Atasi Ketakutan Terhadap Matematik

Majoriti pelajar sekolah, apabila ditanya “kenapa tak suka subjek matematik?” mereka akan kata, “sebab kena kira-kira, sebab banyak nombor dan ada yang kata susah”. Jadi, bagaimana kita atasi ketakutan pelajar-pelajar terhadap subjek matematik. Hal ini kerana, apabila sudah tertanam rasa tak suka, tak minat dan tak seronok, maka proses kefahaman pembelajaran akan menurun sebab pelajar-pelajar sudah block minda mereka bahawa matematik ni susah.

Ada sesetengah pelajar yang menghafal jalan pengiraan yang mana ia membuatkan mereka akan confius apabila jalan pengiraan soalan yang dihafal ditukar sedikit. Minda mereka akan tersangkut dengan soalan tersebut walhal kaedahnya lebih kurang sama. Cara belajar mereka juga memainkan peranan yang penting, contohnya kurang membuat latihan dan tidak konsisten kerana matematik memang subjek yang memerlukan kepada banyaknya latihan. Jika mereka tidak rajin membuat latihan maka ia akan menjadikan pelajar lupa dengan topik yang lepas kerana setiap topi dalam subjek matematik saling berkait, jika satu topik tidak dikuasai maka topik akan datang mereka tidak akan faham.

Selain itu, cara untuk atasi ketakutan terhadap matematik adalah dengan mengaitkan subjek dengan persekitaran atau kehidupan seharian, menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difaham daripada petikan soalan yang panjang. Contohnya, menggantikan x kepada gula-gula dan y sebagai coklat, ia akan menjelaskan lagi bayangan pelajar-pelajar. Jenis penyampaian kepada pelajar yang pelbagai bukan sekadar mengajar tetapi wujudkan aktiviti atau gamifikasi sebagai gambaran topik pembelajaran disamping pelajar dapat peroleh input dari aktiviti tersebut. Bagaimana pula nak mengukur kefahaman pelajar dalam pembelajaran? Pelajar tersebut perlu berkongsi kepada rakannya yang lain yang lihat sama ada rakannya faham atau tidak apa yang diajar.

Seterusnya, menyalin semula setiap apa yang dilafazkan oleh cikgu bukan sekadar mendengar bagi menguatkan ingatan pelajar. Peranan ibubapa sejak anak mereka kecil lagi mendedahkan anak-anak mereka dengan nombor-nombor, contohnya permainan cashier, saidina, jutaria dan lain-lain mainan yang berkaitan dengan kewangan atau pengiraan. Permainan jutaria membantu anak-anak mengurus kewangan mereka sama ada melabur atau menyimpan semasa permainan dijalankan. Memahami konsep utama matematik juga dapat mengatasi ketakutan pelajar terhadap subjek matematik supaya tidak tersangkut dengan topik yang akan datang serta menguasai semua topik tanpa memilih tajuk yang paling digemari.

Kesimpulannya, ketakutan pelajar terhadap matematik dapat diatasi dengan membantu mereka latihan menjawab soalan kerana soalan yang bakal ditanya nanti lebih kurang sama Cuma ditukar sedikit. Peajar juga perlu mencabar diri mereka sendiri dalam mengharungi ketakutan ini dengan bersaing dengan rakan sekelas, jika rakan kita boleh buat pasti kita boleh buat juga.

Bina Keyakinan Diri Bermula dari Pakaian

Pakaian menjadi titik keyakinan dalam diri seseorang individu yang sering memperbaiki imej mereka. Seperti yang kita boleh lihat, apabila seseorang itu sudah berkahwin, mereka sudah tidak memikirkan tentang imej mereka lagi dan beranggap penampilan bukan keutamaan mereka. Justeru, pemakaianlah yang menjadi first impression diri mereka terhadap orang sekeliling dengan pembawakan visual. Penggayaan pakaian tidak memerlukan kos yang tinggi atau high maintenance  kerana brand tidak dapat menilai penampilan individu. Oleh itu, individu itu sendiri yang perlu bijak menggayakan pakaiannya. Setiap orang ada hak untuk bergaya dengan cita rasa masing-masing.

 

Tips Penggayaan Pakaian

  1. Pemilihan Warna

Kepentingan pemilihan warna pada pakaian seperti tudung akan menyebabkan keserian kulit wajah seseorang itu sama ada semakin gelap atau berseri. Kadang mereka berminat dengan warna tertentu tetapi ia tidak menjamin kesesuian pada diri mereka. Tidak semua warna sesuai dengan individu itu, jadi antara langkah yang perlu dibuat sebelum membuat keputusan adalah memilih sendiri, minta pertolongan dengan bertanyakan pendapat mereka dan cuba pada diri sendiri sama ada sesuai atau sebaliknya. Antara warna yang selamat untuk dipilih adalah warna tanah dan warna hitam. Bagi golongan yang berkulit cerah, mereka sesuai dengan warna gelap manakala golongan yang berkulit sedang-sedang, mereka sesuai mengenakan warna lembut.

Warna block juga menjadi salah satu pilihan beberapa individu yang yakin dan berani untuk dipakai kerana mereka bijak memadankan warna.  Menghadiri majlis juga perlu kepada pemilihan warna yang sesuai mengiut jenis majlis. Bagi baju yang bercorak, pemilihan warna tudung hendaklah berdasarkan warna yang paling sikit pada baju itu supaya tidak nampak berat dipandangan orang yang melihatnya.

  1. Corak & Bentuk Tubuh Badan

Corak pakaian juga memainkan peranan yang penting dalam menggayakan pakaian. Hal ini kerana setiap individu mempunyai warna kulit, bentuk badan dan ketinggian yang berbeza-beza. Bagi golongan yang memiliki bdan yang berisi, mereka dicadangkan untuk memilih corak-corak yang kecil seperti bunga, polka dot dan sebagainya. Perkara ini akan membuatkan mereka terlihat lebih kecil kerana orang disekeliling mereka tertumpu kepada corak yang kecil. Manakala golongan yang memiliki badan yang kurus perlu memilih corak pakaian yang besar agar mereka terlihat sedikit melebar. Contohnya, pakaian bercorak batik disarankan memilih corak bunga yang menjalar ke atas, pakaian bercorak jalur pula mengambil jalur secara menegak.

  1. Mix & Match (Padanan)

Padanan dalam pemakaian memerlukan kepada percubaan, yang mana membuat padanan secara bersebelahan contohnya memandankan tudungdan baju kemudian sarung pada diri. Bagi yang mengenakan baju yang tdaik bercorak, jadi tudung mestilah yang bercorak untuk menaikkan seri dan seimbangkan warna. Begitu juga sebaliknya, tidak sesuai bagi padanan baju dan tudung yang bercorak. Kadang ada orang yang yakin dengan padanan baju dan seluar yang berbeza tetapi disebabkan dia memiliki keyakinan yang tinggi, maka orang sekeliling dapat rasakan aura keyakinan individu itu.

Kesimpulannya, cara pemakaian bukan sahaja memberi impak kepada perhatian orang sekeliling malah ia memberi kesan kepada diri sendiri, cara berjalan, cara duduk, tubuh badan, komunikasi dan sebagainya