Bina Keyakinan Diri Bermula dari Pakaian

Pakaian menjadi titik keyakinan dalam diri seseorang individu yang sering memperbaiki imej mereka. Seperti yang kita boleh lihat, apabila seseorang itu sudah berkahwin, mereka sudah tidak memikirkan tentang imej mereka lagi dan beranggap penampilan bukan keutamaan mereka. Justeru, pemakaianlah yang menjadi first impression diri mereka terhadap orang sekeliling dengan pembawakan visual. Penggayaan pakaian tidak memerlukan kos yang tinggi atau high maintenance  kerana brand tidak dapat menilai penampilan individu. Oleh itu, individu itu sendiri yang perlu bijak menggayakan pakaiannya. Setiap orang ada hak untuk bergaya dengan cita rasa masing-masing.

 

Tips Penggayaan Pakaian

  1. Pemilihan Warna

Kepentingan pemilihan warna pada pakaian seperti tudung akan menyebabkan keserian kulit wajah seseorang itu sama ada semakin gelap atau berseri. Kadang mereka berminat dengan warna tertentu tetapi ia tidak menjamin kesesuian pada diri mereka. Tidak semua warna sesuai dengan individu itu, jadi antara langkah yang perlu dibuat sebelum membuat keputusan adalah memilih sendiri, minta pertolongan dengan bertanyakan pendapat mereka dan cuba pada diri sendiri sama ada sesuai atau sebaliknya. Antara warna yang selamat untuk dipilih adalah warna tanah dan warna hitam. Bagi golongan yang berkulit cerah, mereka sesuai dengan warna gelap manakala golongan yang berkulit sedang-sedang, mereka sesuai mengenakan warna lembut.

Warna block juga menjadi salah satu pilihan beberapa individu yang yakin dan berani untuk dipakai kerana mereka bijak memadankan warna.  Menghadiri majlis juga perlu kepada pemilihan warna yang sesuai mengiut jenis majlis. Bagi baju yang bercorak, pemilihan warna tudung hendaklah berdasarkan warna yang paling sikit pada baju itu supaya tidak nampak berat dipandangan orang yang melihatnya.

  1. Corak & Bentuk Tubuh Badan

Corak pakaian juga memainkan peranan yang penting dalam menggayakan pakaian. Hal ini kerana setiap individu mempunyai warna kulit, bentuk badan dan ketinggian yang berbeza-beza. Bagi golongan yang memiliki bdan yang berisi, mereka dicadangkan untuk memilih corak-corak yang kecil seperti bunga, polka dot dan sebagainya. Perkara ini akan membuatkan mereka terlihat lebih kecil kerana orang disekeliling mereka tertumpu kepada corak yang kecil. Manakala golongan yang memiliki badan yang kurus perlu memilih corak pakaian yang besar agar mereka terlihat sedikit melebar. Contohnya, pakaian bercorak batik disarankan memilih corak bunga yang menjalar ke atas, pakaian bercorak jalur pula mengambil jalur secara menegak.

  1. Mix & Match (Padanan)

Padanan dalam pemakaian memerlukan kepada percubaan, yang mana membuat padanan secara bersebelahan contohnya memandankan tudungdan baju kemudian sarung pada diri. Bagi yang mengenakan baju yang tdaik bercorak, jadi tudung mestilah yang bercorak untuk menaikkan seri dan seimbangkan warna. Begitu juga sebaliknya, tidak sesuai bagi padanan baju dan tudung yang bercorak. Kadang ada orang yang yakin dengan padanan baju dan seluar yang berbeza tetapi disebabkan dia memiliki keyakinan yang tinggi, maka orang sekeliling dapat rasakan aura keyakinan individu itu.

Kesimpulannya, cara pemakaian bukan sahaja memberi impak kepada perhatian orang sekeliling malah ia memberi kesan kepada diri sendiri, cara berjalan, cara duduk, tubuh badan, komunikasi dan sebagainya

Kepentingan amalan gaya hidup sihat


Kepentingan amalan gaya hidup sihat

 Amalan gaya hidup sihat ialah aktiviti yang selalu dibuat untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.  Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pernah berkata bahawa rakyat Malaysia harus mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memperoleh kebaikan daripadanya. Sejarah membuktikan masyarakat zaman dahulu hidup dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding masyarakat zaman sekarang kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat. Masyarakat sekarang banyak mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan gaya hidup sihat?

Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin tubuh badan seseorang. Sebagai contohnya, aktiviti berjoging, bemain badminton dan berbasikal dapat mengekalkan kekuatan tubuh badan. Kesannya, seseorang itu dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana terhindar daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan yang tidak dijaga. Hal int persis peribahasa Melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kerana berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sempurna melalui amalan gaya hidup sihat. Sudah terang lagi bersuluh, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak. Di Malaysia pada masa kini terdapat pelbagai makanan yang kurang sihat seperti pengambilan makanan ringan yang berlebihan menyebabkan penyakit yang tidak diingini seperti diabetes, Malaysia juga merupakan salah Satu negara yang menpunyai bilangan pesakit diabetes yang tinggi. Justeru itu, pengamalan gaya hidup sihat amatlah digalakkan dan disarankan oleh kerajaan kepada rakyat di Malaysia.

Seterusnya, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baik jika seseorang mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, tubuh dalaman tidak dapat dilihat melalui mata kasar manusia. Pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau klinik kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali dapat memastikan tahap kesihatan organ seseorang seperti fungsi jantung paru-paru dan buah pinggang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat kerana seseorang dapat mengetahui tahap kesihatannya. Apabila organ dalaman dapat berfungsi dengan lebih baik, kehidupan seseorang akan lebih sihat dan produktif. Tegasnya, membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat memastikan anggota tubuh dalaman berfungsi dengan baik.

Di samping itu kepentigan amalan gaya hidup sihat ialah seseorang dapat memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini demikian kerana, badan seseorang memerluan khasiat yang cukup untuk menjalankan kehidupan sehariannya tanpa menghadapi masalah kesihatan. Misalnya seseorang mengambil makanan seimbang dalam kehidupan seharian seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas dapat membantu pekembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang mampu memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukup bagi setiap individu.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu memainkan peranan untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat. Masyarakat harus mengamalkan amalan ini dengan hati dan minda yung terbuka. Hal ini agar rakyat Malaysia dapat mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan mengelakkan masalah yang akan dihadapi jika tidak mengamalkan amalan ini seperti obesiti. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya