5 Tips Cepat Belajar Matematik

 

Matematik adalah salah satu subjek yang sangat seronok dan menarik. Walaupun begitu, masih ramai pelajar yang agak lambat untuk kuasai Matematik terutamanya mengikut tahap mereka.

Matematik ni luas sebenarnya. Kegunaan juga sangat luas sebab asas Matematik ni berkait dengan pelbagai bidang seperti Fizik. Pelbagai bidang kerjaya juga memerlukan kemahiran dalam Matematik contohnya bidang aeroangkasa, kejuruteraan, perniagaan dan banyak lagi.

Jadi, pentingnya kita kuasai Matematik dari asas bukan hanya untuk skor dalam exam, tapi untuk kegunaan di masa depan.

 

Tapi, bagaimana pelajar nak belajar Matematik dengan lebih pantas?

 

 

Jom kami kongsikan 5 Tips Cepat Belajar Matematik.

 

1) Faham Konsep Asas

Pertamanya, kita kena usaha untuk faham konsep asas matematik.

Operasi matematik yang basic seperti tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan titik asas yang perlu dikuasai, seterusnya pecahan dan banyak lagi.

Kenapa kena faham dulu konsep?

3 sebab pentingnya faham konsep asas matematik :

  • Lebih mudah faham bila belajar sesuatu yang lebih advance atau melibatkan beberapa operasi Matematik.
  • Lebih cepat menjawab soalan.
  • Lebih seronok belajar Matematik!

Kebanyakan pelajar yang rasa susah nak faham soalan, sebab tak berapa nak kuasai asas. Akibatnya, jadi tak seronok belajar Matematik dan tak dapat skor dalam exam. Jika anak atau pelajar anda nampak agak sukar nak kuasai asas, boleh bantu mereka dari awal supaya tak berlarutan.


 

2) Hafal Sifir.

Perlu ke HAFAL SIFIR?

Sesetengah orang berpendapat sifir tidak perlu dihafal. Ada juga pendidik yang mengeluarkan kaedah untuk pelajar tak perlu hafal sifir.

Ianya tidak salah, bergantung kepada pelajar untuk memilih kaedah yang sesuai.

Berdasarkan pengalaman dan observation kami, menghafal sifir juga salah satu cara yang boleh kekalkan lama di minda dan mempercepatkan pengiraan yang melibatkan operasi darab.

Menghafal sifir dan membuat pengiraan dalam minda (mengingat balik) dapat membantu otak kita lebih cekap dan exercise.

Ada yang menghafal sifir semasa sekolah rendah, sampai dewasa masih ingat dan boleh mengira dalam minda saja.

 

 

 

3) Buat Banyak Latihan.

‘Practice makes Perfect’

Matematik pun sama.

Nak cepat kuasai matematik? Nak cekap pengiraan? Nak skor exam? Buat latih tubi banyak-banyak.

Nak lagi seronok, pelbagaikan jenis soalan atau latih tubi. Di pasaran, dah banyak jenis buku dan modul aktiviti serta soalan ada disediakan. Ada yang boleh dapat secara percuma, ada berbayar.

Dulu, soalan hanya boleh didapati melalui buku-buku latihan dan aktiviti. Kini, bergerak seiringan zaman teknologi, modul dan ebook aktiviti menarik serta soalan latihan sudah banyak dikeluarkan. Malah, yang berbentuk interaktif dan apps juga ada disediakan.

Ingat, Matematik bukan subjek untuk dibaca! Semakin banyak latihan anda buat, anda akan jadi semakin cekap.

Kebanyakan soalan bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Justeru, lakukan sebanyak mungkin latihan menjawab soalan supa lebih ‘mesra’ dengan pelbagai bentuk soalan.

Jika anda musykil dengan soalan yang diberi, anda ada peluang untuk rujuk cikgu/tutor/ibubapa anda bagi dapatkan kaedah bagaimana untuk selesaikannya.

 

 

4) Belajar Berteman / Berkumpulan

Matematik adalah subjek yang menarik dan luas. Ada soalan yang mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Matematik merupakan subjek untuk menyelesaikan masalah dan subjek BERFIKIR.

Belajar dan Latihan secara berteman atau berkumpulan membantu seseorang itu menguasai subjek Matematik dengan lebih cepat dan menarik!

Selain dapat bertukar pandangan dan formula bersama-sama rakan-rakan tentang formula yang sukar untuk dikuasai, pelajar juga dapat melatih pemikiran untuk fokus terhadap persoalan yang diberi. Ia secara tidak langsung dapat tajamkan daya ingatan dalam pembelajaran.

Gaya pembelajaran yang boleh dipelbagaikan serta banyak aktiviti menarik berkaitan Matematik yang boleh dilakukan bersama juga dapat membantu menaikkan semangat dan kefahaman dalam Matematik

 

Anak anda perlukan bantuan untuk belajar bersama tutor atau modul menarik dalam subjek Matematik?

Boleh hubungi kami dengan KLIK DI SINI

 

 

5. Azam Dan Semangat Kuasai Matematik

Ada yang rasa terpaksa belajar, sekadar satu subjek yang tak tahu apa gunanya dalam kehidupan. Ada yang masih lagi mencari apa yang seronok dengan Matematik.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi kita kena kenal Matematik untuk kita suka!

Bila dah suka, akan mudah belajar nanti.

Matematik sebenarnya satu subjek yang menarik dan seronok untuk diterokai. Ada kalanya kita hanya perlu ubah cara belajar untuk kita suka dengan Matematik.

Bila dah suka dan minat, pelajar secara automatik akan belajar serta membuat latihan tanpa disuruh. Apabila sudah menguasai pengiraan matematik, setiap soalan pasti boleh dijawab dengan jayanya.

Peranan dan sokongan orang sekeliling terutamanya ibu bapa juga sangat penting dalam membantu menaikkan semangat pelajar untuk cepat kuasai Matematik.

 

 

Dari Gagal ke A-, Sikap ‘Tak Give Up’ Antara Resipi Kejayaan SPM Husna

Tahniah kepada Husna dari Bangi yang berjaya dapat 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022.

Yang ‘best’nya, keputusan Prinsip Akaun meningkat mendadak dari gagal masa trial, bila SPM dapat A-!

 

 

Sebenarnya, Husna salah seorang pelajar Prinsip Akaun yang ambil kelas tuisyen bersama Cikgu Akin.

Sebelum ambil kelas ni, Husna mengaku tiada asas yang kuat.

Silibus Form 4 pun tak dikuasai apatah lagi Form 5.

Dalam fikiran Husna, beliau berfikir tak boleh buat, tak boleh buat.

Tapi dalam masa sama, terfikir juga kalau gagal spm ni, susah ni.

Jadi, walaupun agak lambat, Husna tetap ambil kelas tuisyen.

 

Husna mula belajar bersama Cikgu Akin pada Ogos 2022, kira-kira 6 bulan sebelum SPM.

Walaupun penat dengan kelas di sekolah & kelas tuisyen yang banyak, namun Husna tak pernah nak mengeluh atau nak cuba batalkan kelas. Husna juga tak pernah ‘give up’ untuk terus belajar & berusaha walaupun masa trial, result masih gagal.

Dari Ogos beliau bersama Cikgu Akin berusaha untuk cover silibus form 4 & form 5, Alhamdulillah nampak peningkatan demi peningkatan terutamanya dalam kefahaman.

Kata Husna, ‘method’ yang Cikgu Akin ajar memang berbeza, dan buatkan beliau lebih jelas & mudah faham dengan pelbagai teknik contohnya piramid akaun.

 

Tak kira apa pun permulaan kita, jika kita terus berusaha sebaiknya, InsyaAllah kejayaan akan datang kepada kita.

Semoga perkongsian kisah Husna ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi yang dapat meniup semangat kita terutamanya pelajar yang bakal mengambil SPM 2023 dan 2024.

 

Adik-adik yang nak ambil subjek Akaun SPM 2023 & 2024 dah kuasai belum asas tu?

Nak Cikgu Akin bantu dengan kelas & modul istimewa?

 

Anda pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 yang akan ambil paper Prinsip Akaun?

Atau anda ibubapa yang ada anak Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 yang ambil subjek Akaun?

 

Kami di CMN Academy bersama Cikgu Akin amat komited untuk membantu pelajar Tingkatan 4 & Tingkatan 5 untuk belajar Prinsip Akaun dengan lebih mudah faham dengan modul yang dibangunkan sendiri oleh Cikgu Akin.

 

Alhamdulillah, kami telah berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi dan merubah ‘result’ mereka.

Nak kami bantu anda juga?

KLIK DISINI untuk kami bantu.

 

3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

Kuasai Matematik Dengan Mahir Banding Pecahan

Topik pecahan sering menjadi keluhan pelajar. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah seperti tidak faham dan keliru dengan topik ini. Perkara asas untuk memahami topik pecahan adalah dengan mengetahui nilai banding pecahan.

 

A. Banding pecahan dengan nombor bulat

Pecahan adalah mengenai pembahagian. Misalnya, 1/2 donut bermaksud 1 donut perlu dibahagi kepada 2 orang. Jadi, jika ada pecahan, bermakna nilainya lebih kecil dari nombor bulat. [pecahan < nombor bulat]

 

B. Banding pecahan dengan pecahan

Perbandingan pecahan – pecahan dan nombor bulat – nombor bulat adalah berbeza. Kebanyakan pelajar akan mengatakan nilai 1/4 > 1/2  kerana mereka melihat kepada digit 4 dan 2 tersebut. Kefahaman ini adalah salah dan berlawanan dengan nombor bulat.

 

Nombor Bulat – Afiq ada 2 donut, manakala Badrul ada 4 donut. Jadi, Badrul mempunyai lebih banyak donut = nilai 4 lebih besar.

Pecahan – konsep pecahan adalah pembahagian. 1/2 bermaksud Kumpulan A perlu bahagi 1 donut kepada 2 orang. 1/4 pula bermaksud Kumpulan B perlu bahagi 1 donut kepada 4 orang. Kesimpulannya, Kumpulan A berkongsi dengan lebih sikit orang = nilai  lebih besar.

 

Terdapat 3 cara mudah untuk mahir banding pecahan:

 

1. Lukisan

Dengan lukisan, nilai pecahan lebih mudah dilihat iaitu lorekan yang lebih besar bermaksud nilai pecahan yang lebih besar.

 

2. Pengangka atau PenyebutCara kedua ini tidak boleh digunakan kepada semua pecahan. Ia terhad kepada pecahan yang mempunyai nilai penyebut atau nilai pengangka yang sama sahaja. Misalnya, perbandingan pecahan melalui pengangka boleh dibuat jika nombor penyebut adalah sama, iaitu memilih nombor yang lebih besar [1/4 < 3/4]. Bagi perbandingan melalui penyebut pula, nombor pengangka mestilah sama. Tetapi, konsepnya adalah terbalik di mana nombor penyebut kecil mempunyai nilai yang lebih besar [1/2 > 1/4].

 

3. Garis NomborBagi pecahan yang mempunyai pengangka dan penyebut berbeza, cara ketiga boleh digunakan. Langkah pertama adalah selaraskan semua penyebut kepada penyebut yang paling besar. Garis nombor juga boleh digunakan jika melibatkan pecahan tak wajar dan nombor bercampur. Konsepnya adalah sama dengan menyelaraskan penyebut, kemudian masukkan ke dalam garis nombor untuk melihat nilai yang lebih besar. Nilai yang paling kanan adalah nilai yang paling besar [1/6 < 2/3].

Bagaimana nak bantu anak-anak dari bosan dan stress belajar ketika PdPR?

Waktu PdPR ni ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik, lancar dan tidak stress. Untuk itu, anda boleh cuba beberapa cara berikut di rumah:

 

Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak.

Apabila anda melihat emosi anak-anak berubah atau mereka menunjukkan rasa bosan semasa belajar, cuba buka ruang untuk berkomunikasi dengan mereka. Tanyakan tentang perasaannya, gurunya, rakan-rakannya, dan juga keadaan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu langkah awal untuk menangani anak-anak dari stress adalah dengan membuat mereka luahkan apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak-anak pendam perasaan tidak senang dalam dirinya sahaja. Walaupun kita nampak mereka senyap tak bererti mereka tiada masalah.

Ketika anak anda mula berkongsi dan luahkan masalah yang dihadapinya,
jadilah pendengar yang baik. Cuba bagi penyelesaian dan tanyakan apa yang boleh anda bantu.

Bukan hanya berkait dengan pelajaran, ibu bapa juga perlu perbaiki komunikasi untuk perkara lain juga. Dengan komunikasi yang baik, anak-anak akan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak tidak akan mudah mengalami tekanan.

 

Jadikan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna.

Gunakan masa yang ada untuk menemani anak anda semasa belajar. Salah satu cara yang menyeronokkan untuk anak-anak yang stress dengan pembelajaran adalah melakukan pembelajaran yang bermakna. Belajar sambil bermain atau melakukan aktiviti menarik yang lain mampu mengurangkan kebosanan ketika belajar.

Contohnya, mengajar bahasa Inggeris sambil bermain scrabble, belajar matematik sambil mengukur kek atau bahan memasak. Belajar sambil melakukan hobinya, supaya proses pembelajaran menjadi lebih sederhana dan menyeronokkan. Anak-anak juga akan merasakan bahawa apa yang mereka pelajari berguna untuk kehidupan seharian.

 

Sediakan kemudahan pembelajaran.

Jadilah pemudah cara pembelajaran anak-anak di rumah. Sediakan kemudahan asas pembelajaran yang lengkap di rumah, seperti sambungan internet yang stabil dan ruang belajar yang tenang dan kondusif. Sediakan makanan berkhasiat agar minda dan badan sihat dan kuat untuk proses pembelajaran.

Tanya anak tentang perkara yang dia perlukan semasa belajar di rumah. Mungkin dia perlu membeli buku-buku tertentu atau mungkin dia ingin mengambil kelas tuition dalam talian untuk lebih memahami pelajarannya.

 

Jangan terlalu memaksa.

Bagi anak-anak, pembelajaran secara atas talian bukan kebiasaan baru yang mudah dilakukan. Fokus kan pada keselesaan anak-anak semasa belajar dan kemampuannya untuk menyerap pelajaran dengan baik.

Elakkan memaksa anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan cepat dan memaksa mereka menguasai banyak perkara sekaligus. Beri dia masa yang cukup untuk terima hal-hal yang diajarkan, sehingga dia boleh memahaminya dengan baik.

Jangan marah jika mereka dapat keputusan kurang baik dalam ujian. Bagi kata-kata semangat pada mereka. Gred itu hanyalah bonus, lihat pada usaha mereka semasa proses pembelajaran sebelumnya. Berikan penghargaan atas usahanya, supaya dia lebih bersemangat untuk belajar dan meningkatkan prestasi diri mereka.

 

Semoga bermanfaat !