Belajar Tuisyen Online bukanlah suatu kebiasaan bagi Puan Melyssa. Puan Melyssa merupakan seorang Pegawai IT di sebuah Bank terkemuka di Malaysia.
Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2021 yang lalu, anaknya Iqbal tingkatan 4 terpaksa belajar di rumah (pdpr) ekoran penutupan Sekolah.
Belajar sendiri di rumah untuk subjek elektif seperti Prinsip Akaun bukanlah suatu yang mudah. Akibatnya, Iqbal banyak ketinggalan dan kurang pemahaman suatu subjek.
Mengenangkan keperluan anaknya, Puan Melyssa mengambil langkah bijak dengan mencari tuisyen secara online. Akhirnya, pencarian tersebut menemukannya dengan Funtastic Online Tuisyen CMN Academy.
Bermula ‘Journey’ bersama Funtastic
Iqbal mulai dengan menyertai kelas percubaan secara percuma bagi subjek Prinsip Akaun dan Sains.
Iqbal, Shamil dan Airell semasa belajar tuisyen online Prinsip Akaun
Pendekatan ‘fun learning’ dan kreatif membuatkan Iqbal terus mendaftar sebagai pelajar bersama keluarga Funtasticker.
Berpuas hati dengan cara pengajaran speaker Funtastic, Puan Melyssa telah mewar-warkan tuisyen ini kepada rakan – rakannya.
Ia membuatkan Shamil dan Airell yang merupakan rakan sekolahnya turut menyertai kelas Funtastic.
Apabila ditanya apa yang membuatkan beliau merekomen kepada ramai orang?
Puan Melyssa menjawab ‘Saya nampak peningkatan anak saya. Saya sangat berpuas hati. Benda bagus memang saya akan sebarkan!’
Cikgu Akin banyak memberikan tips-tips untuk peperiksaan. Teknik belajar Prinsip Akaun secara visual membuatkan mereka mudah faham konsep subjek tersebut. Selain itu, Cikgu Akin juga ada mengeluarkan modul digital 7 Checklist EZI Formula Akaun secara percuma.
Teacher Zy yang sentiasa menggunakan eksperimen, aktiviti dan ‘games’. Rata – rata pelajar pasti akan teruja setiap kali kelas Teacher Zy. Pelajar lebih mudah faham dan seronok belajar dengan pendekatan tersebut.
Selain belajar dalam kelas Funtastic Online Tuition, Speaker – speaker Funtastic turut melaksanakan Seminar Best SPM sebagai ‘added value’ buat pelajar – pelajar.
Belajar Tuisyen Online Kelas Sains bersama Teacher Zy
Dianugerahkan ‘Special Mention’
Pada hujung Tahun 2021, CMN Academy menganjurkan ‘Special Mention’ untuk menghargai pelajar – pelajar. Iqbal telah dianugerahkan ‘Best Manners Award’. Ini kerana sikapnya yang baik dan suka menolong cikgu dan rakan – rakan semasa kelas.
‘Special Mention’
Mana jatuhnya kuah jika bukan ke nasi. Puan Melyssa juga sudi menjadi tetamu jemputan berkongsi ilmu kepada warga Tutor Professional Malaysia dalam sesi TPM Talkshow.
Iqbal, Shamil dan Airell baru sahaja selesai menduduki SPM. Mereka rasa bersyukur kerana sepanjang 2 tahun, mereka sempat belajar topik Tingkatan 4 dan 5. Walaupun mereka ketinggalan di sekolah, tidak menghalang mereka untuk berusaha belajar. Dengan bimbingan Cikgu Akin dan Teacher Zy.
Kami mendoakan semoga Iqbal dan rakan – rakannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Insha Allah menurut Puan Melyssa, selepas Iqbal habis belajar, beliau mahu adik Iqbal pula menyertai keluarga CMN Academy.
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2022/02/online-class.jpg9961000cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2022-02-17 08:41:492023-08-09 08:58:48Belajar Tuisyen Online Dengan Seronok Bersama Speaker Funtastic
Haaaa kenapa markah awak ini rendah sangat Farhan? Kan mak dah hantar kamu pergi Tuisyen setiap hujung minggu? Kamu fokus ke tak ini ? Hujung tahun nak peperiksaan besar dah…. Begitulah kata-kata azimat yang keluar dari mulut seorang ibu terhadap anaknya yang acap kali pulang ke rumah dengan markah peperiksaan yang kurang memberangsangkan.
… Situasi sebegini yang boleh dikatakan hampir berlaku disetiap rumah. Haaaa, jangan risau tuan-tuan & puan-puan.
Kali ini, saya nak senaraikan beberapa manfaat yang akan diperoleh oleh anak anda dengan menghantar anak ke home tuisyen berbanding ke pusat tuisyen.
Personal Touch @ one to one …
Home tuisyen adalah sesi pembelajaran one to one sama ada tutor ke tempat anda atau anda ke rumah tutor di mana sesi pembelajaran berbanding dengan pusat tuisyen yang bilangan pelajarnya terdiri dalam bilangan kuantiti yang agak ramai malah ada yang sampai 30 orang pelajar pun ada. Ramai bukan ? Ibarat sekolah pula admin rasakan.
Apabila berlaku keadaan sebegini, amatlah sukar untuk seseorang pelajar untuk dapatkan personal touch dari seseorang tutor. Bahkan untuk bertanya satu soalan pun mungkin tak sempat disebabkan soalan yang bertubi-tubi dari pelajar-pelajar lain juga ingin bertanya soalan dan berkerumun dikeliling pinggang tutor tersebut.
Kesian kann ? Cuba tuan-tuan & puan-puan tanya kepada anak-anak anda, pernah tak mereka menghadapi situasi sebegini setiap kali hadir ke pusat tuisyen ? Rata-ratanya majoriti mesti anggukkan kepala dengan erti kata tanda setuju. Nampaknya, memang jauh meleset sekali untuk anak-anak anda dapatkan personal touch dari tutor ini.
Tumpuan 100%
Haaa apa yang admin cuba nak sampaikan disini adalah, seorang tutor dapat berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajar yang diajar. Maklumlah, hanya terdapat seorang pelajar sahaja di hadapan beliau. Syok bukan ? Tutor pun gembira, pelajar pun gembira apabila ada tumpuan yang sepenuhnya dari kedua-dua belah pihak.
Tamsilnya, pada suatu petang, seorang pelajar tunjukkan kertas peperiksaan yang dapat disekolah di pagi hari yang terdapat beberapa kesalahan pada kertas tersebut. Dengan adanya seorang tutor tersebut, setiap kesilapan itu boleh diperbaik pada masa itu juga bak kata orang putih on the spot.
Wah wahh wahhhh.
Tak perlulah lagi pelajar tersebut tunggu lama untuk perbetulkan kesilapan yang dilakukan pada kertas peperiksaan tersebut.
Pelajar akan bertambah lagi syok apabila, dapat berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada tutor dihadapannya dan boleh bertanyakan apa jua soalan pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki kepada tutornya berkaitan sesuatu topik yang kurang jelas atau masih blur, tanpa perlu bersaing dengan kawan-kawan yang lain seperti di pusat tuisyen.
Mesti anak-anak anda sentiasa ceria untuk menguasai sesuatu topik yang sukar dengan pantas.
Tahukah anda : Mendapat jawapan yakni penjelasan untuk soalan yang tidak difahami dengan kadar segera dari tutor adalah perkara yang paling menggembirakan bagi seorang pelajar.
Mood Relax
Walaupun topik/subjek yang dipelajari itu agak sukar sebagai contoh Biologi bagi admin. He…he…he… namun dengan adanya personal touch & tumpuan yang sepenuhnya dari seorang tutor mood pembelajaran akan menjadi lebih santai & relax yakni fokus sepenuhnya lebih-lebih lagi ruang pembelajaran yang lebih kondusif.
Masa ini, otak kita pun tak penat ketika menghadam sesuatu topik yang sukar berbanding di pusat tuisyen yang bilangan pelajarnya agak ramai, dengan suasan pembelajaran yang ‘hiruk-pikuk’ & tahap pemahaman pula yang berbeza-beza bagi setiap seorang pelajar. Sebagai seorang tutor, agak sukar untuk berikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbanding dengan home tuisyen.
Natijahnya, itulah antara manfaat-manfaat yang anak anda akan peroleh dari home tuisyen berbanding hadirkan diri ke pusat tuisyen. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak anda, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak-anak anda.
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2020/01/80116881_2645724958874980_518923489210531840_o.jpg9812048cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2020-01-21 13:43:182020-01-21 13:43:18Pusat Tuisyen Vs Home Tuition
Adik-adik ini adalah contoh teknik bagaimana untuk membuat karangan dengan baik
JOM KITA MULA…!
1. Merangka karangan
Adik-adik harus baca soalan/tajuk dengan jelas dan fahami setiap soalan/tajuk yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
Adik-adik tidak boleh menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang akan diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.
2. Menyusun rangka karangan
Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi adik-adik mencari isi.
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
Isi penting jangan diulang-ulang.
3. Menulis karangan
Semasa menulis karangan adik-adik mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
Perenggan Penutup
4. Menyemak karangan
Setelah habis menulis karangan adik-adik perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan adik-adik yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
Haruslah baca berulang kali untuk memastikan ketepatan karangan adik-adik.
5. Secara umum peruntukan masa untuk menulis karangan
Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ialah selama 30 minit . Seperti yang dinyatakan dibawah :
4 minit mencari isi
24 minit menulis karangan
2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Haa adik-adik dah tahu kan teknik untuk menulis karangan . Semoga teknik menulis karangan ini bermanfaat untuk adik-adik . JUMPA LAGI……
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.png00cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-12-10 08:36:432019-12-10 08:38:22Teknik Menulis Karangan Bahasa Melayu Gaya PRO
Selamat sejahtera tuan dan puan, hari ini menceritakan mengenai “RUANG” menggunakan tema birthday. Apakah itu?? Untuk pengetahuan anda semua kita akan membincangkan tentang 2D & 3D, adakah ia bermaksud 2 demensi atau 3 demensi? ia sebernya ada 2 ukuran untuk 2D iaitu panjang & lebar, untuk 3D pula mempunyai 3 ukuran iaitu panjang, lebar & tinggi.
Seterusnya, kita akan mempelajari tentang “LUAS” untuk setiap soalan 2D & 3D, contohnya untuk soalan 2D dia akan memberi soalan untuk kita mengira lebar dan panjang sahaja, manakala untuk 3D akan mengira tentang isu padu.
Terdapat banyak lagi contoh-contoh mengenai “RUANG”.
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 2D & 3D boleh tekan video di atas:-
Selamat sejahtera tuan dan puan, adakah matematik ini susah? panjang ke jalan pengiraan dia? takda teknik yang lebih mudah? kenapa guru semua gunakan konsep yang sama??
Matematik merupakan subjek kira kira yang bermaksud 1 soalan mempunyai 1000 jawapan, maksudnya apa? ia bermaksud untuk satu soalan matematik kita mempunyai 1000 cara untuk selesaikan dan akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Di sini kami ingin memberi tahu bahawa matematik adalah subjek yang mudah untuk mendapat A+ sekiranya pelajar sekolah tahu dan faham formula, cara mengira dan bentuk soalan tersebut.
Video di bawah menunjukan cara mengira dengan meggunakan konsep “Swip-Swap” apakah yang di maksudkan dengan konsep tersebut? ia ada di dalam Modul Funtastic? ia ada dan kami hanya menunjukan sedikit sahaja cara pembelajaran yang ada di dalam Modul Funtastic tersebut.
Untuk mengetahui cara pengiraan “Swip-Swap” sila tekan link dan lihat video di bawah :-
“Discount Is Fun!”
Teknik belajar Matematik cara mudah dan menyeronokkan dalam Topik: Peratus & Perpuluhan. Di dalam topic ini kami juga menerangkan mengenai 4C, apakah itu 4C??
Untuk pengetahuan tuan dan puan 4C bermaksud Communication, Collaboration, Critical & Creativity.
Dalam 4 ini mempunyai maksud yang berbeza dan mempunyai skill yang berbeza untuk mempelajari matematik untuk topik peratus & perpuluhan.
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai 4C boleh lihat video di bawah :-
Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai Modul Funtastic….
Modul Funtastic Sains & Matematik yang telah memenangi Anugerah Inovasi dalam Pendidikan
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/03/fun-2.jpg719959cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-03-20 05:15:492019-03-20 05:15:49Tiada Lagi Derita Dalam Mempelajari Matematik....
Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.
Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.
TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR ANDA BOLEH AMALKAN
Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
Rancang jadual tetapi utamakan priorities
Fokus dan belajar katakan tidak
Elakkan dari terpedaya dengan perkara trivia
Jejak kembali masa yang telah berlalu
Baca Novel / Buku Ilmiah
Menolong Ibu Bapa di Rumah
MASIH TERCARI-CARI PROGRAM CUTI SEKOLAH YANG BERMANFAAT & WOW UNTUK AKADEMIK, KENDIRI & SOSIAL ANAK ANDA??
Adakah anak anda suka belajar sains dan matematik dalam keadaan yang menyeronokkan?
Anak anda kurang keyakinan diri, kurang bersosial dan belum mahir berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan tugasan?
Atau anda masih belum merancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak dan hanya ada bayangan yang anak-anak anda akan menghabiskan masa cuti dengan menghadap permainan Gadget sahaja?
Kami ada solusi untuk bantu anda dalam isu ini.
Jom beri anak anda sertai PROGRAM CUTI SEKOLAH : FUNTASTIC SAINS DAN MATEMATIK
Jom tengok apa yang ada dalam program ni…
5 PERKARA MENARIK di FUNTASTIC Sains dan Matematik UPSR🎈
Program berlangsung selama 2 HARI
Masa hanya 8 PAGI – 5 PETANG, ISNIN dan SELASA. Jadi, ibu2 yang bekerja boleh hantar anak sebelum bekerja & fokus kerja tanpa perlu risau apa yang anak buat untuk isi masa cuti
PELBAGAI AKTIVITI menarik & bermanfaat
SARAPAN & MAKAN TENGAHARI disediakan
Program dijalankan secara INDOOR. Jadi LEBIH SELAMAT & KONDUSIF
Ups… sebentar…
.
Program ini hanya terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 12 TAHUN SAHAJA
Apa yang anak anda akan dapat dalam FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK ini?
.
.
(Matematik)
.
Meransang minda pelajar untuk mengapplikasikan konsep asas yang dipelajari di sekolah dan dipraktikkan pada aktiviti harian.
Antara tajuk Slot: 7UP!! , KU DA BA TA TO, Perang Koordinat dan banyak lagi.
(Sains)
Meransang kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dengan ekperimen ringkas yang menarik berasaskan konsep sains yang dipelajari di sekolah.
Antara Tajuk Slot: Titanic Boat (Ketumpatan), Hot Air Balloon (Hana), MyPlanet (Sistem Suria) dan banyak lagi
Apa Keunikan Program ini??
Melalui program ini, kami juga akan suntik semangat kepimpinan dan bekerjasama di antara pelajar sesuai dengan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (4C Communication, Collaboration, Critical Thinking & Creativity)
– Mengikut silibus KSSR terkini seperti di sekolah
– Aplikasi KBAT dalam Pembelajaran
– Gaya Santai dan fun learning supaya peserta mudah menyerap pembelajaran
– Menggunakan konsep pembelajaran Hands On dan STEM (Science, Technology Engineering, Maths) yang sedang rancak diperkatakan di Kementerian Pendidikan Malaysia
INFO FUNTASTIC SAINS & MATEMATIK:
⌚MASA: 8 pagi – 5 petang
TEMPAT: CMN Centre, Jalan Reko Sentral, Kajang
Lock Date
25 dan 26 March 2019 (Isnin & Selasa)
Berapa pula PELABURAN Anda:
Kami ada harga istimewa untuk anda: RM150 seorang
WOW!!!😱
.
.
Berhenti sebentar!
.
.
Kami ada lagi tawaran ISTIMEWA untuk pendaftaran secara berkumpulan hanya RM97 seorang!!
Nak daftar sekarang??
BONUS ISTIMEWA untuk 20 Pendaftaran terawal!
Funtastic UPSR (Bernilai RM50) Video Panduan UPSR 4 Subjek
WHATSAPP “Funtastic” ke https://api.whatsapp.com/send?phone=6013-7153776 SEGERA!
PS: Tempat AMAT TERHAD. Daftar segera.
-Shaping Your Child Into A Funtastic Person-
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/01/taksran1.jpg600800cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-03-19 04:26:102019-03-20 09:07:15Pelajar Merancang Untuk Berjaya, Bukan Untuk Gagal...
Anda pernah alami isu bila mengajar kanak-kanak je… dorang main-main…
Tak fokus… Muka macam tak minat… Atau lari sana sini dalam kelas.
Anda sampai rasa geram, tapi nak marah anak orang pula… apatah lagi nak cubit atau rotan.
Nak denda kekadang kesian…
Tapi!
Pernahkah anda melihat ke cermin?
Menilai kembali orang di dalam cermin tersebut, adakah cara mengajar yang dibawa itu sesuai dan cukup menarik untuk kanak-kanak tertarik belajar? Adakah modul atau bahan bantu mengajar ada dibawa sekali, dan adakah benda tersebut sepatutnya memberi impak positif kepada fokus anak-anak tadi?
Kita selalu melihat kesilapan anak-anak, tapi kita jarang audit diri sendiri.
Jadi, kami ingin membantu anda untuk disedarkan dan improve cara pendekatan supaya lebih WOW semasa mengajar mengaji dan tajwid.
Kami menyeru anda untuk hadir ke Funtastic Tutor Workshop yang mana pada kali ini berfokus kepada Tajwid Infografik.
Program ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, 16 Mac 2019 di Reko Sentral, Kajang.
Maklumat lanjut program dan sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh klik DI SINI.
Jumpa anda di sana untuk bersama berkongsi, tingkatkan ilmu dan skill.
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/04/tot-tajwid-jwes.jpg1024723cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-03-15 03:28:572019-04-03 16:08:19Nak Mengajar Mengaji Dan Kawal Kanak-Kanak Dalam Masa Sama Dengan Lebih Efektif?
“Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition.”
Puan Anis sebagai ibu kepada anaknya menceritakan bagaimana beliau mengatasi masalah yang dihadapi oleh anaknya. Puan Anis memberitahu bahawa beliau dapat tahu mengenai Home Tuition CMN di Facebook. Sebelum Home Tuition puan anis berkata yang anaknya pergi ke pusat tuisyen, anaknya berkata yang dia tidak dapat memberi tumpuan dengan baik dan susah untuk bertanyakan soalan kerana beliau agak pemalu.
Disebabkan itu Puan Anis megambil Home Tuition untuk anaknya supaya selesa dan lebih fokus. Menurut Puan anis, tutornya sangatlah baik dan bagus kerana menyediakan bahan-bahan untuk sesi pembelajaran dan teknik pembelajaran yang berbeza dari biasa.
Puan Anis memilih Home Tuition lebih kerana menurut beliau sekiranya ada kecemasan seperti anaknya sakit, boleh tukar tarikh dan tidak rumit. Selain itu, Puan anis juga menyukai kerana anaknya berasa selesa dan mudah untuk berkomunikasi dengan tutor. Dari sudut jangkaan untuk tutor, Puan Anis tidak memilih kerana menurut beliau, semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.
Sekiranya student tidak minat dengan tutor tersebut maka apa yang di ajar oleh tutor susah untuk pelajar ingat dan faham. Manakala sekiranya pelajar itu minat dan suka dengan tutor tersebut maka lebih mudahlah untuk faham.
Kami Di CMN Academy ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Anis kerana menggunakan perkhidmatan home tuition kami dan memberikan feedback yang amat baik dan positive kepada kami dan masyarakat yang lain.
Di sini kami menunjukan vedio tayangan feedback oleh Puan Aini :-
Untuk info lanjut mengenai Home Tuition untuk anak anda, boleh tekan button di bawah
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/03/anis-2.png6601174cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-03-12 04:29:242019-04-03 22:50:42"Anak Saya Pemalu, Disebabkan Itu Saya Ambil Home Tuition."
Fokus dalam sesuatu perkara yang kita lakukan adalah mesti agar hasil yang kita inginkan tercapai. Namun, untuk fokus adalah perkara yang sukar untuk kebanyakkan orang. Bagi pelajar, tentulah masalah fokus adalah masalah yang kerap dilalui di dalam kelas. Ramai pelajar hanya dapat fokus ketika belajar untuk beberapa minit atau setengah jam pembelajaran sahaja. Selebihnya akan teralih kepada perkara-perkara lain di sekeliling mereka.
Itu baru di sekolah. Belum lagi di rumah. Jika di dalam kelas pun sukar hendak fokus ketika guru sedang mengajar, apatah lagi jika belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan. Masa mungkin banyak terbuang dengan berbual kosong bersama rakan-rakan, leka melayan media-media sosial seperti instagram dan facebook, selain menonton video di Youtube.
Tidak fokus ketika belajar boleh menjadi punca kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Untuk mengatasi ‘mimpi ngeri’ ini, alangkah bagusnya kita muhasabah diri dan dapatkan jalan penyelesaian untuk fokus ketika belajar sebelum terlambat.
Cari teman belajar yang sesuai: Pilih rakan yang lebih bijak daripada anda. Lebih banyak yang rakan anda tahu dan kongsikan dengan anda, lebih banyak ilmu anda perolehi. Jangan pilih rakan yang lebih suka berborak daripada mengadap buku ketika belajar. Paling penting, pilih rakan yang mempunyai kesungguhan untuk belajar.
Lengkapkan bahan-bahan belajar: pastikan semua alatan seperti pen, pembaris, kalkulator dan sebagainya telah disediakan sebelum memulakan sesi belajar. Jika tidak dilengkapkan awal-awal, ini boleh mendatangkan masalah hilang fokus ketika belajar.
Cari makanan sampingan yang berkhasiat: Anda boleh belajar sambil makan atau minum sesuatu. Ini akan membantu anda untuk belajar dengan tenang dan seterusnya boleh fokus dengan mudah. Jenis makanan dan minuman yang anda pilih biarlah sesuatu yang berkhasiat seperti kekacang dengan susu atau jus buah.
Cari tempat belajar yang selesa: Pastikan tempat belajar anda sentiasa bersih, kemas dan cantik. Jika tiada kerusi, belajar di atas lantai dengan berlapikkan tikar pun sudah memadai. Asalkan persikataran anda bebas dengan TV, komputer atau apa jua jenis gajet yang boleh menganggu ketika belajar nanti.
Pastikan ada waktu rehat: Anda tidak boleh belajar sepanjang masa tanpa berehat langsung. Ini boleh menyebabkan berlakunya stress dan seterusnya menghilangkan keseronokkan untuk belajar. Jangan terlampau tekun belajar tanpa memikirkan dari segi lain iaitu kesihatan diri. Namun, jangan pula mengambil masa lama untuk berehat sehingga hilang semangat untuk belajar.
Postur tubuh ketika belajar: Duduk dengan selesa ketika belajar. Jangan baring, menongkat dagu dengan lengan atau melentokkan kepala di atas meja kerana semua ini akan menyebabkan anda mengantuk dan tertidur.
Minum air dengan secukupnya: Neuron dan bahagian otak akan beroperasi dengan aktif ketika proses pembelajaran berlaku. Apabila otak hilang air dan oksigen, seseorang itu akan mudah berasa mengantuk dan letih, seterusnya hilang fokus.
Jangan kurang tidur: jika tubuh tidak dapat rehat yang secukupnya iaitu tidur dalam waktu yang secukupnya, anda akan mudah letih dan mengantuk ketika belajar.
Beri kata-kata positif kepada diri sendiri: Sentiasa pujuk diri supaya tidak malas dan sentiasa mahu belajar. Ingatkan diri bahawa kejayaan dalam hidup bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Setiap hasil perkara yang kita inginkan perlu dilakukan dengan usaha diri sendiri. Apabila ada semangat dalam diri, anda akan mudah fokus ketika belajar.
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/01/maxresdefault_live.png7201280cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-02-19 04:12:392019-02-19 04:12:39LANGKAH-LANGKAH UNTUK FOKUS KETIKA BELAJAR
Masalah lupa adalah sesuatu yang pernah dilalui oleh semua orang. Tidak kira usia dari orang muda sehinggalah orang tua. Masalah ini bukan sahaja menganggu tugas kita di pejabat, tetapi juga menganggu anak kita yang sedang belajar di sekolah.
Anak kita yang masih bergelar pelajar sewajarnya memerlukan daya ingatan yang kuat untuk membantu mereka dalam pembelajaran di dalam kelas. Masalah lupa adalah sesuatu yang ‘berbahaya’ kepada pelajar ketika sedang menghadapi peperiksaan. Ia boleh menyebabkan pelajar stress dan tentunya menjejaskan tahap pencapaian pendidikannya!
Ramai orang mencari langkah mengurangkan masalah ini atau dalam erti kata yang lain, mencari langkah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Sudah terbukti ada kajian yang mengatakan makanan-makanan tertentu dan amalan gaya hidup sihat memberikan kesan yang baik untuk otak kita.
Makan buah-buah beri: strawberi, beribiru, kranberi dan bermacam lagi jenis buah beri adalah kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan memori. Antioksidan pada buah beri yang warnanya lebih gelap adalah lebih tinggi.
Makan salmon: mengandungi omega 3 yang banyak manfaatnya untuk otak. Selain daripada mampu melindungi dan mencegah keradangan otak, omega 3 juga mampu mengatur moodagar kekal baik sepanjang hari.
Makan kekacang: bukan sahaja kaya dengan mineral, sumber serat, protein dan vitamin, tetapi ia juga mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi untuk sumber tenaga kepada otak.
Makan telur: kuning telur yang mengandungi acetycholine mampu meningkatkan daya ingatan. Kesihatan neutron otak pun terjaga, selain dapat menghilangkan kekaburan minda.
Makan bayam: vitamin C dan vitamin K yang tinggi dalam sayur jenis ini mampu meningkatkan sistem kognitif, manakala vitamin B9 pula boleh meningkatkan memori.
Makan lobak merah: komponen luteolin yang tinggi di dalamnya mampu mengatasi penuaan kepada otak, selain dapat mengatasi keradangan dan kehilangan memori.
Kurangkan pengambilan makanan bergula: otak boleh menjadi lemah, terutama pada bahagian yang menyimpan memori jangka pendek jika kerap mengambil makanan-makanan bergula.
Banyak minum air: ambil 8 gelas air sehari. Air yang diminum secukupnya akan mengelakkan dehidrasi dan daya ingatan tidak akan terjejas.
Bermain permainan mencabar pemikiran: sudoku, teka silang kata dan catur adalah antara permainan yang dapat melatih otak untuk sentiasa berfikir, sekaligus dapat meningkatkan daya ingatan. Permainan-permainan sebegini bukan sahaja meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, tetapi juga tahap konsentrasi seseorang.
Bersenam: ia bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental. Tidak kira usia, bersenam dapat meningkatkan daya ingatan.
Tidur dengan secukupnya: apabila tubuh keletihan di siang hari, otak juga akan menjadi lemah. Tidur yang baik adalah sekurang-kurangnya 7-8 jam.
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/01/maxresdefault_live.png7201280cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-02-18 04:23:252019-02-18 04:23:25LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA
5 Tip Bantu Anak Belajar Di Rumah Dengan Berkesan.
Ibu bapa pasti risau jika keputusan anak tidak seperti yang diharapkan, apatah lagi bagi subjek teras. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan besar malahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal Tahun 1 lagi.
Ini penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya menyebabkan mereka merasa rendah diri dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku sama ada disebabkan oleh faktor dalaman dari anak itu sendiri, kesibukan ibu bapa, faktor dari sekolah dan sebagainya.
Bagi ibu bapa prihatin yang tertanya-tanya apakah tip yang boleh digunakan untuk membantu anak belajar di rumah secara berkesan supaya keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal, disenaraikan tip seperti di bawah untuk membantu anda samada sebelum, semasa atau selepas.
Sediakan Tempat Belajar Yang Selesa
Ibu bapa perlu menyediakan tempat yang spesifik untuk anak-anak belajar. Ambil satu ruang yang bila mana mereka ingin belajar mereka tahu mereka perlu ke ruangan tersebut. Lengkapkan segala keperluan seperti meja dan kerusi yang selesa.
Pastikan juga ruangan yang disediakan mempunyai persekitaran yang selesa dan sesuai contohnya jauh dari gangguan seperti televisyen dan sebagainya.
Sediakan keperluan yang cukup untuk mereka di ruangan tersebut seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya.
Jika anda golongan berkemampuan sediakan gajet yang sesuai yang boleh anak anda gunakan untuk proses pembelajaran.
Ini untuk mengelakkan anak-anak bosan semasa belajar dengan satu kaedah sahaja. Sediakan juga makan dan minum yang sesuai untuk mereka agar oksigen mengalir dengan baik semasa mereka belajar.
Sediakan Jadual dan Masa Belajar
Kita perlu tetapkan masa untuk anak kita belajar, sebaiknya adakan perbincangan bersama anak semasa merancang jadual ini, agar anak merasa kebersamaan dalam hal ini.
Ini juga agar mereka tidak merasa jadual dan masa yang disediakan adalah satu paksaan bagi mereka dan sebagai persediaan untuk kita membantu anak-anak lebih bersedia dengan waktu yang dipersetujui bersama.
Sentiasa ingatkan mereka tentangnya dan sebaiknya ditampal di tempat yang mereka boleh nampaknya dengan jelas.
Hadkan Masa Belajar
Manusia mempunyai daya fokus yang sangat terhad, apatah lagi jika anak-anak kita yang sudah seharian penat dengan aktiviti harian di sekolah. Otak yang penat tidak dapat menyerap apa-apa maklumat.
Pastikan masa belajar mereka sesuai dengan karakter mereka. setiap anak mempunyai sikap yang berbeza.
Ibu bapa perlu kenal pasti kelebihan dan kekurangan anak masing-masing. Namun pastikan masa yang ditetapkan tidak terlalu lama.
Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.
Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.
Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.
Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.
Temani Anak Belajar
Yang terbaik bagi membantu anak-anak adalah menemani mereka dan membantu mereka setakat yang kita mampu semasa mereka belajar. Pastinya semasa kita dipersekolahan dulu ada tip-tip yang boleh kita kongsikan dengan anak-anak.
Ini akan menyebabkan mereka tidak merasakan proses belajar adalah satu perjalanan yang sunyi bagi mereka. Sentiasa beri kata-kata semangat bagi memastikan mereka terus bermotivasi belajar di rumah malahan di sekolah juga.
Alangkah baiknya juga jika ibu bapa mengetahui bagaimana berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai.
Jika anda menemani anak perempuan pastikan anda duduk berhadapan dengan mereka dan sentiasa memandang mereka. Manakala bagi anak lelaki pula sebaiknya anda duduk bersebelahan.
Ini kerana sifat semulajadi anak lelaki dan perempuan berbeza penerimaannya.
Sediakan Penghargaan Selepas Belajar
Manusia amat gembira apabila diberi penghargaan. Kata-kata yang baik juga adalah penghargaan. Perasaan gembira yang mereka rasa akan menjadi satu perangsang untuk mereka terus belajar.
Jadikan proses belajar di rumah adalah satu perkara yang menggembirakan bagi anak-anak, bukan satu hal yang dianggap sebagai satu paksaan bagi mereka.
Kebanyakkan dari ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak namun cara yang dipilih menyebabkan anak-anak tertekan dan hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan malahan ia menjadi kenangan pahit yang tidak mahu dikenangi oleh anak-anak.
Jika anda ibu bapa yang bekerja atau kebetulan mempunyai tekanan tertentu pada waktu selepas mereka belajar dan anda tidak mampu mengucapkan kata-kata yang baik pada waktu berkenaan, elakkan dari mengucapkan sesuatu yang mengguris hati anak-anak.
Anda juga boleh memberi ganjaran dengan menghadiahi sesuatu yang mereka sukai dan sebagainya bergantung kepada kemampuan ibu bapa sendiri.
Yakin Sebelum Berjaya 😃
5 Jenis Jenis Makanan Yang Dapat Meningkatkan IQ Untuk Si Anak
Setiap makanan mempunyai kebaikan dan manfaat untuk tubuh badan kita, tetapi pernahkah terpikir bahwa ada makanan yang dapat meningkatkan iq atau otak kita. Menurut kajian Sains mengatakan otak memerlukan makanan yang memberi impact kepada otak.
Contoh 5 makanan yang sudah mendapat kajian untuk meningkatkan IQ untuk si anak :
Telur
Telur adalah makanan yang memiliki kandungan protein yang tinggi dan juga pada kuning telur boleh meningkatkan daya ingatan.
Mentega Kacang
Kacang memiliki kandungan vitamin E dan dapat melindungi sel saraf pada otak. Pada masa yang sama vitamin E juga memberi tenaga bagi otak.
Tomato
Tomato dapat mencerdaskan otak kerana ada zat yang di mana apa warna merah tomato tersebut.
Sayuran hijau
Sayuran hijau mempunyai zat besi dan nutrisi yang penting bagi otak dan dapat meningkatkan daya ingat serta kemampuan belajar.
Ikan Salmon
Ikan Salmon memiliki impak positif terhadap perkembangan otak kerana kandungan lemak omega 3 yang tinggi.
Ini adalah contoh makanan yang dapat meningkatkan atau memperkembangkan otak si anak. Semoga informasi ini dapat menjadikan sumber makanan untuk si anak dan juga jadikan dapat meningkatkan prestasi anak di sekolah
“yakin sebelum berjaya”
https://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/01/adadad.jpg676960cmn academyhttps://cmnacademy.com/wp-content/uploads/2019/02/CMN-ACADEMY.pngcmn academy2019-01-17 03:36:002019-04-03 23:19:185 Tips Yang Meningkatkan Pembelajaran Anak Anda..