Promosi Raya Kelas Online Berkumpulan & Personal 1 to 1

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua!

 

Bagaimana cerita raya PKP anda kali ni?

Dah hari ke 6 Syawal, anda dah mula puasa 6?

 

PdPr pun dah mula semalam.

Bagaimana dengan anak anda? Ok ke tu belajar?

 

Kami boleh bantu anak anda belajar gaya lebih seronok, interaktif & berkesan.

 

Bersempena dengan Syawal kali ini…

 

Kami di CMN Academy ingin berikan anda hadiah kelas percuma & voucher untuk anak anda belajar dengan seronok & improve result.

 

 

Funtastic Raya Learning ini menawarkan kelas PERCUMA untuk Funtastic Online Tuition.

Funtastic Online Tuition ini menerapkan pembelajaran berkumpulan secara lebih menarik, mudah faham & berkesan.

 

Ada pelajar ni yang join kelas Sains. Awalnya, sebelum join kelas Funtastic Sains ni, adik ni tak minat langsung Sains, jadi memang nak skor tu susah sikit. Yang bestnya lepas join kelas ni, minat tu dah timbul sampai adik Alisha dapat skor 97 markah!

 

Ada seorang lagi pelajar tak minat langsung Bahasa Arab sebelum ni. Bila tak minat, susah sikit nak perform. Tapi lepas dah join kelas Funtastic Bahasa Arab, sekarang dah siap jadi rujukan kawan-kawan. Hebat betul adik ni.

 

Kalau nak anak anda meningkat prestasinya, jom daftarkan ke Funtastic Online Tuition.

Boleh terus ke pelajarberjaya.com untuk mendaftar.

 

Ada pelajar yang perlukan bimbingan secara 1 to 1 atau personal.

Jadi kami juga sediakan inisiatif kelas online personal untuk anak anda terus dapat pembelajaran tanpa henti walaupun keadaan pandemik covid-19 ni agak membimbangkan.

Orang kata kita ambil ‘precaution’, sebagai solusi kepada home tuition.

 

Jadi sempena Syawal ni, kami ada promosi diskaun khas untuk anda yang mendaftar online tuition.

 

>>Klik Di Sini untuk team kami bantu.

 

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda mendapatkan pembelajaran yang lebih baik untuk tambahan kepada pembelajaran di sekolah atau PdPr anak anda .

CMN Academy mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza kepada anak-anak tahfiz.

Ustazah Asma yang merupakan Pengurus Operasi di Akedemi Tahfiz Al-Hidayah yang ditubuhkan pada tahun 2000 telah mengambil perkhidmatan CMN Academy sejak tahun 2020 sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di keluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akademi Tahfiz Al-Hidayah merupakan sekolah tahfiz bersepadu yang menekankan ilmu Diniyah dan Akademik untuk pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Pada tahun 2020, sebelum berlangsungnya PKP, Ustazah Asma merancang untuk mengambil guru tuisyen daripada luar supaya anak-anak tahfiz dapat merasa persekitaran dan suasana belajar yang berbeza dengan belajar guru-guru di tahfiz. Di samping itu, untuk mengurangkan rasa bosan anak-anak tahfiz dari belajar dengan guru-guru yang sama di tahfiz supaya anak-anak tahfiz lebih seronok belajar.

Sebelum PKP dikuatkuasakan, tutor-tutor daripada CMN Academy sempat mengajar di Tahfiz secara face-to-face. Apabila berlangsungnya PKP, kelas di tahfiz tetap dijalankan tetapi hanya secara online sahaja sehingga bulan Mac 2021. Pada bulan April 2021, tutor-tutor CMN Academy akan Kembali mengajar di tahfiz secara face-to-face.

Sepanjang kelas online berlangsung, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh anak-anak tahfiz seperti kekangan untuk mendapatkan gadjet bagi menghadiri kelas online, kekangan talian internet, dan sebagainya. Namun, kekangan-kekangan tersebut langsung tidak menjejaskan prestasi belajar sesetengah anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Banyak feedback positif yang diberikan oleh anak-anak tahfiz yang hadir kelas online secara konsisten. Antaranya, mereka seronok hadir kelas yang diadakan, tak rasa penat pun belajar dengan tutor-tutor CMN Academy walaupun hanya belajar secara online. Selain itu, ada juga anak-anak tahfiz yang tak sabar dan sentiasa menanti-nantikan kelas untuk bermula, ada masa anak-anak tahfiz sendiri yang bertanya sendiri kepada tutor, bila nak start kelas. Begitu excited dan tak sabarnya anak-anak tahfiz Al-hidayah setiap kali hendak hadir kelas online Bersama tutor-tutor CMN Academy.

Anak-anak tahfiz lebih seronok dan excited belajar dengan tutor-tutor CMN Academy kerana kelas sentiasa berjalan secara interaktif dan wujud komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar. Selain itu, aktiviti kuiz yang dijalankan di dalam kelas dengan menggunakan platform Quizizz sangat menarik minat dan keseronokan anak-anak tahfiz untuk belajar sehingga membuatkan mereka berlumba-lumba untuk jawab kuiz tersebut. Jika di sekolah tahfiz, anak-anak tahfiz hanya belajar seperti di sekolah biasa bersama guru-guru di sekolah. Jadi, CMN telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza untuk anak-anak tahfiz yang membuatkan mereka rasa seronok untuk belajar.

Bagi ustazah Asma, CMN Academy membuatkan anak-anak tahfiz lebih berfikiran terbuka dan dapat membiasakan diri dengan environment di luar tahfiz. Ustazah Asma menyarankan kepada ibu bapa dan sekolah-sekolah tahfiz yang mencari pusat tuisyen atau cikgu untuk mengajar di rumah untuk terus hubungi CMN Academy kerana tutor-tutor CMN Academy semua diberi training untuk menjadi seorang tutor yang baik, bagus, dan mempunyai teknik pengajaran yang berkesan serta teknik  approach pelajar supaya mereka rasa seronok untuk belajar.

 

Exam Dibatalkan! Apa Ibu Bapa & Pelajar Nak Buat?

“Hoooreyyy!! Merdeka!! Mak tahun ni exam takde… boleh Boboy sambung main games jer?”

 

Menteri Kanan Pendidikan menerusi satu sidang media telah memaklumkan bahawa exam besar pada tahun ini dibatalkan.

 

Apa??

UPSR & PT3 dibatalkan? SPM ditunda ke tahun hadapan!

Haa..sudah.

 

Nak buat macam mana ni? Anak-anak dah “Horey!” la.. “Esok raya” la.. “Merdeka” laa….

Takkan nak biar anak-anak duduk saja tak belajar kan?

Adakah maksud belajar tu sekadar untuk peperiksaan? Atau sebenarnya untuk kehidupan?

 

Jom dengar apa kata Founder CMN Academy, Tuan Mohd Noor tentang perkara ini.

 

 

Kami ada menyediakan Online Tuition berkumpulan secara PERCUMA yang mana menitik beratkan pembelajaran menyeronokkan (fun learning) dan pembelajaran Beyond-A di mana bukan belajar semata-mata untuk peperiksaan, malah kehidupan.

 

 

 

 

 

 

PKP Dilanjutkan! Apa Pilihan Anda Sebagai Ibu Bapa Untuk Pembelajaran Anak?

Jam 4 petang, sempena hari Jumaat yang mulia…

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.

 

Anda sebagai ibu bapa telah mulakan langkah untuk anak anda tidak ketinggalan dalam pelajaran?

Apa pilihan yang sesuai pada masa ini?

 

Dalam tempoh PKP ini, kita tidak boleh keluar dari kawasan rumah jika tiada sebab yang boleh diterima.
Tetapi pembelajaran harus diteruskan supaya anak anda berada di atas landasan yang betul dan tak ‘blur’ bila masuk sekolah balik nanti.

 

Jadi ada 2 pilihan yang  boleh kami cadangkan kepada anda.

 

1- Anak belajar bersama anda
Anda perlu mengajar dan membantu sekiranya anak anda kurang faham sesuatu topik atau subjek.

 

Cuma kebiasaannya kami banyak terima rungutan dari ibubapa…

“Anak tak nak belajar dengan saya. Susah nak mengajar dia tak nak dengar & asyik main-main.”

“Saya tak pandai nak mengajar. Silibus pun saya tak tahu. Dah lama tinggal sekolah, lupa dah macam mana nak buat.”

“Saya tak boleh ajar anak saya… tak jadi. Walaupun saya ni guru.”

 

Jadi kami bantu anda dengan pilihan kedua iaitu…

 

2- Belajar melalui Online dengan Tutor Berpengalaman.

Kami sediakan 2 jenis Online Tuition iaitu secara 1 to 1 dan secara berkumpulan iaitu Funtastic Online Class. Percuma pun ada 😃

Anda boleh pilih mengikut keperluan, keselesaan dan budget anda.

 

5 KAEDAH BAGAIMANA NAK BELAJAR & ULANGKAJI DENGAN BERIMPAK SEMASA RMO
KELAS ONLINE TUITION PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA & SENARAI TABUNG NGO SEMPENA COVID-19

Ibu ini telah ambil Online Tuition hampir semua subjek SPM & PT3 untuk 2 anaknya.

 

Online Tuition kami menitikberatkan cara penyampaian yang kreatif & santai, intipati yang padat & komunikasi dua hala dengan pelajar.

 

Sebab apa?

Kami amat mementingkan kualiti dan penerimaan pelajar. Bukan mudah untuk pelajar ‘stay’ belajar secara online, tapi ramai yang dah buktikan mereka boleh dengan pendekatan yang kami bawakan.

 

Antara kelas yang telah dijalankan,

 

 

 

Jika anda berminat atau perlukan sebarang pendapat/pertanyaan berkenaan Online Tuition, klik saja di bawah

KELAS ONLINE TUITION PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA & SENARAI TABUNG NGO SEMPENA COVID-19

5 Kaedah Bagaimana Nak Belajar & Ulangkaji Dengan Berimpak Semasa RMO

Nampaknya… Perintah Kawalan Pergerakan atau bahasa Inggerisnya, Restricted Movement Order (RMO) akan dilanjutkan.

Tambah lagi 2 minggu.

 

Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak anda?

 

Cuti yang sepatutnya hanya seminggu, sudah jadi sebulan!

Kalau sebulan anak dok rumah tanpa belajar atau ulangkaji, ke mana arah tuju mereka selepas ini?

 

Anda nak tahu 5 Kaedah Bagaimana Anak Nak Belajar & Ulangkaji Dengan Berimpak Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ni?

 

 

1- Jadikan 1 tempat dalam rumah sebagai tempat belajar 

Tak kira nak ambil 1 sudut di ruang tamu, ruang makan atau dalam bilik, adakan tempat yang sesuai & selesa untuk belajar. Pastikan tempat tersebut tiada perkara yang boleh mengganggu tumpuan belajar.

 

2- Susun jadual untuk belajar & rehat

Biasa orang ajar buat jadual untuk belajar je kan? Tapi ini lain sikit, jadual kena ada masa belajar/ulangkaji dan masa rehat, sama ada nak tengok tv ke, main games ke, tidur ke, boleh masuk dalam waktu rehat.

Sebab apa kena ada waktu rehat? Bukan yang penting belajar je ke?

Pentingnya emosi positif pelajar sewaktu nak belajar. Bila ada masa rehat dalam 1-2 jam sehari, selain ‘keperluan asas’, masa belajar akan digunakan sebaik mungkin & lebih fokus.

 

3- Buat pembelajaran secara hands-on guna bahan mudah didapati

Biasa kita fikir, macam mana la nak bagi anak ni faham apa yang dia belajar.

Salah satu cara adalah buat mini projek pembelajaran guna bahan2 yang mudah atau terpakai yang ada di rumah.

Ada jenis anak yang belajar melalui visual, ada yang kena buat/tunjuk/sentuh baru boleh faham. Jadi boleh kita ‘guide’ mereka untuk buat projek bersama.

 

4- Belajar bersama keluarga!

Yang ni BEST!

Kenapa? Sebab anak yang besar – kakak/abang, boleh ajar adik-adiknya. Kita boleh juga bantu mereka untuk belajar dan ulangkaji.

Maklumlah, ada antara kita sedang bercuti atau bekerja dari rumah sekarang. Jadi, inilah masanya anda nak bantu anak anda belajar. Tunjukkan skil mengajar anda ;)

 

5- Belajar bersama tutor melalui online – Online Tuition 1 to 1 atau group

Last sekali ni, istimewa sikit.

Jika ada subjek yang anda tidak dapat bantu anak kerana kurang arif tentang subjek tersebut, silibus atau anda ada satu ‘angin’ yang mungkin sebabkan anak tak dapat belajar dengan anda, berikan peluang kepada tutor untuk membantu anak anda belajar secara Online.

Ramai yang telah mula & beralih arah ke pembelajaran secara online sama ada Online Tuition secara 1 to 1 atau berkumpulan.

Kata mereka, anak mereka seronok belajar secara online. Ianya lebih Selamat, Mudah & Jimat!

 

Anda boleh aplikasikan 5 Kaedah ini bersama anak anda.

Kita sama-sama doakan keadaan negara & dunia kembali pulih seperti sediakala atau lebih baik.

 

Selamat mencuba! ;)