempat yang mempunyai akses internet yang baik supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Akses internet yang buruk akan hilangkan mood anda nak belajar. Guna eirphone semasa sesi pembelajaran supaya anda dapat mendengar suara guru dengan jelas.

Matikan phone

Perkara yang paling penting dan yang cukup sukar untuk pelajar lagi-lagi bila phone di sebelah.  Sosial media adalah sumber utama gangguan semasa kelas dan punca kenapa ramai pelajar tak focus. Mereka lebih suka main sosial media  dari mendengar guru mengajar. Cara nya matikan notification dari sosial media dan jauhkan phone anda dari tempat belajar.  Buka sosial media hanya apabila anda benar-benar memerlukannya.

Cuba berinteraksi semasa kelas

Berinteraksi dengan guru, jadi anda tidak bosan mendengar apa yang guru sampaikan. Tanyakan soalan kepada mereka jika anda tidak faham. Terus mintak izin untuk tanyakan kepada guru anda dan jangan berdiam diri sepanjang kelas kerana anda akan rasa bosan, mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan dengan baik.

Ambil rehat

Jangan memaksa diri untuk fokus lebih dari 2 jam. Cari masa untuk berehat. Main permainan, bercakap dengan rakan, berjalan-jalan, buat regangan dan minum banyak air.

Semoga selepas ini anda dapat kekal focus ketika belajar.

Semoga bermanfaat, Terima kasih  :))

 

Sering dihantui perasaan ‘Nervous’ bila nak buat presentation? Cuba 3 langkah mudah ini untuk mengatasinya !

Pernah tak anda rasa nervous bila nak bercakap di hadapan kelas mahupun secara online terutamanya ketika mahu membuat presentation?

Nervous adalah perkara biasa namun jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada tingkah-laku dan percakapan anda. Perkara macam ni sesuatu yang ditakuti oleh  pelajar-pelajar bila ada sesi presentation.  Nak tak nak kena persiapkan diri dan bersedia. Walaupun anda bercakap dihadapan rakan-rakan sebaya, tak dinafikan ianya juga agak sukar dan tak mustahil untuk perasaan nervous itu datang. Persiapan, dan latihan akan membantu kita untuk tetap tenang dan focus semasa melakukan presentation.

#1. Fikir perkara positif tentang diri anda

Fikirkan perkara positif dan bayangkan anda berjaya habiskan  presentation dengan baik sekali. Pemikiran yang positif akan meningkatkan keyakinan anda. Perasaan nervous datang kerana anda suka fikirkan perkara negatif yang mungkin akan terjadi.  Bila anda berfikiran negatif, perasaan nervous akan menguasai diri dan focus anda akan lari. Banyak kesilapan ucapan boleh berlaku yang menyebabkan presentation anda nampak gugup. Jadi buang fikiran negatif tu jauh-jauh ok!

#2. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan berulang-kali

Perasaan nervous datang kerana anda rasa tertekan dan perkara ini akan memberi kesan kepada cara pernafasan anda. Anda akan bernafas dengan lebih laju. Jadi, cuba kawal pernafasan anda dengan cara tarik nafas dan tahan seketika, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan, cuba ulang beberapa kali sehingga anda kembali tenang.

#3. Buat persediaan awal

Ini adalah perkara penting yang anda kena buat sebelum melakukan presentation. Cara ini berkesan untuk atasi nervous kerana perasaan itu datang disebabkan anda tidak bersedia.  Cuba catit dan susun isi yang ingin disampaikan dekat kertas atau buku sebagai panduan. Anda juga boleh berlatih dengan kawan anda supaya lebih lancar. Latihan akan membuatkan diri anda lebih bersedia.

Ingat apa pun anda buat pastikan anda sentiasa yakin dan sentiasa berfikiran positif. Kami harap perkongsian kali ni dapat membantu anda untuk kawal rasa nervous tu.  Goodluck !