Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan
Kemahiran Proses Sains : Proses Hidup Tumbuhan
(A) Gerak Balas Tumbuhan
- Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya Matahari, air, graviti dan sentuhan.
- Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga.
- Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi rangsangan.
(B) Fotosintesis
- Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
- Proses fotosintesis memerlukan cahaya Matahari, karbon dioksida, air dan klorofil.
(C) Hasil Fotosintesis
- Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
- Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
- Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
- Rumus fotosintesis:
(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain
(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain
- Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan bernafas.
- Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.