Belajar suatu subjek yang ada banyak fakta selalunya memeningkan kepala. Contohnya subjek Sains dan Sejarah. Banyak sangat fakta yang nak diingat.
Peta minda digunakan dalam pembelajaran pada abab yang ke-21. Dalam peta minda, maklumat-maklumat diringkaskan agar memudahkan setiap orang. Ia merupakan catatan nota yang ringkas dan mudah.

Peta minda adalah merupakan satu struktur yang dilukis di atas kertas. Peta minda merupakan benda yang kreatif dan tidak formal kerana ia dibuat dengan cara melukis. Sesuatu konsep dapat difahami dengan senang dengan adanya peta minda.
Ia juga dapat dibaca dengan mudah. Peta minda dibentuk berdasarkan kepada pemikiran otak manusia memproses maklumat. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menganalisis dan sebagainya.

Dalam peta minda, maklumat penting disusun dengan menyeluruh supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ini adalah selaras dengan cara otak memperoses dan merakam maklumat.
Penyelidikan menunjukkan otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting.maklumat yang dirakam mengikut struktur yang sistematik akan memudahkan dirakam dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.
KEPENTINGAN PETA MINDA
☑ Menyampaikan persembahan dengan mudah, lancar dan tersusun.
☑ Memudahkan pelajar mencatat nota semasa ceramah, kuliah atau sesi perbincangan.
☑ Meningkatkan daya ingatan kepada fakta.
☑ Membuat perancangan semasa belajar, membaca, kuliah, mesyuarat dan sebagainya.
☑ Menggabungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan.
☑ Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik serta mudah untuk diperkembangkan.
✑ Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna yang menarik. Penyelidikan mendapati semua idea dan maklumat yang pernah dialami adalah dirakam dalam ingatan dan peta minda adal sebagi kunci pembuka kepada idea tersebut.
Penggunaan peta minda boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan yang mana dapat melibatkan semua anggota. Peta minda juga sangat penting digunakan semasa pelajar membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan. Peta minda yang dilukis semasa mengulangkaji pelajaran adalah ringkas, memberikan makna yang nyata dan tersirat.
PERSEDIAAN MEMBINA PETA MINDA
📋 Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam), duduk tegak, dan bernafas dengan betul
📋 Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
📋 Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan, subtajuk, kesimpulan, soalan / latihan, gambar rajah dan carta
📋 Baca keseluruhan teks dengan laju
📋 Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
📋 Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
📋 Bina peta minda
KAEDAH MEMBINA PETA MINDA
📝 Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
📝 Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
📝 Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut.
📝 Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
📝 Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah.
📝 Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
📝 Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut .
📝 Gunakan simbol
📝 Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan.
📝 Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
📝 Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta.
📝 Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini