Adik Aqil dapat markah tertinggi di dalam kelas selepas ambil Home Tuition !
Kali ini kami nak kongsikan kisah Puan Noraishah yang merupakan ibu kepada Aqil Haidar, calon UPSR 2020.
Sebelum puan Noraishah menggunakan khidmat CMN Academy, puan Noraishah pernah mengambil personal tutor lain tetapi personal tutor tersebut bukan dibawah tuition centre. Setelah berhenti menggunakan khidmat personal tutor tersebut, puan Noraishah mencari personal tutor lain yang boleh membantu anaknya, Aqil Haidar dalam pembelajaran. Pada mulanya puan Noraishah menapis dahulu dan membandingkan CMN Academy dengan pusat tuisyen lain bagi mendapatkan home tutor yang terbaik untuk anaknya. Akhirnya puan Noraishah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat CMN Academy kerana melihat maklum balas dan testimoni daripada klien-klien yang menggunakan khidmat tutor CMN Academy yang banyak menunjukkan peningkatan gred peperikasaan anak-anak mereka.
Puan Noraishah ingin meningkatkan gred peperiksaan anaknya, Aqil Haidar terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Aqil Haidar lebih memerlukan cikgu Bahasa Melayu kerana Aqil susah untuk skor subjek Bahasa Melayu berbanding dengan subjek Sains, Math, dan Bahasa Inggeris. Setelah mengetahui requirement yang dikemukakan oleh puan Noraishah, admin CMN Academy memberi profil tutor iaitu Cikgu Seri. Pada mulanya, puan Noraishah tidak yakin dan mahu mencuba menggunakan khidmat Cikgu Seri. Apabila beberapa kelas dijalankan Bersama Cikgu Seri, anak puan Noraishah mula rasa seronok dan excited untuk belajar. Pada mulanya, sebelum PkP, puan Noraishah ingin anaknya skor untuk UPSR. Tetapi apabila PKP berkuatkuasa, banyak pelan pembelajaran telah berubah sehingga peperiksaan UPSR dimansuhkan, puan Noraishah tetap meneruskan pembelajaran anaknya dengan CMN Academy tetapi berfokus kepada untuk mendapatkan tempat di sekolah MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Aqil haidar menyatakan perasaannya semasa mula-mula belajar bersama Cikgu Seri, pada mulanya dia berasa malu dan takut. Tetapi Cikgu Seri pandai mengambil hati dan membuatkan Aqil Haidar hilang rasa takut dan rasa seronok belajar bersamanya dengan membuat aktiviti-aktiviti menarik seperti membuat eksperimen untuk mengajar subjek sains. Apabila dah dekat dengan Tarikh peperiksaan atau ujian, Cikgu Seri lebih fokuskan dengan membuat Latihan, kuiz, dan dalam masa yang sama, Cikgu Seri akan terangkan apa-apa yang mengelirukan Aqil Haidar. Bagi Aqil, pembelajaran bersama home tutor dan bersama cikgu-cikgu di sekolah sangat berbeza. Di sekolah cikgu-cikgu akan mengajar secara menyeluruh dan tidak dapat focus kepada setiap pelajar. Manakala belajar di rumah bersama home tutor pula sangat berkesan kerana Aqil dapat bertanya terus apa-apa bahagian yang tidak difahami kepada Cikgu Seri.
Setelah beberapa bulan menggunakan khidmat home tutor CMN Academy bersama Cikgu Seri, terdapat peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun Aqil Haidar berbanding dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun terutamanya subjek Bahasa Melayu yang difokuskan. Aqil Haidar lebih mahir dalam membuat karangan Bahasa Melayu. Aqil juga pernah mendapat markah tertinggi di dalam kelas dalam subjek Bahasa Melayu kerana menggunakan tips-tips yang diajar oleh Cikgu Seri.
Bagi puan Noraishah, CMN Academy membuatkan anaknya lebih seronok dan bersemangat Ketika belajar kerana dapat tutor yang pandai mengambil hati dan membuatkan suasana belajar berasa seronok dan luar biasa. Puan Noraishah menyarankan kepada ibu bapa yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai Teknik pengajaran yang berkesan serta Teknik approach pelajar supaya mereka seronok belajar.