Matematik Tambahan : Formula Cepat Faham Punca Persamaan Kuadratik

FB LIVE MATEMATIK TAMBAHAN: FORMULA CEPAT FAHAM PUNCA PERSAMAAN KUADRATIK

                                                            


Ada pelajar yang rasa ‘ngeri’ dengan subjek Matematik Tambahan.

Ada yang sampai tak lena tidur ‘dihantui’ formula-formula yang tak difahai dan sukar diingati.

Pelajar-pelajar yang ambil Matematik Tambahan mesti selalu dengar topik persamaan kuadratikkan?

Ini antara topik asas yang perlu dikuasai sebelum pelajar melangkah jauh sebabambah penguasaan permasalahan punca-punca ini ada di mana-mana bab. Jadi semua pelajar perlu benar-benar FAHAM dan menguasainya.
.
Walaupun mudah tapi kadang-kadang terkeliru….senang ke LAUT. Untuk setiap konsep PEMAHAMAN Matematik Tambahan terutamanya, perlu kita “KEYWORDKAN” atau pun “METAFORAKAN”….ada pelbagai cara tapi ini salah satunya
.
Pertimbangkan premis “Punca banjir adalah disebabkan oleh Alien MEMBUANG sampah dari Langit”…bukannya nak suruh fikir LOGIK ke tak, tapi CARA begini mudah untuk kita FAHAM dan INGAT
.
Untuk mengetahui bagaimana proses METAFORA ini membantu pelajar lebih memahami topik Persamaan Kuadratik jom ikuti bagaimana Coach Bahraen menerangkan Metafora Alien ini sampai habis supaya pelajar tidak lagi TERKELIRU dengan persoalan punca-punca PERSAMAAN KUADRATIK.

Semoga bermanfaat untuk anda.
Mohon anda SHARE banyak2 untuk sebarkan manfaat ini.

Yakin Sebelum Berjaya

#HomeTuitionMentoring
#MatematikTambahan
#Addmaths
#PersamaanKuadratik

[Sains UPSR] Sistem Pernafasan Manusia Guna Peparu Buatan

Perasan tak, kenapa ada sesetengah pelajar kata belajar Sains sebelum ini membosankan? Malah, kalau ada kelas Sains hari tersebut mesti ada yang nak melarikan diri, berat hati nak belajar sains sebab bosan dan mengantuk 🙁

Sains ni betul ke membosankan ? atau cara pembelajaran yang tak sesuai dan tak menarik ???

 

Tahukah anda belajar menggunakan aktiviti ‘hands on’ sangat berkesan untuk pemahaman pelajar dan meningkatkan rasa minat dan semangat pelajar untuk belajar !

BETUL TAK?

 

Jadi, salah satu cara nak tarik minat pelajar adalah dengan menggunakan teknik dan kaedah yang menarik bahkan boleh menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang awesome!!! supaya pelajar dapat memahami dengan lebih berkesan serta merasai setiap topik dan subjek yang dipelajari dengan baik.

 

Salah satu topik sains yang boleh menggunakan aktiviti ‘hands on’ ini adalah Sistem Pernafasan Manusia

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke paru-paru.

 

Proses pernafasan manusia

 

Paru-paru akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas karbon dioksida (yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.

Ini adalah proses semasa menarik dan menghembus nafas :

  • Semasa menarik nafas
    1. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
    2. Peparu mengembang.
    3. Dada naik dan mengembang.
    4. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

 

  • Semasa menghembus nafas,
    1. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
    2. Peparu mengempis.
    3. Dada turun dan mengempis.
    4. Diafragma mengecut dan naik ke atas.

 

Mari kita belajar topik sistem pernafasan dengan cara yang lebih menarik dan seronok menggunakan kaedah peparu buatan (ABM) bersama dengan Cikgu Zaiju dan cikgu Amir.

 

 

Untuk info lanjut berkenaan Home Tuition and Online Tuition mohon whatsapp ‘Nama_HomeTutor’ ke 011-32742922

dan boleh layari facebook CMN Academy

Berkesankah Online Tuition Ini?

 

Berkesan ke Online Tutoring ni?

Bersama Cikgu Amir Syazwan 😃

p/s: Untuk Free Trial Online Tuition di seluruh Malaysia whatsapp ‘FreeTrialOnlineTuition’ ke 011-157715761

https://www.facebook.com/tutorprofesionalmalaysia/videos/857984841055079/

Kelebihan Tuisyen Secara Online

Pada zaman moden dan Pembelajaran Abad Ke-21 ini, pasaran dalam talian berkembang dengan pesat, dan juga industri tuisyen dalam talian. Pembelajaran dalam talian menawarkan banyak kelebihan berbanding menghadapi tuisyen.

 

KELEBIHAN

Antara kelebihan terbesar tuisyen dalam talian adalah dari aspek FLEKSIBILITI. Pelajar dan tutor dapat mengelakkan tempoh masa perjalanan, yang menjimatkan wang dan juga masa kerana ianya secara terus dalam talian. Hal ini kerana ibu bapa tidak perlu menghantar anak mereka ke tempat tuisyen itu sendiri.

Pusat tuisyen kebanyakkannya lokasi di kawasan bandar yang mana memakan masa untuk sampai di lokasi. Ibu bapa juga perlu membajet masa yang tepat kerana kebiasaannya kelas tuisyen hanya dalam 2-3 jam, membuatkan tidak berbaloi untuk balik ke rumah setelah menghantar anak mereka ke pusat tuisyen atas faktor kos tol dan juga minyak kereta.

Selain itu, kelebihan utama tuisyen dalam talian adalah cara BERINTERAKSI akan menjadi lebih mudah untuk membina hubungan dengan pelajar malah dapat memudahkan pelajaran kerana ia dilakukan secara komunikasi dua hala yang melibatkan dua orang berkomunikasi antara mereka. Oleh itu, untuk berjaya dalam industri tuisyen dalam talian, sangat penting untuk anda memilih platform yang tepat untuk pelajaran anda. Pemilihan platform yang tidak baik mampu menjejaskan prestasi tuisyen dalam talian justeru mengurangkan komunikasi antara pelajar dan juga murid.

PLATFORM

Platform paling popular (dan terkenal) dalam talian adalah Skype. Dalam artikel ini, saya akan menghuraikan Skype sebagai platform untuk kelas dalam talian anda dan membantu anda membuat yang terbaik daripada pelajaran anda. Terdapat juga platform – platform lain untuk diguna ketika melakukan tuisyen dalam talian seperti Zoom.us, Google Hangout, Whatsapp Video Call dan bermacam – macam lagi.

Seperti yang telah disebutkan, industri tuisyen dalam talian berkembang dengan ketara. Selain ingin menjadi tutor yang hebat, maka pentinglah juga untuk sesi tuisyen anda menjadi yang terbaik.

Sebagai contoh, jika anda adalah salah seorang tutor yang terbaik di luar sana, tetapi sambungan internet anda sangat tidak memberangsangkan maka amatlah sukar untuk berkomunikasi dengan pelajar anda. Sebelum anda mula menggunakan Skype, sila pastikan bahawa anda mempunyai perkara berikut.

 

KEPERLUAN :

  • Peralatan Dan Bilik

Anda memerlukan peralatan yang boleh dipercayai memberi keselesaan yang terbaik dari semua aspek. Mikrofon yang baik, webcam yang boleh dipercayai, dan juga komputer yang mempunyai internet yang lancar dan tiada gangguan. Anda juga memerlukan bilik yang tenang dan terang untuk membuat yang terbaik daripada pelajaran tutor anda. Bilik yang tenang dari gangguan – gangguan suara dan cahaya diperlukan supaya sesi tuisyen dalam talian antara pelajar dan tutor tidak terganggu.

  • Membuat Akaun Skype

Sebaik sahaja anda telah mencipta akaun Skype dan melengkapkan segala butiran peribadi yang diperlukan, sudah tiba masanya untuk anda mengenali perisian dan ciri-ciri yang ditawarkannya. Skype merupakan satu platform yang terbaik untuk melakukan aktiviti tuisyen dalam talian ini dek kerana reputasi yang baik dari segi kelancaran membuat panggilan video.

  • Persidangan Audio Dan Video

Panggilan Audio dan Video adalah alasan utama mengapa anda menggunakan Skype. Jika anda memberikan pelajar anda dengan nama Skype anda, mereka dapat memberi respon untuk terima apabila masa pelajaran itu tiba. Secara umumnya, apabila anda mempunyai sambungan internet yang baik, mikrofon, dan webcam, anda boleh mempunyai panggilan video yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk menguji ujian terlebih dahulu sebelum pelajaran yang sebenar dilakukan.

  • Kongsi Skrin Dengan Orang Lain

Satu lagi ciri hebat untuk sesi tuisyen dalam talian anda di Skype ialah fungsi kongsi skrin. Bagi mereka yang tidak biasa dengan ciri ini, ia membolehkan anda berkongsi skrin dengan semua orang dalam panggilan Skype secara terus. Sama ada anda ingin menunjukkan pelajar anda pembentangan PowerPoint, dokumen, atau hanya laman web, ciri kongsi skrin membolehkan anda melakukan semuanya. Apa yang perlu anda lakukan jika anda ingin berkongsi skrin anda adalah dengan mengklik ikon ‘+’ di bahagian bawah skrin, dan memilih pilihan ‘kongsi skrin’.

  • Berkongsi Fail

Sama seperti mesej, apabila anda berada di panggilan Skype, anda boleh menghantar fail anda kepada pelajar anda. Ia sangatlah berguna apabila anda mahu berkongsi imej, dokumen dan video yang agak besar saiznya tanpa ada sebarang masalah.

 

Nak tengok hasil daripada pembelajaran kelas tuisyen secara talian? Haaa ni hasilnya ~ Inilah contoh kelas tuisyen secara talian daripada tutor kami iaitu Cikgu Zaiju dalam sesi kelas Sains UPSR yang menarik 😃

Promosi Ramadan Raya Home Tuition CMN Academy

[PERCUMA] PROMOSI RAMADAN RAYA HOME TUITION CMN ACADEMY! DAPATKAN BUKU ISTIMEWA PERCUMA DENGAN SETIAP PENDAFTARAN TUISYEN DI RUMAH!
.
.
Anak tengah exam pertengahan tahun?
Result sebelum ni macam tak berapa ok je…
.
Ada rasa macam ni?
.
“Risaunya nak tengok result exam mid year ni..”
.
Nak bantu anak mula kelas selepas raya?
Atau bermula Ramadan ini?
.
.
Jom kami bantu anak anda belajar lebih seronok, berfokus & meningkat dalam keputusannya.
.
.
Kami dah bantu ramai pelajar BELAJAR…
✔️ Secara berfokus, santai dan seronok di rumah
✔️ Subjek yang perlukan bantuan dalam masa dan hari pilihan
✔️ Dengan cara lebih menarik, sesuai dan efektif dengan diri pelajar
✔️ Berteraskan silibus semasa dan kbat
✔️ Seterusnya meningkat potensi dan result
.
.
Kami juga dah bantu ramai ibu bapa…
+ Monitor apa yang pelajar belajar & diajar
+ Tahu pencapaian pelajar dari masa ke masa
+ Jimat petrol, masa dan tenaga
.
.
Yang paling BEST…
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, kami nak bagi …
.
PERCUMA salah satu dari buku berikut :
.
Modul Funtastic Sains, Modul Funtastic Matematik atau Nota Journal ‘Yakin Sebelum Berjaya’
.
.
WOW!
.
.
TERHAD kepada 30 ORANG PERTAMA saja tau!
.
dan sehingga 14 Jun 2019 saja.
.
.
Nak dapatkan TAWARAN ISTIMEWA ini?
.
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
>> Whatsapp “RR” ke 01132742922 Sekarang! <<
.

Keberkatan dan Kepentingan Sedekah, Infaq dan Waqaf

Assalamualaikum.

Salam 10 Ramadan.

 

Anda tahu bagaimana Universiti Al-Azhar berfungsi?

Dari mana dana yang universiti ini dapat untuk pelajarnya melanjutkan pelajaran?

Apa kena mengena dengan tajuk kita kali ini?

 

Kali ini, kami ingin menyebarkan perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal berkaitan Keberkatan Sedekah, Infaq dan Waqaf.

 

Supaya perkongsian kami dapat menjentik hati kita untuk sama-sama berusaha bagi menambah sedekah, infaq dan waqaf terutamanya di bulan yang mulia ini.

 

Sempena dengan Ramadan 1440H, kami melancarkan satu Program Infak Ramadan di mana 100% dari wang yang diinfak akan digunakan bagi infak pendidikan untuk anak yatim dan asnaf yang memerlukan.

 

Online Tutoring & Study Online Is Easy

What is online tuition?

Online tuition is the process of a tutor teaching a student remotely using electronic, internet-ready devices in order to communicate and work collaboratively. Tutors will typically use internet based communication software such as Skype and collaborative workspaces such as Google documents. The communication software allows students and tutors to communicate in an audio-visual capacity whilst the collaborative workspaces allow the tutors to display information, track progress and assess the learning of the student.

What do I need for online tuition?

All a student needs is a computer with a webcam and our online learning platform software. With this, they can access one of our tutors from anywhere in the world with an internet connection.

Online tuition allows students who are too far away to benefit from the services of our tutors at the click of a button. This service is particularly useful for students who want access to some of the best tutors available, all of whom are qualified teachers. These include students around Malaysia and international.

Some of our online tuition are intensive holiday tuitions as part of an ongoing process or as a one-off.

How does online tuition work?

Initial placement from the enquiry stage to connecting you with a tutor is exactly the same as with home tuition.

Instead of a tutor coming to your house, tuition takes place using an interactive online ‘whiteboard’ in conjunction with live video and audio streaming. The online ‘whiteboard’ is a learning platform where files and images can be uploaded and viewed in real time by both tutor and student. Both parties can then write, type, highlight over the file or image at the same time. By running a software with the online whiteboard, the student can speak face-to-face with the tutor making the experience a very interactive one.

 

WISH YOUR CHILDREN LEARN ONLINE TUITION AT HOME?

We at CMN Academy are always working to provide the best for our clients.

We already launched the ‘CMN Tuisyen Online’ or Online Tuition. We want to offer FREE Free Online Tuition trial classes for parents and students in Malaysia who are interested.

 

EXAMPLE ONLINE TUITION.

[TUISYEN ONLINE] PELAJAR INDIA BELAJAR BAHASA ARAB?

ONLINE TUTORING SPM FUNTASTIC FIZIK BAB 2: DAYA & GERAKAN

TUISYEN ONLINE FUNTASTIC ADD MATHS (TOPIK FUNGSI VS POKEMON)

ONLINE TUTORING: SUBJEK FIZIK (TOPIK: DAYA) OLEH CIKGU REKY (MASTER TUTOR CMN)

BERKESANKAH MENGAJI SECARA ONLINE INI?

Adab Yang Seharusnya Ada Pada Setiap Pelajar.

Assalamualaikum wbt dan hai semua..

 

Pada hari ini, jika kita saksikan ramai orang berilmu tapi kurang hikmah dan adabnya. Elemen ini sangat penting kerana ini adalah antara faktor pembangunan dan kemajuan Islam tersebar sehingga memerintah 2/3 dunia suatu masa dahulu.

 

Dan jika kita perhatikan bahawa wahyu pertama Nabi Muhammad SAW adalah mengenai perintah iqra’ iaitu bacalah manakala wahyu pertama ke atas Nabi Musa AS ketika di Bukit Tursina ialah berkenaan tanggalkan selipar simbolik kepada ‘Adab’.

 

Apa yang saya mahu kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian pada kali ini ialah berkenaan intipati hikmah yang kita boleh dapat dari peristiwa pendidikan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Kahfi iaitulah “Pembelajaran Nabi Musa AS dari Nabi Khidir AS.”

 

Secara ringkas, ada 3 checkpoint ketikamana Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS iaitu Nabi Khidir telah membocorkan perahu untuk mengelakkan dirampas pemerintah yang zalim, membunuh anak muda dan membina rumah anak yatim di kawasan penduduk yang sombong.

 

Ini adalah perumpamaan kepada peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa AS sebelum itu. Beliau diselamatkan dari Firaun ketika kecil, pernah membunuh pegawai Qibti dan membantu 2 wanita Madyan mengambil air.

 

Dari sini Allah swt nak sampaikan bahawa selama hidup Nabi Musa AS dia lah (Allah swt) yang membantu baginda dalam menyampaikan dakwah dan Allah swt yang sama boleh memberi ilmu yang istimewa kepada Nabi Khidir AS.

 

Serta dikesempatan ini juga, saya nak sampaikan berkenaan adab-adab yang diterapkan oleh Nabi Musa AS sepanjang baginda menuntut ilmu dari Nabi Khidir AS. Pelbagai pengajaran yang kita boleh contohi dari peristiwa ini.

 

Perkara yang kita dapat belajar dari peristiwa ini ialah antaranya kena berguru (Nabi Khidir AS) walaupun kita seorang pendidik (Nabi Musa AS), kesungguhan Nabi Musa AS (perjalanan jauh), berpartner (pembantu Nabi Musa AS), majlis ilmu ialah tempat special (pertemuan 2 lautan), dan dilupakan syaitan bila buat kebaikan (ikan hilang).

 

Apakah yang dimaksudkan dengan ikan? Ikan diumpamakan sebagai reward kebaikan yang kita lakukan. Akan tetapi ganjaran itu akan menghilang atas sebab dilupakan syaitan. Maka, syaitan akan sentiasa kita menggoda kita untuk tidak melakukan kebaikan termasuk menuntut ilmu.

 

Kita juga dapat belajar Nabi Musa & pembantunya yang patah-balik selepas sedar kehilangan ikan. Maka, pengajarannya bila kita sudah mula sedar yang kita sudah tidak ‘on track’ menuntut ilmu. Kembali lah ke niat asal kita supaya mudah-mudahan Allah swt akan membimbing kita ke jalan yang benar.

 

Selain itu juga, kita dapat belajar berkenaan berlapar dalam menuntut ilmu (Nabi Musa AS lapar) kerana perut yang kenyang boleh menyebabkan kita malas, jangan pernah merasa cukup ilmu kerana mencari ilmu itu menghilangkan kejahilan (Nabi Musa AS berdepan dengan Bani Israel).

 

Dan juga, poin yang paling penting untuk peristiwa ini ialah “sabar”. Banyak dikalangan kita yang salah anggap dengan ucapan Nabi Khidir AS yang menyuruh Nabi Musa AS jangan bertanya dan mengatakan Nabi Musa tidak akan sabar ketika baginda bersama beliau.

 

Bukan lah yang dimaksudkan di sini untuk Nabi Musa AS tidak boleh bertanya tetapi hikmah dari Nabi Khidir AS ialah supaya anak muridnya itu berfikir dan pembelajaran dari situ supaya muhasabah diri serta memahami bahawa Allah swt yang mengatur segala kehidupan baginda.

 

Di samping itu, pembelajaran dari sini ialah keperluan bertanya “Mengapa”. Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS ini kita boleh belajar dari 2 watak, yang pertama Nabi Khidir AS sebagai guru manakala Nabi Musa AS sebagai pelajar.

 

Untuk menjadi guru, kita perlu bijak memahami kemampuan para pelajar kita. Nabi Khidir AS menekankan metod berfikir dan muhasabah diri dalam pengajaran beliau dan Nabi Musa AS menggunakan metod bertanya “Mengapa” untuk sesi pembelajaran tersebut.

 

Justeru, jangan dibunuh potensi para pelajar kita yang suka bertanya dengan memberi contoh peristiwa ini. Sebaliknya bertanya ini adalah metod pembelajaran para rasul. Dan bersabar lah menjadi seorang pelajar kerana hikmah disebalik kepayahan menuntut ilmu itu pasti akan kecapi kelak.

 

Banyak sekali pengajaran dalam menuntut ilmu yang kita dapat pelajari dari peristiwa Nabi Musa AS belajar dari Nabi Khidir AS. Biarpun Al-Quran tidak menyebut Khidir dalam kisah ini, tapi saya menyebutkan nama beliau untuk para pembaca lebih mudah faham mesej yang saya nak sampaikan.

 

Dan akhir sekali, sentiasa melazimkan diri di dalam jamaah. Dalam surah Al-Kahfi, ada peristiwa Ashabul Kahfi yang Allah swt selamatkan keimanan mereka. 2 orang Nabi Musa AS dan pembantunya pun masih tidak dapat selamat dari dilupakan syaitan.

 

Sebagai kesimpulan, jadikan kisah Al-Quran yang difirmankan untuk panduan seharian kita. Kita tidak tahu teori-teori Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang kita belajar selama ini berkesan atau tidak. Maka, kembali lah ke Al-Quran kerana ia metod terbaik sepanjang zaman.

 

Penutup dari perkongsian saya ini ialah jadikan pengembaraan menuntut ilmu itu sebagai perjalanan kita mencari petunjuk dalam kehidupan. Ilmu ini tidak terhad pada ilmu agama sahaja, tetapi cari lah ilmu yang boleh menjadi bekalan kita supaya dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

 

Key point untuk perkongsian saya pada kali ini ialah “ADAB”.  Dengan Adab kita boleh membina peradaban, dengan Adab boleh mendatangkan keberkatan dalam hidup, dan dengan Adab juga boleh melorongkan kita berguru dengan orang betul agar mendapat ilmu yang betul, In sya allah..

 

Semoga kita dipertemukan lagi dengan perkongsian yang lain bertunjangkan dari Al-Quran. Banyak ilmu seperti Bani Israel tidak memadai jika tanpa Adab, tetapi berAdab lah dahulu supaya Allah swt membimbing kita ke jalan yang benar menuju Syurganya ..

 

Sekian, terima kasih untuk perhatian.. Semoga kita berjumpa lagi !!!

 

 

Sheikh Sulaiman Bin Sheik Harun

Founder Modul “Mudahnya Faham Al-Quran”

Pengurus CMN Academy HomeTuition Ampang

 

[Tuisyen Online] Pelajar India Belajar Bahasa Arab?

Pelajar India belajar Tuisyen Bahasa Arab Secara Online?

Seorang pelajar india yang berusia 8 tahun yang tinggal di Pualau Pinang,  mempelajari Bahasa Arab? kerana di sekolah dia megambil ujian Bahasa Arab, Kenapa?

ibunya berkata bahawa anaknya minat dengan bahasa arab, dan ibunya tidak kisah sekiranya anaknya ingin mengambil subjek Bahasa Arab. Semasa di sekolah dia berkata agak susah untuk memahami Bahasa Arab tersebut kerana pelajar lain telah belajar basic Bahasa Arab semasa tahun 1.

Ibunya berkata ingin mengambil tuition, tetapi agak susah untuk mencari pusat tuition yang mengajar Bahasa Arab. Selain itu, ibunya ingin tuition di rumah dan kami mempunyai tutor yang berpengalaman di Selangor yang sangup untuk mengajar online untuk anaknya

Di sebab kan itulah dia mengambil online tuition untuk belajar basic Bahasa Arab bersama tutor yang berpegalaman dengan Bahasa Arab. Untuk kelas yang pertama tutor tersebut mengajar ayat ayat ringkas kepadanya kerana untuk lebih mudah faham.

Selepas beberapa kelas pelajar tersebut dapat bercakap Bahasa Arab sedikit demi sedikit dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran.

Dengan kelas tuition online pelajar itu dapat belajar dengan tutor yang berpegalaman walau di mana pun mereka berada 🙂

 

Di sini kami menunjukan pembelajaran online tuisyen bersama dengan tutor Bahasa Arab :-

Untuk info lanjut boleh Whatsapp 011-32742922 atau terus layari https://cmnacademy.com/inginkan-tip-p…

Facebook: https://www.facebook.com/cmnacademyho…

Intagram: https://www.instagram.com/cmnacademy/

[Online Tuition] Bakteria Pun Boleh Beri Manfaat Pada Manusia?

“BAKTERIA PUN BOLEH BERI MANFAAT KEPADA MANUSIA?”

Jom belajar Online Tuition Sains UPSR bersama dengan Dr Siti Fadilah Juhan (Tutor CMN Academy), secara santai beliau akan berkongsi tentang topik Microorganism yang ‘kebiasaannya’ keluar dalam ujian.

Live kali ini Cikgu Dila akan tunjukkan demonstrasi experimen yang berkaitan dengan tajuk dimana Cikgu Dila kongsikan juga bestnya belajar sains secara ‘fun learning’.

 


Nak dapatkan PERCUMA topik yang ada dalam Modul Funtastic Sains untuk anak anda??

Klik link ini & ikuti langkah seterusnya: Modul Sains STEM

Nak jadi tutor CMN?

Klik: Tutor Profesional untuk pendaftaran!

 

#funlearning
#STEM
#TopikTahun6Sains
#tutorprofesionalMalaysia
#FuntasticSAINS