3 Jenis Nota Pelajaran
Membuat nota adalah salah satu cara belajar yang efektif. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar akan mendapatkan 65% dengan membuat nota, manakala pelajar yang bergantung kepada daya ingatan di dalam kelas hanya mendapat 25%.
Antara kelebihan membuat nota adalah memberi kefahaman dan dapat menguatkan ingatan. Nota boleh dilakukan dengan pelbagai cara tetapi mempunyai manfaat yang sama.
1) Peta Minda / Peta i-Think
Bagi pelajar yang menyukai benda kreatif, bergambar dan berwarna, nota jenis ini sangat sesuai. Nota ini juga dapat menggerakkan fungsi otak kanan (membuat peta) dan menggabungkan fungsi otak kiri (menulis isi-isi penting).
2) Point formNota ini sama dengan nota jenis pertama, iaitu mencari dan menulis isi penting. Perbezaan untuk nota jenis kedua adalah ia berbentuk ‘direct’ dan tidak memerlukan gambar seperti peta i-Think. Sesetengah pelajar menyukai nota jenis ini kerana ia lebih cepat dan pantas untuk dibuat.
3) Menyalin semula Nota jenis ini selalunya digunakan oleh pelajar sekolah rendah, dimana mereka perlu menyalin semula apa yang ditulis oleh guru. Nota ini bekerja dengan cara apabila individu menyalin, mereka sebenarnya membaca perkara tersebut. Secara tidak langsung, otak dapat menangkap dan mengingat apa yang ditulis.
Selamat belajar dengan nota masing-masing. All the best ! 😊
.