3 Formula Matematik Gaya Santai

3 Formula Matematik Gaya Santai

 

Cara berfikir kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah berbeza. Jadi, pendekatan untuk setiap peringkat umur juga berbeza. Kaedah pembelajaran sekolah rendah lain, kalau sekolah menengah pula berbeza begitu juga peringkat universiti. Oleh hal yang demikian, bagaimana cara pendidik hendak mengajar pelajar-pelajar mereka.

 

Antara 3 formula gaya santai untuk subjek matematik adalah:

 

  1. Kenali pelajar kita

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi seorang kaunselor, ibubapa, kawan, perawat dan sebagainya kepada para pelajar. Conothnya, mendengar luahan para pelajar sebelum memulakan pembelajaran, mengambil tahu tentang keadaan mereka dan mata pelajar juga memainkan peranan untuk guru kenal pelajar-pelajar. Pelajar sekolah rendah mereka cenderung kepada lawak jenaka manakala sekolah menengah pulalebih kepada pendekatan seorang kawan. Kemudian, memberitahu ibubapa tentang tahap pembelajaran anak-anak mereka supaya ibubapa cakna. Hal ini demikian kerana karakter setiap pelajar berbeza-beza maka para pendidik perlu kenal pasti karakter-karakter pelaar.

 

  1. Pelbagaikan aktiviti

Antara aktiviti yang boleh disenaraikan adalah latihan, lazim, hafal, origami, hand on, eksperimen, inquiry, explore, join venture dan banyak lagi. Untuk menarikkan lagi aktiviti yang kita akan buat di kelas, ambil tahu apa minat pelajar. Kini, pada kebiasaannya pelajar gemar bermain video game, jadi masukkan unsur-unsur game ke dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan bahan atau probs semasa kelas boleh bantu kefahaman pelajar dengan lebih baik sebab ia realistik atau sesuatu yang wujud dan boleh disentuh. Jika pelajar mengambil masa yang lama dalam pembelajaran, pendidik perlu dorong mereka lebih laju. Contoh aktiviti lain, minta pelajar tanya kepada guru supaya minda mereka lebih aktif.

 

  1. Reward

Apabila sesuatu perkara akan diberikan reward atau ganjaran maka perkara itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh hingga dapat ganjaran yang dijanjikan. Pendidik boleh wujudkan reward semasa dalam kelas untuk tarik perhatian dan fokus pelajar. Antara reward yang boleh diberi adalah playtime, reward tidak semestinya dengan barang. Contohnya, reward memuatnaik gambar pelajar yang peroleh reward di display picture (DP) Whatsapp pendidik sebagai ganjaran atau reward pelajar tersebut selama 24 jam. Tidak semestinya pelajar sahaja perlu reward guruk tetapi guru juga boleh beri reward kepada pelajar. Boleh jadi reward yang pendidik beri kepada pelajar membuatkan mereka ingat sampai bila-bila dan ia merupakan nikmat atau reward seorang pendidik.

 

Untuk tambah baik skill mendidik, pendidik perlu kembangkan lagi networking untuk sama-sama berkongsi cara mendidik daripada para pendidik yang lain.

“Trial SPM dah dekat sangat! Nak buat macam mana ni?”

Sijil Pelajaran Malaysia SPM adalah salah satu exam besar yang bakal menentukan masa depan pelajar. Nak sambung belajar universiti, kena ada keputusan yang mantap untuk pilih ‘course’ yang diidamkan atau popular. Jadi SPM ni bukan satu perkara yang kecil,yang boleh dibuat sambil lewa. Setuju?

 

Ramai calon SPM tengah bergelut nak cover & ulangkaji pelajaran. Maklumlah.. sebelum ni banyak cuti & dicutikan, jadi ada yang nak kena belajar sendiri. Bila sebut subjek Matematik Tambahan atau Add Maths dan Kimia, ramai calon ni ‘kecut perut’. Ada yang masih belum bersedia nak exam.

 

Ini 3 tip persediaan untuk anda, calon SPM 2021:

1- Banyakkan ulangkaji pelajaran yang telah belajar terutamanya pada konsep supaya dapat lebih faham dan ingat apa yang dipelajari.

2- Tambahkan latihan untuk mantapkan kefahaman. Ini dapat bantu pelajar kurangkan ‘careless’ semasa menjawab soalan sebenar dan mudah ‘tackle’ apa saja jenis soalan. Adakan juga latihan buat soalan sebenar dalam masa yang ditetapkan supaya boleh bantu pelajar ‘improve’ menjawab dengan betul dalam masa yang diberikan.

3- Hadiri seminar atau kelas pecutan untuk mantapkan lagi kefahaman dalam subjek dan cara menjawab soalan. Biasanya sebagai bonus, pelajar akan dapat perkongsian pelbagai tip persediaan akhir untuk hadapi peperiksaan.

 

Nak kami bantu & bimbing anda di saat-saat akhir ini?

CMN Academy akan mengadakan Seminar BEST SPM 2020 (Fast-Lane Edition) pada 26 September ini!

 

 

Seminar ini merupakan seminar pecutan SPM yang akan bantu pelajar untuk lebih bersedia & bersemangat harungi peperiksaan yang akan tiba, melalui kaedah yang lebih mudah faham, seronok & berkesan. Seminar yang khas untuk calon SPM 2021 yang mana tak lama saja lagi akan ada peperiksaan percubaan SPM ini akan menemui anda secara hybrid, iaitu online & offline. Pelajar atau ibubapa boleh pilih beberapa pakej menarik!

 

 

Jadi, apa tunggu lagi!
Berikan kami ruang dan peluang untuk bantu anda berjaya dalam SPM terutamanya subjek Add Maths dan Kimia.

 

Daftar Seminar BEST SPM Fast-Lane Edition sekarang di sini.

 

Jom kita hebat & skor Add Maths dan Kimia!