TIP FOKUS KETIKA BELAJAR

 

Mencari & Mendapatkan FOKUS semasa melakukan sesuatu terutamanya semasa belajar amat penting agar hasil yang kita inginkan tercapai. Namun, bukan mudah untuk kita dapatkan FOKUS. Bagi pelajar, tentulah masalah fokus adalah masalah yang kerap dilalui di dalam kelas. Ramai pelajar hanya dapat fokus ketika belajar hanya untuk beberapa minit atau setengah jam di awal pembelajaran sahaja. Selebihnya akan teralih kepada perkara-perkara lain di sekeliling mereka. Setuju bukan?  

 

Itu baru di sekolah. Belum lagi di rumah. Jika di dalam kelas pun sukar hendak fokus ketika guru sedang mengajar, apatah lagi jika belajar berseorangan di rumah atau secara berkumpulan bersama rakan. Masa mungkin banyak terbuang dengan berbual kosong, leka melayan media sosial seperti instagram dan tiktok, selain menonton video di Youtube.  

 

Tidak fokus ketika belajar boleh menjadi punca kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Untuk mengatasi ‘mimpi ngeri’ ini, alangkah bagusnya kita muhasabah diri dan dapatkan jalan penyelesaian untuk fokus ketika belajar sebelum terlambat.  

 

 

Bagaimana caranya untuk kembalikan FOKUS semasa belajar?

TIP FOKUS KETIKA BELAJAR – HOME TUITION MALAYSIA

 

  • Cari teman belajar yang sesuai:
    Pilih rakan yang lebih bijak daripada anda. Atau pilih rakan yang rajin & bersungguh nak belajar. Lebih banyak yang rakan dan anda tahu serta kongsikan bersama, lebih banyak ilmu akan perolehi. Jangan pilih rakan yang lebih suka berborak daripada mengadap buku ketika belajar.

 

  • Lengkapkan bahan-bahan belajar:
    Pastikan semua alatan seperti pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya telah disediakan sebelum memulakan sesi belajar. Jika tidak sedia awal, boleh mendatangkan masalah hilang fokus ketika belajar sebab baru nak cari barang yang perlu.

 

  • Cari makanan sampingan yang berkhasiat:
    Anda boleh belajar sambil makan atau minum sesuatu. Ini akan membantu anda untuk belajar dengan tenang dan seterusnya boleh fokus dengan mudah, juga boleh elakkan mengantuk bagi sesetengah orang. Jenis makanan dan minuman yang anda pilih biarlah sesuatu yang berkhasiat seperti kekacang dengan susu atau jus buah.

 

  • Cari tempat belajar yang selesa:
    Pastikan tempat belajar anda sentiasa bersih, kemas dan selesa. Jika tiada kerusi, belajar di atas lantai dengan berlapikkan tikar pun sudah memadai. Asalkan persekitaran anda bebas dengan televisyen, komputer atau apa jua jenis gajet yang boleh mengganggu fokus belajar nanti.

   

  • Pastikan ada waktu rehat:
    Anda tidak boleh belajar sepanjang masa atau dalam satu waktu yang panjang tanpa berehat langsung. Ini boleh menyebabkan berlakunya stress dan seterusnya menghilangkan keseronokkan untuk belajar.
    Pembelajaran juga jadi kurang berkesan kerana letih dan bosan. Jangan terlampau tekun belajar tanpa memikirkan dari segi lain iaitu kesihatan diri.
    Namun, jangan pula mengambil masa lama untuk berehat sehingga hilang semangat untuk belajar. Biasanya ambil rehat dalam 5 minit di tengah 1 jam atau 2 jam kita belajar.

 

  • Postur tubuh ketika belajar:
    Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di atas meja kerana semua ini akan menyebabkan anda mengantuk dan tertidur, juga boleh sakit badan dan lenguh.

 

  • Minum air dengan secukupnya:
    Neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Apabila otak hilang air dan oksigen, seseorang itu akan mudah berasa mengantuk dan letih, seterusnya hilang fokus. Boleh juga sediakan air bersama ketika belajar.

 

  • Jangan kurang tidur:
    Jika tubuh tidak dapat rehat yang secukupnya, anda akan mudah letih dan mengantuk ketika belajar. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

 

  • Beri kata-kata positif kepada diri sendiri:
    Sentiasa pujuk diri supaya tidak malas dan sentiasa mahu belajar. Ingatkan diri bahawa kejayaan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Setiap hasil perkara yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha diri sendiri. Apabila ada semangat dalam diri, anda akan mudah fokus ketika belajar.

 

Semoga bermanfaat dan selamat belajar!    

 

Bagi ibu bapa yang berminat untuk tutor ke rumah bagi bantu dan teman anak anda belajar,

Maklumat lanjut berkaitan Home Tuition & Online Tuition

KLIK DI SINI    

Cara Menguatkan Ingatan Kita

Terdapat lebih 10 cara untuk kita tingkatkan ingatan yang dinyatakan oleh Coon(2002) merujuk kepada buku Pengantar Psikologi. Berikut adalah 3 cara terawal dalam meningkatkan daya ingatan kita.

  1. Menghafal, satu teknik ingatan dengan paksaan yang membuatkan kita ingat. Semas amenghafal disarankan untuk berhenti banyak kali dan cuba mengulang apa yang dihafal. Menurut kajian, skor ingatan yang terbaik adalah kelompok pelajar yang menggunakan 80% daripada masa untuk menghafal dan selebihnya iaitu 20% membaca.
  2. Ulangan, sama seperti rutin harian kita yang mana setiap pagi kita akan mengulang aktiviti pagi iaitu mandi, gosok pagi, masak dan sebagainya pada setiap hari tanpa tertinggal. Semakin banyak ulangan yang dilakukan, semakin kuat kemungkinan apa yang diulang.
  3. Pilihan, menurut cendekiawan Belanda, menyatakan bahawa jala ikan itu ibarat ingatan yang baik. Petani menjala di laut dengan tangkapan ikan yang bersaic besar dan kecil tetapi hanya memilih ikan bersaiz besar manakala ikan bersaiz kecil dilepaskan semula. Sama juga dengan pembelajaran, memilih isi-isi penting dalam buku teks. Menghafal isi-isi penting sahaja tidak perlu menanda terlalku banyak huraian kerana ia akan mengelirukan.

Jadi, ini sedikit sebanyak tips bagaimana hendak meningkatkan daya ingatan kita dalam pembelajaran.

Susah la nak fokus kelas online..Jangan risau! cuba langkah-langkah ini untuk anda kekal fokus

Nak hadap screen je sepanjang hari ketika mengikuti kelas online bukan perkara yang mudah. Tambah pulak bila belajar di rumah yang dikelilingi oleh banyak gangguan seperti keselesaan, bunyi bising dan lain2. Memang bila masa kelas anda akan rasa nak ke dapur, nak baring, nak main phone dan banyak lagi. Tapi anda kena ingat, anda sebenarnya berada di sekolah! cuma tempat je yang berbeza.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda kekal fokus ketika kelas online.

Freshkan diri

Makan dulu sebelum masuk kelas. Jangan makan terlampau kenyang sebab anda akan mudah mengantuk semasa kelas. Selain itu,  cari masa untuk bersenam. Set masa 5-10 minit untuk lakukan senaman. Dengan senaman fizikal dan juga mental anda akan rasa lebih cergas. Mandi. Pastikan anda mandi jangan tak mandi pulak tau.  Aktiviti-aktiviti ini akan memberi tenaga dan meningkatkan mood anda sepanjang hari.

Cari kawasan belajar yang selesa

Pastikan tempat belajar anda selesa. Pastikan bilik diterangi dengan baik  untuk mengelakkan sakit kepala atau mengantuk. Tutup pintu bilik untuk kurangkan bunyi-bunyi dan gangguan luar. Elakkan kawasan yang terlalu selesa (tempat tidur, sofa dll) kerana tempat-tempat macam ni akan buatkan anda rasa malas dan nak tidur. Cari tempat yang mempunyai akses internet yang baik supaya pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Akses internet yang buruk akan hilangkan mood anda nak belajar. Guna eirphone semasa sesi pembelajaran supaya anda dapat mendengar suara guru dengan jelas.

Matikan phone

Perkara yang paling penting dan yang cukup sukar untuk pelajar lagi-lagi bila phone di sebelah.  Sosial media adalah sumber utama gangguan semasa kelas dan punca kenapa ramai pelajar tak focus. Mereka lebih suka main sosial media  dari mendengar guru mengajar. Cara nya matikan notification dari sosial media dan jauhkan phone anda dari tempat belajar.  Buka sosial media hanya apabila anda benar-benar memerlukannya.

Cuba berinteraksi semasa kelas

Berinteraksi dengan guru, jadi anda tidak bosan mendengar apa yang guru sampaikan. Tanyakan soalan kepada mereka jika anda tidak faham. Terus mintak izin untuk tanyakan kepada guru anda dan jangan berdiam diri sepanjang kelas kerana anda akan rasa bosan, mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan dengan baik.

Ambil rehat

Jangan memaksa diri untuk fokus lebih dari 2 jam. Cari masa untuk berehat. Main permainan, bercakap dengan rakan, berjalan-jalan, buat regangan dan minum banyak air.

Semoga selepas ini anda dapat kekal focus ketika belajar.

Semoga bermanfaat, Terima kasih  :))