5 Tip Bantu Anak Belajar Di Rumah Dengan Berkesan.

5 Tip Bantu Anak Belajar Di Rumah Dengan Berkesan.

Ibu bapa pasti risau jika keputusan anak tidak seperti yang diharapkan, apatah lagi bagi subjek teras. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan besar malahan bagi ibu bapa yang mempunyai anak seawal Tahun 1 lagi.

Ini penting untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan seterusnya menyebabkan mereka merasa rendah diri dengan rakan-rakan sebaya mereka.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku sama ada disebabkan oleh faktor dalaman dari anak itu sendiri, kesibukan ibu bapa, faktor dari sekolah dan sebagainya.

Bagi ibu bapa prihatin yang tertanya-tanya apakah tip yang boleh digunakan untuk membantu  anak belajar di rumah secara berkesan supaya keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal, disenaraikan tip seperti di bawah untuk membantu anda samada sebelum, semasa atau selepas.

  • Sediakan Tempat Belajar Yang Selesa

Ibu bapa perlu menyediakan tempat yang spesifik untuk anak-anak belajar. Ambil satu ruang yang bila mana mereka ingin belajar mereka tahu mereka perlu ke ruangan tersebut. Lengkapkan segala keperluan seperti meja dan kerusi yang selesa.

Pastikan juga ruangan yang disediakan mempunyai persekitaran yang selesa dan sesuai contohnya jauh dari gangguan seperti televisyen dan sebagainya.

Sediakan keperluan yang cukup untuk mereka di ruangan tersebut seperti alat tulis, buku rujukan dan sebagainya.

Jika anda golongan berkemampuan sediakan gajet yang sesuai yang boleh anak anda gunakan untuk proses pembelajaran.

Ini untuk mengelakkan anak-anak bosan semasa belajar dengan satu kaedah sahaja. Sediakan juga makan dan minum yang sesuai untuk mereka agar oksigen mengalir dengan baik semasa mereka belajar.

  • Sediakan Jadual dan Masa Belajar

Kita perlu tetapkan masa untuk anak kita belajar, sebaiknya adakan perbincangan bersama anak semasa merancang jadual ini, agar anak merasa kebersamaan dalam hal ini.

Ini juga agar mereka tidak merasa jadual dan masa yang disediakan adalah satu paksaan bagi mereka dan sebagai persediaan untuk kita membantu anak-anak lebih bersedia dengan waktu yang dipersetujui bersama.

Sentiasa ingatkan mereka tentangnya dan sebaiknya ditampal di tempat yang mereka boleh nampaknya dengan jelas.

  • Hadkan Masa Belajar

Manusia mempunyai daya fokus yang sangat terhad, apatah lagi jika anak-anak kita yang sudah seharian penat dengan aktiviti harian di sekolah. Otak yang penat tidak dapat menyerap apa-apa maklumat.

Pastikan masa belajar mereka sesuai dengan karakter mereka. setiap anak mempunyai sikap yang berbeza.

Ibu bapa perlu kenal pasti kelebihan dan kekurangan anak masing-masing. Namun pastikan masa yang ditetapkan tidak terlalu lama.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

Ada anak yang boleh membaca dalam tempoh setengah jam tanpa rehat namun ada yang hanya boleh membaca untuk masa lima belas minit sahaja.

Kenalpasti karakter anak itu yang terbaik dalam hal ini. Apa yang penting pastikan mereka diberi selang rehat yang kerap untuk membantu mereka lebih santai dalam belajar.

  • Temani Anak Belajar

Yang terbaik bagi membantu anak-anak adalah menemani mereka dan membantu mereka setakat yang kita mampu semasa mereka belajar. Pastinya semasa kita dipersekolahan dulu ada tip-tip yang boleh kita kongsikan dengan anak-anak.

Ini akan menyebabkan mereka tidak merasakan proses belajar adalah satu perjalanan yang sunyi bagi mereka. Sentiasa beri kata-kata semangat bagi memastikan mereka terus bermotivasi belajar di rumah malahan di sekolah juga. 

Alangkah baiknya juga jika ibu bapa mengetahui bagaimana berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sesuai.

Jika anda menemani anak perempuan pastikan anda duduk berhadapan dengan mereka dan sentiasa memandang mereka. Manakala bagi anak lelaki pula sebaiknya anda duduk bersebelahan.

Ini kerana sifat semulajadi anak lelaki dan perempuan berbeza penerimaannya.

  • Sediakan Penghargaan Selepas Belajar

Manusia amat gembira apabila diberi penghargaan. Kata-kata yang baik juga adalah penghargaan. Perasaan gembira yang mereka rasa akan menjadi satu perangsang untuk mereka terus belajar.

Jadikan proses belajar di rumah adalah satu perkara yang menggembirakan bagi anak-anak, bukan satu hal yang dianggap sebagai satu paksaan bagi mereka.

Kebanyakkan dari ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak namun cara yang dipilih menyebabkan anak-anak tertekan dan hasil yang diperolehi jauh dari yang diharapkan malahan ia menjadi kenangan pahit yang tidak mahu dikenangi oleh anak-anak.

Jika anda ibu bapa yang bekerja atau kebetulan mempunyai tekanan tertentu pada waktu selepas mereka belajar dan anda tidak mampu mengucapkan kata-kata yang baik pada waktu berkenaan, elakkan dari mengucapkan sesuatu yang mengguris hati anak-anak.

Anda juga boleh memberi ganjaran dengan menghadiahi sesuatu yang mereka sukai dan sebagainya bergantung kepada kemampuan ibu bapa sendiri.

Yakin Sebelum Berjaya 😃

Spread the love
  • 107
    Shares
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *