5 Cara cara Seseorang Dapat Berfikiran Tenang atau Positif / (Tenang Is Good)
Seseorang selalunya stress apabila memiliki atau mempunyai tekanan yang luar biasa dan kekadang seseorang itu tidak dapat megawal dengan baik akan tetapi stress juga dapat di kawal apabila seseorang mengawal dengan tenang dan juga selalu berpikiran positif . Mungkin juga stress dapat memberi manfaat atau juga memberi satu motivasi untuk menuju hadapan.
5 cara cara seseorang dapat berfikiran tenang atau positif / (tenang is good)
- Bersyukur dengan apa yang ada. Ini bermaksud bahwa setiap seseorang harus menerima segala kelebihan dan kelemahan diri. Apabila kita merasa cukup dengan apa yang kita ada dengan masa yang sama fikiran kita tetap tenang.
- Mengawal emosi. Menjaga emosi kita dan jangan tergopo gopo untuk melakukan sesuatu. Latih emosi kita dengan puasa. Kerana puasa dapat mengurangkan dan dapat menghindari menjadi orang jahat dan dengan itu kita dapat berfikiran positif.
- Sentiasa bersenyum. Dengan senyum kita dapat menjadi lebih tenang dan aura positif dapat mengalir kebahagiaan dan mengikut kajian apabila kita senyum ketika kita sedih akan dapat menghilangkan rasa kesedihan dengan segera.
- Berdisplinkan diri. Cara hidup kita mesti mengikut dengan teratur dan berdisplin dan itu dapat hidup kita lebih tenang atau lebih fokus dengan kehidupan yang lebih tenang dan itu akan selalu merasa cukup dengan kita yang ada.
- Sentiasa tolong menolong. Kerana kita hidup bersosial,dan kita akan menjadi sifat pribadi yang bijak. Masyarakat yang sentiasa tolong menolong, sesuatu hari apabila kita mengalami kesusahan orang lain akan tolong kita dan itu boleh menjadikan yang lebih positif datang daripada kita.