5 Tip Mengendalikan Stress Untuk Pelajar.

Anda STRESS??

 

Stress bermaksud tekanan di bawah emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. 

Banyak perkara boleh menjadi penyebab kepada berlakunya Stress di kalangan pelajar, antaranya masalah keluarga, pergaduhan, perselisihan faham, buli, pembelajaran, kewangan, kesihatan ataupun kematian ahli keluarga atau kenalan rapat.

Jadi, bagaimana pula pelajar ini nak pulih dari Stress?

Berikut kami kongsikan beberapa cara menangani Stress yang sesuai untuk pelajar.

 

 

1. Kerapkan Bersenam

Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress. Bagaimana bersenam dapat membantu dalam hal ini? Semasa bersenam, tahap endorphin dalam badan meningkat. Endorphin berperanan dalam mencetuskan rasa gembira dan seronok. Selain membantu anda mengatasi stress, ianya juga dapat menyihatkan badan anda.

BERSENAM

 

 

2. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tidur boleh memulihkan tenaga anda. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan akan memberikan tekanan kerana perlukan tenaga untuk berfungsi. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap hari. Manakala, kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari. Namun ia bergantung kepada keperluan seseorang.
Tidur yang tidak cukup atau lebih dari sepatutnya, boleh menyebabkan badan letih, lemah, minda dan pemikiran tidak dapat fokus, seterusnya boleh meningkatkan kadar stress seseorang.

TIDUR

 

 

3. Makan Makanan Yang Berkhasiat

Badan anda perlu sihat dan kuat untuk mengatasi stress. Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana ada tindakbalas dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stress.

Jadi, untuk memastikan badan sentiasa sihat, pengambilan makan yang betul, berkhasiat dan seimbang amat penting untuk dijaga.

MAKANAN YANG BERKHASIAT

 

 

4. Belajar untuk Bertenang (Rileks)

Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan cuba untuk bertenang menghadapinya. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta merta, ianya memerlukan masa.

Setiap kali anda merasakan tekanan, cuba untuk menarik nafas perlahan-lahan dan hembus perlahan-lahan, beberapa kali. Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.

Menghadapi tekanan dengan keadaan yang tenang dapat membantu kita mendapat solusi dengan lebih mudah dan cepat.

TENANG IS GOOD

 

5. Melakukan Perkara yang Anda Suka

Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang anda suka, tidak kiralah perkara itu merupakan hobi anda atau tidak. Yang penting adalah sesuatu di mana anda merasa gembira dan tenang jika melakukannya.

Tetapi, perlu juga diingatkan, perkara yang dilakukan perlulah bersifat positif, tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.

LAKUKAN SESUATU YANG ANDA SUKA

 

 

Stress adalah perkara biasa dialami oleh setiap orang, tidak kira yang telah berkerja mahupun yang masih belajar, begitu juga yang tidak bekerja. Apa yang membezakan mereka adalah cara berhadapan dan menangani isu yang membawa kepada stress. 

Ada pelajar stress kerana peperiksaan sudah dekat, keputusan peperiksaan tidak capai target, tak faham apa yang belajar dan belajar dalam keadaan tidak seronok.

Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu lebih prihatin dengan keperluan emosi & pembelajaran anak terutamanya di rumah. Mungkin anda boleh dapatkan pembelajaran personal untuk anak anda di rumah sebagai tambahan apa yang anak dapat di sekolah.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk melihat kegembiraan, kecemerlangan dan kejayaan anak anda dengan tutor yang datang ke rumah anda atau belajar secara online, kami boleh bantu anda.

 

Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition

KLIK DI SINI

Persediaan Awal, Pastikan kecemerlangan PPSR 2019

Pelbagai aspek persediaan perlu diambil kira bagi murid yang kali pertama menduduki peperiksaan besar. Tidak terkecuali calon yang bakal menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) tahun ini. Bukan sahaja membabitkan aspek prestasi akademik, tetapi juga mengambil kira pelbagai aspek lain seperti tahap kesihatan dan kerohanian.

 

Hari peperiksaan adalah tempoh waktu yang amat penting bagi pelajar-pelajar yang masih bersekolah atau mengikuti pengajian. Saat yang pasti dilalui oleh setiap orang daripada kita semua bukan? Oleh itu, murid – murid perlulah membuat persediaan awal dan sentiasa peka dengan tarikh peperiksaan tersebut. Berikut adalah jadual peperiksaan :

Di samping pembelajaran ilmiah, terdapat faktor-faktor lain yang membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan tersebut.

Antara faktor tersebut ialah persediaan:
(a) mental
(b) emosi
(c) fizikal

Persediaan Mental
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan keras kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hayatilah peribahasa ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah.

Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu. Janganlah sesekali membuat cubaan untuk menipu kerana sampai bila – bilapun kita akan berasa takut untuk mengetahui potensi diri kita yang sebenar!

Persediaan Emosi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan emosi amat penting dalam menghadapi peperiksaan. Gagal dan lulus seseorang pelajar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi pelajar, sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung. Terdapat juga pelajar cemerlang yang tidak dapat mencapai matlamat kecemerlangan peperiksaan yang diimpikan kerana gangguan emosi. Perkara ini amat merugikan dan perlulah diatasi sebelum keadaaan menjadi semakin parah.

Gangguan emosi boleh berpunca daripada keretakan rumah tangga antara ibu dan bapa, kematian orang tersayang, pergaduhan dan sebagainya. Seandainya pelajar menghadapi masalah emosi, atasilah segera, jangan biarkan berlarutan. Jika kamu tidak dapat menyelesaikannya sendiri, maka carilah orang yang dipercayai dapat membantu seperti kaum keluarga iaitu abang, kakak, adik, ayah atau ibu. Jika di sekolah, pelajar boleh berkongsi sebarang masalah dengan guru kaunseling.

Kesediaan mereka mendengar adalah ubat yang paling mujarab walaupun ia tidak dapat mengubat penyakit emosi sepenuhnya. Biarlah kita dapat menghadapi peperiksaan terbesar ini dengan perasaan yang tenang kerana ianya dapat memudahkan dan menenangkan semasa menjawab soalan – soalan kelak. Jangan diseksa emosi mereka kerana mereka hanyalah insan yang lemah yang memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari kita sebagai ahli keluarga.

Persediaan Fizikal
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan pelajar mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi peperiksaan. Persediaan fizikal adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat ketika menghadapi peperiksaan, juga ketika berada di sekolah. Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi pelajar, seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.

Di samping memiliki tubuh badan yang sihat, kita juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting, lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin hampir. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal, seterusnya mengganggu proses menjalani peperiksaan.

Murid yang berada di Tahun Enam 2018 perlu membuat persediaan awal agar tidak tercicir atau cemas di saat akhir melalui persediaan awal yang dilakukan. Calon PPSR 2019 boleh mengambil inisiatif S.E.D.I.A iaitu :

  • S untuk Sikap,
  • E (Energy/tenaga),
  • D (Doa),
  • I (Ilmu)
  • A (Akhlak).

 

Persediaan awal bukan sahaja untuk meraih keputusan cemerlang tapi dapat membentuk keperibadian positif melalui disiplin diri tidak kira dalam mengulang kaji atau aktiviti sosial harian seseorang calon PPSR 2019. Pembentukan keperibadian yang positif sejak kecil lagi nescaya boleh dibawa hingga ke dewasa kelak jikalau dipraktik dan diamalkan dari awal lagi.

Calon perlu sentiasa bersikap positif seperti jujur pada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling bagi membentuk sahsiah terpuji seterusnya mengenal pasti kekuatan serta kelemahan diri. Selepas mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, beusahalah memperbaikinya. Bagi calon yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah masing-masing untuk mendapatkan nasihat atau panduan.

 

Pembelajaran Holistik Untuk Masa Depan Pelajar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan dan puan, hari ini menceritakan kenapa perlunya pembelajaran holistik untuk masa depan pelajar? mungkin ada yang pertama kali mendengar apa tu pembelajaran holistik? baru-baru ini ada keluar satu berita tentang “education reformer” maksudnya di sini dibincangkan dalam KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Jawatan Kuasa Pelaksanaan Dasar Pendidikan, mereka membincangkan salah satunya topik tentang pembelajaran yang holistik.

Holistik ini bermaksud yang seimbang, seimbang dari sudut fizikal, intellectual, emotional, spiritual. Maksudnya kita nak lahirkan pelajar bukan sahaja mereka bijak pandai dalam akedemik sahaja dari segi intellectual tapi kita nak lahirkan pelajar yang seimbang maksudnya mereka sihat tubuh badan, sihat fizikal, terjaga emosi mereka dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan pembelajaran secara holistik, maksudnya pembelajaran ini akan melahirkan pelajar yang seimbang.

Persoalanya, adakah selama ni kita tidak mewujudkan pembelajaran holistik? yang penting di sini adalah dari segi pelaksanaan pembelajaran holistik ini. Kita nak melahirkan pelajar yang seimbang bukan lah mudah kerana, setiap pelajar mempunyai kateria masing-masing, dan itu adalah cabaran untuk kita mendidik dan mengubah pelajar kita supaya menjadi yang terbaik dan seimbang dalam semua benda.

ANAK DICULIK? IBU INI BERHENTI KERJA UNTUK FOKUS KEPADA PEMBELAJARAN ANAK…

Untuk melahirkan pelajar yang holistik, memerlukan peranan semua pihak, bukan sahaja guru sekolah, ibu bapa juga merupakan peranan yang penting. Sekiranya pelajar dapat mempelajari dan menjadi pelajar holistik mereka dapat mengawal emosi mereka, dapat menjadi leadership, mereka boleh berkerjasama. Sekiranya pelajar tersebut IQ sahaja bagus tetapi EQ dia tidak bagus, maka ia akan menjadi sukan untuk mereka berjaya dalam kerjaya mereka nanti.

Akhir sekali, untuk memberi pelajar faham apa itu holistik maka guru ataupun tutor mereka sendiri perlu ajar dan menunjukan contoh yang baik kepada pelajar mereka, ibu bapa pula perlulah sokong anak-anak dan memberi semangat sekiranya mereka berjaya dalam holistik bukan sahaja dalam pendidikan.

 

Di bawah adalah video yang menceritakan mengenai pembelajaran holistik :-

Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat..?

Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat..?

 

Guru merupakan ibubapa untuk pelajar bila di sekolah, kenapa? kerana guru yang bertanggungjawab untuk menjaga pelajar sekolah dan mendidik mereka. Di setiap sekolah mempunyai guru disipline, guru besar, guru sukan dan pelbagai lagi, setiap guru di sekolah mempunyai cara mereka tersendiri untuk membuatkan pelajar sekolah suka belajar dengan guru tersebut. Pada zaman sekarang, terdapat segelintir pelajar sekolah yang tidak berdisiplin kerana pelajar itu menghadapi “stress” dengan guru di sekolah ataupun dengan ahli keluarga di rumah.

 

Di sebabkan itu guru di sekolah memainkan peranan penting untuk membuat pelajar tersebut berdisiplin. Susah nak jadi guru? Sebab apa? Sebernya menjadi seorang guru tidak begitu mudah dan mempunyai cabaran dan dugaan. Oleh itu, kita boleh lihat guru sekolah di setiap sekolah mempunyai teknik mereka tersendiri, ada yang tegas, ada yang membuat pelajar mereka seperti kawan-kawan, ada yang membuat lawak semasa mengajar dan pelbagai lagi. Itu adalah satu teknik yang boleh membuatkan seorang guru diingati oleh pelajar sekolah mereka.

 

Guru lain perlulah memerhati dan mengambil teknik yang betul dan positive terhadap guru lain di sekolah sebagai contoh untuk meningkatkan lagi teknik mengajar dan mendidik pelajar sekolah. Ada segelintir guru yang tidak mengambil berat terhadap anak murid mereka kerana bagi mereka ia menyusahkan dan bukan tanggungjawab mereka? Disebabkan itulah akan menyebabkan pelajar sekolah makin kurang berdisiplin dan akan terjebak dengan gejala sosial dan sebagainya. Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang “Bagaimana Menjadi Pendidik Yang Diingati Sepanjang Hayat?” Boleh tekan video di bawah untuk lebih info :-

 

 

 

 

 

 

STEM? APA ITU STEM?!

 

 

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).

Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.

Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.

Salah satu pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu ‘Collaboration’ ‘Creativity’ ‘Communication’ dan ‘Critical Thinking’ yang penting untuk kemahiran mereka di alam kerjaya kelak .    

 

 

 

 

PROJECT-BASED LEARNING SCIENCE (TOPIC: SOLAR SYSTEM)

 

 

“Learn by doing.” This is the type of experience that great teachers strive to facilitate for students. Many educators have heard about, or maybe even witnessed, how project-based learning (PBL) can engage a broader range of learners and promote workplace skills.

Pelajar Merancang Untuk Berjaya, Bukan Untuk Gagal…

Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.

Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR ANDA BOLEH AMALKAN

  1. Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
  2. Rancang jadual tetapi utamakan priorities
  3. Fokus dan belajar katakan tidak
  4. Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia
  5. Jejak kembali masa yang telah berlalu
  6. Baca Novel / Buku Ilmiah
  7. Menolong Ibu Bapa di Rumah

 

 

MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??

Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?

Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?

Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?

Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.

Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK

Jom tengok apa yang ada dalam program ni…

5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR🎈

  • Program berlangsung selama 2 HARI
  • Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG, ISNIN dan SELASA. Jadi, ibu2 yang bekerja boleh hantar anak sebelum bekerja & fokus kerja tanpa perlu risau apa yang anak buat untuk isi masa cuti
  • PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
  • SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
  • Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF

Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA

Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.

(Sains)

Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi

Apa Keunikan Program ini??

Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)

– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah

– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran

– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran

– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:

⌚MASA: 8 pagi – 5 petang

TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang

Lock Date
25 dan 26 March 2019 (Isnin & Selasa)

Berapa pula PELABURAN Anda:

Kami ada harga istimewa untuk anda:  RM150 seorang

WOW!!!😱

.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan hanya RM97 seorang!!

Nak daftar sekarang??

BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!

Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek

WHATSAPP “Funtastic” ke https://api.whatsapp.com/send?phone=6013-7153776 SEGERA!

PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-

Belajar SPM Selama 5 Bulan Sahaja? Lihat Ini Hasilnya….

Kisah ini menceritakan seorang calon persendiran SPM yang mengambil  semula peperiksaan SPM kerana ingin menjadi seorang cikgu? Sekolah Kafa Selangor memberi syarat bahawa beliau perlu lulus dalam Bahasa Arab sekiranya ingin menjadi seorang cikgu di sekolah tersebut.

Disebabkan itulah pelajar persendirian yang bernama  Puan Syazwani mengambil semula peperiksaan SPM hanya untuk Bahasa Arab.

Puan Syazwani merupakan seorang guru di sekolah tadika, beliau memberitahu bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai Bahasa Arab. Disebabkan Sekolah Kafa Selangor memberitahu yang perlu ada lulusan Bahasa Arab, beliau sanggup mengambil semula peperiksaan SPM untuk Bahasa Arab sahaja. Puan Syazwani mencari seorang guru yang boleh mengajar Bahasa Arab dan beliau terjumpa dengan Page CMN Academy di laman Facebook.

Beliau menghubungi pihak CMN Academy untuk mencari seorang guru yang pakar dalam Bahasa Arab. Pihak CMN Academy memberitahu Puan Syazwani bahawa beliau telah mendapat seorang tutor yang pakar dalam Bahasa Arab iaitu Ustazah Wahidah.

Pembelajaran Bahasa Arab dijalankan dengan tutor datang ke rumah puan syazwani. Ustazah Wahida mengajar beliau dengan teliti kerana untuk mempelajari Bahasa Arab bukanlah perkara yang mudah untuk difahami dalam masa yang singkat. Puan Syazwani belajar Bahasa Arab selama 5 bulan sahaja kerana ketika itu peperiksaan SPM sudah dekat.

Selepas menduduki SPM, Puan Syazwani memberitahu bahawa beliau boleh dan dapat menjawab soalan tersebut walaupun soalan Bahasa Arab itu sedikit mengelirukan. Semasa hari keputusan SPM syawani memberitahu Ustazah Wahidah bahawa beliau lulus dalam peperiksaan Bahasa Arab dengan mendapat C+

Alhamdulillah, dengan keputusan tersebut membolehkan Puan Syazwani memohon untuk menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor dan beliau layak menjadi guru di sekolah tersebut.

Kami di CMN Academy mengucapkan tahniah kepada puan Syazwani kerana berjaya melayakkan diri dalam permohonan menjadi guru di Sekolah Kafa Selangor.

Kami di CMN Academy sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada klien kami.

Di bawah menunjukan video pembelajaran Syazwani bersama Ustazah Wahidah dalam Closed Group Jom Belajar Bahasa Arab (boleh request untuk join untuk tonton video-video pembelajaran Bahasa Arab secara PERCUMA:-

 

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah

MANFAAT DAN TIPS SUKA MEMBACA BUKU

Buku ialah sumber ilmu. Ilmu pula ialah jambatan untuk menuju kejayaan. Lebih banyak buku yang kita baca, lebih banyak ilmu yang kita perolehi. Lebih banyak ilmu yang kita perolehi, lebih banyak perkara yang kita tahu dan lebih tinggi keyakinan diri yang kita miliki.

 

Namun, masih ramai antara kita yang mempunyai tahap suka membaca buku yang rendah atau dalam erti kata mudah, malas membaca! Searus dengan kemajuan teknologi pada zaman kini, ramai orang yang lebih suka menghabiskan masa dengan mengadap gajet selama berjam-jam dalam sehari.

 

Jika ditanya kepada anak muda tentang hobi-hobi yang mereka miliki, bermain permainan digital tentu akan menjadi hobi pertama dan menjadi pilihan majoriti mereka. Sukar untuk mendengar hobi membaca buku sebagai hobi yang mereka paling suka lakukan.

 

Membaca buku adalah sesuatu yang membawa banyak manfaat dalam kehidupan kita. Ilmu yang kita perolehi mampu menjadi pencetus inspirasi. Jika kita inginkan hasil sesuatu kerja yang terbaik, kita perlu mempunyai idea-idea yang hebat. Kita perlu berimaginasi! Kita perlu menjadi kreatif! Sebab itulah kita digalakkan membaca buku supaya otak kita bertambah cerdas dan pintar. Kita akan menyedari yang minda kita tidak lagi sukar mendapatkan inspirasi dan sudah mampu melaksanakan sesuatu kerja dengan lancar apabila kita suka membaca buku.

 

Ilmu juga menjadikan kita mudah membezakan baik buruk sesuatu perkara. Ilmu menjadikan kita sukar dipengaruhi anasir-anasir yang tidak elok. Ilmu menjadikan kita sukar dipergunakan oleh individu-individu yang berniat jahat. Orang yang suka membaca buku mempunyai minda yang lebih terbuka. Apabila terdapat sebarang masalah, orang begini mampu melihat masalah itu dalam pelbagai perspektif terlebih dahulu dan tidak menghukum secara melulu.

 

Ilmu adalah kuasa. Ilmu mampu menambahbaik keyakinan diri seseorang. Ilmu yang banyak diperlukan seseorang yang ingin bergelar ketua atau pemimpin. Ilmu boleh membantu kita dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup dan membuat sesuatu keputusan yang lebih baik.

 

Manfaat lain yang boleh diperolehi daripada suka membaca buku juga adalah dapat meningkatkan tahap penulisan kita. Ini sangat penting bagi pelajar-pelajar untuk menulis karangan di sekolah. Bagi mendapatkan sesuatu hasil karya yang banyak muka suratnya dan mempunyai isi yang berkualiti, seseorang itu perlu banyak membelek apa jua genre buku. Lebih banyak buku yang dibaca, lebih lancar penulisan kita kerana idea-idea datang bagai air yang mencurah-curah.

 

Selain itu, empati seseorang juga meningkat hasil daripada amalan bagus ini. Menurut kajian daripada New York University, membaca buku mampu meningkatkan kemampuan kita untuk lebih memahami perasaan orang-orang sekeliling kita. Apabila kita dapat memahami perasaan orang lain, hubungan yang dimiliki akan menjadi lebih baik dan mampu bertahan lama.

Berikut merupakan beberapa tips untuk memupuk minat membaca buku seperti:

 

  • Selalu habiskan masa lapang di perpustakaan.
  • Pilih buku yang mempunyai tajuk dan isi yang berkaitan minat anda.
  • Baca sekurang-kurangnya 5 muka surat sehari sebelum menambah lagi bilangan muka surat buku yang dibaca secara beransur-ansur.
  • Baca buku yang sedang hangat di pasaran.
  • Lepak dengan kawan-kawan yang suka membaca buku.
  • Membaca buku sambil menikmati makanan atau minuman yang digemari seperti makan coklat atau minum kopi.

5 Cara cara Seseorang Dapat Berfikiran Tenang atau Positif / (Tenang Is Good)

Seseorang selalunya stress apabila memiliki atau mempunyai tekanan yang luar biasa dan kekadang seseorang itu tidak dapat megawal dengan baik akan tetapi stress juga dapat di kawal apabila seseorang mengawal dengan tenang dan juga selalu berpikiran positif . Mungkin juga stress dapat memberi manfaat atau juga memberi satu motivasi untuk menuju hadapan.

5 cara cara seseorang dapat berfikiran tenang atau positif / (tenang is good)

  1. Bersyukur dengan apa yang ada. Ini bermaksud bahwa setiap seseorang harus menerima segala kelebihan dan kelemahan diri. Apabila kita merasa cukup dengan apa yang kita ada dengan masa yang sama fikiran kita tetap tenang.

  1. Mengawal emosi. Menjaga emosi kita dan jangan tergopo gopo untuk melakukan sesuatu. Latih emosi kita dengan puasa. Kerana puasa dapat mengurangkan dan dapat menghindari menjadi orang jahat dan dengan itu kita dapat berfikiran positif.

  1. Sentiasa bersenyum. Dengan senyum kita dapat menjadi lebih tenang dan aura positif dapat mengalir kebahagiaan dan mengikut kajian apabila kita senyum ketika kita sedih akan dapat menghilangkan rasa kesedihan dengan segera.

  1. Berdisplinkan diri. Cara hidup kita mesti mengikut dengan teratur dan berdisplin dan itu dapat hidup kita lebih tenang atau lebih fokus dengan kehidupan yang lebih tenang dan itu akan selalu merasa cukup dengan kita yang ada.

 

  1. Sentiasa tolong menolong. Kerana kita hidup bersosial,dan kita akan menjadi sifat pribadi yang bijak. Masyarakat yang sentiasa tolong menolong, sesuatu hari apabila kita mengalami kesusahan orang lain akan tolong kita dan itu boleh menjadikan yang lebih positif datang daripada kita.