“Cikgu, susahnya nak ingat subjek ni”
“Ustazah, banyaknya benda nak kene hafal ni”
Mesti selalu dengarkan keluhan ini daripada pelajar-pelajar sekolah? Jom baca perkongsian ini tentang 4 tips untuk kuasai satu bahasa.
- Guru Muda / Mentor Mentee
Sistem guru muda atau mentor mentee ini merupakan tips yang paling berkesan untuk kita menguasai sesuatu subjek. Secara khususnya mentor ditakrifkan sebagai pembimbing atau tutor, manakala mentee pula ditakrifkan sebagai individu yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau pelajar yang kurang dalam pelajaran. Mentor mempunyai peranan utama untuk menasihat mentee pada masa yang tepat, menunjukkan contoh yang baik dan membantu mentee dalam pembelajaran mereka. Secara umumnya, mentor terlibat sebagai pembimbing secara berterusan sehingga mentee itu mempunyai peningkatan dalam pelajaran.
- Membuat nota ringkas
Haaa, apa itu nota ringkas? Nota ringkas ini bermaksud nota yang sudah dipendekkan ataupun nota yang sudah disimpulkan menggunakan “key word” atau akronim ataupun “main point” yang telah dikenalpasti. Tujuan kita membuat nota ringkas ini adalah untuk senang bagi kita apabila ingin revise kembali sesuatu subjek atau tajuk dan tidak perlu untuk membawa buku teks kemana-mana, hanya perlukan beberapa kertas sahaja. Bak kata orang putih, “all in one”.
- Kuiz/Soal jawab
Para pelajar boleh melakukan kaedah soal jawab atau bermain kuiz bersama kawan-kawan untuk menguatkan lagi ingatan masing-masing. Bermula dengan membaca nota, kemudian masing-masing menyediakan soalan daripada tajuk yang berbeza dan meminta rakan untuk menjawab. Cara ini sangat bagus untuk menguji ingatan.
- Kerohanian/Berdoa
Ketenangan ini boleh diraih antaranya dengan solat wajib awal waktu, solat taubat, solat hajat, membaca al-quran dan berzikir. Hati yang banyak berzikir akan memperoleh ketenangan. Bermunajat kepada Allah dengan solat taubat, hajat dan tahajjud dan mohonlah doa kepada Allah agar campakkan rasa senang belajar, ketenangan hati dan ingatan yang kuat. Apabila musin peperiksaan, doalah kepada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
Ini antara tips yang boleh bantu dalam menguasai sesuatu subjek. Jika aplikasikan tips-tips ini dalam semua subjek, tidak mustahil kejayaan milik kita. Selamat mencuba.
Haa, nak tau lebih lanjut lagi tentang topik ini,boleh klik di sini.