Bagaimana Belajar Al-Quran Dengan Lebih Seronok? (How To Learn Quran In A Fun Way)

Belajar al-Quran, atau biasa kita sebut belajar mengaji, adalah tuntutan kepada semua umat Islam.

 

Cuma ada sesetengah orang, terutamanya kanak-kanak & remaja agak sukar nak ‘enjoy’ dalam belajar mengaji.

Bila kurang seronok, mood nak belajar pun tak ada. Belajar kena paksa lepastu tak sambung.

Kita risau anak-anak tak dapat hayati & tak dapat kuasai sekurang-kurangnya bacaan Al-Quran dengan betul.

 

Jadi sebagai ibu bapa atau pendidik Al-Quran perlu mencari inisiatif untuk memberikan pembelajaran yang lebih seronok & sesuai kepada anak-anak.

Salah satu cara terbaik adalah melakukan aktiviti yang menarik melibatkan anak-anak atau pelajar.

 

Kami berikan contoh dari tutor di bawah CMN Academy, Ustazah Nadirah yang amat kreatif menyantuni pelajarnya walaupun kelas secara online.

Tak hairan lah bila ibubapa sangat puas hati dengan pembelajaran anak-anak mereka, pelajar pun seronok je belajar.

Pelajarnya ada di beberapa negara, salah satunya 3 beradik dari Australia ini.

 

Seronok nampaknya mereka belajar mengaji dengan projek inovasi.

 

 

Disamping mempunyai kreativiti sendiri, tutor di bawah CMN Academy dipilih melalui temuduga dan ada latihan berkala untuk memberikan idea kreatif dalam proses pembelajaran.

 

Kelas mengaji secara personal atau berkumpulan kecil sebegini mampu memberikan anak-anak peluang untuk belajar lebih berfokus dan seronok, serta tak perlu segan untuk membaca dan bertanya.

 

Jom beri anak-anak pembelajaran Al-Quran yang lebih menarik!

KLIK DI SINI

 

 

 

5 Tip Mula Belajar Al-Quran

 

Anda baru nak mula mengaji Al-Quran?

Alhamdulillah… Terbaik!

Ini Tip untuk anda.

Diharap dapat bantu anda dalam perjalanan mula mengaji Al-Quran, samada asas atau perbaiki bacaan.

 

5 Tip Mula Mengaji Al-Quran

 

1- Tetapkan Niat.

Niat yang betul akan menentukan bagaimana fokus & usaha kita dalam buat sesuatu perkara.

Jika dilihat dalam ibadah-ibadah wajib, niat merupakan perkara utama & pertama.

Solat contohnya, dimulakan dengan niat.

Niat sentiasa perlu diperbaharui, untuk mengingatkan diri kita tentang tujuan. Kebiasaan manusia iman ada turun naik, pasang surut. Jadi untuk kekalkan momentum, niat perlu diperbaharui selalu.

Jadi, tanamkan niat yang betul setiap kali nak mula mengaji.

 

2- Mulakan dengan surah pendek.

Kami faham, kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita nak baca surah-surah panjang, terutamanya nak mula dengan surah Al-Baqarah, katanya nak ikut aturan dalam Al-Quran.

Salah ke?

Pastinya tidak. Cuma jika kita baru nak mula belajar mengaji, disarankan untuk baiki bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Bila dah mahir sikit, bacaan dah agak lancar, boleh lah baca surah-surah yang panjang.

 

3- Belajar berguru.

Bila nak belajar sesuatu, kita pasti kena ada guru kan?

Contohnya dulu masa sekolah, kita tak pandai matematik, kita ada guru matematik untuk mengajar.

Tak cukup di sekolah, ada antara kita sambung lagi belajar tuisyen samada di pusat tuisyen atau di rumah. Betul kan?

Sama juga macam mengaji Al-Quran.

Kita perlu ada guru yang dapat bimbing, tegur & bantu kita baiki bacaan & pandai mengaji.

Zaman sekarang, kita & keluarga boleh belajar lebih mudah bersama guru dari mana saja, belajar secara online.

 

Kempen Sempurnakan Bacaanmu #JomNgajiDariAsas

 

4- Sentiasa praktis.

“Practice makes perfect.”

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Jika kita nak bagus dalam sesuatu, nak kuasai sesuatu, kita perlu sentiasa praktis.

Baca Al-Quran juga sama, walaupun baca sedikit demi sedikit, sehari satu muka pun, kita perlu berterusan ulang membaca supaya mudah mudahan bacaan kita lebih baik dari sebelumnya.

 

5- Jangan putus asa.

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat.

Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

 

Jadi jom kita mula mengaji!

 

Perlukan bimbingan dalam pembelajaran al-Quran?

Jom CMN Academy bantu.

KLIK DI SINI

Jangan Abaikan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah datang lagi membawa peluang keampunan & pahala yang berlipat ganda kepada umat Islam.

 

Kita dah biasa dengan mengejar pahala di bulan Ramadan. Segala amal ibadah digandakan pada bulan tersebut demi mengejar kebaikan & ganjarannya.

 

Tapi tahukah anda, bulan Zulhijjah juga ada kelebihannya. Ramai yang mungkin lupa atau kurang cakna dalam hal-hal ibadah sunat & kelebihan dalam bulan Zulhijjah.

 

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 28,

“…  dan hendaklah menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu..”

yang ditafsir para ulama adalah pada 10 hari awal bulan Zulhijjah.

 

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini – baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”

Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

– Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah & Imam al-Tarmizi, hadis daripada Ibnu Abbas RA.

 

Apa amalan yang disarankan untuk kita lakukan pada bulan Zulhijjah terutamanya pada 10 hari awal bulan ini?

 

1- Berpuasa sunat pada 1 hingga 10 Zulhijjah, terutamanya pada 9 Zulhijjah iaitu hari Arafah.

2- Menggandakan zikir

3- Haji & Umrah bagi yang mampu

4- Ibadah korban sebagai salah satu tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

5- Banyakkan bertaubat

6- Bangun malam atau qiamullail

7- Memperbanyak solat sunat

8- Gandakan sedekah & amalan sunat lain

 

Jadi jom sama-sama kita imarahkan bulan Zulhijjah dengan amalan-amalan sunat!

 

Selamat menyambut bulan Zulhijjah :)