5 Tip Mula Belajar Al-Quran

 

Anda baru nak mula mengaji Al-Quran?

Alhamdulillah… Terbaik!

Ini Tip untuk anda.

Diharap dapat bantu anda dalam perjalanan mula mengaji Al-Quran, samada asas atau perbaiki bacaan.

 

5 Tip Mula Mengaji Al-Quran

 

1- Tetapkan Niat.

Niat yang betul akan menentukan bagaimana fokus & usaha kita dalam buat sesuatu perkara.

Jika dilihat dalam ibadah-ibadah wajib, niat merupakan perkara utama & pertama.

Solat contohnya, dimulakan dengan niat.

Niat sentiasa perlu diperbaharui, untuk mengingatkan diri kita tentang tujuan. Kebiasaan manusia iman ada turun naik, pasang surut. Jadi untuk kekalkan momentum, niat perlu diperbaharui selalu.

Jadi, tanamkan niat yang betul setiap kali nak mula mengaji.

 

2- Mulakan dengan surah pendek.

Kami faham, kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita nak baca surah-surah panjang, terutamanya nak mula dengan surah Al-Baqarah, katanya nak ikut aturan dalam Al-Quran.

Salah ke?

Pastinya tidak. Cuma jika kita baru nak mula belajar mengaji, disarankan untuk baiki bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Bila dah mahir sikit, bacaan dah agak lancar, boleh lah baca surah-surah yang panjang.

 

3- Belajar berguru.

Bila nak belajar sesuatu, kita pasti kena ada guru kan?

Contohnya dulu masa sekolah, kita tak pandai matematik, kita ada guru matematik untuk mengajar.

Tak cukup di sekolah, ada antara kita sambung lagi belajar tuisyen samada di pusat tuisyen atau di rumah. Betul kan?

Sama juga macam mengaji Al-Quran.

Kita perlu ada guru yang dapat bimbing, tegur & bantu kita baiki bacaan & pandai mengaji.

Zaman sekarang, kita & keluarga boleh belajar lebih mudah bersama guru dari mana saja, belajar secara online.

 

Kempen Sempurnakan Bacaanmu #JomNgajiDariAsas

 

4- Sentiasa praktis.

“Practice makes perfect.”

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Jika kita nak bagus dalam sesuatu, nak kuasai sesuatu, kita perlu sentiasa praktis.

Baca Al-Quran juga sama, walaupun baca sedikit demi sedikit, sehari satu muka pun, kita perlu berterusan ulang membaca supaya mudah mudahan bacaan kita lebih baik dari sebelumnya.

 

5- Jangan putus asa.

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat.

Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

 

Jadi jom kita mula mengaji!

 

Perlukan bimbingan dalam pembelajaran al-Quran?

Jom CMN Academy bantu.

KLIK DI SINI

Kesan Besar Ilmu Mata Pelajaran UPKK Kepada Anak-anak

Kebiasaannya golongan-golongan veteran akan peroleh pendidikan agama dengan menghadiri kuliah dan kelas agama di masjid. Ada juga yang merujuk bahan bacaan agama seperti buku, modul, e-book, artikel dan sebagainya untuk panduan dalam pendidikan agama. Jadi, bagaimana pula kanak-kanak yang memerlukan pendidikan agama dari sumber yang sahih dan bimbingan daripada para asatizah. Maka dengan itu, ilmu dalam mata pelajaran UPKK memberi kesan besar kepada kanak-kanak dalam pendidikan agama sejak kecil.

Sejajar dengan itu, ada juga bangsa Cina yang suka menghantar anaknya mempelajari KAFA, hal ini demikian kerana ilmu KAFA dapat membentuk sahsiah anak-anak sekali gus mempelajari agama lain. Oleh hal yang demikian, wajarlah UPKK sangat relevan untuk sekalian manusia mempelajarinya. Terdapat segelintir golongan berkata pelajar UPKK lebih teruk akhlaknya, di sini kita perlu perhatikan bahawa zaman kanak-kanak adalah proses dalam membentuk akhlak dan adab mereka. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesan besar ilmu UPKK kepada kanak-kanak adalah semestinya untuk bekalan masa hadapan mereka. Memastikan pelajar fasih mengaji al-Quran, mereka juga bakal menjadi dewasa dan berumah tangga menjadi ibubapa. Contohnya, adab dengan jiran tetangga, mereka sudah terdidik dari kecil bagaimana dan apa adab terhadap jiran tetangga. Seterusnya, mereka akan menghadapi realiti kehidupan yang berdepan dengan berbagai isu agama, ilmu akidah penting untuk mereka mengharungi kehidupan mereka kelak.

Ilmu dalam mata pelajaran UPKK memfokuskan amali dan penghayatan kepada pelajar bukan sekadar teori yang dipelajari di dalam kelas. Manakala subjek pendidikan Islam di sekolah rendah mengajar ilmu secara asas kepada pelajar. Silibus yang ditetapkan tidak membebankan pelajar kerana mereka hanya mempelajari dua subjek sehari. UPKK menekankan pebelajaran secara amali, contohnya seperti solat sunat jenazah yaitu pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari.

Terdapat beberapa cabaran UPKK, antara adalah penghayatan ilmu itu sendiri dan bagaimana pelajar boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas di luar sana. Pelajar itu tidak dikira berjaya walaupun peroleh 8A UPKK tetapi gagal praktikkan apa yang mereka belajar sehingga mencapai A dalam semua mata pelajaran.

Ada beberapa pra syarat bagi mereka yang hendak mendaftar UPKK iaitu telah mempelajari Kafa selam 3 tahun sebelum mendaftar UPKK. Pelajar berkelulusan UPKK dan PSRA mempunyai kelebihan yang tersediri. Pelajar UPKK, mereka boleh mohon mana-mana sekolah menengah di seluruh negeri manakala PSRA pula, mereka akan mempelajari imu agama secara mendalam dan hanya boleh masuk sekolah menengah di negeri Selangor sahaja kerana PSRA adalah di bawah JAIS.