Kekal Semangat Belajar Online Di Rumah
Ilmu itu amatlah penting dan wajib keatas setiap individu untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja atau dalam apa-apa situasai, kita mesti menuntut ilmu. Ilmu dapat menjamin masa hadapan dan dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin dan berintelektual.
Dalam pandemik Covid-19 hari ini makin meningkat dan kita memperoleh cabaran dalam menuntut ilmu kerana tidak dapat untuk hadir sekolah atau universiti untuk menjalani kelas secara fizikal. Ketika awal tahun 2020 yang lepas kita menghadapi satu situasi yang sangat mencabar kerana semua urusan tidak kira samada belajar mahupun kerja mesti dilakukan secara maya. Tetapi hari demi hari kita sudah dapat mendaptasi situasai maya ini dalam banyak perkara. Sebagai pelajar mahupun guru kita mesti mencari jalan bagaimana kita mahu wujudkan suasana pembelajaran maya yang efektif.
- NIAT
Perbetulkan niat kita dalam menuntut atau menyampaikan ilmu. Niatlah kerana Allah agar dibuka pintu hati dan mudah menerima dan memahami ilmu yang disampaikan, begitu juga kita dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Jika pada permulaan kita tidak diniatkan kerana Allah kita cenderung untuk melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa, buat kerja acuh tak acuh dan mudah hilang fokus. Jadi mulakan dengan niat kerana Allah dan berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan dalam menyampaikan atau mempelajari ilmu.
- SUASANA
Ini antara perkara yang memainkan peranan yang sangat penting. Bina suasana dalam rumah suasana belajar, macam mana tu? Kita hias bilik atau tempat belajar kita cantik-cantik, kemas dan bersih supaya bila kita nak belajar je terus ada semangat, seronok dan selesa ketika belajar atau mengajar. Sama juga situasi di dalam kelas cikgu mesti suruh kita hias kelas, sapu kelas sebab untuk kita rasa selesa belajar. Jadi kita lakukan perkara yang sama di rumah kita.
- BERSIAP-SEDIA
Cara ini pula mungkin tak ramai yang buat tapi sebenarnya ia sangat membantu kita dalam pembelajaran. Ambil masa dalam 10 ke 5 minit sebelum kelas maya bermula. Buat persiapan dengan membaca nota tajuk yang akan dipelajari, ini sangat membantu kita dalam memahami pelajaran dengan lebih baik dan kita dapat bertanya soalan yang tidak difahami. Ini dapat mengelakkan daripada mengantuk dalam kelas. Pada masa yang sama juga kita dapat hadir ke kelas maya tepat pada waktunya, tidak perlu guru menunggu kita.
- SEGAR
Ini antara cabaran dalam kelas maya, iaitu pelajar akan mudah mengantuk. Disebabkan hanya menghadap laptop atau telefon ia membuatkan pelajar hilang fokus. Nak kekal segar di dalam kelas mudah je. Pertama, duduk dalam posisi yang betul, jangan kita belajar di atas katil sambil baring itu akan menyebabkan kita mengantuk dan tidur. Kedua, sediakan bekalan air atau kudap-kudapan yang ringan, jika rasa ngatuk minum air atau makan kudap-kudapan tapi dengan kebenaran guru. Ketiga, buat rengangan badan yang ringan. Ini dapat membantu kita untuk kelas segar.
Tidak lupa juga kepada para pendidik, guru-guru, dan pensyarah, guna cara pembelajaran yang menarik untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Contohnya, kerap berinteraksi dengan pelajar dengan tanya soalan kepada mereka, selitkan selingan tanyangan video dalam pembelajaran, ini sangat membantu bagi pelajar yang cenderung kepada visual atau audio. Seterusnya, buat aktiviti, main sambil belajar seperti buat kuiz menggunakan aplikasi yang menarik, terdapat banyak aplikasi di internet yang boleh digunakan.
- HUBUNGAN
Perkara yang terakhir sekali ini amatlah penting iaitu, perihara hubungan dengan Allah, ibubapa, guru-guru atau pensyarah dan kawan-kawan. Utamanya, peliharalah hubungan dengan Allah, jaga solat di awal waktu, membaca Al-quran dan banyakkan berdoakan kerana ilmu yang diperoleh atas keizinan-Nya. Hormat dan taat pada ibubapa, apabila sudah belajar di rumah guna masa yang ada untuk berbakti pada mereka, taatlah apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.
Selain itu, jaga adab dan akhlak antara pelajar dan guru kerana adab belajar secara maya ini sudah tidak dijaga kerana tidak bersemuka, video boleh ditutup, suara boleh disenyapkan, dan masuk kelas lewat. Adab dan akhlak nilainya sangat tinggi dan orang tidak pandang pada ilmu setinggi gunung yang kita peroleh tetapi adab dan akhlak yang dihiasi diri.
Tidak dilupakan juga, bantu kawan-kawan yang memunyai masalah dalam pelajaran atau mungkin ada sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang baik untuk hadir ke kelas. Ilmu yang ada dikongsi bersama.
Kata Imam As-Syafie ;
“Jika kamu tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggun peritnya kebodohan”
Jangan jadikan situasi pandemik covid-19 sekarang sebagai alasan untuk kita tidak mahu menimba ilmu. Cari solusi dan teruskan usaha kerana Allah akan kurniakan ganjaran bagi mereka yang usaha.