KESAN VANDALISME


Kesan Vandalisme

Pada masa kini, vandalisme bukan lagi sesuatu masalah sosial baru kepada masyarakat. Berita yang berkaitan dengan gejala ini setiasa dipaparkan di atas surat khabar.Contohnya, tandas-tandas awam dan telefon awam diconteng dengan perkataan atau gambar yang menyakitkan mata . Kesannya, ia telah memberi impak negatif kepada masyarakat dan juga memburukkan nama baik negara. Hal ini kerana perbuatan ini telah menyebabkan pihak awam dan swasta terpaksa mengeluarkan berbelanja untuk membaiki dan menggantikan kemudahkan-kemudahkan yang telah dirosakkan. Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme. Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kebanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini rosak. Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, kita dapat berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk sampai ke hospital. Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah vandalisme. Telefon awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi yang menyayat hati.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat, antara faktor-faktor luaran, pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja melakukan kegiatan vandalisme. Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah. Pada zaman sekarang, golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan, tingkah laku, nilai dan sikap rakannya. Mereka melakukan vandalisme tanpa tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain semata-matanya untuk keseronokan sendiri , menunjuk kebolehan mereka dan untuk  menarik perhatian orang lain. Selain daripada pengaruh rakan sebaya, kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu dan bapa. Dalam era globalisasi zaman ini , kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka. Mereka berfikir bahawa menberi wang saku yang mencukupi bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini tanggungjawab hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal, tetapi bukan dari segi mental. Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi, akan tetapi  perhatian, kasih sayang dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam pengaulan seharian. Justeru, ibubapa hendaklah memberi nasihat, membantu dan menberi kasih sayang kepada anaknya apabila mereka memerlukan.

Seterusnya, Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk kerja-kerja memperbaikan.

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras gejala ini . Mereka hendaklah meluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengan anaknya. Mereka perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat yang baik. Di samping itu, fungsi media massa merupakah wadah yang penting dalam mengubah sikap remaja masa sekarang. Isu-isu yang dipaparkan berbentuk  pendidikan dan hendaklah mengurangkan program-program yang akan memberi impak negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti iklan merokok dan drama-drama yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah negara yang sedang membangun dan maju . ‘Sediakan payung sebelum hujan’, pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara. Dengan kata lain, pihak kerajaan, institusi keluarga dan media masa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and effektif.