Kekal Semangat Belajar Online Di Rumah

Ilmu itu amatlah penting dan wajib keatas setiap individu untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja atau dalam apa-apa situasai, kita mesti menuntut ilmu. Ilmu dapat menjamin masa hadapan dan dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin dan berintelektual.

Dalam pandemik Covid-19 hari ini makin meningkat dan kita memperoleh cabaran dalam menuntut ilmu kerana tidak dapat untuk hadir sekolah atau universiti untuk menjalani kelas secara fizikal. Ketika awal tahun  2020 yang lepas kita menghadapi satu situasi yang sangat mencabar kerana semua urusan tidak kira samada belajar mahupun kerja mesti dilakukan secara maya. Tetapi hari demi hari kita sudah dapat mendaptasi situasai maya ini dalam banyak perkara. Sebagai pelajar mahupun guru kita mesti mencari jalan bagaimana kita mahu wujudkan suasana pembelajaran maya yang efektif.

  • NIAT

Perbetulkan niat kita dalam menuntut atau menyampaikan ilmu. Niatlah kerana Allah agar dibuka pintu hati dan mudah menerima dan memahami ilmu yang disampaikan, begitu juga kita dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Jika pada permulaan kita tidak diniatkan kerana Allah kita cenderung untuk melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa, buat kerja acuh tak acuh dan mudah hilang fokus. Jadi mulakan dengan niat kerana Allah dan berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan atau mempelajari ilmu.

  • SUASANA

Ini antara perkara yang memainkan peranan yang sangat penting. Bina suasana dalam rumah suasana belajar, macam mana tu? Kita hias bilik atau tempat belajar kita cantik-cantik, kemas dan bersih supaya bila kita nak belajar je terus ada semangat, seronok dan selesa ketika belajar atau mengajar. Sama juga situasi di dalam kelas cikgu mesti suruh kita hias kelas, sapu kelas sebab untuk kita rasa selesa belajar. Jadi kita lakukan perkara yang sama di rumah kita.

  • BERSIAP-SEDIA

Cara ini pula mungkin tak ramai yang buat tapi sebenarnya ia sangat membantu kita dalam pembelajaran. Ambil masa dalam 10 ke 5 minit sebelum kelas maya bermula. Buat persiapan dengan membaca nota tajuk yang akan dipelajari, ini sangat membantu kita dalam memahami pelajaran dengan lebih baik dan kita dapat bertanya soalan yang tidak difahami.  Ini dapat mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas. Pada masa yang sama juga kita dapat hadir ke kelas maya tepat pada waktunya, tidak perlu guru menunggu kita.

  • SEGAR

Ini antara cabaran dalam kelas maya, iaitu pelajar akan mudah mengantuk. Disebabkan hanya menghadap laptop atau telefon ia membuatkan pelajar hilang fokus. Nak kekal segar di dalam kelas mudah je. Pertama, duduk dalam posisi yang betul, jangan kita belajar di atas katil sambil baring itu akan menyebabkan kita mengantuk dan tidur. Kedua, sediakan bekalan air atau kudap-kudapan yang ringan, jika rasa ngatuk minum air atau makan kudap-kudapan tapi dengan kebenaran guru. Ketiga, buat rengangan badan yang ringan. Ini dapat membantu kita untuk kelas segar.

Tidak lupa juga kepada para pendidik, guru-guru, dan pensyarah, guna cara pembelajaran yang menarik untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Contohnya, kerap berinteraksi dengan pelajar dengan tanya soalan kepada mereka, selitkan selingan tanyangan video dalam pembelajaran, ini sangat membantu bagi pelajar yang cenderung kepada visual atau audio. Seterusnya, buat aktiviti, main sambil belajar seperti buat kuiz menggunakan aplikasi yang menarik, terdapat banyak aplikasi di internet yang boleh digunakan.

  • HUBUNGAN

Perkara yang terakhir sekali ini amatlah penting iaitu, perihara hubungan dengan Allah, ibubapa, guru-guru atau pensyarah dan kawan-kawan. Utamanya, peliharalah hubungan dengan Allah, jaga solat di awal waktu, membaca Al-quran dan banyakkan berdoakan kerana ilmu yang diperoleh atas keizinan-Nya. Hormat dan taat pada ibubapa, apabila sudah belajar di rumah guna masa yang ada untuk berbakti pada mereka, taatlah apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.

Selain itu, jaga adab dan akhlak antara pelajar dan guru kerana adab belajar secara maya ini sudah tidak dijaga kerana tidak bersemuka, video boleh ditutup, suara boleh disenyapkan, dan masuk kelas lewat. Adab dan akhlak nilainya sangat tinggi dan orang tidak pandang pada ilmu setinggi gunung yang kita peroleh tetapi adab dan akhlak yang dihiasi diri.

Tidak dilupakan juga, bantu kawan-kawan yang memunyai masalah dalam pelajaran atau mungkin ada sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang baik untuk hadir ke kelas. Ilmu yang ada dikongsi bersama.

Kata Imam As-Syafie ;

“Jika kamu tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggun peritnya kebodohan”

Jangan jadikan situasi pandemik covid-19 sekarang sebagai alasan untuk kita tidak mahu menimba ilmu. Cari solusi dan teruskan usaha kerana Allah akan kurniakan ganjaran bagi mereka yang usaha.

[Fb Live] KBAT Dalam Sains: Raya ke Naya?

Sempena malam Raya ni kami menjemput Teacher ZY untuk berkongsi “KBAT Dalam Sains: Raya ke Naya?” 😉

KBAT dalam Sains: Raya ke Naya?

Haa, isu hangat beberapa tahun ni tentang soalan KBAT susah sangat kan?

Pelajar yang pandai-pandai pun tak dapat juga jawab soalan-soalan KBAT ni. Sampai berasap kepala.

Habis tu macam mana dengan pelajar yang biasa-biasa? Tak ketinggalan ke?

Apa sebenarnya KBAT ni ye? Memudahkan atau menyusahkan sebenarnya?

Apa cara yang kita sebagai pendidik & ibu bapa boleh lakukan untuk membantu anak kita berjaya dalam berfikir secara kritis?

Apa pula pelajar-pelajar boleh lakukan untuk mengasah minda kita supaya dapat menguasai KBAT ni?

Kalau nak tahu jawapannya, jom malam ni sertai FB LIVE bersama Coach Isa & Teacher ZY bagi merungkai misteri yang menyelubungi KBAT di fb Live: Tutor Profesional Malaysia

 

Untuk join Funtastic Online Tuition secara PERCUMA boleh klik: www.JomOnlineTuition.com

[Online Tuition] “Kandungan Pembelajaran ‘Pure’ Dari Kajian Sendiri”

“Isi kandungan pure dari kajian sendiri. Fresh ideas.” Syazana
Funtastic Online Tuition semakin digemari oleh pelajar dan ibu bapa!

=============

FUNTASTIC ENGLISH SPM
“OMG!! Oh My Grammar!”
What happen???
Ramai pelajar selalu ‘sangkut’ kat Grammar bila buat ayat atau karangan English.
Ada yang rasa… “uiii sedap ayat ni”…padahal Grammar salah.
Speaking pun kena berhati2… kadang yakin je cakap, tapi Grammar ‘tunggang terbalik’ . Bajet!
Tu sebab kena study & kuasai Grammar. Mana nak guna is, was, -ed, have, has… banyak la lagi
‘Date’ bersama Teacher Tira jam 9.45 pagi dalam Online Tuition Funtastic English SPM.
PERCUMA saja
Sediakan:
1. Laptop/pc/phone
2. Internet
3. Buku catatan
4. Niat dan mindset untuk belajar
Yang penting join dulu group di t.me/funtasticenglishspm
Standby ya pukul 9.35 kita terus bagi link dalam telegram.
Yakin Sebelum Berjaya

==================

FUNTASTIC SAINS PT3
“Jadual Berkala”
Ramai student minta teacher ajarkan bab kereaktifan logam. Reactivity of metals.
Deme kata tak faham apa kaitan antara jenis-jenis logam tu dengan mana satu yang lebih aktif daripada yang lain-lain.
Betul ke? Susah sangat ke bab ni?
Haa, teacher rasa mesti pelajar rasa susah sebab deme tak faham asas bagi bab ini yang diajar dalam Tingkatan 1. Kan2??
Kita kenalah meneliti RAJA jadual ni dulu. Jadual apa tu agak-agaknya?
Bukan jadual waktu atau time table!
Tetapi Jadual Berkala atau pun Periodic Table!
Jom kita jenguk dulu apa sebenarnya yang ada dalam jadual tu, & apa pula perbezaan antara unsur, campuran dan sebatian? Elements, mixtures and compound?
Teacher nak tunjuk bezanya menggunakan air milo ais, maggie kari dengan sekeping kayu.
Join sesi Online Tuition Funtastic Sains PT3 bersama Teacher Zy, jam 12 tengahari esok tau.
.
.
PERCUMA sahaja
Sediakan:
1. Laptop/pc/phone
2. Internet
3. Buku catatan
4. Niat dan mindset untuk belajar
Yang penting join dulu group di t.me/funtasticsainspt3
Standby ya pukul 11.50 kita terus bagi link dalam telegram.
Yakin Sebelum Berjaya

#belajarsains

=======================
FUNTASTIC MATEMATIK PT3

“Pemfaktoran dan pecahan Algebra”

Pelajar-pelajar selalu ke teman mak ayah pergi beli barang?
Mesti bestkan lepas beli barang, mak ayah bawa gi jalan-jalan.
Masa beli barang tu perasan tak setiap barang harganya berbeza2?
Kita nak bayar mestila nak tahu jumlah kos yang dah kita belanja, betul tak?
So kat sini gunanya tajuk kita hari ni.
So nak tahu lebih pasal tajuk ni??
Jom bersama Cikgu Maslinda dalam Exclusive Online Group Tuition Matematik PT3.
Kita bincangkan topik Pemfaktoran & Pecahan Algebra.
Jumpa nanti
Daftar cepat tau
========================
FUNTASTIC ARABIC SPM
“Adawatul Syurut”
Partikel Syarat ialah partikel yang menghubungkan antara dua ayat.
Macam nak kawen kena ada syarat, apakah syarat2nya ? atau cinta tanpa syarat?
Esok ustazah akan berikan syarat bagaimana nak ‘mengahwinkan’ 2 kata kerja ni.
Pastikan adik2 dah bersedia jam 2 petang di Exclusive Online Group Tuition Funtastic Arabic SPM bersama Ustazah Nurwahidah.
Daftar cepat tau
===========================
FUNTASTIC MATEMATIK UPSR 
“Koordinat 2.0”
Bila sebut saja koordinat, terus terbayang dekat mana kedudukan objek atau tempat yang kita nak tuju.
Tapi, apa kelainan Koordinat 1.0 dengan 2.0 ?
Apa kaitannya pula dengan kapal selam ya ?
Haa, ada yang boleh jawab ?
So, jom bersama Chegu Nurul pada jam 2:00 petang di Kelas Exclusive Premium Funtastic Matematik UPSR
Pastikan adik-adik ready dengan slot ‘UJI MINDA’ dari Chegu Nurul
Jumpa nanti!
Daftar cepat tau
=======================

 Gajah merupakan salah satu haiwan yang diceritakan dalam Al-Quran. Apa pentingnya kaitan Gajah ini dalam lipatan sejarah sehingga dimunculkam dalam al-Quran?

Pernah dengar kisah tentera bergajah?
Pernah tahu nama Abrahah?
Macam mana pula burung Ababil?

Surah Al-Fil adalah surah ke 105, mengandungi 5 ayat pendek tetapi mempunyai kisah yang amat besar ertinya dalam sejarah.

Ni pula… pernah dengar tak…”Kerana mulut badan binasa.”… “Pengumpat seperti makan daging orang yang diumpat.”

Kita nak belajar apa ni ustazah?

Esok Ustazah nak kongsikan Surah Al-Fil & Surah Al-Humazah.

Kita akan fahamkan surah ini & baiki bacaan. Ustazah juga akan jelaskan cara bacaan dan sebutan huruf demi huruf.

Selain mempelajari cara bacaan satu-persatu, disemak bacaan setiap pelajar, insyaAllah akan ada sesi semakan hafalan surah pendek ini.

Esok Ustazah nak bantu anda atau anak anda belajar & perbaiki bacaan surah ini.

Tak lama lagi dah nak Ramadan.
Jadi boleh kita buat persediaan terutamanya untuk kita solat terawih di rumah nanti.

Jom baiki bacaan dengan lebih mudah & santai secara online bersama Ustazah Nurul jam 3.30 petang esok di Exclusive Online Group Tuition Mengaji.

Sesuai untuk semua peringkat umur.

Macam mana nak join?
Klik je
https://www.wasap.my/601113172015/Mengaji

Daftar cepat tau 

#MengajiOnline
#OnlineTuition
#MengajiDewasa
#MengajiKanak2
#surahAlFil
#surahAlHumazah
#baikiBacaanAl-Quran
#persediaanRamadan

=========================
FUNTASTIC ADD MATHS SPM
“Fungsi II”

Apakah anda berFungsi dengan baik semasa PKP ni… kepada keluarga atau masyarakat?

Nape tetiber tanya macam ni? 

Penggunaan Model Matematik umumnya, banyak menggunakan Fungsi yang mudah & tepat untuk menyelesaikan masalah umum.

Tetapi Model Kehidupan yang berkaitan dengan cinta, kasih sayang, emosi, rohani, Fungsinya adalah amat kompleks & rumit.

Ada Fungsi yang awalnya rumit, tetapi dipermudahkan.

Ada pula yang senang Fungsinya tetapi disebabkan sikap alpa, akhirnya menjadi rumit.

Bagaimana pula Fungsi kehidupan anda sejak PKP ini?

Apa pula kaitannya Fungsi Matematik Tambahan dengan Kehidupan anda?

Jom esok kita belajar & fahamkan topik Fungsi dalam Exclusive Online Group Tuition Add Maths bersama Tutor Raj, jam 4 petang.

Macam mana nak join?
Klik je
https://www.wasap.my/601113172015/AddMaths

Daftar cepat tau 

#MatematikTambahan
#FuntasticAddMaths
#SPM
#OnlineTuition
#Fungsi

 

Protected: Formula 1: Tutor Ber’IMPAK OPTIMA’ (Reinvent)

This content is password protected. To view it please enter your password below: