Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

Kenapa Dari Penang Ke Putrajaya, Masih ‘Setia’ Dengan Home Tuition?

Kisah ini adalah kisah benar…

Kali ini kami nak ceritakan kisah Puan Sharifah yang awal dulu telah mengambil home tuition untuk anak pertamanya untuk subjek SPM dan anak keduanya di Pulau Pinang.

Ibu kepada 2 orang anak ini, yang merupakan pegawai kerajaan berkata, beliau merasakan home tuition ini amat membantu anak beliau dalam pelajaran.

 

Walaupun terpaksa berpindah ke Putrajaya atas sebab kerjaya, puan tidak pernah mengabaikan soal pendidikan anak.

Beliau kembali menghubungi dan mengambil home tuition untuk membantu pelajaran anaknya terutamanya dalam subjek-subjek Sains Tulen. Alhamdulillah, peningkatan yang dialami anaknya sangat besar.

Bayangkan, dari subjek yang selalunya F, boleh dapat C dalam SPM!

Apatah lagi subjek-subjek yang biasanya kredit, semua ada peningkatan.

Yang bestnya, anak ini kurang minat subjek Sains Tulen, tapi boleh belajar dengan baik & alami peningkatan yang besar!

 

Nak dengar sendiri apa yang puan rasa tentang Home Tuition ni?

Jom tonton video ni ;)

 

 

Berminat dapatkan Home Tuition untuk anak?

Klik gambar di bawah untuk kami bantu