Teknik Menulis Karangan Bahasa Melayu Gaya PRO
Adik-adik ini adalah contoh teknik bagaimana untuk membuat karangan dengan baik
JOM KITA MULA…!
1. Merangka karangan
- Adik-adik harus baca soalan/tajuk dengan jelas dan fahami setiap soalan/tajuk yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
Adik-adik tidak boleh menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang akan diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.
2. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi adik-adik mencari isi.
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang.
3. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan adik-adik mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
- Perenggan Pendahuluan
- Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
- Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
- Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
- Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
- Perenggan Penutup
4. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan adik-adik perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan adik-adik yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- Haruslah baca berulang kali untuk memastikan ketepatan karangan adik-adik.
5. Secara umum peruntukan masa untuk menulis karangan
Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ialah selama 30 minit . Seperti yang dinyatakan dibawah :
- 4 minit mencari isi
- 24 minit menulis karangan
- 2 minit menyemak semula karangan
- Jumlah = 30 minit
Haa adik-adik dah tahu kan teknik untuk menulis karangan . Semoga teknik menulis karangan ini bermanfaat untuk adik-adik . JUMPA LAGI……