5 Tip Mula Belajar Al-Quran

 

Anda baru nak mula mengaji Al-Quran?

Alhamdulillah… Terbaik!

Ini Tip untuk anda.

Diharap dapat bantu anda dalam perjalanan mula mengaji Al-Quran, samada asas atau perbaiki bacaan.

 

5 Tip Mula Mengaji Al-Quran

 

1- Tetapkan Niat.

Niat yang betul akan menentukan bagaimana fokus & usaha kita dalam buat sesuatu perkara.

Jika dilihat dalam ibadah-ibadah wajib, niat merupakan perkara utama & pertama.

Solat contohnya, dimulakan dengan niat.

Niat sentiasa perlu diperbaharui, untuk mengingatkan diri kita tentang tujuan. Kebiasaan manusia iman ada turun naik, pasang surut. Jadi untuk kekalkan momentum, niat perlu diperbaharui selalu.

Jadi, tanamkan niat yang betul setiap kali nak mula mengaji.

 

2- Mulakan dengan surah pendek.

Kami faham, kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita nak baca surah-surah panjang, terutamanya nak mula dengan surah Al-Baqarah, katanya nak ikut aturan dalam Al-Quran.

Salah ke?

Pastinya tidak. Cuma jika kita baru nak mula belajar mengaji, disarankan untuk baiki bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Bila dah mahir sikit, bacaan dah agak lancar, boleh lah baca surah-surah yang panjang.

 

3- Belajar berguru.

Bila nak belajar sesuatu, kita pasti kena ada guru kan?

Contohnya dulu masa sekolah, kita tak pandai matematik, kita ada guru matematik untuk mengajar.

Tak cukup di sekolah, ada antara kita sambung lagi belajar tuisyen samada di pusat tuisyen atau di rumah. Betul kan?

Sama juga macam mengaji Al-Quran.

Kita perlu ada guru yang dapat bimbing, tegur & bantu kita baiki bacaan & pandai mengaji.

Zaman sekarang, kita & keluarga boleh belajar lebih mudah bersama guru dari mana saja, belajar secara online.

 

Kempen Sempurnakan Bacaanmu #JomNgajiDariAsas

 

4- Sentiasa praktis.

“Practice makes perfect.”

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Jika kita nak bagus dalam sesuatu, nak kuasai sesuatu, kita perlu sentiasa praktis.

Baca Al-Quran juga sama, walaupun baca sedikit demi sedikit, sehari satu muka pun, kita perlu berterusan ulang membaca supaya mudah mudahan bacaan kita lebih baik dari sebelumnya.

 

5- Jangan putus asa.

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat.

Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

 

Jadi jom kita mula mengaji!

 

Perlukan bimbingan dalam pembelajaran al-Quran?

Jom CMN Academy bantu.

KLIK DI SINI

Spread the love