Dapat apa dengan Puasa 6 Syawal?

 

Alhamdulillah, syukur sudah seminggu kita menyambut hari kemenangan syawal. Syawal kalini kita diuji sekali lagi dengan peningkatan bilangan kes covid-19 yang mendadak dan sudah tentu ramai diantara kita yang sedih tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Setiap ujian yang dianugerahkan Allah bukanlah sia-sia dan tiada nilai tetapi untuk mendidik dan memberi ganjaran bagi mereka yang bersabar.

Bila sebut pasal syawal amalan yang paling digalakkan bagi kita umat Islam adalah puasa 6. Haa dah mula puasa 6 ke belum? Jangan risau InsyaAllah masih masa jom kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa 6.

Sebenarnya apa yang kita akan dapat dalam mengerjakan ibadah puasa 6 ni? Tak cukup ke kita puasa 30 hari dalam bulan Ramadan? Kalau nak tahu ganjaran puasa 6 ni sangat besar yang dijanjikan Allah. Nak tahu apa dia jom kita tengok apa yang Allah akan ganjarkan kepada mereka yang mengamalkannya.

  • Berpuasa ibarat selama setahun

Dari Riwayat imam muslim, Nabi Muhammad S.A.W bersabda ;

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

Berdasarkan hadis tersebut jelas menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa 6 hari di bulan syawal, dia akan diganjari menyamai puasa selama setahun. SubhanaAllah besar ganjaranya, rebutlah peluang yang dikurniakan Allah kerana kita tidak tahu mungkin disebabkan amalan ini kita diganjarkan syurga.

Cara Nak Puasa Enam & Puasa Ganti - AlMukhlisin

  • Mengukuhkan hubungan dengan Allah S.W.T.

Bagi mereka yang mendekatkan diri dengan beribadah, Allah akan mencintainya dan akan sentiasa dipandang Allah. Seperti mana Allah berfirman dalam satu hadis qudsi ;

“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan sentiasalah hamba-Ku bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakan untuk memukul dan kakinya yang digunakannya berjalan; jika dia meninta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Riwayat Al-Bukhari)

  • Ganjaran syurga

Ganjaran syurga adalah ganjaran tak ternilai harganya, beruntunglah mereka yang menjaga amal ibadah sepanjang kehidupanya. Firman Allah dalam surah az-Zumar : 73

“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).”

Dan betapa istimewanya orang yang berpuasa ini adalah kerana terdapat pintu syurga yang khas disediakan buat mereka iaitu pintu syurga Rayyan. Jom kita sama-sama mengamalkan puasa 6 di bulan syawal moga kita dikurniakan ganjaranNya.

Sebab Mengapa Imam Malik Memakruhkan Puasa Enam Syawal - Oh! Media

Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim

Pada  23 Ramadhan 1442h, CMN Academy telah mengadakan Program Tautan Kasih bersama Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim / Miskin Rukaiyah, Sg. Merab, Bangi.  Aktiviti ini disertai seramai 13 orang pelajar, daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Antara Pengisian Program yang dijalankan ialah:

  1. Solat berjemaah bersama anak-anak yatim Rukaiyah
  2. Sesi suai kenal (ice breaking)
  3. Buat kad raya dan tulis ucapan raya pada kad raya
  4. Sesi penyampaian hadiah
  5. Sesi bergambar

Pada sesi suai kenal, kami bertaaruf dan melakukan aktiviti fakta vs auta.

Kemudian, kami membuat kad raya dan menulis ucapan raya pada kad raya.

Seterusnya, sesi penyampaian hadiah yang diberikan oleh Coach Muhammad Noor.

Akhir sekali, sesi bergambar bersama anak-anak yatim Rukaiyah.

 

Melalui program Tautan Kasih ini, kami dapat menghiburkan mereka dengan membuat aktiviti menarik bersama mereka dan menyampaikan sumbangan berupa barangan alat tulis,makanan dan duit raya hasil sumbangan infaq anda. Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda, semoga menjadi asbab kebaikan untuk anda.