Bagaimana Nak Bagi Pelajar Mudah Faham Konsep Dalam Add Maths?

AddMaths In Action

 

“Raj, tak yah ler buat semua action tu, bukannyer keluor dalam exam pon”

eh eh kome, Yer teman meme sedor pun takkan ditanya aktiviti tu dalam ujian. Teman paham sungguh.

Tetapi bebudak kita ni, sian kat deme, diasak, digasak dengan bertubi tubi dengan latih tubi.

Jadi teman pun ambik le kesempatan untuk menunjukkan kisah disebalik latih tubi itu yang memang deme tak pernah didedahkan langsung. Jadi pelengkap kepada apa yang dibuat oleh Guru. Kita support guru ngan dedahkan aktiviti gini pada pelajar.

Apa tujuan nyer?

Tujuan utama, nak dedahkan kepada pelajar, selama ini, apa jua yang deme kira, macam maner rhoper nyer bila diaplikasi menggunakan barangan yang mudah didapati daripada sekeliling.

Contoh nyer, Pengamiran.

Pernah dok terpikir, bagaimana pengamiran boleh digunakan untuk mencari isiupadu cawan?

Apa nilai bacaan yang diperlukan?

Bagaimana nak sukat? nilai tersebut?

Mengapa perlu disukat bacaan tersebut?

Bila bacaan tu tak diperolehi, apa yang akan berlaku?

Takde alternatif lain ke?

Semua persoalan ini, kome takkan jumpa bila buat latih tubi, percayalah! Dan proses proses ini banyak yang teman pelajari daripada Dr Ihsan Ismail semasa menghadiri bengkel IBME di CMN Academy tahun lepas.

Sebelum itu memang ada teman buat aktiviti begini, tetapi di IBME, baru nampak lebih jelas kepentingan untuk teman buat aktivti secara lebih sistematik.

Stem

Aktiviti ni bukan untuk suka semata mata.

Dan aktiviti ini sebenarnya memang dapat memberikan Aha Moment kepada peserta.

Yang kalau dulu nyer benci, sekarang ni bertambah ler kasih sayang nyer, sebab ianya memberikan makna yang lebih realistik terhadap kiraaan yang dibuat sebelum ini.

Nampak lebih jelas kegunaan nya, aplikasinya dan mengapa dibuat begitu dan begini sesuatu kiraan tersebut.

Balik kepada aktiviti tersebut, masa kira gunakan aedah Pengamiran, isipadu yang diperolehi adalah 167 cm^3.

Tetapi bila dituang air, dan disukat bacaan isipadu air, jawapannya 174 cm^3. Kenapa? Naper tak sama ngan bacaan yang dikira? Ada sebab nyer yang teman udah pon ceritakan kepada pelajar.

Dan teman sebelum ini membenarkan plus minus 10^cm3 untuk ralat berlaku.

Dan selepas itu beralih ke aktiviti menentukan persamaan lengkung rantai yang digantung.

Rantai tu teman guna handbeg wife ( pinjam )….dan apa yang menarik adalah untuk mencari persamaan lengkung itu. dan persamaan yang diperolehi itu, boleh disemak melalui DESMOS.

So itu lah kelainan yang ingin bawa didalam dunia AddMaths ini bersama sama dengan pelajar?

Dan apakah pula maklumbalas pelajar/guru yang mengikuti sesi BEST ini?

Seminar BEST SPM CMN Academy

#Tutor_Raj

ps: Terima Kasih kepada Team disebalik tabir yang melancarkan proses Bengkel Online ini.

CEO Mohd Noor Tahir yang agak peka dan teliti dengan flow majlis.

Coach Mohamad Isa Bin Idris sebagai pengerusi Majlis yang menceriakan peserta dengan aktiviti energisernye dan tak dilupakan juga kepada Coach Amir Syazwan Manaf yang mengendalikan isu isu teknikal berbangkit sepanjang program berlangsung.

 

Dan kepada semua warga CMN serta Team Funtastic Online (FOT) kita, terima kasih kerana memberikan support untuk menjayakan Seminar BEST ini.

Tq semua.

Sir Rajinder

Speaker Funtastic Add Maths

Eksklusif ‘Online Group Tuition Funtastic’ Serendah RM10!

Nak join Exclusive Online Group Tuition?

 

Nak tahu pakej apa yang ada?

Betul ke ada serendah RM10?

Betul tuan/puan :)

 

Apa Kelebihan Online Group Tuition ni:

SELAMAT, MUDAH & SERONOK!

+ Anda tak boleh keluar rumah? Jangan bimbang… Boleh tuisyen dari rumah saja!

+ Tak ada komputer di rumah? Tak mengapa… Anda boleh tuisyen menggunakan smartphone, tab atau laptop saja!

+ Bosan belajar sorang kat rumah? Nak tahu cara mudah selesaikan soalan2? Ni kami sediakan solusi untuk anda… Online Tuition yang ada Smart & Fun Learning

 

 

Klik pada subjek untuk lihat pakej & mendaftar :

 

Add Maths / Matematik Tambahan 

 

Matematik SPM

 

Biologi SPM

 

Fizik SPM

 

Kimia SPM

 

Arab SPM

 

Prinsip Akaun SPM

 

Matematik PT3

 

Sains PT3

 

Bahasa Melayu PT3

 

 

Sains UPSR

 

Matematik UPSR

 

Arab UPKK/PSRA

 

Mengaji Al-Quran

 

Tajwid Infografik

 

Perlukan bantuan / ada sebarang pertanyaan?

 

Anak Saya Tak Minat Matematik. Apa Boleh Saya Buat?

Anak-anak anda tak minat matematik?

Tak faham konsep dan asas matematik?

Malas nak buat homework matematik?

Tak pernah lulus subjek matematik?

Zero knowledge subjek matematik?

 

Jika semua persoalan ini ada pada anak anda, InshaAllah kami ada penyelesaiannya.

 

Tinggal beberapa hari lagi cuti persekolahan akan bermula.

Pendaftaran masih dibuka. Tempat adalah terhad.

Minta share info ni kepada rakan-rakan dan saudara mara yang memerlukan ye. 😊

Funtastic KBAT STEM , Math & Add Maths

Anda seorang PENDIDIK?
Mengajar subjek Matematik atau Add Maths?
Pelajar nampak BOSAN atau lambat tangkap bila anda mengajar?
Tak tahu bagaimana nak mengajar dengan lebih MENARIK?
Nak kembangkan lagi cara pengajaran supaya pelajar ‘SAYANG’ anda?
Kami membawakan khas kepada anda…
Buat julung kalinya…
Workshop 100% Hands on Activities
FUNTASTIC KBAT STEM
MATHS & ADD MATHS EDITION
+ TEKNIK PENGAJARAN & APLIKASI Maths & Add Maths yang menarik
+ Pelbagai EKSPLORASI & AKTIVITI MENARIK akan dikongsikan dan dibuat bersama
+ Anda akan rasa mengajar Maths & Add Maths ni BEST & tak lah susah sangat

KAMI BAWAKAN SPEAKER YANG MERUPAKAN EX-ENGINEER SERTA AMAT BERPENGALAMAN DALAM PEMBELAJARAN ADD MATHS SECARA HANDS ON & SERONOK UNTUK BERKONGSI DENGAN ANDA!

 

SIR RAJINDER SINGH

 

PENCERAMAH PEMBELAJARAN ADD MATHS BERPENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN,

PENGASAS RS HOME EDUCARE DAN TUTOR BERPENGALAMAN LEBIH 26 TAHUN

PENGALAMAN MENGADAKAN BENGKEL & SEMINAR:

– Sri Dasmesh International School
– International Holistic School (IHS)
– Institut Quran Kuala Lumpur
– PPD Rompin
– PPD Kuala Selangor
– ACS Ipoh
– St John KL
– SMK Seri Bintang Utara KL
– SM Sains Banting
– SM Clifford Kuala Lipis Pahang
– SMK Bukit Jelutong

RAJINDER SINGH ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI TUTOR RAJ MERUPAKAN SEORANG BEKAS JURUTERA KIMIA YANG BERDAFTAR DENGAN BOARD OF ENGINEER MALAYSIA (BEM). BELIAU JUGA MERUPAKAN AHLI NATIONAL COUNCIL OF TEACHERS OF MATHEMATICS USA (NCTM).

Image may contain: 24 people, people smiling, people standing

Berpengalaman di dalam bidang Proses Kejuruteraan, ianya memberikan kelebihan kepada beliau apabila mengendalikan seminar atau kelas yang menekankan aktiviti hands-on yang menarik serta memukau pesertanya.
Pendekatan pedogogi yang menarik di dalam kelasnya, telah menarik minat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjemput beliau sebagai ‘Pakar Pembangunan Model’ di dalam Bengkel Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM).
Seminar beliau, Process Skills in Problem Solving sentiasa mendapat maklumbalas yang mengujakan daripada peserta dengan memberikan anjakan paradigma terhadap keindahan sesuatu masalah yang diutarakan. Malahan maklumbalas yang sama juga diterima oleh daripada guru-guru yang menghadiri sesi Seminar Penyelesaian Masalah di PPD Rompin baru baru ini.
Selain daripada bergiat cergas didalam bidang pendidikan, beliau juga bergiat aktif bersama RS Universal Training dalam mengendalikan Team Building, Adventure Camp serta Leadership Camp untuk golongan pelajar bagi pihak Persatuan Belia Sikh Malaysia (SNSM).
Beliau juga telah dijemput untuk menjalankan Bengkel bersama Guru-guru Sains & Matematik di bawah PPD Rompin & PPD Kuala Selangor dalam Bengkel Funtastic KBAT STEM bersama Team CMN Academy

SIAPAKAH CMN ACADEMY?

 

CMN Academy berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition & Online Tuition dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.
Image may contain: 6 people, people smiling, glasses
Kami telah membantu lebih 1120 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia dalam pembelajaran secara berfokus dan menyeronokkan menerusi pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini serta lebih 1000 database Tutor di bawah kami.
Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting and indoor
CMN Academy telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.
Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel.
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and indoor
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting
Kami telah dijemput untuk berkongsi bersama Pelajar dan Guru-guru berkaitan Pembelajaran Sains, Matematik dan STEM.
Info Funtastic KBAT STEM Maths & Add Maths Edition
Tarikh : 24 Disember 2019
Masa : 8.30am – 5.30pm
Tempat : CMN Academy, Bangi Gateway

Soalan Klon Percubaan Add Maths SPM MRSM 2019

Apa yang anda lihat ini, adalah soalan MRSM berkaitan dengan Soalan Pengamiran. Soalan yang mirip dengan soalan-soalan MRSM yang pernah diberikan.

Soalan Klon Percubaan MRSM 2019, Kertas 1, Soalan 10.
Soalan Pengamiran.

Semoga Slide Slide yang disediakan ini dapat membantu Para Pelajar menjawab soalan yang disediakan pada Slide yang terakhir.

Anda boleh Share kan kepada rakan sahabat yang akan menduduki SPM supaya sama-sama kita dapat berjaya dalam peperikaan SPM yang akan datang.

 

 

Page 1

 

Page 2

 

Page 3

 

Page 4

 

Page 5

 

Page 6

 

Page 7

 

Page 8

 

Page 9

 

Page 10

 

Page 11

 

Page 12

 

Page 13

 

Page 14

 

Page 15

 

Page 16

 

Page 17

 

Page 18

 

Page 19

 

Page 20

 

Page 21

 

Page 22

 

Page 23

 

Page 24

 

Untuk Info lanjut boleh layari Funtastic Add Maths

 

 

Akhirnya Add Maths Tidak Lagi Susah dan Membosankan!

VIDEO BENGKEL ADD MATHS SPM 2019/2020 YANG BAKAL MENGUBAH PERSEPSI BAHAWA ADD MATHS ITU SUSAH 😃

 

Menjawab soalan Dan Pendedahan Praktikal terhadap soalan yang diajukan.

Teori dan Praktikal, apa bezanya?

Perlu ke didedahkan dengan Aktiviti Praktikal?

Buat Praktikal ni tak Buang masa ke?

Sebenarnya, sesi Pembelajaran dan Pengajaran Addmaths ini, kalau dapat diselitkan aktiviti ringkas, dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu konsep secara holistik.

Kenapa di Kira begitu?

Bagaimana nak dapatkan bacaan itu?

Apa yang boleh dibuat dengan bacaan itu?

Mengapa perlu dibuat kiraan begitu?

Kalau dikira begini boleh ke?

Disinilah pendedahan kepada Solving Problem Dan Problem Solving Skills dapat dilihat, dinilai Dan dirasai sendiri oleh pelajar itu sendiri.

Itu lah keistimewaan bengkel FuntasticAddMaths ini.

Pelajar bukan sahaja akan didedahkan kepada soalan Mirip SPM, IGCSE, EDEXCEL, tetapi mereka juga akan didedahkan kepada nilai nilai Aplikasi melalui uji-kaji ringkas untuk memberikan pendedahan yang bukan nya menekankan kepada Tips, Teknik Menjawab semata mata.

Boleh ke cover semua topik?

Ohh sudah semestinya tidak. Tetapi topik Dan soalan yang dikupas sudah pasti akan memberikan “Added Advantage”

Apa yang peserta sebelum ini kongsikan?

“This was the best addmaths class that i have attended sir.. It really changed my way of looking Addmaths.. Today i get to know that addmaths isn’t that hard as we all think.. It is quite interesting.. I am really happy today.. Thank you so much sir 😊😊😊

-Jazz-

 

“Sir, the class is cool, never learn anything like it before, regarding to addmaths 

-Natasha-

 

“Sir Raj teach about applying addmath into our daily routine..as a tutor, i am glad that i can give some examples from our daily routine to my students..and hope this method will change mindset of student who find it hard to understand addmath into a funtastic learning lesson..keep it up Sir Raj!!!”
-Cikgu Akmal-

 

Anda Pelajar atau Pendidik?

Berminat untuk join Bengkel ini secara Online?

 

Boleh join secara Online juga 🖥📲💻

#Tutor_Raj
#FuntasticAddMaths
#CMNAcademy
#TutorProfesionalMalaysia

Info lanjut di Bengkel Funtastic Add Maths SPM 2019/2020

Kenapa Perlu Stress Belajar Add Maths Jika Ada Cara Mudah?

Apa kaitannya Topik Bearing (Matematik) dengan Topik Penyelesaian Segi Tiga (Matematik Tambahan)?

Bagaimanakah kedua dua topik ini boleh kita kaitkan?

Bagaimanakah kompas digunakan untuk menentukan bearing sesuatu kawasan?

Umumnya, ramai yang boleh mengira Dan mencari jawapan apabila sesuatu masalah itu diberikan.

Malangnya, jika diberikan kompas, beberapa titik secara rawak diatas Kertas, Dan bila ditanya apakah Bearing titik R dari S, ramai yang agak kekok bila melakukan aktiviti ini.

Disinilah kita boleh melihat perbezaan yang ketara antara
• Solving Problem Dan
• Problem Solving Skills.

Umumnya Pelajar yang ada kebolehan Problem Solving Skills, apabila diberikan bahan untuk melakukan hands on activities, mereka dengan mudah nya boleh Solve Problem yang diberikan.

Pendedahan Penggunaan Aplikasi terhadap sesuatu topik itu akan memberikan added advantage untuk mereka Menyelesaikan masalah yang ditanya didalam ujian.

Malahan, semasa sesi IBSE, inilah yang ditekankan oleh Dr Ihsan Ismail, penggunaan Model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate).

Dan penggunaan Model ini tidak terhad kepada Matematik dan Sains sahaja, ianya boleh digunapakai pada spectrum yang lebih luas didalam setiap Subjek. Cumanya perlu diolah, dan diubahsuai sedikit supaya memenuhi objektif sesuatu Matapelajaran, topik yang ingin disampaikan.

Model ini juga banyak diguna pakai oleh Guru Adiwira yang saya follow mereka (skodeng) secara rapat, Cikgu Yasmin H Amin Dan juga Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib. Banyak info, Serta input yang boleh kita dapati daripada sesi Pembelajaran Dan juga Pengajaran yang mereka laksanakan.

Matematik Tambahan

Jika jarak RS, RT dan ST diketahui, kirakan nilai sudut RST.

Bandingkan Sudut yang dikira itu dengan Sudut RST yang diukur dengan menggunakan protraktor. Adakah ianya sama?

Berapakah Luas Segitiga RST?

Apakah jarak yang terpendek dari titik R ke Garisan ST?

Apakah pula jarak yang terpendek dari titik S ke garisan TR ( Bukan Tanjung Rambutan tau 😉)

Apakah saiz Bulatan yang terbesar yang boleh dilukis didalam segitiga RST? (Ada kaitan nya dengan Optimization topik Pembezaan)

 

Bengkel Matematik Tambahan SPM

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika menggunakan kompas?

Bengkel Khas untuk mereka yang akan menduduki SPM 2019 dan SPM 2020!

Sesuai untuk Pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Maklumat Lanjut, sila layari laman berikut

 

Sir Rajinder Singh : Funtastic Add Maths

Siapa jejaka yang dikenali sebagai Sir Rajinder yang selalu buat LIVE dekat facebook page CMN Academy. Selalu jejaka ni buat LIVE pada hari Khamis pukul 11:00 pagi. Semua topik pengajarannya sangat menarik dan tertarik haaa..

 

Beliau diberi nama Rajinder Singh, juga dikenali sebagai Tutor Raj atau Sir Raj. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sir Raj telah melatih pelajar Sekolah Menengah selama 15 tahun yang lalu dan pada masa kini telah menjadi tutor sepenuh masa di kawasan Petaling Jaya untuk subjek,

  • Additional Mathematics
  • Chemistry
  • Mathematics
  • Physics

Tutor Raj menggunakan pendekatan Pembalajaran Secara ‘Hands-On‘, yang di mana dapat membantu pelajar untuk lebih nampak dan faham bagaimana sesuatu proses itu berlaku ‘step by step‘, dan dapat kaitkan dengan ‘real life‘ – apa yang berlaku/ada di sekeliling dengan menggunakan bahan mudah yang ada di sekeliling kita.

 

Misi

Misi beliau sebagai tutor sepenuh masa adalah beliau komited untuk menjadikan pelajarnya berjaya. Sebagai pelajar beliau, bukan sahaja mereka mendapat pemahaman yang baik menganai sukatan sekolah atau perkara yang diajar, mereka akan mencapai prestasi yang sama dalam kemahiran berfikiran sisi, kreatif, dan kritis. Keupayaan untuk berfikir ‘out-of-the-box‘ adalah penting untuk kejayaan berterusan pelajar.

Itu adalah sedikit sebanyak informasi berkenaan dengan Tutor Raj. Beliau sering mengkongsikan ilmu Add Maths beliau di sesi LIVE setiap hari Khamis pada jam 11:00 pagi. Bagi yang terlepas sesi LIVE beliau, anda boleh saksikan siaran ulangan di laman Facebook kami di CMN Academy dan di page Youtube kami.

Facebook :  https://www.facebook.com/cmnacademyhometuitionmentoring/

Youtube :  https://www.youtube.com/channel/UCw_opwBM2PCm1WHvkaALh5g

 

 

Berikut adalah testimoni pelajar Tutor Raj

 

       

 

 

 

Sir Rajinder Singh akan mengadakan ‘Funtastic Add Maths Bengkel Belajar Add Maths Lebih Mudah Menarik Dan Berkesan’ yang akan berlangsung pada,

 

Tarikh : 21 September 2019

Masa : 8 pagi – 6 petang

Tempat : Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Bangi.

 

 

Apa yang anak anda akan dapat?

+ TEKNIK PEMBELAJARAN & APLIKASI Add Maths yang menarik

+ Pelbagai EKSPLORASI & AKTIVITI MENARIK akan dikongsikan dan dibuat bersama

+ Anak akan lihat Add Maths ini SUBJEK YANG BEST & tak lah susah sangat

 

TERDAPAT PROMOSI EARLYBIRD DISKAUN SEHINGGA 50% !!

DAFTAR SEKARANG !

 

Untuk pendaftaran dan matlumat lebih lanjut:

https://cmnacademy.com/funtastic-add-maths

 

Jadi…

Masih nak tangguhkan kejayaan anak anda?

Jom sama2 bantu anak seronok belajar & berjaya dalam Add Maths!

 

 

 

 

 

 

Linear Law Funtastic Add Maths

Siapa yang tak kenal dengan subjek Add Math ni dekat sekolah? Subjek di digelarkan sebagai Subjek Killer oleh pelajar-pelajar. Bila dengar je Add Math mesti meremang bulu roma, Hamboi…

 

Sudah-sudah la adik-adik asyik cakap Add Math tu susah. Sebab Add Math ni senang je kalau kita belajar dengan Sir Rajinder hehehehe… Kenapa? Tak Percaya?

 

Jom cuba dengar dan belajar dari perkongsian Subjek MATEMATIK TAMBAHAN bersama Sir Rajinder, kali ni kita belajar Linear Law pulak.

Bagi adik-adik yang ingin improve result Add Maths untuk lebih faham tajuk tersebut, Maka adik-adik berada di tempat yang betul Alhamdulillah…

 

Perasan tak, kaedah apa yang Sir RAJINder guna semasa proses pembelajaran yang anda sebagai pelajar boleh terapkan dalam proses pembelajaran di rumah atau di sekolah?

Ya, Sir Rajinder menggunaan pendekatan PEMBELAJARAN SECARA ‘HANDS-ON’, yang mana amat membantu pelajar LEBIH NAMPAK dan MUDAH FAHAM bagaimana sesuatu proses itu berlaku ‘step by step’, dan dapat kaitkan dengan ‘real life’ – apa yang berlaku/ada di sekeliling dengan menggunakan bahan mudah yang ada di sekeliling kita.

 

Haa selalu adik-adik tanya apa kaitan belajar Add Math ni dalam hidup? Sebab tu la Sir Rajinder cuba bantu adik-adik untuk lebih faham dengan mengaitkan topik Linear Law ni dengan ‘real life‘.

Jadi hari ini kami bawakan semula Sir Rajinder untuk berkongsi berkenaan Topik Persamaan Serentak. Bagaimana nak BELAJAR ‘LINEAR LAW’ DENGAN LEBIH MENARIK DAN MUDAH DIFAHAMI? Jom saksikan sharing video kami.

 

Jangan lupa Like, Follow & set See First Fb Page CMN Academy untuk ikuti perkongsian dari Sir Rajinder dan beberapa tutor lain setiap minggu & dapatkan pelbagai perkongsian ilmu setiap hari.

 

Yang topik lain adik-adik boleh buka link di bawah dan buka video untuk lebih banyak video sharing dari Sir Rajinder.

Cikgu-cikgu yang lain pun ada seperti Cikgu Zaiju (Sains), dan Cikgu Ashraff (Prinsip Perakaunan).

CMN Academy Facebook Page: https://www.facebook.com/cmnacademyhometuitionmentoring/

 

Matematik Tambahan : Formula Cepat Faham Punca Persamaan Kuadratik

FB LIVE MATEMATIK TAMBAHAN: FORMULA CEPAT FAHAM PUNCA PERSAMAAN KUADRATIK

                                                            


Ada pelajar yang rasa ‘ngeri’ dengan subjek Matematik Tambahan.

Ada yang sampai tak lena tidur ‘dihantui’ formula-formula yang tak difahai dan sukar diingati.

Pelajar-pelajar yang ambil Matematik Tambahan mesti selalu dengar topik persamaan kuadratikkan?

Ini antara topik asas yang perlu dikuasai sebelum pelajar melangkah jauh sebabambah penguasaan permasalahan punca-punca ini ada di mana-mana bab. Jadi semua pelajar perlu benar-benar FAHAM dan menguasainya.
.
Walaupun mudah tapi kadang-kadang terkeliru….senang ke LAUT. Untuk setiap konsep PEMAHAMAN Matematik Tambahan terutamanya, perlu kita “KEYWORDKAN” atau pun “METAFORAKAN”….ada pelbagai cara tapi ini salah satunya
.
Pertimbangkan premis “Punca banjir adalah disebabkan oleh Alien MEMBUANG sampah dari Langit”…bukannya nak suruh fikir LOGIK ke tak, tapi CARA begini mudah untuk kita FAHAM dan INGAT
.
Untuk mengetahui bagaimana proses METAFORA ini membantu pelajar lebih memahami topik Persamaan Kuadratik jom ikuti bagaimana Coach Bahraen menerangkan Metafora Alien ini sampai habis supaya pelajar tidak lagi TERKELIRU dengan persoalan punca-punca PERSAMAAN KUADRATIK.

Semoga bermanfaat untuk anda.
Mohon anda SHARE banyak2 untuk sebarkan manfaat ini.

Yakin Sebelum Berjaya

#HomeTuitionMentoring
#MatematikTambahan
#Addmaths
#PersamaanKuadratik