Mudahnya Add Maths SPM #2: Persamaan Kuadratik

Online Tutoring Addmath Kelas#2 Kita mulakan dengan soalan yang pertama, iaitu soalan yang berkaitan dengan topik PERSAMAAN KUADRATIK.

 

PERBINCANGAN PAPER SPM PERCUBAAN SBP 2017

 

SOALAN 1

KAEDAH  (i) Kembangkan Dari Bentuk Pemfaktoran

  • Persamaan kuadratik mempunyai dua punca.
  • Kembangkan  (a+b) (a+b)
  • Jawapan.

 

KAEDAH  (ii) Hasil Tambahan Punca [HTP] & Hasil Darab Punca [HDP]

  • Cari nilai HTP & HDP.
  • Masukan nilai HTP dan HDP ke dalam bentuk am persamaan kuadratik.
  • Darabkan persamaan berikut
  • Jawapan.

 

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH HUBUNGI  011-52036717 (wani) 

Sila Layari Facebook kami ‘CMN Academy‘ untuk keterangan lebih lanjut

TERBARU: Modul Sains & Matematik Untuk Pelajar dan Pendidik Malaysia

Pernah dengar tentang STEM?

STEM ialah Pembelajaran yang telah dimulakan di negara maju seperti UK, US & Jepun.

Ia adalah teknik mendidik pelajar dengan menggabungkan empat disiplin iaitu – SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK.

Tahukah anda lagi bahawa…

+ Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.

+ Menurut Kementerian Pendidikan, Malaysia memerlukan 270,000 pelajar SPM yang mengambil STEM setiap tahun berbanding 90,000 sekarang.

+ Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi subjek STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini.

+ Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM. Dijangkakan, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM.

STEM, PAK-21, Pembelajaran Abad Ke-21, CMN Academy

Physics Project-based Learning

Apa yang pentingnya STEM ni?

STEM membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu. STEM adalah apa yang membentuk masa depan kerana dunia kita berkembang dan perubahan.

Anda tahu… dengan mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran harian anak-anak, boleh melahirkan seorang yang KREATIF, INOVATIF & DINAMIK yang kritis dalam apa jua bidang.

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdPc yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM.

Pelaksanaan PdPc STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar.

Pelajar yang mengikuti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Program Inovasi Pendidikan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran penyampaian PdPc Guru Sains dan Matematik agar lebih berkesan menerusi pendekatan santai dan interaktif dalam konsep pembelajaran sekali gus meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pembelajaran berasaskan projek merupakan antara ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.

Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Bagi kurikulum mata pelajaran Sains dan Matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan penting untuk dimuatkan dalam KSSM dan KSSR.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Pelajar didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Ini merupakan Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin.

Kami dijemput untuk berkongsi dengan para pendidik Sains dan Matematik  berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21, Problem Solving, STEM, Project Based Learning dan lain-lain.

Boleh tonton Video ini untuk mengetahui apa yang dikongsikan dalam Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ di PPD Rompin 😃

“Majulah Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan”😃

 

Dari Tidak Lulus Kepada Cemerlang Subjek Bahasa Arab

Assalamualaikum dan salam sejahterah tuan dan puan.

Kami ingin kongsikan kisah seorang pelajar yang mengikuti CMN Home Tuition Mentoring dan pengalaman mereka sepanjang kelas tersebut yang bernama Riyha dan Mithriz yang telah mendapatkan perkhidmatan Home Tuition Mentoring Bahasa Arab.

Riyha dan Mitriz yang bersekolah di SK Saujana Impian, Ustazah Wahidah banyak membantu dalam belajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

Riyha dan Mitriz yang sebelum ini tidak lulus Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, alhamdulillah mendapat keputusan cemerlang.

Ustazah Wahidah menggunakan pendekatan secara beraktiviti dan gamifikasi seperti menyusun perkataan dan puzzle kerana dengan beraktiviti pelajar lebih mudah faham berbanding dengan membaca buku sahaja.

Selain itu dengan beraktiviti dan ‘Project-based Learning’ dapat banyak membantu mengembangkan minda pelajar dan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian ini, tuan dan puan boleh mendengar perkongsian yang menarik ini melalui video di bawah.

“Yakin Sebelum Berjaya”

 

#cmnacademy

#cmnseronoknyamengaji

#cmneducation

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Rajah 1 menunjukkan empat komponen dalam PBS.

 

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016.

PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.

Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Ciri Utama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disediakan untuk memberi kefahaman dan membantu pentadbir sekolah dan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mendapat maklum balas berkaitan perkembangan pembelajaran murid dan keberkesanan pedagogi.

Maklumat daripada pentaksiran tersebut digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau selepas PdP. Melalui panduan ini guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek yang ditaksir, pertimbangan profesional, dan keperluan melaksanakan PBD serta cara mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

 

Untuk info lanjut mengenai Pentaksiran Bilik Darjah boleh DOWNLOAD Ebook: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Online Tutoring SPM Funtastic Fizik Bab 2: Daya & Gerakan

Siri Online Tutoring SPM Funtastic Fizik oleh Cikgu Reky Fizik Tingkatan 4 (Bab 2 Daya & Gerakan)

 

Ringkasan nota daripada Video Online Tutoring Fizik Tingkatan 4 ini:

Apa maksud Daya (Force)?

Apakah Teori yang dikeluarkan oleh Isaac Newton dan Einstein berkaitan Daya?

Daya graviti

Daya geseran

Daya apungan

Daya magnetik

Topik-topik yang dihuraikan dalam Video Funtastic Fizik ini:

Inersia

Hukum Newton kedua

Hukum Newton Ketiga

Keseimbangan daya

Momentum

Untuk faham lebih lanjut topik ini serta kaitannya dengan dunia realiti, boleh tonton video ini :)

 

Apa Yang Best Jadi Home Tutor?

Best sangat ke jadi Tutor ini bang?

Haaaa, percayalah kepada anda yang sedang baca perkongsian saya kali ini. “Best sangat ke jadi Home Tutor” ini adalah soalan yang paling popular sekali diajukan kepada mana-mana Home Tutor di luar sana.

Tak percaya?

Boleh tanya dengan mana-mana Home Tutor di luar sana? Hehe.

Saya sendiri dah pernah merasainya ditanyakan soalan sebegitu rupa dari orang yang saya kenali secara langsung sehinggalah dari orang yang saya tak kenal langsung.

Biasalah tu kan, orang nampak hidup kita rileks je.

Orang nampak kita ini tak kerja ke?

Asyik ada je kat rumah?
Bila masa pergi kerja?
Haaa… Kan kann kannn?

Orang Nampak, kita asyik sibuk memanjang pada waktu malam & hujung minggu.

Sampaikan ada housemate pernah tanya sebegini, “Eh, hang kerja apa sebenarnya? Masa orang lain kerja hang tak kerja pulak, masa orang lain cuti, hang sibuk nak kerja sampai lewat malam pulak”. Rasa nak gelak guling-guling je rasa, bila ada yang kata sebegitu.

Haaa, itulah antara andaian-andaian awalan yang biasanya dilemparkan kepada seseorang Home Tutor dari mereka yang dari bidang lain. Hehe

Tapi percayalah, apa jua kerja yang kita lakukan dengan passion yang datangnya dari hati kita sendiri dengan niat yang betul semestinya kita boleh berikan yang terbaik pada setiap masa dan duit bukan lagi matlamat utama kita.

Setuju tak?

Eh ehh, berbalik semula kepada soalan kita tadi…

Apa yang best sangat jadi Home Tutor ini sebenarnya ?

Haaa, mesti ramai yang tertanya-tanyakan?

Ok mari saya kongsikan apa yang syoknyaaa …

Saya secara peribadi dan saya yakin ramai Home Tutor di luar sana, perkara pertama yang paling disukai jadi Home Tutor adalah mempunyai masa yang fleksibel.

Mempunyai kebebasan masa, adalah impian setiap orang sebenarnya, bukan setakat mereka yang jadi HomeTutor sahaja.

Setuju kan?

Secara jujurnya kalau diikutkan hati, siapa yang nak kerja dengan orang lain kan, dengan bebanan kerja yang menimbun berguni dari pagi sampai ke petang malah kadang-kadang sampai ke lewat malam.

Keadaan bertambah menjadi parah apabila kita dikerah untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada orang lain, menjadi kerja kita pula sekarang !

Freshgraduate akan alami perkara sebegini di awal peringkat mulanya menjejaki ke alam fasa bekerja.

Tapi itulah hakikat sebenar asam garam apabila kita sudah bekerja dengan orang lain.

Haaaa, segalanya akan berubah 360 darjah, apabila anda sudah mula menjinakkan diri dalam bidang Home Tutor ini.

Saya tak kata, kita tidak akan penat langsung apabila mula menggalas tanggungjawab sebagai Home Tutor ini.

Jangan pula ada yang silap faham disini.

Kadang kita akan penat giler-giler, lebih penat berbanding kerja di dalam pejabat sebenarnya. Tapi kalau dah kita lakukan perkara yang kita minat macam yang saya sebut tadi, apadehalll kan.

Sebab itu, kita perlu bijak menyusun jadual kelas yang kita akan ajar dan lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal kita.

Bukan tak boleh nak mengajar yang jauh, tetapi pada masa yang sama kita perlu ambil kira kos perbelanjaan perjalanan kita seperti duit minyak, tol & makan/minum.

Dari saya sibuk sampai nak mengajar yang betul-betul jauh, lebih mulia rasanya saya pass job tersebut
kepada mana-mana Home Tutor yang ada disekitar sana. Haaa, kan lagi elok tuu, berkongsi rezeki juga tu kann.

Jadi disinilah kita sebagai Home Tutor perlu memainkan peranan dalam menyusun strategi ke lokasi mana yang kita perlu utamakan pada waktu yang kita rasa sesuai.

Ada pula Home Tutor suka untuk mengajar pada waktu pagi dan malam. Ada pula, yang ambil cuti pada hari Rabu dengan erti kata lain, tiada kelas langsung untuk diajar pada hari tersebut. Mungkin ada perancangannya sendiri. Maklumlah tiket wayang pun murah hari Rabu.

Haaaa, Nampak kan? Segala-galanya, datang dari diri kita sendiri serta bergantung pada cara kita susun jadual kelas dan perjalanan.

Ok yang seterusnya pula, kita akan jadi orang yang bijak menyelesaikan masalah dalam apa jua situasi yang kita harungi. Maklumlah kita sebagai seorang Home Tutor kita akan berdepan dengan macam-macam jenis ragam ibu bapa yang datang dari kepelbagaian latar belakang yang cukup unik saya rasa.

Macam-macam soalan akan diajukan oleh mereka kepada kita yang menjadi Home Tutor ini pada waktu sesi permulaan, sebelum kita akan memulakan sesi pengajaran bersama anak mereka.

Maklumlah kan, setiap ibu bapa mesti ingin Home Tutor yang terbaik bagi anak mereka seperti anda yang sedang membaca perkongsian saya ini juga. Tak gitu?

Haaa disinilah kita akan mula bertindak secara matang dan rasional. Tidak mengambil sebarang keputusan secara tergopoh-gopoh. Pada peringkat permulaan, mungkin kita agak nervous untuk berdepan dengan mereka. Tetapi lama-kelamaan makin ramai orang yang kita berdepan pada setiap hari, semuanya kita mampu untuk harungi dengan cukup mudah sekali.

Haaa, tahap keyakinan diri dalam diri kita juga akan makin meningkat.

Bukan setakat itu sahaja, kadang-kala soalan-soalan yang diajukan oleh pelajar yang kita ajar juga agak luar biasa.

Kadang kita sendiri akan macam ‘out of mind’
dengan soalan yang mereka ajukan kepada kita.
“Eh betul ke, budak ini tanya soalan ini?”… Haaa sampai macam tuuu sekali, pertanyaan merka.

Pernah saya sendiri juga terkena beberapa kali, apabila soalan Matematik Tambahan yang ditanyakan oleh seorang pelajar membuatkan saya terpaksa menjawab pada keesokan harinya setelah balik dan kaji terlebih dahulu rumus-rumus yang berkaitan.

Yang penting, kita jangan gelabah depan mereka.

Haaaa… nak kata malu itu tidaklah sama sekali.

Cuma ambil sebagai peluang dan pertingkatkan diri dengan ilmu baru di samping kita juga mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut andai ulang sekali lagi pada masa yang akan datang.

Haaaa… amacam menarik tak jadi Home Tutor setakat baca sampai ini ? Hiks!

Ok mari saya kongsikan, yang terakhir apa yang syok sangat terlibat dalam bidang pendidikan Home Tutor ini?

Sebenarnya, ini yang paling saya suka iaitu kenalan makin bertambah dari hari ke hari tanpa kita sendiri sedari. Penting ke kenalan?

Korang tahu tak, melibatkan diri dalam bidang Home Tutor ini juga merupakan salah satu bidang perniagaan secara langsung yang dikategorikan dalam sektor perkhidmatan.

Perniagaan bukan setakat jual produk sahaja okeyy. Apa yang setiap Home Tutor lakukan di luar sana juga adalah salah satu perniagaan & mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Haaa Nampak kann?

Kalau tak nampak juga, bacalah sampai berulang kali sehingga boleh faham. Hehe

Apabila kita melibatkan diri dalam perniagaan, bukankah kenalan ini sangat penting untuk kita lakukan interaksi dua hala?

Kalau dalam konteks perniagaan, lebih dikenali sebagai Networking. Mesti korang pernah dengar perkataan ini kan?

Kalau tiada kenalan, macam mana kita nak berniaga betul? Makin banyak kenalan yang kita kenali dan berjumpa dari masa ke semasa barulah senang untuk kita.

Haaaa, saya secara peribadi saya dah jumpa ramai sangat kenalan baru sejak melibatkan diri dalam bidang Home Tutor ini dan juga kembangkan bakat-bakat lain yang terpencil dalam diri ini.

Takkan tak best dapat kenalan baru? Silap-silap haribulan boleh bertemu jodoh sesama Home Tutor bagi mereka yang masih single.😉

Amacam suka tak, perkongsian saya kali ini, tentang best ke jadi Home Tutor?

Kalau suka, jangan lupa tekan butang share, biar lebih ramai sahabat handai anda di luar sana tahu, betapa syoknya jadi seorang HomeTutor ini. Ini hanya perkongsian dari pandangan saya.

Ada banyak lagi manfaat jadi seorang pendidik ini sebenarnya yang akan saya kongsikan pada masa yang akan datang.

p/s: Mohon tekan button share untuk menyokong kerjaya ini 

 

Add Math Ini Memang Susah Ke? Ada Cara Untuk Cemerlang..

ONLINE TUTORING FUNTASTIC ADD MATH (Matematik Tambahan) Bersama Cikgu Rekykurnia Dasril (Master Tutor CMN Academy)

 

Kelas 1: Pengenalan & Tips-tips untuk cemerlang Add Math

Sesi Pengenalan:

  1. Halatuju sesi Online Tutoring Add Math
  2. Skill Belajar Add Maths
  3. Bagaimana nak ‘tackle’ soalan Add Maths
  4. Tips Menjawab Exam Add Math SPM

 

HALATUJU SESI ONLINE TUTORING FUNTASTIC ADD MATHS SPM

  • Persediaan para pelajar terutamanya Calon SPM
  • Berkongsi Teknik dan Kaedah Pembelajaran Add Maths yang betul dan mudah
  • Membantu hilangkan kegusaran dan kekusutan berkaitan subjek ini
  • Untuk mengisi masa lapang dengan perkara manfaat

 

SKILL BELAJAR ADD MATHS

  1. Matematik adalah skill yang boleh dipelajari
  2. Kuasai skill yang basic (Ungkapan & Persamaan Algebra, Cara Guna Rumus, Penggunaan Kalkulator)
  3. Fahami konsep dan APLIKASI bagi topik
  4. Biasakan dengan soalan yang berkaitan topik
  5. Enjoy belajar dan jangan tension ;)
  6. Usaha lebih untuk dapat lebih :)

 

SENARAI TOPIK ADD MATHS

Tingkatan 4 :
1. Fungsi/Function
2. Persamaan Kuadratik/Quadratic Equations
3. Fungsi Kuadratik/Quadratic Functions
4. Persamaan Serentak/Simultaneous Equations
5. Indeks dan Logaritma/Indices and Logarithms
6. Koordinat Geometri/Coordinate Geometry
7. Statistik/Statistics
8. Sukatan Membulat/Circular Measure
9. Pembezaan/Differentiation
10. Penyelesaian Segi Tiga/Solutions of Triangles
11. Nombor Indeks/Index Numbers
Tingkatan 5 :
1. Janjang/Progressions
2. Hukum Linear/Linear Law
3. Pengamiran/Intergration
4. Vektor/Vectors
5. Fungsi Trigonometri/Trigonometric Functions
6. Pilihatur dan Gabungan/Permutations and Combinations
7. Kebarangkalian/Probability
8. Taburan Kebarangkalian/Probability Distributions
9. Gerakan pada Garis Lurus/Motion along Straight Lines
10. Pengaturcaraan Linear/Linear Programming

TOPIK-TOPIK MENCABAR

  • Geometri Koordinat
  • Pilihatur dan Gabungan
  • Kebarangkalian
  • Taburan Kebarangkalian
  • Pengaturcaraan Linear
  • Gerakan pada Garis Lurus
  • Fungsi Trigonometri
1. TACKLE TOPIK-TOPIK YANG PENTING:
  • Fungsi
  • Persamaan Kuadratik
  • Fungsi Kuadratik
  • Persamaan Serentak
  • Indeks & Logarithm
  • Statistik
  • Sukatan Membulat
  • Janjang
  • Hukum Linear
  • Vektor
  • Penyelsaian Segitiga
  • Nombor Indeks
  • Pembezaan
  • Pengamiran

 

2. BIASAKAN DENGAN FORMAT KERTAS SOALAN

Kertas 1:

  • 25 soalan, Jawab semua
  • 2,3,4 markah
  • Pengetahuan (60-80%)
  • Kemahiran mengaplikasi (20-40%)

Kertas 2:

  • Bahagian A: 6 soalan. Jawab semua
  • Bahagian B: 5 soalan. Jawab 4 (10 markah setiap soalan)
  • Bahagian C: 4 soalan. Jawab 2 (10 markah setiap soalan)
  • Kemahiran mengaplikasi (60%)
  • Menyelesaikan maslaah (40%)

 

3. Baca soalan dengan tertib. Bulatkan Keyword dalam soalan

4. Kenalpasti soalan berkaitan topik apa

5. Tinggalkan soalan yang ‘stuck’

6. Gunakan strategi yang sesuai untuk uruskan masa

7. Pastikan semak sebelum hantar

 

Ketahui Pecahan Markah Bagi Jawapan:

Kertas 1:

 

  • Markah penuh bagi jawpan yang betul
  • Ikut kehendak soalan dengan tepat
  • Jangan jawab melebihi dari kehendak soalan
  • Jalan kira hanya membantu mencari jawapan, tak membantu mendapat markah

Contoh: seperti dalam video di bawah

 

Kertas 2:

  • Markah penuh bagi jawapan dan jalan kira yang betul
  • Pastikan anda tidak skip langkah-langkah pengiraan yang penting
  • Tulis jalan kerja dengan teratur
  • Jika ada lebih daripada satu jawapan/pengiraan, markah diberi pada yang betul
  • Lukis/lakar graf dengan elok (berlabel, setiap titik ditanda dengan jelas, garisan tak putus-putus)

Contoh: seperti dalam video

THE DO’S IN ADD MATHS
  • Pastikan jalan kerja terperinci untuk Kertas 2
  • Tulis/lukis/lakar dengan kemas dan tertib
  • Labelkan nombor soalan pada kertas jawapan
  • Buat lakaran gambar rajah jika membantu
  • Tulis semula formula yang digunakan
  • Bundarkan jawapan kepada 4 angka bererti dan sekurang-kurangnya 2 tempat perpuluhan
  • Tulis jawapan dalam bentuk teringkas
THE DON’TS IN ADD MATHS
  • Ambil masa yang lama buat jalan kerja dalam Kertas 1
  • Tulisan comot, tak teratur, garisan tak lurus, garisan graf putus-putus
  • Tak mematuhi kehendak soalan
  • Abaikan nombor soalan pada jawapan
  • Jawab semua soalan pilihan, tapi tiada masa menyemak
  • Terlalu berjimat menggunakan kertas
  • Tidak gunakan kalkulator dengan efektif

Tonton Video Online Tutoring Add Maths SPM ini untuk faham dengan lebih lanjut…

 

 

MODUL FUNTASTIC ADD MATHS (Games Style)

Kini Lebih Tenang Belajar Mengaji Quran & Tajwid Bersama Keluarga

ADAKAH TUAN/PUAN INGIN MEMPELAJARI AL-QURAN & MENGUASAI TAJWID DENGAN LEBIH MUDAH UNTUK DIFAHAMI? KAMI SEDIAKAN PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN BERILMU DARI SELURUH MALAYSIA.

‘PROMOSI AZAM BARU 2019’
“Percuma buku….”
TAJWID JADDAWAJADA “BELAJAR TAJWID GAYA INFOGRAFIK” bernilai RM49.00
untuk 30 orang terawal untuk January 2019.

Di CMN Akademi Infitah, pelajar seawal usia 5 tahun sehingga 60 tahun ke atas bersemangat mempelajari Al-Quran. Tiada batasan usia dalam belajar. Selepas belajar, kita boleh mengajarkan Al-Quran kepada orang lain.
.
.
Dari Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata, bahwaRasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda
.
“Yang membaca Al-Qur`an dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Qur`an namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.”
[Al-Bukhari 4937, Muslim 244].

‘Kesimpulanya, orang yang tidak mahir membaca Al-Quran tapi ingin mempelajari Al-Quran maka pahalanya kepada orang itu 2 kali ganda berbanding orang yang mahir membaca Al-Quran’

INGIN BELAJAR MENGAJI AL-QURAN DENGAN LEBIH MUDAH, FOKUS, FLEKSIBEL DI RUMAH?
.
Kami menyediakan perkhidmatan mempelajari Al-Quran di rumah Tuan/Puan sama ada untuk Anak-anak ataupun untuk diri sendiri. Tuan/Puan tidak perlu risau lagi tentang pembelajaran Al-Quran untuk keluarga atau Anak-anak Tuan/Puan.

“ALHAMDULLILLAH… ANAK2 SAYA BANYAK SANGAT IMPROVEMENT, SIAP LUMBA-LUMBA NAK HAFAZ QURAN LEPAS…”
“Anak2 saya banyak terdorong dengan kisah2 yang ustaz ceritakan. Setiap sesi hafazan, ustaz sering bercerita kepada mereka, buatkan mereka sangat teruja & bersemangat untuk belajar & hafaz al-Quran dengan lebih kerap.”
~ Puan Azza

.
Apakah manfaat pembelajaran Quranic Home Based ini?
.
+ Ustaz/Ustazah akan datang ke rumah untuk membantu anda.
.
+ Pembelajaran FOKUS untuk anak anda atau dalam kumpulan kecil. Nak bertanya secara personal? Alhamdulillah, kini lebih mudah :)
.
+ Belajar secara SANTAI dan seronok..tidak perlu stress dan segan untuk bertanya
.
+ Minimum 1 jam, maksima 2 jam satu sesi
bagi memberikan fokus.
.
+ Masa fleksibel. Terpulang kepada anda untuk pilih masa dan hari
.
+ Menjimatkan masa, tenaga dan kos pengangkutan.
.
+ Rekod rumusan pembelajaran dan perkembangan disediakan.
.
+ LEBIH MURAH jika belajar dalam kumpulan kecil- kawan/jiran/saudara
.
+ TUTOR dipilih melalui ‘background’ yang baik serta melalui temuduga. TRAINING juga diberikan untuk meningkatkan kemahiran mengajar.
.
.
————–
BERMINAT??
————–
.
>>>Ikuti langkah ini:
.
——————————————
1. Komen “Quranic” segera.
.
atau
.
2. Sms/Whatsapp ‘Quraniq_Free Modul Tajwid ‘ ke +601115775761 segera.

12 Skills That An Educator Needs In The 21st-Century Education

12 Skills that an educator needs in the 21st-century education

Technological advances have affected our lives like the way we communicate, collaborate, learn, and, of course, teach. These had made technology as part of our life!

Those advances had expanded our vocabulary, producing new terms such as digital natives, digital immigrants, and, the topic of this post — “21st-century teacher.”

Obviously, teaching in the 21-century is a lot of different phenomena; never before learning can happen everywhere, all the time, on any possible topic, supporting any possible learning style or preferences. However, what makes a 21st-century teacher really mean?

Here are the characteristics of a 21st-century teacher:

1) Learner-Centered Classroom and Personalized Instructions

As students could easily access to a wide information, there is no need to spoon-feed that information. As students have different personalities, goals, and needs, offering personalized instructions will be desirable. When students allowed making their own choices, they own their learning and increase intrinsic motivation so that students can put in more effort.

2) Students as Producers

Nowadays, students have the latest and greatest tools, but the usage in many cases barely goes beyond communicating with family and friends through chat, text, or calls. Although students are now viewed as digital natives, many are far from producing any digital content.

Even though they do own expensive devices with capabilities to produce blogs, infographics, books, how-to videos, and tutorials, but in many classes, they were asked to turn those devices off to work on handouts and worksheets. Unfortunately, these works are simply discarded once graded. If given a chance, students can produce beautiful videos and creating creative blogs that they feel proud of and share with others.

 

3) Learn New Technologies

In order to offer students choices, having one’s own hands-on experience and expertise will be useful. As technology keeps on developing, learning a tool once and for all is not an option. However, a good news is that new technologies are new and everyone can learn.

4) Go Global

Today tools are making it possible to learn about other countries and people. Of course, textbooks are still sufficient, but learning languages, cultures, and communication skills by talking to people from other parts of the world.

However, we still learn about other cultures, people, and events from the media. By encouraging students to leverage those tools in their hands to visit any corner of this planet will make students have a global outlook.

5) Blog

Remember language is an abstract and a soft skills and for students to acquire them, blogging is essential. Therefore, teaching languages like English, blogging really do see a value of writing for audiences and establishing their digital presence. Therefore, to blog is an essential tool to improve a student’s writing and self – expression as well as a way for them to communicate their stories to their audiences through their storytelling as important skills even could enhance their critical and creative thinking skills. Also, encouraging students to become more curiosity by reading and researching materials which is beneficial.

 

6) Go Digital

Another important attribute is to go paperless or encouraging virtual classrooms where organizing teaching resources and activities on the website through a software by integrating applications could bring students’ learning experience to a different level. Sharing links and offering digital discussions on a forum opposed to paper allows students to access and share class resources in a more organized fashion.

Star Wars Vs Physics

 

7) Collaborate

Technology allows collaboration between teachers and students. Creating digital resources like presentations and projects together with other educators and students will make classroom activities will make learning like a real world. Collaboration should go beyond sharing documents via e-mail and creating PowerPoint presentations. It can be done by using apps like Slack, Basecamp and Facebook. This is because collaboration can change our entire experience!

8) Project-Based Learning

The internet was a sea of vats information and students can access to many authentic resources on the web, research papers being indexed by Google Scholars, and peers learning the same subject globally. Therefore, teaching textbooks can be considered obsolete in a slow paced. Therefore, students in the 21st century should develop their own inquisitive questions, conduct their research, contacting experts, and create final projects to share by using devices already in their hands. Teachers will be playing the role of facilitators and coaches to help the students in their project and master soft skills like being inquisitive.

 

9) Build Personal Branding

Teachers need to teach students social media ethics like how to appropriately use social media, how to produce and publish valuable content, and how to create shareable resources. Maintaining professional behaviour both in class and online will help build positive image as a students’ valuable assets.

10) Code

Coding is an important literacy like writing and reading were the tools for centuries. However, coding is very interesting to learn because the feeling of writing a website and designing a website can be very exciting and share its complexity of the code with your students can be very fun!

 

11) Innovate

It is time to expand your teaching toolbox and try new ways you have not try before, such as teaching with social media and replacing textbooks with web resources. By using TED talks and encourage activities based on those videos, learning will become fun. It will encourage class discussions and participation. They will learn to appreciate new ideas and criticism by facilitating Socratic method. This will make students think critically and creative by building their scholastically arguments and becoming more lateral thinkers and linear – thinkers.

12) Keep Learning

New technology keeps emerging so learning and adapting is essential because survival the adaptable will be the new way to stay relevant in an uncertain and volatility in a fast-changing world. Therefore, lifelong learning is an important skill for teachers, educators and students. Want to expand your career and business in tutoring here.

 

Sumber: www.coachmohdnoor.com

Taklimat KPM : Tiada Lagi Peperiksaan & Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

Kami ingin berkongsi berkaitan taklimat dari Kementerian Pendidikan Malaysia, bahawa mulai  tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan bukan lagi berorientasikan peperiksaan.

YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu akan dimansuhkan bermula tahun depan dan akan digantikan de­ngan sistem pentaksiran yang lebih objektif.

Berikut merupakan pelaksanaan pentaksiran bagi Tahap 1 bermula pada tahun 2019.

 

Kesimpulannya, pembelajaran tahap 1 adalah tertumpu kepada murid, rasa seronok untuk belajar, pelajaran bermakna, membina kemahiran – kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berpikiran kreatif, dan sahsiah murid serta ada penerapan nilai kasih sayang dalam diri dan juga penumpuan pembelajaran tahap 1 ini adalah kepada kemahiran membaca, menulis, dan mengira.

Namun ibu bapa perlu sentiasa monitor perkembangan pembelajaran anak-anak agar mereka tidak ketinggalan apabila memasuki ke tahap yang lebih tinggi selepas itu.

“Yakin Sebelum Berjaya”

 

p/s: jemput tonton Kisah Benar berkaitan pengasingan kelas