Memahami Ciri-ciri Anak Lembam (Slow Learner)

Ramai ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka mengalami masalah lembam (slow learner). Oleh itu ANDA mestilah bijak dalam mengatur aktiviti, cara berinteraksi dan berfikir anak-anak. Peranan ANDA sebagai ibu bapa adalah sangat penting dalam merangkumi aspek pembelajaran anak-anak ANDA.

Di negara barat, slow learner atau lembam tidak termasuk dalam kategori masalah pembelajaran dan bukan terencat akal. Oleh sebab itu mereka tidak layak untuk berada dalam kelas Pendidikan Khas. Terdapat pelbagai cara untuk kita kenali ciri – ciri ini dalam diri anak kita.

DEFINISI
°°°°°°°°°°°

Slow learner disini bermaksud kanak – kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, dia terlalu lambat untuk mencapai satu – satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

CIRI-CIRI
°°°°°°°°°°°

✄ Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
✄ Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
✄ Sukar menerima arahan.
✄ Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak – kanak biasa.
✄ Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
✄ Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
✄ Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
✄ Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
✄ Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
✄ Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
✄ Tanpa ketetapan dan ketentuan – jarak huruf dan perkataan.
✄ Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz – besar dan kecil.
✄ Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
✄ Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Kognitif.
°°°°°°°°
➳ Lemah tidak memahami konsep.
➳ Lemah dalam penerimaan konsep baru.
➳ Tumpuan perhatiannya terhad.
➳ Tumpuan mudah terganggu.
➳ Mudah lupa dan ingatan singkat.
➳ Kurang daya cipta.
➳ Lemah dalam membuat hubungkait.
➳ Lemah dalam kemahiran 3M.·

Psikologi.
°°°°°°°°°°
웃 Kurang keyakinan diri.
웃 Kestabilan emosi terganggu.
웃 Kurang matang.

Ciri-ciri tingkahlaku.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
웃 Kurang pergaulan.
웃 Bersikap kurang minat.
웃 Lambat memberi tindakbalas.
웃 Gagap, pelat dan sengau.
웃 Mengalami gangguan kesihatan.
웃 Malas untuk datang ke sekolah.
웃 Kurang perbendaharaan kata.

PUNCA
°°°°°°°°°°

☂ Keturunan
☂ Tersekat pengalaman
☂ Intelek yang rendah
☂ Masalah emosi
☂ Kekecewaan yang terlalu ektsrem
☂ Rasa rendah diri
☂ Kemantangan yang lambat
☂ Lemah daya ingatan
☂ Mudah terganggu tumpuan
☂ Kurang rangsangan
☂ Faktor-faktor kesihatan
☂ Persekitaran
☂ Amalan makanan
☂ Kesan semasa mengandung
-☂ Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
☂ Ubat semasa mengandung.
☂ Kemalangan.
☂ Sosio – ekonomi.

Masalah Biologikal.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
❅ Kekurangan dari aspek penglihatan dan pendengaran.
❅ Pergerakan terganggu.
❅ Kecatatan fizikal.
❅ Masalah kesihatan.

Masalah Psikologi.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
❅ Kurang kecerdasan.
❅ Ketidakstabilan emosi.
❅ Kurang matang.
❅ Pengaruh keluarga.
❅ Masalah tingkahlaku.

Masalah Persekitaran.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
❅ Status ekonomi.
❅ Saiz keluarga.
❅ Pendidikan ibubapa.
❅ Pengalaman bahasa.
❅ Sikap ibubapa terhadap pendidikan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

☑ Temubual
☑ Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
☑ Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai dan menyeronokkan
☑ Senang ke susah.
☑ Konkrit ke abstrak.
☑ Melibatkan seberapa banyak pancaindera
☑ Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
☑ Jauhkan dendaan yang negatif