Pusat Tuisyen Vs Home Tuition

Pusat Tuisyen vs Home Tuisyen.

Haaaa kenapa markah awak ini rendah sangat Farhan? Kan mak dah hantar kamu pergi Tuisyen setiap hujung minggu? Kamu fokus ke tak ini ? Hujung tahun nak peperiksaan besar dah…. Begitulah kata-kata azimat yang keluar dari mulut seorang ibu terhadap anaknya yang acap kali pulang ke rumah dengan markah peperiksaan yang kurang memberangsangkan.

… Situasi sebegini yang boleh dikatakan hampir berlaku disetiap rumah. Haaaa, jangan risau tuan-tuan & puan-puan.

Kali ini, saya nak senaraikan beberapa manfaat yang akan diperoleh oleh anak anda dengan menghantar anak ke home tuisyen berbanding ke pusat tuisyen.

Personal Touch @ one to one …

Home tuisyen adalah sesi pembelajaran one to one sama ada tutor ke tempat anda atau anda ke rumah tutor di mana sesi pembelajaran berbanding dengan pusat tuisyen yang bilangan pelajarnya terdiri dalam bilangan kuantiti yang agak ramai malah ada yang sampai 30 orang pelajar pun ada. Ramai bukan ? Ibarat sekolah pula admin rasakan.

Apabila berlaku keadaan sebegini, amatlah sukar untuk seseorang pelajar untuk dapatkan personal touch dari seseorang tutor. Bahkan untuk bertanya satu soalan pun mungkin tak sempat disebabkan soalan yang bertubi-tubi dari pelajar-pelajar lain juga ingin bertanya soalan dan berkerumun dikeliling pinggang tutor tersebut.

Kesian kann ? Cuba tuan-tuan & puan-puan tanya kepada anak-anak anda, pernah tak mereka menghadapi situasi sebegini setiap kali hadir ke pusat tuisyen ? Rata-ratanya majoriti mesti anggukkan kepala dengan erti kata tanda setuju. Nampaknya, memang jauh meleset sekali untuk anak-anak anda dapatkan personal touch dari tutor ini.

Tumpuan 100%

Haaa apa yang admin cuba nak sampaikan disini adalah, seorang tutor dapat berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajar yang diajar. Maklumlah, hanya terdapat seorang pelajar sahaja di hadapan beliau. Syok bukan ? Tutor pun gembira, pelajar pun gembira apabila ada tumpuan yang sepenuhnya dari kedua-dua belah pihak.

Tamsilnya, pada suatu petang, seorang pelajar tunjukkan kertas peperiksaan yang dapat disekolah di pagi hari yang terdapat beberapa kesalahan pada kertas tersebut. Dengan adanya seorang tutor tersebut, setiap kesilapan itu boleh diperbaik pada masa itu juga bak kata orang putih on the spot.
Wah wahh wahhhh.

Tak perlulah lagi pelajar tersebut tunggu lama untuk perbetulkan kesilapan yang dilakukan pada kertas peperiksaan tersebut.

Pelajar akan bertambah lagi syok apabila, dapat berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada tutor dihadapannya dan boleh bertanyakan apa jua soalan pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki kepada tutornya berkaitan sesuatu topik yang kurang jelas atau masih blur, tanpa perlu bersaing dengan kawan-kawan yang lain seperti di pusat tuisyen.

Mesti anak-anak anda sentiasa ceria untuk menguasai sesuatu topik yang sukar dengan pantas.
Tahukah anda : Mendapat jawapan yakni penjelasan untuk soalan yang tidak difahami dengan kadar segera dari tutor adalah perkara yang paling menggembirakan bagi seorang pelajar.

Mood Relax

Walaupun topik/subjek yang dipelajari itu agak sukar sebagai contoh Biologi bagi admin. He…he…he… namun dengan adanya personal touch & tumpuan yang sepenuhnya dari seorang tutor mood pembelajaran akan menjadi lebih santai & relax yakni fokus sepenuhnya lebih-lebih lagi ruang pembelajaran yang lebih kondusif.

Masa ini, otak kita pun tak penat ketika menghadam sesuatu topik yang sukar berbanding di pusat tuisyen yang bilangan pelajarnya agak ramai, dengan suasan pembelajaran yang ‘hiruk-pikuk’ & tahap pemahaman pula yang berbeza-beza bagi setiap seorang pelajar. Sebagai seorang tutor, agak sukar untuk berikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbanding dengan home tuisyen.

Natijahnya, itulah antara manfaat-manfaat yang anak anda akan peroleh dari home tuisyen berbanding hadirkan diri ke pusat tuisyen. Sebagai ibu bapa kepada anak-anak anda, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak-anak anda.

Spread the love