5 Tip Kuasai Algebra

3x + 2 = 9

Anda tahu apa kita panggil persamaan sebegini?

Menguasai Algebra penting dalam penyelesaian masalah Matematik.

 

Pelajar yang tidak dapat memahami dan menguasai Algebra mungkin akan agak sukar:

  • faham konsep Matematik yang berkaitan
  • selesaikan masalah/soalan Matematik
  • susun persamaan Matematik berkaitan

 

Jadi, penguasaan dalam Algebra ni sangat penting jika anda nak cemerlang dan skor dalam Matematik.

 

“Bagaimana saya nak kuasai topik Algebra ni? Susah la!”

 

Jangan risau, CMN Academy Home Tuition & Online Tuition kongsikan 5 Tip Kuasai Algebra untuk pelajar tersayang…

 

#1 Fahamkan Konsep Asas

Permulaan dan paling penting, anda perlu faham dulu konsep asas Matematik. Konsep asas ini termasuklah operasi asas Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi, simbol dan pembolehubah.

 

#2 Belajar Persamaan Linear & Pemfaktoran

Anda perlu tahu bagaimana nak susun persamaan dan belajar teknik penyelesaian persamaan linear yang ada satu serta lebih pembolehubah.

 

#3 Kuasai Persamaan Kuadratik

Selain persamaan linear, anda juga perlu mahir persamaan kuadratik untuk kuasai Algebra. Anda perlu tahu bagaimana nak bina persamaan kuadratik dan slelesaikan soalan berkaitan kuasa dua dan punca kuasa dua. Persamaan kuadratik lebih kompleks berbanding persamaan linear yang lebih ringkas.

 

#4 Banyakkan Latihan

Matematik dan latihan bagai aur dengan tebing. Pentingnya buat latihan berterusan untuk kita lebih faham selok belok soalan, dapat mesra dengan soalan dan lebih ingat serta faham tentang Matematik terutamanya topik Algebra. Ramai yang tak skor sebab tak faham soalan ataupun cuai semasa menjawab. Jadi dengan biasakan diri buat latihan, anda akan lebih yakin dan cekap untuk menyelesaikan masalah Algebra dengan cepat.

 

#5 Belajar bersama rakan/guru

Nak lebih cepat dan mudah faham? Belajar bersama rakan atau guru pembimbing tambahan bukan saja dapat meningkatkan kefahaman, juga pembelajaran boleh jadi lebih menarik dan seronok. Pelbagai aktiviti, pop kuiz dan permainan yang berkaitan Algebra dapat dilakukan jika belajar berteman. Anda boleh cuba lebih banyak kaedah untuk faham Algebra, selain boleh bertanya jika ada yang tak tahu.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjadi pelajar yang cemerlang Algebra seterusnya boleh skor Matematik!

 

Anak anda perlukan bantuan untuk belajar bersama tutor atau modul menarik dalam subjek Matematik?

Boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

5 Tips Cepat Belajar Matematik

 

Matematik adalah salah satu subjek yang sangat seronok dan menarik. Walaupun begitu, masih ramai pelajar yang agak lambat untuk kuasai Matematik terutamanya mengikut tahap mereka.

Matematik ni luas sebenarnya. Kegunaan juga sangat luas sebab asas Matematik ni berkait dengan pelbagai bidang seperti Fizik. Pelbagai bidang kerjaya juga memerlukan kemahiran dalam Matematik contohnya bidang aeroangkasa, kejuruteraan, perniagaan dan banyak lagi.

Jadi, pentingnya kita kuasai Matematik dari asas bukan hanya untuk skor dalam exam, tapi untuk kegunaan di masa depan.

 

Tapi, bagaimana pelajar nak belajar Matematik dengan lebih pantas?

 

 

Jom kami kongsikan 5 Tips Cepat Belajar Matematik.

 

1) Faham Konsep Asas

Pertamanya, kita kena usaha untuk faham konsep asas matematik.

Operasi matematik yang basic seperti tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan titik asas yang perlu dikuasai, seterusnya pecahan dan banyak lagi.

Kenapa kena faham dulu konsep?

3 sebab pentingnya faham konsep asas matematik :

  • Lebih mudah faham bila belajar sesuatu yang lebih advance atau melibatkan beberapa operasi Matematik.
  • Lebih cepat menjawab soalan.
  • Lebih seronok belajar Matematik!

Kebanyakan pelajar yang rasa susah nak faham soalan, sebab tak berapa nak kuasai asas. Akibatnya, jadi tak seronok belajar Matematik dan tak dapat skor dalam exam. Jika anak atau pelajar anda nampak agak sukar nak kuasai asas, boleh bantu mereka dari awal supaya tak berlarutan.


 

2) Hafal Sifir.

Perlu ke HAFAL SIFIR?

Sesetengah orang berpendapat sifir tidak perlu dihafal. Ada juga pendidik yang mengeluarkan kaedah untuk pelajar tak perlu hafal sifir.

Ianya tidak salah, bergantung kepada pelajar untuk memilih kaedah yang sesuai.

Berdasarkan pengalaman dan observation kami, menghafal sifir juga salah satu cara yang boleh kekalkan lama di minda dan mempercepatkan pengiraan yang melibatkan operasi darab.

Menghafal sifir dan membuat pengiraan dalam minda (mengingat balik) dapat membantu otak kita lebih cekap dan exercise.

Ada yang menghafal sifir semasa sekolah rendah, sampai dewasa masih ingat dan boleh mengira dalam minda saja.

 

 

 

3) Buat Banyak Latihan.

‘Practice makes Perfect’

Matematik pun sama.

Nak cepat kuasai matematik? Nak cekap pengiraan? Nak skor exam? Buat latih tubi banyak-banyak.

Nak lagi seronok, pelbagaikan jenis soalan atau latih tubi. Di pasaran, dah banyak jenis buku dan modul aktiviti serta soalan ada disediakan. Ada yang boleh dapat secara percuma, ada berbayar.

Dulu, soalan hanya boleh didapati melalui buku-buku latihan dan aktiviti. Kini, bergerak seiringan zaman teknologi, modul dan ebook aktiviti menarik serta soalan latihan sudah banyak dikeluarkan. Malah, yang berbentuk interaktif dan apps juga ada disediakan.

Ingat, Matematik bukan subjek untuk dibaca! Semakin banyak latihan anda buat, anda akan jadi semakin cekap.

Kebanyakan soalan bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan menjawab soalan supa lebih ‘mesra’ dengan pelbagai bentuk soalan.

Jika anda musykil dengan soalan yang diberi, anda ada peluang untuk rujuk cikgu/tutor/ibubapa anda bagi dapatkan kaedah bagaimana untuk selesaikannya.

 

 

4) Belajar Berteman / Berkumpulan

Matematik adalah subjek yang menarik dan luas. Ada soalan yang mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Matematik merupakan subjek untuk menyelesaikan masalah dan subjek BERFIKIR.

Belajar dan Latihan secara berteman atau berkumpulan membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik dengan lebih cepat dan menarik!

Selain dapat bertukar pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan tentang formula yang sukar untuk dikuasai, pelajar juga dapat melatih pemikiran untuk fokus terhadap persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan dalam pembelajaran.

Gaya pembelajaran yang boleh dipelbagaikan serta banyak aktiviti menarik berkaitan Matematik yang boleh dilakukan bersama juga dapat membantu menaikkan semangat dan kefahaman dalam Matematik

 

Anak anda perlukan bantuan untuk belajar bersama tutor atau modul menarik dalam subjek Matematik?

Boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

 

5. Azam Dan Semangat Kuasai Matematik

Ada yang rasa terpaksa belajar, sekadar satu subjek yang tak tahu apa gunanya dalam kehidupan. Ada yang masih lagi mencari apa yang seronok dengan Matematik.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi kita kena kenal Matematik untuk kita suka!

Bila dah suka, akan mudah belajar nanti.

Matematik sebenarnya satu subjek yang menarik dan seronok untuk diterokai. Ada kalanya kita hanya perlu ubah cara belajar untuk kita suka dengan Matematik.

Bila dah suka dan minat, pelajar secara automatik akan belajar serta membuat latihan tanpa disuruh. Apabila sudah menguasai pengiraan matematik, setiap soalan pasti boleh dijawab dengan jayanya.

Peranan dan sokongan orang sekeliling terutamanya ibu bapa juga sangat penting dalam membantu menaikkan semangat pelajar untuk cepat kuasai Matematik.