LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA

Masalah lupa adalah sesuatu yang pernah dilalui oleh semua orang. Tidak kira usia dari orang muda sehinggalah orang tua. Masalah ini bukan sahaja menganggu tugas kita di pejabat, tetapi juga menganggu anak kita yang sedang belajar di sekolah.

 

Anak kita yang masih bergelar pelajar sewajarnya memerlukan daya ingatan yang kuat untuk membantu mereka dalam pembelajaran di dalam kelas. Masalah lupa adalah sesuatu yang ‘berbahaya’ kepada pelajar ketika sedang menghadapi peperiksaan. Ia boleh menyebabkan pelajar stress dan tentunya menjejaskan tahap pencapaian pendidikannya!

 

Ramai orang mencari langkah mengurangkan masalah ini atau dalam erti kata yang lain, mencari langkah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Sudah terbukti ada kajian yang mengatakan makanan-makanan tertentu dan amalan gaya hidup sihat memberikan kesan yang baik untuk otak kita.

 

 

  • Makan buah-buah beri: strawberi, beribiru, kranberi dan bermacam lagi jenis buah beri adalah kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan memori. Antioksidan pada buah beri yang warnanya lebih gelap adalah lebih tinggi.

 

 

  • Makan salmon: mengandungi omega 3 yang banyak manfaatnya untuk otak. Selain daripada mampu melindungi dan mencegah keradangan otak, omega 3 juga mampu mengatur moodagar kekal baik sepanjang hari.

 

 

  • Makan kekacang: bukan sahaja kaya dengan mineral, sumber serat, protein dan vitamin, tetapi ia juga mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi untuk sumber tenaga kepada otak.

 

 

  • Makan telur: kuning telur yang mengandungi acetycholine mampu meningkatkan daya ingatan. Kesihatan neutron otak pun terjaga, selain dapat menghilangkan kekaburan minda.

 

 

  • Makan bayam: vitamin C dan vitamin K yang tinggi dalam sayur jenis ini mampu meningkatkan sistem kognitif, manakala vitamin B9 pula boleh meningkatkan memori.

 

 

  • Makan lobak merah: komponen luteolin yang tinggi di dalamnya mampu mengatasi penuaan kepada otak, selain dapat mengatasi keradangan dan kehilangan memori.

 

 

  • Kurangkan pengambilan makanan bergula: otak boleh menjadi lemah, terutama pada bahagian yang menyimpan memori jangka pendek jika kerap mengambil makanan-makanan bergula.

 

 

  • Banyak minum air: ambil 8 gelas air sehari. Air yang diminum secukupnya akan mengelakkan dehidrasi dan daya ingatan tidak akan terjejas.

 

  • Bermain permainan mencabar pemikiran: sudoku, teka silang kata dan catur adalah antara permainan yang dapat melatih otak untuk sentiasa berfikir, sekaligus dapat meningkatkan daya ingatan. Permainan-permainan sebegini  bukan sahaja meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, tetapi juga tahap konsentrasi seseorang.

 

 

  • Bersenam: ia bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga kesihatan mental. Tidak kira usia, bersenam dapat meningkatkan daya ingatan.

 

 

  • Tidur dengan secukupnya: apabila tubuh keletihan di siang hari, otak juga akan menjadi lemah. Tidur yang baik adalah sekurang-kurangnya 7-8 jam.
Spread the love