Promosi Online Tuition Personal 1 to 1 CMN Academy
/in 21st Century Education, Online Tuition, online tuition matematik, Online tuition Sains upsr, Online Tutoring, pembelajaran secara online, promosi online tuition, Tuisyen Online /by cmn academyPromosi Kelas Percuma PKP Online Tuition Personal 1 to 1 sempena Tahun Baru 2021!
Ibu mana yang tak seronok tengok anak semangat belajar & ada peningkatan.. betul?
“Anak saya dapat 100 markah & seorang lagi dapat band 6 untuk matematik dalam exam akhir tahun.” – Puan Maryam.
“Anak saya seronok belajar online dengan teacher dari CMN. Dia kata mudah faham & semangat untuk belajar & teruskan kelas. Ini sesuatu yang sangat positif, sebab biasanya sebelum ni, cuba 1 kali saja dah tak nak teruskan.” – Puan Liza.
Berdasarkan pengalaman kami selama 12 Tahun dalam bidang pendidikan & pengalaman dalam pembelajaran secara online sejak 2016, kami ingin bantu anak anda belajar lebih seronok, berfokus & berimpak melalui Online Tuition.
Bagaimana kami bantu anak mereka?
• Pembelajaran yang berfokus secara 1 to 1, kaedah yang disesuaikan dengan pelajar – lebih mudah faham, tak perlu malu nak tanya soalan.
• Tutor yang dipilih dengan ketat & dilatih secara berkala terutamanya berkaitan skill pengajaran terkini.
• Pemantauan setiap kelas secara bulanan melalui tutor & ibu bapa.
• Pembelajaran yang lebih seronok, menarik & interaktif melibatkan komunikasi 2 hala.
• Waktu yang dapat disesuaikan mengikut pilihan pelajar & ibubapa tidak mengganggu aktiviti rutin sedia ada.
Nak kami bantu anak anda seperti anak mereka?
Klik https://bit.ly/PKP-tuisyen sekarang!
Terbuka kepada semua pelajar 6 tahun hingga tingkatan 5.
Dapatkan 1 Sesi Extra secara Percuma bernilai minimum RM50 untuk setiap pendaftaran bulan Januari 2021.
3 Tip Fit Kimia
/in SPM, Tuisyen Di Rumah, Tutor /by cmn academySesi Funtastic Online Booster kali ini bersama seorang speaker yang sangat bersemangat iaitu Cikgu Zanna bersama moderator si manis Cik Azyy dari CMN. Topik menarik yang dibincangkan adalah 3 Tip Fit Kimia. Sudah tentu ramai pelajar selalu dengar bahawa subjek kimia ini merupakan subjek ‘Killer’. Tapi bersama-sama dengan Cikgu Zanna, ketahui keseronokkan dan cara menarik untuk ‘score’ subjek Kimia ni.
Sebelum itu, sedikit pengenalan bagi sesiapa yang masih belum mengenali Cikgu Zanna. Puan Ruzanna Manap atau lebih terkenal dengan panggilan Cg Zanna. Beliau merupakan Speaker Funtastic Kimia SPM yang juga seorang graduan Sains Kimia dari Universiti Teknologi Skudai (UTM), Skudai, Johor.
Kata Cikgu Zanna, beliau sentiasa ingin menjadi seorang pendidik yang luar biasa. Antara cabaran untuk menjadi seorang pendidik yang luar biasa ialah setiap perkara yang dilakukan perlulah sangat terperinci dalma setiap segi. Segala usaha perlulah di’Double Effort’ kan untuk jadi pendidik yang ‘wow’.
Kembali kepada tajuk perbincangan kali ini, Cikgu Zanna akan kongsikan 3 Tip Fit Kimia.
- Plan (Rancang)
- Jadual pembelajaran. Fikirkan rutin yang hendak dilakukan.
- Mulakan dengan merangka jadual mengikut topik dan menyusun mengikut waktu yang bersesuain.
- Start (Mula)
- Permulaan sangat penting bagi setiap perjalanan. “Now or Never”.
- Mulakan mengikut kemampuan atau tahap masing-masing. Tidak perlu terlalu bersaing dengan rakan-rakan yang lain.
- Buat keputusan untuk mula daripada mana. Cari cara pembelajaran yang paling sesuai dengan diri sendiri untuk permulaan.
- Tetapkan fokus dan fahamkan konsep merupakan asas dalam pembelajaran.
Jika sudah berjaya untuk “Mula”, pelajar akan lebih jelas tentang kekurangan dan kelebihan masing-masing dalam Kimia. Oleh itu, pelajar boleh mula bertanya jika ada yang tidak faham kepada cikgu atau rakan.
- Consistency (Konsisten)
- ‘Practice makes perfect’. Lakukan latihan yg berkala. Sebagai contoh, Topik Kimia Tingkatan Empat iaitu Persamaan Kimia. Kebanyakkan pelajar yang masuk ke Tingkatan Lima sudah mula lupa tentang topik ini. Oleh itu, pelajar perlu banyakkan latihan.
- Fokus pelajar juga perlu konsisten agar usaha tidak berhenti separuh jalan.
- Jika tiada latihan yang diberikan oleh cikgu, cari inisiatif untuk asah topik yang lemah dan tambah kefahaman. Lebih-lebih lagi di era ini, pelbagai platform boleh digunakan untuk menuntut ilmu.
Sekian sahaja perkongsian menarik 3 Tip Fit Kimia daripada Cikgu Zanna. Banyak lagi perkara menarik yang dikongsikan dalam sesi kali ini. Antaranya ialah persamaan ‘orkout’ dan Kimia, kebaikan kopi untuk tubuh badan manusia serta cabaran dan pencapaian Cikgu Zanna sepanjang menjadi Speaker Funtastic Kimia.
Tonton rakaman ‘Live’ ini untuk hayati sesi perkongsian tersebut.
Nak belajar gaya menarik dengan Online tuition?
Layari: Funtastic Online Tuition
3 Petua Istiqamah Belajar Akaun
/in Uncategorized /by cmn academyAntara punca pelajar drop subjek Prinsip Akaun adalah kerana prestasi yang makin menurun dalam setiap ujian. Menjadikan pelajar kecewa dan kurang yakin dengan kemampuan diri. Apa sebabnya dan apa 3 Petua Istiqamah Belajar Akaun?
Dalam entri kalini, ingin kami kongsikan kepada kalian bagaimana mencungkil potensi pelajar dan suntikkan rasa ingin istiqomah dalam mempelajari Prinsip Akaun. Sesi Funtastic Online Booster kalini bersama seorang pelajar iaitu Adik Izzah Zalikha dan seorang Tutor Akaun berpengalaman, Cikgu Akin bersama moderator hebat tak lain tak bukan Coach Isa dari CMN.
3 Petua Istiqamah Belajar Akaun
Fuhh, susah sangat ke subjek akaun ni sampai perlu istiqamah nak belajar? Jom kita teliti perkongsian daripada dua jemputan ni.
Pengenalan sedikit tentang adik Izzah. Beliau merupakan seorang pelajar SMK bukit Rahman Putra dan berasal daripada Shah Alam, Selangor. Beliau yang pada awalnya agak pemalu di awal permulaan sesi tuisyen bersama Cikgu Akin. Bermacam cara yang dicuba oleh Cikgu Akin untuk memenangi hati Izzah ni supaya jatuh cinta dengan subjek prinsip akaun ni.
Memang tak mudah. Tapi, tak juga susah nak istiqamah ni, kata Cikgu Akin.
Macamana cara nak Build Confidence Dengan Subjek Akaun ni? Menurut Izzah, pendekatan Cikgu Akin semasa mengajar iaitu lebih mendekatkan diri seperti kawan dengan pelajar membuatkan pelajar lebih selesa untuk menimba ilmu dan tidak malu bertanya.
Apa 3 petua daripada Cikgu Akin?
1. Bina Bonding yang rapat antara pendidik dengan pelajar
- Bagi mempermudahkan sesi pembelajaran. Pelajar akan lebih terbuka untuk bertanya dan wujud sesi komunikasi dua hala. Dengan itu, tutor boleh fokus dengan masalah pelajar dan bantu selesaikan segala persoalan dalam fikiran pelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi untuk medalami subjek tersebut.
- Tutor perlu elakkan mengulangi benda yang sama dengan cara yang sama. Tapi, masukkan ‘Added Value’ dalam perkongsian supaya pelajar tidak hilang minat.
- Kongsikan dengan pelajar, knowledge tentang aplikasi subjek tersebut selepas persekolahan atau aplikasi dalam industry / real life.
2. Susun waktu belajar. Amalkan ‘Backward Learning Study Time’ dalam jadual waktu belajar.
- Susun Ikut kesusahan subjek. Subjek yang lebih susah, lebih panjang masa yang diperlukan untuk ulangkaji. Bergantung kepada setiap pelajar. Kenal pasti di mana patut letakkan subjek Prinsip Akaun dalam jadual.
- Susun mengikut topik dalam sesuatu subjek.
- Contoh; URGENT, NOT URGENT, IMPORTANT, NOT IMPORTANT
- Sesi pembelajaran akan lebih teratur dan efektif. Pelajar juga akan lebih berdisiplin.
Benjamin Franklin pernah berkata : “By failing to plan, you are preparing to fail”.
3. Tunda VS Tanda
- Bila ada kelas tunda atau batal, ambil inisiatif untuk ulang kaji subjek yg tertunda tersebut. Dengan cara itu, penggunaan masa pelajar akan dapat dioptimumkan.
- Untuk tanda pula, buat planner atau ‘To-do-list’. Dengan cara ini, pelajar akan lebih jelas dengan apa yang hendak dilakukan. Seperti nak mula dgn topik apa dan sebagainya.
- Mula dengan subjek atau topik yang senang untuk ‘build confident’. Ini sangat penting!
Sedikit nasihat daripada adik Izzah, kepada pelajar yang lain terutama yang mengambil subjek Prinsip Akaun. Perlu ‘Open Minded’ untuk belajar sesuatu yang baharu dan betulkan niat untuk menuntut ilmu. Fikirkan segala manfaat yang akan datang darpada ilmu tersebut.
Sebagai penutup daripada Cikgu Akin, jika hendak belajar benda baharu, kita perlu ‘Go For It’.
Nak Belajar Akaun Tak Perlu Tunggu Orang Lain.
- Asalkan ada Nawaitu dan
- Semangat yang tinggi untuk menuntut elmu
Jangan teragak-agak sebab segala yang dipelajari pasti ada manfaat. Selain itu, jangan ‘Give Up’. Ambil masa sampai jumpa orang yang betul dan tepat untuk datangkan semangat belajar tu seperti guru, kawan, keluarga atau kaunselor.
Berikut merupakan sedikit sebanyak yang dapat dipetik daripada sesi perkongsian Cikgu Akin dan adik Izzah tentang Petua untuk Istiqamah atau Konsisten belajar Prinsip Akaun. Banyak lagi tips, perbincangan dan cerita menarik yang dikongsikan oleh dua jemputan ini seperti tips menjawab soalan sewaktu peperiksaan dan sebagainya.
Untuk tahu lebih banyak, jemput tonton rakaman sesi Live tersebut di link di bawah :
Interesting links
Here are some interesting links for you! Enjoy your stay :)Contact Us
Hotline: +019-4626840
cmnglobal@gmail.com