Kesan Besar Ilmu Mata Pelajaran UPKK Kepada Anak-anak

Kebiasaannya golongan-golongan veteran akan peroleh pendidikan agama dengan menghadiri kuliah dan kelas agama di masjid. Ada juga yang merujuk bahan bacaan agama seperti buku, modul, e-book, artikel dan sebagainya untuk panduan dalam pendidikan agama. Jadi, bagaimana pula kanak-kanak yang memerlukan pendidikan agama dari sumber yang sahih dan bimbingan daripada para asatizah. Maka dengan itu, ilmu dalam mata pelajaran UPKK memberi kesan besar kepada kanak-kanak dalam pendidikan agama sejak kecil.

Sejajar dengan itu, ada juga bangsa Cina yang suka menghantar anaknya mempelajari KAFA, hal ini demikian kerana ilmu KAFA dapat membentuk sahsiah anak-anak sekali gus mempelajari agama lain. Oleh hal yang demikian, wajarlah UPKK sangat relevan untuk sekalian manusia mempelajarinya. Terdapat segelintir golongan berkata pelajar UPKK lebih teruk akhlaknya, di sini kita perlu perhatikan bahawa zaman kanak-kanak adalah proses dalam membentuk akhlak dan adab mereka. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesan besar ilmu UPKK kepada kanak-kanak adalah semestinya untuk bekalan masa hadapan mereka. Memastikan pelajar fasih mengaji al-Quran, mereka juga bakal menjadi dewasa dan berumah tangga menjadi ibubapa. Contohnya, adab dengan jiran tetangga, mereka sudah terdidik dari kecil bagaimana dan apa adab terhadap jiran tetangga. Seterusnya, mereka akan menghadapi realiti kehidupan yang berdepan dengan berbagai isu agama, ilmu akidah penting untuk mereka mengharungi kehidupan mereka kelak.

Ilmu dalam mata pelajaran UPKK memfokuskan amali dan penghayatan kepada pelajar bukan sekadar teori yang dipelajari di dalam kelas. Manakala subjek pendidikan Islam di sekolah rendah mengajar ilmu secara asas kepada pelajar. Silibus yang ditetapkan tidak membebankan pelajar kerana mereka hanya mempelajari dua subjek sehari. UPKK menekankan pebelajaran secara amali, contohnya seperti solat sunat jenazah yaitu pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari.

Terdapat beberapa cabaran UPKK, antara adalah penghayatan ilmu itu sendiri dan bagaimana pelajar boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas di luar sana. Pelajar itu tidak dikira berjaya walaupun peroleh 8A UPKK tetapi gagal praktikkan apa yang mereka belajar sehingga mencapai A dalam semua mata pelajaran.

Ada beberapa pra syarat bagi mereka yang hendak mendaftar UPKK iaitu telah mempelajari Kafa selam 3 tahun sebelum mendaftar UPKK. Pelajar berkelulusan UPKK dan PSRA mempunyai kelebihan yang tersediri. Pelajar UPKK, mereka boleh mohon mana-mana sekolah menengah di seluruh negeri manakala PSRA pula, mereka akan mempelajari imu agama secara mendalam dan hanya boleh masuk sekolah menengah di negeri Selangor sahaja kerana PSRA adalah di bawah JAIS.

4 TIPS KUASAI SATU BAHASA

“Cikgu, susahnya nak ingat subjek ni”

“Ustazah, banyaknya benda nak kene hafal ni”

Mesti selalu dengarkan keluhan ini daripada pelajar-pelajar sekolah? Jom baca perkongsian ini tentang 4 tips untuk kuasai satu bahasa.

  1. Guru Muda / Mentor Mentee

Sistem guru muda atau mentor mentee ini merupakan tips yang paling berkesan untuk kita menguasai sesuatu subjek. Secara khususnya mentor ditakrifkan sebagai pembimbing atau tutor, manakala mentee pula ditakrifkan sebagai individu yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau pelajar yang kurang dalam pelajaran. Mentor mempunyai peranan utama untuk menasihat mentee pada masa yang tepat, menunjukkan contoh yang baik dan membantu mentee dalam pembelajaran mereka. Secara umumnya, mentor terlibat sebagai pembimbing secara berterusan sehingga mentee itu mempunyai peningkatan dalam pelajaran.

 

  1. Membuat nota ringkas

Haaa, apa itu nota ringkas? Nota ringkas ini bermaksud nota yang sudah dipendekkan ataupun nota yang sudah disimpulkan menggunakan “key word” atau akronim ataupun “main point” yang telah dikenalpasti. Tujuan kita membuat nota ringkas ini adalah untuk senang bagi kita apabila ingin revise kembali sesuatu subjek atau tajuk dan tidak perlu untuk membawa buku teks kemana-mana, hanya perlukan beberapa kertas sahaja. Bak kata orang putih, “all in one”.

 

  1. Kuiz/Soal jawab

Para pelajar boleh melakukan kaedah soal jawab atau bermain kuiz bersama kawan-kawan untuk menguatkan lagi ingatan masing-masing. Bermula dengan membaca nota, kemudian masing-masing menyediakan soalan daripada tajuk yang berbeza dan meminta rakan untuk menjawab. Cara ini sangat bagus untuk menguji ingatan.

 

  1. Kerohanian/Berdoa

Ketenangan ini boleh diraih antaranya dengan solat wajib awal waktu, solat taubat, solat hajat, membaca al-quran dan berzikir. Hati yang banyak berzikir akan memperoleh ketenangan. Bermunajat kepada Allah dengan solat taubat, hajat dan tahajjud dan mohonlah doa kepada Allah agar campakkan rasa senang belajar, ketenangan hati dan ingatan yang kuat. Apabila musin peperiksaan, doalah kepada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

Ini antara tips yang boleh bantu dalam menguasai sesuatu subjek. Jika aplikasikan tips-tips ini dalam semua subjek, tidak mustahil kejayaan milik kita. Selamat mencuba.

Haa, nak tau lebih lanjut lagi tentang topik ini,boleh klik di sini.

Senang je Belajar Bahasa Arab

“Susahnyaa bahasa arab ni, tak faham laaa”

“Susahnya nak ingat..tak boleh masuklah”

Ayat-ayat macam tu biasa sangat kita dengar terutamanya bagi pelajar yang tak dapat score dalam subjek bahasa arab. Susah sangat ke bahasa arab ni sebenarnya sampai tak boleh nak score??

Sebenarnya tak kesah la subjek apa sekali pun sains ke, math, addmath, fizik, bahasa inggeris..semuanya ada cabaran dalam menuntutnya. Ilmu itu nilainya tinggi jadi usaha untuk mempelajarinya juga perlu tinggi. Subjek bahasa arab menjadi susah bukanlah sebab bahasa itu sendiri tetapi “mindset” atau persekitaran dan buah mulut orang yang menyatakan ianya susah. Jadi ramailah yang beranggapan bahasa arab ini susah.

Pertama sekali ubah cara fikir kita, sebab ini lah yang mempengaruhi kita dalam menuntut ilmu. Kalau kita fikir ianya susah maka susah la. Kita akan jadi malas dan tak semangat bila nak belajar sebab dari awal lagi kita dah beranggapan ianya susah. Jadi tukar dan ubah presepsi kita bahawa bahasa arab ini mudah, InsyaAllah Allah akan bantu dan membuka jalan bagi orang-orang yang usaha dalam menuntut ilmu.

Pupuk minat kita dalam belajar bahasa arab, sebab minat itu boleh dibina dengan banyak cara sebenarnya. Kita boleh pelbagaikan cara pembelajaran di luar waktu pembelajaran formal, contohnya zaman kini adalah zaman internet gunakan internet itu sebaik mungkin, kita boleh melayari di YouTube, banyak video-video yang menarik yang boleh kita dapat dari situ. Kita boleh sertai channel-channel di Telegram yang banyak berkongsikan tentang kosa kata bahasa arab, ungkapan-ungkapan yang menarik dalam bahasa arab. Selain itu juga, TikTok juga ada yang berkongsikan tentang bahasa arab yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak platform yang kita dapat layari di internet cuma perlukan kemahuan dan sedikit usaha untuk mencarinya, bak kata orang maklumat di hujung jari, tekan terus dapat.

Tapi kalau ada yang susah nak hafal tu nak buat macam mana? Sebab bahasa arab ni banyak sangat kena hafal. Memang tak dapat dinafikan sebab bahasa arab ni bahasa yang jarang kita guna sebab tu kadang-kandang agak sukar untuk kita ingat. Tapi itu bukan alasanya, orang yang nak berjaya mesti mencari solusi. Jika diikutkan lebih 3000 kosa kata bahasa arab yang dipinjamkan kepada bahasa melayu. Contohnya, perkataan-perkataan;

kerusi – كرسي (kursiyun), wujud – وجد (wajada), Kuat – قوى (qawiyy), internet – الإنترنت (al-internet), amal – عمل (amal), darjat – درجة (darajah), khabar – خبر (Khabar), soalan – سؤال (suaalun), mungkin – ممكن (mumkinu)

Dan banyak lagi sebenarnya, kalau nak disenaraikan memang panjang la jadinya. Berdasarkan perkataan-perkataan yang dipinjamkan ini sudah banyak membantu kita untuk ingat dan hafal kosa kata bahasa arab. Cara yang lain adalah kerap guna perkataan yang berbeza dalam penulisan atau percakapan. Kebiasaanya pelajar akan guna perkataan yang sama ketika menulis ayat atau karangan contohnya,

يذهب محمد إلى المدرسة (Muhammad sedang pergi ke sekolah)

Cuba tukar perkataan sekolah kepada stadium (مُدَرِّج), pusat membeli belah (مركز تسوق), ladang (مزرعة) atau apa sahaja perkataan yang jarang digunakan. Cara ini dapat membantu mengembangkan lagi penggunaan kosa kata bahasa arab.

 

Selain itu, wajibkan pada diri untuk menghafal sekurang-kurangnya 3 kosa kata yang baru setiap hari. Kita boleh dapatkan dan belajar kosa kata yang baru melalui pembacaan buku, channel Telegram bahasa arab, TikTok, YouTube atau apa-apa aplikasi. Dengan cara ini banyak kosa kata yang kita akan dapat dan boleh praktikan samada dalam penulisan dan percakapan.

 

Terakhir sekali, ini paling penting tuntut ilmu mestilah berguru jika tidak sesatlah jalan. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai kemudahan internet tetapi gurulah sebaik-baik tempat dalam kita menuntut ilmu. Mereka adalah orang-orang yang mahir dalam bidang tersebut jadi sudah pasti lebih mudah kita untuk mempelajarinya jika tidak kita hanya menghafal semata-mata tanpa memahami ilmu tersebut.

Aplikasi yang boleh dilayari ;

  • Youtube CMN Academy atau Madinah Arabic
  • Tiktok cmnacademy atau sirsyazwan
  • Channel Telegram ; Kosa Kata Bahasa Arab, Uslub Nahwu

3 Teknik Belajar Wajib Pelajar Kuasai Bersama Tuan Osman Affan. No.2 Paling Penting

3 Teknik Belajar Wajib Pelajar Kuasai.

Gaya atau teknik belajar mempengaruhi berapa banyak yang pelajar ingat & faham. Tapi bagaimana teknik belajar yang berkesan untuk pelajar kuasai?
Jom tonton :)

 

Ada satu KELAB yang tidak wujud di sekolah.

Cuba teka, apakah kelab itu?

Anak-anak boleh belajar dan menguasai kemahiran bersukan.

Anak-anak boleh belajar kepimpinan dan semangat bekerjasama.

 

Anak-anak boleh kuasai pengetahuan ‘software’ & hardware’ komputer.

Anak-anak boleh belajar semangat & disiplin diri

Namun, ada satu KELAB yang SANGAT PENTING & RELEVAN tetapi tidak wujud di sekolah. Kelab itu ialah

Sebagai ibu bapa, tentu anda sedar…

Sayangnya mereka tidak mampu membaca dengan pantas dan cepat penat dan bosan apabila membaca.

 

Sayangnya mereka tidak pernah belajar dan kuasai teknik untuk lebih mudah ingat dan hafal apa yang telah dipelajari.

Sayangnya mereka tidak pernah belajar dan amalkan teknik pengurusan masa yang berkesan.

Sayangnya mereka tidak sedar wujudnya teknik untuk menulis nota yang berkesan dan mudah untuk diingati.

Sayangnya mereka tidak pasti bagaimana mahu memotivasikan diri mereka sendiri untuk belajar dengan lebih rajin.

Jadi, Akademi SmartStudy® memperkenalkan

Ini adalah Kelab Teknik Belajar SmartStudy® secara online bersama Pengasas Teknik Belajar SmartStudy®, Osman Affan.

 Ia dijalankan seminggu sekali, selama 12 minggu menggunakan 12 modul teknik belajar SmartStudy.

Modul-modul ini pula ada hasil kompilasi padat daripada buku-buku Teknik Belajar SmartStudy® yang dijual di pasaran sejak 2006 hingga kini.

Modul-modul diajarkan secara LIVE menerusi aplikasi ZOOM Cloud Meeting dan boleh diikuti menggunakan SmartPhone, Tablet atau Laptop di rumah masing-masing.

*******************************************************************

*******************************************************************

Promosi terkini ialah PERCUMA YURAN PENDAFTARAN sebanyak RM30 dan PERCUMA 2 Ebook terkini SmartStudy® yang bernilai RM80.

 

Semua modul ini akan disampaikan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Osman Affan, Pengasas & Trainer Profesional untuk Teknik Belajar SmartStudy®.

 

Beliau merupakan penulis buku-buku SmartStudy® dan penulis infografik Teknik Belajar SmartStudy® yang banyak viral di media sosial.

 

SmartStudy_Unik_1

SmartStudy_Unik_2

SmartStudy_Unik_3

SmartStudy_Unik_4

SmartStudy_Unik_5

SmartStudy_Brunei

SmartStudy_Singapore

SmartStudy_Akhbar

Osman_Affan_Brunei_Times

 

Buku_SmartStudy_1

Buku_Osman_Affan

Media_Osman_affan_1

Media_Osman_Affan

Tip_osmanAffan_1

Tip_osmanAffan_2

Tip_osmanAffan_3

Tip_osmanAffan_4

Apa kata mereka tentang program-program atau cara mengajar Osman Affan?

 

Osman_Affan_Majalah_Top_10_Malaysia_1

Osman_Affan_Majalah_Top_10_Malaysia_2

Osman_Affan_Majalah_Top_10_Malaysia_3

Osman_Affan_Majalah_Top_10_Malaysia_4

5 Tips Menghafal Dengan Mudah


1. Mencatat Kata Kunci dan Point-Point Penting

Cara cepat menghafal pertama yang Anda harus lakukan adalah mencatat kata kunci atau poin-poin dari bacaan maupun presentasi, yang dirasa penting. Anda bisa mencatatnya pada secarik kertas maupun di aplikasi notes pada smartphone, tablet, dan sebagainya.

Usahakan untuk mencatat dengan cara konvensional saja,  tidak ada salahnya memanfaatkan kecanggihan teknologi untuk mempermudah kegiatan mencatat ini. Namun, peneliti dari Washington University, AS, mengungkapkan orang-orang yang mencatat dengan menulis tangan memiliki daya ingat yang lebih baik.

jika Anda mencatat pada secarik kertas atau buku catatan, tulis dengan pen, pensil warna, highlight berwarna untuk membezakan warna untuk setiap kata kunci mahupun point-point penting agar lebih mudah untuk dihafalkan dan disimpan dalam memori otak.

2. Menghafal Bersama

Jika anda masih sukar untuk menghafal, cuba buat kumpulan kajian atau kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan anda. Ini adalah satu cara mudah untuk menghafal yang dikatakan berkesan. Suasana yang menyenangkan dengan rakan-rakan adalah sebab mengapa cara menghafal dengan cepat ini dianggap berkesan. Selain itu, di sini anda boleh meminta rakan-rakan yang lebih mahir dalam bahan untuk menjelaskannya kepada anda supaya ia sangat membantu dalam memahami bahan tersebut.

anda juga boleh berlawan kata tentang subjek yang anda sedang dihafal bersama rakan-rakan and supaya daya ingataan anda terhadap perkara tersebut lebih jelas, kadang-kadang kita akan senang untuk mengingat perkataan yang kita bualkan bersama rakan-rakan. elain itu kita juga boleh menjadi topic tersebut sebagai perbincangan dalam kumpulan dengan kawan-kawan untuk menjadikan suasan yang lebih ceria dan memudahkan lagi otak kita untuk berfungsi dengan baik bila anda berada dalam keadaan yang tenang dan tidak tertekan.

3. Menggunakan imej-imej sebagai bantuan.

Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.

Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. Saya dahulunya gunakan teknik ini ketika belajar untuk mengingat fakta-fakta anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat kompleks ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam badan manusia ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih susah untuk dihafal. Saya selalunya akan lukiskan kembali bahagian tubuh yang saya cuba untuk hafal tersebut dalam rajah skema yang sangat ringkas diatas kertas A4, kemudian saya akan cuba untuk mengimbas kembali buku anatomy saya berserta gambar rajah skema saya di sebelah. Bila saya membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini saya cuba untuk gambarkan rajah skema tersebut dalam minda saya, sambil baca sambil buat connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan alhamdulillah ianya lebih mudah melekat dalam memori saya daripada hanya membaca teks buku sahaja.

4. Belajar menggunakan pelbagai deria.

Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.

5. Dapatkan banyak rehat

Akhirnya, jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang cukup. Otak juga perlu berehat supaya fungsinya tetap optimum. Selepas menyelesaikan cara cepat untuk menghafal perkara di atas, berehat seketika. Walaupun begitu tidur malam. Pastikan anda tidur tidak terlambat dan bangun tidak terlambat. Rehat cukup berkesan untuk mengekalkan kesihatan otak, malah menghilangkan keletihan dan tekanan, kedua-duanya juga merupakan salah satu pencetus kenapa otak tidak dapat menghafal perkara dengan cepat. Itulah maklumat mengenai cara mudah untuk menghafal yang anda boleh memohon untuk memaksimumkan keupayaan otak untuk mengingati perkara.