3 Jenis Nota Pelajaran

 

Membuat nota adalah salah satu cara belajar yang efektif. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar akan mendapatkan 65% dengan membuat nota, manakala pelajar yang bergantung kepada daya ingatan di dalam kelas hanya mendapat 25%.

 

Antara kelebihan membuat nota adalah memberi kefahaman dan dapat menguatkan ingatan. Nota boleh dilakukan dengan pelbagai cara tetapi mempunyai manfaat yang sama.

 

1) Peta Minda / Peta i-Think

Bagi pelajar yang menyukai benda kreatif, bergambar dan berwarna, nota jenis ini sangat sesuai. Nota ini juga dapat menggerakkan fungsi otak kanan (membuat peta) dan menggabungkan fungsi otak kiri (menulis isi-isi penting).

 

2) Point formNota ini sama dengan nota jenis pertama, iaitu mencari dan menulis isi penting. Perbezaan untuk nota jenis kedua adalah ia berbentuk ‘direct’ dan tidak memerlukan gambar seperti peta i-Think. Sesetengah pelajar menyukai nota jenis ini kerana ia lebih cepat dan pantas untuk dibuat.

 

3) Menyalin semula    Nota jenis ini selalunya digunakan oleh pelajar sekolah rendah, dimana mereka perlu menyalin semula apa yang ditulis oleh guru. Nota ini bekerja dengan cara apabila individu menyalin, mereka sebenarnya membaca perkara tersebut. Secara tidak langsung, otak dapat menangkap dan mengingat apa yang ditulis.

 

Selamat belajar dengan nota masing-masing. All the best ! 😊

.

Susah la nak fokus kelas online..Jangan risau! cuba langkah-langkah ini untuk anda kekal fokus

Nak hadap screen je sepanjang hari ketika mengikuti kelas online bukan perkara yang mudah. Tambah pulak bila belajar di rumah yang dikelilingi oleh banyak gangguan seperti keselesaan, bunyi bising dan lain2. Memang bila masa kelas anda akan rasa nak ke dapur, nak baring, nak main phone dan banyak lagi. Tapi anda kena ingat, anda sebenarnya berada di sekolah! cuma tempat je yang berbeza.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda kekal fokus ketika kelas online.

Freshkan diri

Makan dulu sebelum masuk kelas. Jangan makan terlampau kenyang sebab anda akan mudah mengantuk semasa kelas. Selain itu,  cari masa untuk bersenam. Set masa 5-10 minit untuk lakukan senaman. Dengan senaman fizikal dan juga mental anda akan rasa lebih cergas. Mandi. Pastikan anda mandi jangan tak mandi pulak tau.  Aktiviti-aktiviti ini akan memberi tenaga dan meningkatkan mood anda sepanjang hari.

Cari kawasan belajar yang selesa

Pastikan tempat belajar anda selesa. Pastikan bilik diterangi dengan baik  untuk mengelakkan sakit kepala atau mengantuk. Tutup pintu bilik untuk kurangkan bunyi-bunyi dan gangguan luar. Elakkan kawasan yang terlalu selesa (tempat tidur, sofa dll) kerana tempat-tempat macam ni akan buatkan anda rasa malas dan nak tidur. Cari tempat yang mempunyai akses internet yang baik supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Akses internet yang buruk akan hilangkan mood anda nak belajar. Guna eirphone semasa sesi pembelajaran supaya anda dapat mendengar suara guru dengan jelas.

Matikan phone

Perkara yang paling penting dan yang cukup sukar untuk pelajar lagi-lagi bila phone di sebelah.  Sosial media adalah sumber utama gangguan semasa kelas dan punca kenapa ramai pelajar tak focus. Mereka lebih suka main sosial media  dari mendengar guru mengajar. Cara nya matikan notification dari sosial media dan jauhkan phone anda dari tempat belajar.  Buka sosial media hanya apabila anda benar-benar memerlukannya.

Cuba berinteraksi semasa kelas

Berinteraksi dengan guru, jadi anda tidak bosan mendengar apa yang guru sampaikan. Tanyakan soalan kepada mereka jika anda tidak faham. Terus mintak izin untuk tanyakan kepada guru anda dan jangan berdiam diri sepanjang kelas kerana anda akan rasa bosan, mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan dengan baik.

Ambil rehat

Jangan memaksa diri untuk fokus lebih dari 2 jam. Cari masa untuk berehat. Main permainan, bercakap dengan rakan, berjalan-jalan, buat regangan dan minum banyak air.

Semoga selepas ini anda dapat kekal focus ketika belajar.

Semoga bermanfaat, Terima kasih  :))