3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

Bagaimana nak bantu anak-anak dari bosan dan stress belajar ketika PdPR?

Waktu PdPR ni ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik, lancar dan tidak stress. Untuk itu, anda boleh cuba beberapa cara berikut di rumah:

 

Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak.

Apabila anda melihat emosi anak-anak berubah atau mereka menunjukkan rasa bosan semasa belajar, cuba buka ruang untuk berkomunikasi dengan mereka. Tanyakan tentang perasaannya, gurunya, rakan-rakannya, dan juga keadaan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu langkah awal untuk menangani anak-anak dari stress adalah dengan membuat mereka luahkan apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak-anak pendam perasaan tidak senang dalam dirinya sahaja. Walaupun kita nampak mereka senyap tak bererti mereka tiada masalah.

Ketika anak anda mula berkongsi dan luahkan masalah yang dihadapinya,
jadilah pendengar yang baik. Cuba bagi penyelesaian dan tanyakan apa yang boleh anda bantu.

Bukan hanya berkait dengan pelajaran, ibu bapa juga perlu perbaiki komunikasi untuk perkara lain juga. Dengan komunikasi yang baik, anak-anak akan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak tidak akan mudah mengalami tekanan.

 

Jadikan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna.

Gunakan masa yang ada untuk menemani anak anda semasa belajar. Salah satu cara yang menyeronokkan untuk anak-anak yang stress dengan pembelajaran adalah melakukan pembelajaran yang bermakna. Belajar sambil bermain atau melakukan aktiviti menarik yang lain mampu mengurangkan kebosanan ketika belajar.

Contohnya, mengajar bahasa Inggeris sambil bermain scrabble, belajar matematik sambil mengukur kek atau bahan memasak. Belajar sambil melakukan hobinya, supaya proses pembelajaran menjadi lebih sederhana dan menyeronokkan. Anak-anak juga akan merasakan bahawa apa yang mereka pelajari berguna untuk kehidupan seharian.

 

Sediakan kemudahan pembelajaran.

Jadilah pemudah cara pembelajaran anak-anak di rumah. Sediakan kemudahan asas pembelajaran yang lengkap di rumah, seperti sambungan internet yang stabil dan ruang belajar yang tenang dan kondusif. Sediakan makanan berkhasiat agar minda dan badan sihat dan kuat untuk proses pembelajaran.

Tanya anak tentang perkara yang dia perlukan semasa belajar di rumah. Mungkin dia perlu membeli buku-buku tertentu atau mungkin dia ingin mengambil kelas tuition dalam talian untuk lebih memahami pelajarannya.

 

Jangan terlalu memaksa.

Bagi anak-anak, pembelajaran secara atas talian bukan kebiasaan baru yang mudah dilakukan. Fokus kan pada keselesaan anak-anak semasa belajar dan kemampuannya untuk menyerap pelajaran dengan baik.

Elakkan memaksa anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan cepat dan memaksa mereka menguasai banyak perkara sekaligus. Beri dia masa yang cukup untuk terima hal-hal yang diajarkan, sehingga dia boleh memahaminya dengan baik.

Jangan marah jika mereka dapat keputusan kurang baik dalam ujian. Bagi kata-kata semangat pada mereka. Gred itu hanyalah bonus, lihat pada usaha mereka semasa proses pembelajaran sebelumnya. Berikan penghargaan atas usahanya, supaya dia lebih bersemangat untuk belajar dan meningkatkan prestasi diri mereka.

 

Semoga bermanfaat !