Add Math Ini Memang Susah Ke? Ada Cara Untuk Cemerlang..

ONLINE TUTORING FUNTASTIC ADD MATH (Matematik Tambahan) Bersama Cikgu Rekykurnia Dasril (Master Tutor CMN Academy)

 

Kelas 1: Pengenalan & Tips-tips untuk cemerlang Add Math

Sesi Pengenalan:

  1. Halatuju sesi Online Tutoring Add Math
  2. Skill Belajar Add Maths
  3. Bagaimana nak ‘tackle’ soalan Add Maths
  4. Tips Menjawab Exam Add Math SPM

 

HALATUJU SESI ONLINE TUTORING FUNTASTIC ADD MATHS SPM

  • Persediaan para pelajar terutamanya Calon SPM
  • Berkongsi Teknik dan Kaedah Pembelajaran Add Maths yang betul dan mudah
  • Membantu hilangkan kegusaran dan kekusutan berkaitan subjek ini
  • Untuk mengisi masa lapang dengan perkara manfaat

 

SKILL BELAJAR ADD MATHS

  1. Matematik adalah skill yang boleh dipelajari
  2. Kuasai skill yang basic (Ungkapan & Persamaan Algebra, Cara Guna Rumus, Penggunaan Kalkulator)
  3. Fahami konsep dan APLIKASI bagi topik
  4. Biasakan dengan soalan yang berkaitan topik
  5. Enjoy belajar dan jangan tension 😉
  6. Usaha lebih untuk dapat lebih 🙂

 

SENARAI TOPIK ADD MATHS

Tingkatan 4 :
1. Fungsi/Function
2. Persamaan Kuadratik/Quadratic Equations
3. Fungsi Kuadratik/Quadratic Functions
4. Persamaan Serentak/Simultaneous Equations
5. Indeks dan Logaritma/Indices and Logarithms
6. Koordinat Geometri/Coordinate Geometry
7. Statistik/Statistics
8. Sukatan Membulat/Circular Measure
9. Pembezaan/Differentiation
10. Penyelesaian Segi Tiga/Solutions of Triangles
11. Nombor Indeks/Index Numbers
Tingkatan 5 :
1. Janjang/Progressions
2. Hukum Linear/Linear Law
3. Pengamiran/Intergration
4. Vektor/Vectors
5. Fungsi Trigonometri/Trigonometric Functions
6. Pilihatur dan Gabungan/Permutations and Combinations
7. Kebarangkalian/Probability
8. Taburan Kebarangkalian/Probability Distributions
9. Gerakan pada Garis Lurus/Motion along Straight Lines
10. Pengaturcaraan Linear/Linear Programming

TOPIK-TOPIK MENCABAR

  • Geometri Koordinat
  • Pilihatur dan Gabungan
  • Kebarangkalian
  • Taburan Kebarangkalian
  • Pengaturcaraan Linear
  • Gerakan pada Garis Lurus
  • Fungsi Trigonometri
1. TACKLE TOPIK-TOPIK YANG PENTING:
  • Fungsi
  • Persamaan Kuadratik
  • Fungsi Kuadratik
  • Persamaan Serentak
  • Indeks & Logarithm
  • Statistik
  • Sukatan Membulat
  • Janjang
  • Hukum Linear
  • Vektor
  • Penyelsaian Segitiga
  • Nombor Indeks
  • Pembezaan
  • Pengamiran

 

2. BIASAKAN DENGAN FORMAT KERTAS SOALAN

Kertas 1:

  • 25 soalan, Jawab semua
  • 2,3,4 markah
  • Pengetahuan (60-80%)
  • Kemahiran mengaplikasi (20-40%)

Kertas 2:

  • Bahagian A: 6 soalan. Jawab semua
  • Bahagian B: 5 soalan. Jawab 4 (10 markah setiap soalan)
  • Bahagian C: 4 soalan. Jawab 2 (10 markah setiap soalan)
  • Kemahiran mengaplikasi (60%)
  • Menyelesaikan maslaah (40%)

 

3. Baca soalan dengan tertib. Bulatkan Keyword dalam soalan

4. Kenalpasti soalan berkaitan topik apa

5. Tinggalkan soalan yang ‘stuck’

6. Gunakan strategi yang sesuai untuk uruskan masa

7. Pastikan semak sebelum hantar

 

Ketahui Pecahan Markah Bagi Jawapan:

Kertas 1:

 

  • Markah penuh bagi jawpan yang betul
  • Ikut kehendak soalan dengan tepat
  • Jangan jawab melebihi dari kehendak soalan
  • Jalan kira hanya membantu mencari jawapan, tak membantu mendapat markah

Contoh: seperti dalam video di bawah

 

Kertas 2:

  • Markah penuh bagi jawapan dan jalan kira yang betul
  • Pastikan anda tidak skip langkah-langkah pengiraan yang penting
  • Tulis jalan kerja dengan teratur
  • Jika ada lebih daripada satu jawapan/pengiraan, markah diberi pada yang betul
  • Lukis/lakar graf dengan elok (berlabel, setiap titik ditanda dengan jelas, garisan tak putus-putus)

Contoh: seperti dalam video

THE DO’S IN ADD MATHS
  • Pastikan jalan kerja terperinci untuk Kertas 2
  • Tulis/lukis/lakar dengan kemas dan tertib
  • Labelkan nombor soalan pada kertas jawapan
  • Buat lakaran gambar rajah jika membantu
  • Tulis semula formula yang digunakan
  • Bundarkan jawapan kepada 4 angka bererti dan sekurang-kurangnya 2 tempat perpuluhan
  • Tulis jawapan dalam bentuk teringkas
THE DON’TS IN ADD MATHS
  • Ambil masa yang lama buat jalan kerja dalam Kertas 1
  • Tulisan comot, tak teratur, garisan tak lurus, garisan graf putus-putus
  • Tak mematuhi kehendak soalan
  • Abaikan nombor soalan pada jawapan
  • Jawab semua soalan pilihan, tapi tiada masa menyemak
  • Terlalu berjimat menggunakan kertas
  • Tidak gunakan kalkulator dengan efektif

Tonton Video Online Tutoring Add Maths SPM ini untuk faham dengan lebih lanjut…

 

 

MODUL FUNTASTIC ADD MATHS (Games Style)

Spread the love
  • 103
    Shares