Asal Belajar Je Stress, Asal Stress je Belajar

Kita sebagai pelajar pasti akan rasa tertekan semasa belajar, tidak dapat dinafikan. Setiap orang semestinya sudah/akan/sedang alami zaman pembelajaran. Bahkan alam pekerjaan pun akan alami tertekan dengan kerja yang tidak akan pernah habis selamanya. Jadi, bagaimana kita atasi perkara ini untuk mengelakkan dari penyakit mental.

Antara tips untuk mengurangkan stress semasa belajar adalah:

  1. Bijak memilih kawan, kawan yang sekepala dengan diri kita. Contohnya, kalau diri kita jenis yang masuk air jadi pergi pada kawan yang masuk air tetapi dalam masa yang sama boleh belajar sama-sama. Perkara akan bantu hidupkan surrounding atau vibe yang ceria, apabila datang ke sekolah, kita akan kurang tertekan sebab ada kawan gelak tawa. Kalau diri kita jenis yang belajar secara solo, boleh cuba dengar lagu atau instrumen semasa belajar, yang menjadikan suasana tu ada.
  2. Sentiasa betulkan niat belajar, apa tujuan kita belajar sebenarnya? Kenapa perlu belajar? Perlu bersusah payah belajar. Tiada pembelajaran yang mudah, sedangkan berjalan juga perlu kepada latihan dan proses yang lama untuk kita berjalan semasa kecil dahulu. Salah satu tujuan belajar kita adalah kerana ibubapa, keluarga dan untuk diri kita sendiri.
  3. Enjoy the moment, ada beberapa orang akan berkata “nanti kamu semua akan rindu waktu sekolah”. Kita yang masih bersekolah mesti tidak dapat perasaan yang demikian, nanti satu ketika pasti akan rindu zaman sekolah, selalu dimarahi guru-guru, didenda kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah, hari sukan dan all the moment memang taidak dapat disenaraikan banyaknya kenangan-kenangan sekolah. Jadi, belajar je sekejap, tak rugi pun.

Sebenarnya, zaman sekolah ini lah yang terpaling seronok sebab kita tak perlu bersusah payah fikir tentang ekonomi. Tugas kita sebagai pelajar sekolah hanya belajar sahaja, that’s it. Apabila kita dah kea lam pekerjaan, kita perlu fikir banyak benda. Kesimpulannya, sentiasa enjoy dalam setiap apa jua keadaan kita sekarang.

3 Rahsia Hasilkan Pelajar KBAT

Secara alaminya, KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi tentu ada dalam diri setiap pelajar cuma perlu kepada latihan. Menurut Teacher Zy, Speaker Funtastic Sains dalam perkongsian live FB, selalu menanyakan soalan ibarat latihan aerobik minda kerana persoalan datang dari pelbagai arah yang tidak perlu difikir sebelum ni.

 

Formula 3 I

  1. Interest

Sebagai seorang tutor, perlu kepada mengenalpasti minat pelajar mereka agar dapat meraikan dan support minat mereka untuk diarahkan kepada pelajaran mereka. Hal ini kerana pelajaran dan minat pelajar pasti bersangkutan antara satu sama lain. Contohnya, pelajar Teacher Zy iaitu Kodiswaran yang meminati superhero mereka bertanyakan soalan berkaitan minat mereka itu kepadanya. Logik ke Ironman superhero sebab Ironman cipta mesinnya sendiri? Dengan itu, perkaitannya adalah Ironman menggunakan teknologi untuk menjadi hebat, terbang dan menguasai dunia, jadi ia peril kepada mempelajari ilmu tentang teknologi.

Bijak bermain dengan emosi pelajar-pelajar agar suasana belajar tidak membosankan dan sentiasa wujud perasaan ingin tahu dalam kalangan mereka dalam pelajaran.

 

  1. Inquiry

Teacher Zy juga berkongsi tentang Inquiry adalah salah satu elemen penting dalam membentuk pelajar KBAT. Tidak mengamalkan spoon-feed kepada pelajar dengan menyuruh menghafal tetapi perlu kepada memahami  melalui pertanyaan. Pertanyaan itu dijawab dengan pertanyaan semula untuk mereka lebih berfikir dan ketahui jawapannya. Contohnya, mendedahkan topik yang bakal dipelajari dengan bahasa kiasan untuk pelajar berfikir disebalik ayat tersebut dan pelajar sendiri akan tentukan apa yang mereka mahu belajar. Mewujudkan reaksi dan tindakan pelajar dalam kelas yang mana tutor bergerak seiring dengn pelajar atau mengikut rentak mereka untuk sampai kepada peringkat seterusnya. Menggunakan soalan menkonsepsi atau perbandingan antara dua gambar semasa dalam kelas.

 

  1. Imagination

Seterusnya, menekankan 3 perkara dalam imagination iaitu Games (Entertaintment), Game-based learning (Leaning objectives) dan Gamification (Game elements). Teacher Zy menerangkan games atau hiburan pelajar yang biasa dilakukan kemudian game tersebut akan diolah menjadi learning objectives dengan menggunakan ciri-ciri game untuk dimasukkan dalam pelajaran yang merupakan gamification. Perkara ini ada kaitan juga dengan minat-minat pelajar. Tidak semua KBAT mesti sesuatu yang masuk akan malah ada juga yang tidak masuk akal.

 

Kesimpulannya, pelajar akan banyak bertanya soalan yang tidak pernah ditanya atau terfikir sebelum ini. Sekali gus akan membantu tingkatkan kualiti minda kedua-dua pihak sama ada tutor atau pelajar kerana masing-masing berusaha untuk merungkaikan persoalan.

 

Kenapa Anda Pilih Kerjaya Sebagai Pendidik?

Biasa bila kita ditanya
“Kenapa pilih kerjaya sebagai pendidik?”
“Kenapa nak jadi tutor atau guru?”
“Kenapa nak buka bisnes tuisyen atau bisnes pendidikan lain?”

Klise jawapan… “Nak bantu pelajar, nak bantu ibu bapa, nak bantu ummah, nak ubah pelajar jadi lebih berjaya”

Biasa anda berfikir…
Bagaimana anda nak ubah pelajar?

Tapi…Pernah tak anda terfikir…
Anda dulu yang perlukan perubahan sebelum dapat merubah pelajar!

Jom kita bincangkan Apa sebenarnya perubahan yang perlu & wajib kita lakukan bila kita bergelar pendidik atau usahawan pendidikan.

Jam 4.30 petang ini tau, hanya di Fb Page Tutor Profesional Malaysia!

Kami juga akan umumkan penutupan promo earlybird untuk STPM2019!

Anda dah mendaftar ke Simposium Tutor Profesional Malaysia kali ke-5 ni?

Jika belum… daftar laju2 sebab petang ni kami akan TAMATKAN PROMO EARLYBIRD!

Harga dah lain lepas ni.

Jumpa dalam LIVE petang ni, ok? 😉

#SimposiumTutorProfesionalMalaysia
#pendidik
#tutor
#guru
#tadika
#usahawanpendidikan
#usahawantuisyen
#FromLEGENDtoLEGACY

Protected: Formula 3: Tutor Ber’IMPAK OPTIMA’ (Transformation)

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Formula 2: Formula Tutor Ber’IMPAK OPTIMA’ (Tutor Journey)

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Formula 1: Tutor Ber’IMPAK OPTIMA’ (Reinvent)

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Apa Akan Jadi Jika Add Maths Tidak Dibenarkan Guna Kalkulator?

Matematik Tambahan SPM

Bagaimana sekiranya soalan yang ditanya, pelajar TIDAK dibenarkan mengira menggunakan Kalkulator?

Umumnya apabila soalan seperti ini ditanya, ramai yang akan resah, gelisah, gundah gelana.

Tetapi soalan seperti ini lah yang sebenarnya “mudah” untuk dikira.

Ya, mudah untuk dikira tanpa menggunakan kalkulator.

Dan soalan soalan seperti ini akan kita kupas dengan lebih lanjut pada sesi FAM kelak.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang menduduki ujian SPM 2019.

Semoga Perkongsian Ringkas ini memberikan manfaat.

Dan kepada yang nak share post ini, adalah amat digalakkkan.

 

Ini sebenarnya merupakan contoh soalan IGCSE tahun 1960 Kertas November.

Yer, dan para pelajar akan didedahkan kepada soalan soalan IGCSE, CBSE, IB dan juga soalan soalan yang mirip kepada Standard Soalan Tempatan, SPM di bengkel FAM kelak.

Bagaimana Soalan ini boleh diselesaikan tanpa menggunakan kalkulator?

Apakah yang perlu pelajar ketahui?

Rumus mana yang boleh membantu pelajar menyelesaikan soalan ini?

Kenapa rumus itu yang dipilih? Bagaimana pula dengan rumus yang lain?

Fahamkan Hint yang diberikan.
Bagaimana Hint ini akan “mengubah” persamaan yang diberikan?

Jika anda faham dengan hint ini, syabas diucapkan.

Selesaikan soalan ini tanpa bantuan slide yang seterusnya.

 

Masih menggunakan Hint yang sama.

Ayuh kita ubah persamaan yang diberikan untuk setiap sebutan log yang diberikan.

Tahniah kerana berjaya menjawab ke peringkat ini.

Seterusnya, apakah operasi yang boleh dilakukan supaya kita boleh selesaikan soalan ini?

Apa yang perlu kita lakukan supaya boleh mendapatkan sebutan yang mudah?

Apakah Hint yang boleh membantu kita?

Ingat kembali topik Indeks!!

 

Berdasarkan Hint yang disertakan, bagaimanakah sebutan indeks itu boleh dipermudahkan?

 

Apakah yang boleh dilakukan untuk memudahkan sebutan yang diberi?

Ini merupakan penyelesaian terhadap soalan yang diberikan.

Jawapannya Sifar.

Semoga para pelajar dapat memahami cara penyelesaian yang diberikan.

Perhatikan bahawa, kita sememangnya tidak memerlukan Kalkulator untuk menyelesaikan soalan yang unik ini.

Ini merupakan penjelasan yang lebih detail sekiranya ada pelajar yang kurang jelas bagaimana sebutan didalam numerator dan denominator dimansuhkan.
Semoga ianya membantu.

 

 

Bagaimana pula dengan soalan berikut?

Ini juga merupakan soalan IGCSE.

Selamat mencuba

 

Soalan ini lebih mencabar dan menarik.

Dan semestinya harus diselsaikan tanpa menggunakan kalkulator.

Kalau kome nak guna jugak…hmmmm gune je la :)

Dan soalan ini, kita akan bincang dengan lebih lanjut di FAM kelak

#SPM

#IGCSE

Maklumat lanjut hubungi 0137153776

Atau layari

#Tutor_Raj
#Funtastic_Add_Maths

Siapakah ‘Cikgu Dari Masa Depan’ Ini?

[MEMPERKENALKAN] SPEAKER SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA 2019!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kami ingin memperkenalkan Speaker #STPM2019 yang pertama.

Beliau ini bukan calang-calang kerana nama beliau sering disebut-sebut di KPM dan dikalangan Guru-guru Malaysia.

Sebab apa tu? 😉

Beliau adalah salah satu cikgu terpilih yang sudah merantau ke banyak negara seperti Indonesia, Korea, USA dan Switzerland demi untuk membawa nama Malaysia dalam bidang pendidikan ke seantero dunia!

Selain itu beliau juga banyak menerima anugerah atas sumbangan dalam bidang pendidikan. Terbaik 👍👍

Jom kenali beliau dengan lebih dekat😃

Biodata Cikgu Norhailmi

Anak jati Perlis ini mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia, sebelum menimba pengalaman sebagai guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak selama 8 tahun.

Kini berkhidmat di SMK Jerlun Kedah sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik bilik darjah menerusi blognya, www [dot]cikguhailmi[dot]com dan lebih 200 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:

1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antrabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat.

September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia.

Tahun ini beliau mencipta sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

Dalam STPM2019 nanti, beliau akan membawakan Topik yang istimewa iaitu “Cikgu Dari Masa Depan.”

Beliau akan berkongsi bagaimana inspirasi dan teknik untuk menjadi pendidik yang memberi manfaat kepada ramai orang dan mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Bukan senang ingin mendapatkan ilmu bersama orang hebat ini yang sering berkongsi di seluruh Malaysia dan luar negara.

Info mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia boleh layari web STPM 😃

p/s: Jemput Tag rakan anda dan share untuk memberi manfaat kepada kita semua 😃

#CikguDariMasaDepan
#FromLegendToLegacy

Seminar Digital Classroom 2019

Adakah anda semua ingin:

a) Meluaskan persepsi tentang guru- guru di Malaysia?

b) Melihat dan mendengar sendiri amalan terbaik pembelajaran dan pengajaran bergabungjalin dengan teknologi?

c) Berkenalan dan bertanya sendiri dengan barisan guru yang mengamalkan teknologi dalam pendidikan?

d) Mencabar persepsi bahawa guru di Malaysia masih di takuk lama?

Jika ia jawapan anda, jumpalah kami di sini..

ANDA DAH DAFTAR UNTUK SEMINAR DIGITAL CLASSROOM @ #mydigitalmakerfair2019 ❓

Jika belum, anda perlu daftar sekarang❗️

Ini kerana, ada pelbagai input terkini dan menarik yang boleh diaplikasikan dalam PDPC anda❗️

 

Antara yang anda akan pelajari adalah bagaimana untuk menghasilkan video dalam 5 minit! Wah, 5 minit dah siap? Terus ke channel YouTube anda!!

 

Menarik bukan?

 

Penggunaan video sangat membantu untuk menarik minat pelajar. Contohnya untuk penyediaan set induksi. 

 

Anda hanya perlu rakam & mengambil gambar untuk hasilkan video sendiri!

 

Mudah. Senang. Sangat Dekat dengan Cikgu dan Pelajar jika contoh aktiviti itu adalah melibatkan aktiviti yang biasa dilihat & terkini.

 

Jadi! Apa tunggu lagi. Temui anda pada Hari Ahad – bersama Cikgu Ridwan (Unique Video: FilmoraGo) dan banyak lagi Slot menarik menanti anda di sana!!!

===================

Cara Daftar: 

===================

1. Klik link ini

2. Pemilihan Slot

Sabtu : Terbuka kepada semua

Ahad : Sila pilih satu slot sahaja.

3. Bayaran 

Bayaran sebanyak RM60 perlu dibuat ke akaun:

MYATTIJARAH ENTERPRISE 

5512 5850 3159

MAYBANK BERHAD

4. Sila emailkan bukti pembayaran ke alamat hailiz@hotmail.com atau WhatsApp ke nombor 011-58331549

=======================

Sebarang masalah, sila hubungi Cikgu Bella di talian 0137107579 atau telegram @ctbellaz

=======================

Location:

Malaysia International Trade and Exhibition Centre

MITEC, 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-6206 0100

https://goo.gl/maps/CBmLMBYBmd9QKvXX

PENDAFTARAN PESERTA #DIGITALCLASSROOM @ #mydigitalmaker Fair 2019

TARIKH BENGKEL: 14 & 15 SEPTEMBER 2019 (SABTU & AHAD)

MASA: 8:00 PAGI – 5:00 PETANG

YURAN KEBIJAKSANAAN: RM60 untuk 2 hari

Semua peserta akan diberi:

1. Tiket masuk 

2. Goodies bag

Semua bayaran sila buat ke akaun berikut:

MYATTIJARAH ENTERPRISE 

5512 5850 3159

Apakah Itu Pembelajaran Berasaskan Projek?

Apakah Pembelajaran Berasaskan Projek?

 

Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah mengajar di mana pelajar memperoleh dan menggunakan kemahiran dengan mengerjakan projek lama di mana mereka menyelesaikan pertanyaan mendalam ke topik atau persoalan tertentu.

Sama seperti semua kaedah pengajaran, ia tidak berdiri sendiri. Ia boleh ditambah kepada pengajaran yang sudah anda lakukan di dalam bilik darjah anda.

PBL membolehkan lebih banyak aplikasi dunia realiti dan pemahaman yang mendalam mengenai konsep-konsep dalam subjek yang perlu difahami pelajar anda.

Elemen PBL Komponen berikut diperlukan untuk projek yang dianggap sebagai pembelajaran berasaskan Projek:

Kandungan Penting – Pada terasnya, projek ini memberi tumpuan kepada mengajar pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran penting, yang diperoleh daripada piawaian dan konsep utama di tengah-tengah subjek akademik.

Kompetensi Abad 21 – Pelajar membina kecekapan yang berharga untuk dunia hari ini, seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis, kerjasama, komunikasi, dan kreativiti / inovasi, yang secara jelas diajar dan dinilai.

In-Depth Inquiry – Pelajar terlibat dalam proses yang panjang, menuntut soalan, menggunakan sumber dan membuat jawapan.

Soalan Memandu – Kerja projek difokuskan oleh persoalan terbuka bahawa pelajar memahami dan mencari yang menarik, yang menangkap tugas mereka atau membingkai penerokaan mereka.

Perlu Tahu – Pelajar melihat keperluan untuk memperoleh pengetahuan, memahami konsep, dan menggunakan kemahiran untuk menjawab Soalan Memandu dan membuat produk projek, bermula dengan Acara Kemasukan yang menghasilkan minat dan rasa ingin tahu.

 

Suara dan Pilihan – Pelajar dibenarkan membuat beberapa pilihan mengenai produk yang akan dicipta, bagaimana mereka bekerja, dan bagaimana mereka menggunakan masa mereka, berpandukan guru dan bergantung pada tahap usia dan pengalaman PBL.

 

Kritikan dan Semakan – Projek ini merangkumi proses bagi pelajar untuk memberi dan menerima maklum balas mengenai kualiti kerja mereka, membawa mereka untuk membuat semakan atau menjalankan penyelidikan lanjut.

Penonton Umum – Pelajar membentangkan kerja mereka kepada orang lain, di luar rakan sekelas dan guru mereka. Mengapa Pembelajaran Berasaskan Projek? Pembelajaran berasaskan projek sangat baik untuk kelas kerana banyak sebab.

Semua jenis teknologi boleh dimasukkan ke dalam PBL! Anda boleh memasukkan pelbagai bidang subjek ke dalam satu PBL.