Adik Darin, pelajar yang sangat pemalu di sekolah dan kini tidak lagi segan untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami

 

Menurut tutor Maslinda, Adik Darin adalah pelajar yang agak pemalu di sekolah dan salah satu cabaran Adik Darin ialah malu untuk bertanyakan cikgu berkaitan topik yang tidak difahaminya kerana takut akan pertanyaan soalan tersebut salah. Adik Darin merupakan pelajar tahun 4 dan mengambil subjek Matematik bersama tutor Maslinda.

 

Jadi, tutor Maslinda Mengambil beberapa silibus yang Adik Darin sudah belajar di sekolah dan fokuskan kepada yang asas dahulu seperti nombor bulat , sifir, tolak tambah dan sebagainya supaya Adik Darin cepat untuk memahami topik yang di ajar oleh tutor Maslinda.

 

Tambahan lagi , setelah beberapa bulan belajar bersama tutor Maslinda, Adik Darin berjaya menunjukkan kejayaan yang dapat dibanggakan oleh ibubapa serta tutornya Maslinda yang banyak mencurah ilmu dan membimbing agar Adik Darin sentiasa mengekalkan prestasi yang lebih baik untuk masa akan datang.

 

 

 

 

Persediaan Sains UPSR 2020 : Nota Sains Tahun 1 Dan Tahun 2 (Cikgu Shahrul)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Hari ini Cikgu Shahrul ingin memulakan Persediaan Sains UPSR 2020 dengan merungkai tajuk mudah yang sering tidak diambil perhatian oleh Calon-Calon UPSR.. Tajuk-Tajuk Sains Tahun 1 Dan Tahun 2… Soalan Sains Kertas 1 merangkumi tajuk-tajuk dari tahun 1 hingga 6.. Kesilapan menjawab soalan seperti ini sepatutnya tidak berlaku, namun disebabkan kecuaian Calon… Markah yang mudah dibazirkan dengan memberikan jawapan yang salah.. Berikut adalah nota Sains Tahun 1 dan Tahun 2 berserta latihan yang sesuai dengan Calon UPSR 2020.. Semoga bermanafaat pada semua…

 

 

Sains Tahun 1
▀▀▀▀▀▀▀▀▀

A) Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup:

  • Ciri-Ciri Benda Hidup?

1. Bernafas
2. Membesar
3. Makan dan Minum
4. Bergerak
5. Membiak

 

B) Deria Manusia:

                      • Organ dan Deria Manusia
Mata => Melihat
Telinga => Mendengar
Hidung => Menghidu
Lidah => Merasa
Kulit => Menyentuh

Sains Tahun 2
▀▀▀▀▀▀▀▀▀

A) Keperluan Asas Hidupan :

Keperluan Asas Manusia / Haiwan Keperluan Asas Tumbuhan
  • Udara
  • Udara
  • Makanan
  • Air
  • Air
  • Cahaya Matahari
  • Tempat Perlindungan

 

 

B) Ciri-ciri Makanan Manusia :

  • Makanan Memberi Tenaga => Bijirin, Nasi, Tepung
  • Makanan Membantu Tumbesaran => Ayam. Daging, Susu, Ikan
  • Makanan Menjaga Kesihatan => Sayur-Sayuran, Buah-Buahan

 

 

C) Ciri-ciri Haiwan :

  • Tabiat Makan Haiwan
  • Makan Tumbuhan Sahaja => Lembu, Belalang, Gajah
  • Makan Haiwan Sahaja => Singa, Katak, Buaya
  • Makan Tumbuhan Dan Haiwan => Beruang, Tikus, Burung Pipit

 

 

      Habitat Haiwan :

Di darat => Kuda, Monyet
Di air => Ikan, Berudu
Di darat dan air => Katak, Kura-kura

 

 

Cara Haiwan Membiak

Bertelur => Platipus, Kuda laut
Melahirkan Anak => Kelawar, Ikan Paus

 

d) Terang dan Gelap

1. Sumber cahaya => Matahari, lampu, api

2. Bayang-bayang => terbentuk mengikut orientasi objek yang terkena pada cahaya

 

 

e) Campuran
Jenis-jenis campuran

1. Bahan Terapung Dan Tenggelam => Serbuk Besi Dengan Serbuk Kayu – Asingkan Guna Air

2. Larut Dengan Tidak Larut => Pasir Dengan Gula – Asingkan Guna Air Dan Kertas Turas.

3. Saiz Kecil Dan Besar => Daun Kering Dengan Tepung – Asingkan Guna Penapis

4. Bahan Magnet Dengan Bahan Bukan Magnet => Serbuk Besi Dengan Serbuk Kaca – Asingkan Guna Magnet

 

 

LATIHAN :

 

 

 

Adik Athirah lebih fokus selepas ambil Home Tuition!


Puan Aniza yang menetap di Seksyen 8, Bangi mengambil perkhidmatan di sebuah pusat tuisyen di luar untuk anaknya yang bernama Athirah sejak dari tingkatan tiga lagi. Tetapi anaknya kurang fokus semasa belajar di pusat tuisyen kerana guru pusat tuisyen tersebut mengajar secara beramai-ramai .

 

Sebelum mengambil Home Tuition, keputusan adik Athirah biasa-biasa sahaja dan Puan Aniza mencari guru untuk datang ke rumah kerana ia lebih mudah untuk anaknya belajar secara one-to-one dan lebih fokus apa yang dipelajari. Adik Athirah yang berumur 16 tahun mengambil subjek Matematik dengan Home Tuition CMN. 

 

Tutor Maslinda banyak membantu adik Athirah semasa sesi pembelajaran sehingga adik Athirah mempunyai peningkatan dalam subjek Matematik baru-baru ini. Tutor banyak memberi tunjuk ajar dan latih tubi kepada Athirah bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan sebenar.

 

Puan Aniza bersyukur kerana anaknya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak mengambil perkhidmatan Home Tuition dengan pihak kami. Kami juga berasa gembira dengan pencapaian adik Athirah.

Kami mendoakan adik berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dan SPM 2020 pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

Baru 2 bulan home tuition, adik Sofia terus ada peningkatan dalam pembelajaran.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

 

Tempoh hari, kami telah berkunjung ke rumah client di Subang Bestari iaitu Puan Marina bagi mendapatkan feedback berkenaan perkhidmatan home tuition kami sebagai persediaan awal untuk anaknya bagi menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Puan Marina adalah ibu kepada Ainin Sofia atau mesra dipanggil Sofia yang merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari. Adik Sofia adalah seorang yang pemalu, jadi ia menjadi satu cabaran untuknya bergaul dalam kumpulan yang besar dan bertanya soalan kepada guru seperti yang selalu dilakukan di pusat-pusat tuition yang lain. Ini boleh menyebabkan adik Sofia ketinggalan dalam pembelajaran.

Tambahan juga, Puan Marina sering bekerja outstation dan sering tiba ke rumah agak lewat. Pusat tuition biasanya bermula pada waktu 8 malam, jadi waktunya agak padat bagi beliau untuk menghantar dan mengambil Sofia dari Pusat Tuition.

 

Alhamdulillah….  pendekatan home tuition dapat membantu menyelesaikan isu ketinggalan dalam pembelajaran dan juga dapat menjimatkan masa dan kos. Ini kerana home tuition menggunakan pendekatan one to one antara tutor dan pelajar. Masa juga bukan lagi satu masalah kerana ianya fleksible mengikut kelapangan masa dan kehendak klien. Puan Marina hanya menekankan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sahaja kerana subjek ini adalah subjek yang penting untuk anaknya skor dalam peperiksaan.

 

Untuk meningkatkan pengetahuan tatabahasa adik Sofia, Cikgu Seriyana menggunakan teknik penekanan dari segi vocab dengan melakukan aktiviti mencari perkataan yang tidak difahami dari akhbar-akhbar bahasa Melayu dan Inggeris. Kemudian tampal di dalam buku nota untuk dicari maksudnya dari Kamus. Cara ini dapat membantu adik Sofia memperbanyakkan lagi vocab dalam tatabahasa dan juga dapat digunakan ketika membuat karangan.

Jadi disebabkan itu, adik Sofia sudah menunjukkan peningkatan dan minat pembelajaran dalam masa hanya 2 bulan sahaja.

 

Oleh itu, Kami mendoakan kejayaan adik Sofia dalam peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

 

 

 

Ingin mengetahui kisah selanjutnya, boleh tonton video dibawah ;

5 TIPS Persiapan Terakhir Persediaan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 

[PERHATIAN] kepada calon-calon yang akan mengambil peperiksaan BESAR pada tahun ini..

Dah buat persiapan AKHIR ke adik-adik semua?

Disini kami ingin berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan semasa menghadapi UPSR, PT3 dan SPM

  1. Buat jadual ulangkaji secara terperinci, tarikh, subjek yang ingin diulangkaji, beberapa topik untuk di ulangkaji dalam jangka masa sehari. Dengan cara yang sedemikian, orang sekeliling anda akan perasan yang anda sedang fokus untuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
  2. Mulakan ulangkaji di awal pagi setiap hari, contohnya 8 pagi atau ketika dalam kenderaan menuju ke sekolah atau selepas solat subuh supaya anda tidak terasa terkejar dengan masa yang berlalu.
  3. Mengulangkaji secara berkumpulan dengan memanggil kawan-kawan anda untuk mengulangkaji bersama. Setiap orang perlu memahami topik dan perlu menerangkan setiap topik yang telah dipelajari kepada kawan-kawan. Cara ini akan membuat kita lebih faham dan mudah ingat apa yang kita belajar sewaktu peperiksaan.
  4. Memastikan semua alat tulis mencukupi dan persiapan seperti baju sekolah, tudung telah digosok pada awal waktu dan menjaga waktu solat pada awal waktu agar urusan kita berjalan dengan lancar semasa menghadapi peperiksaan.
  5. Mendapatkan restu ibu bapa dan memohon pada Allah agar dipermudahkan urusan untuk menjawab kertas peperiksaan.

Akhir sekali, setelah adik-adik membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan :

USAHA – kamu hendaklah berusaha sehabis mungkin untuk menguasai topik-topik yang lemah dan bertanya pada yang cikgu atau kawan yang tahu tentang topik tersebut.

DOA – setelah membuat persiapan kita hendaklah berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan untuk menjawab soalan dengan hati yang tenang.

TAWAKKAL – kita perlulah bertawakkal kepada Allah atau berserah diri setelah kita berusaha dan berdoa padaNya. Sesungguhnya, Allah yang memudahkan sesuatu dan beri kejayaan pada kita semua.

 

 

Kami mengucapkan Selamat Maju Jaya pada semua yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Semoga kejayaan milik kamu semua :)

‘TIADA YANG MUSTAHIL JIKA INGIN BERJAYA”

 

[Kisah Inspirasi] Mengapa Pelajar Ini Berhenti Home Tuition dan Sambung Semula?

[IBU BAPA PRIHATIN] MENGAPA PUAN INI DAPATKAN KEMBALI HOME TUITION UNTUK ANAKNYA SETELAH BERHENTI KERANA TUISYEN SEKOLAH? DAN AKHIRNYA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG!

.

.

.

Biasa kami dengar ramai ibu bapa berkata…

.

“Kat sekolah dah buat tuisyen… jadi saya tak nak teruskan home tuition untuk anak. Tak ape la, tuisyen sekolah saja cukup.”

.

.

Jom kami ceritakan sebuah kisah benar tentang seorang ibu yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

.

.

Sebelum ini, Puan Wana telah mengambil perkhidmatan home tuition untuk anak beliau yang nak UPSR tak lama lagi, tetapi telah memberhentikannya kerana di sekolah anaknya, disediakan kelas tuisyen tambahan selepas waktu sekolah.

.

Setelah berhenti Home Tuition, prestasi anaknya makin lama makin menurun sehinggakan anaknya mendapat hanya 1A 2B 1C 1D dalam peperiksaan.

.

Sedih dan kasihan melihatkan keputusan anaknya, serta menyedari keperluan home tuition untuk anaknya, Puan Wana telah menghubungi kami kembali untuk mengambil semula perkhidmatan home tuition untuk anaknya.

.

.

Suatu hari selepas percubaan UPSR…

”ANAK SAYA DAPAT 4A DALAM PERCUBAAN UPSR!”

.

Alhamdulillah! Tahniah!!

.

.

Anak Puan Wana ada berkongsi perbezaan antara home tuition dengan tuisyen sekolah.

.

Katanya keduanya amat berbeza kerana di sekolah agak sukar untuk berkomunikasi dengan guru kerana guru perlu mengajar ramai pelajar,

berbeza dengan home tuition… mudah untuk berkongsi pendapat dan bertanya soalan dengan tutor kerana home tuition lebih berfokus kepada 1 pelajar atau hanya kumpulan kecil.

.

.

Puan Wana juga menyarankan home tuition kerana:

✔️ lebih mudah untuk belajar dan ulangkaji

✔️ lebih mudah untuk faham

✔️ mudah untuk berkomunikasi bersama tutor

.

.

===

Anda seorang ibu atau bapa yang ada anak masih bersekolah❓

Teringin berikan sesuatu yang istimewa untuk masa kini dan masa depan anak yang lebih cerah❓

Atau anak anda memang ada luahkan rasa perlukan bantuan untuk belajar di rumah❓

.

.

Anda ada ISU ini?

.

✘ Anak jenis yang kurang boleh tumpu perhatian atau malu bertanya dalam kelas yang ramai?

✘ Anak malas atau bosan ke sekolah kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan?

✘ Anda tak dapat ajar anak di rumah kerana kekangan masa, tidak tahu cara yang betul atau tidak tahu silibus?

✘ Anda segan dengan kawan atau saudara sebab anak tak score atau asyik gagal je?

.

Nak kami bantu anak anda alami pengalaman belajar dengan lebih selesa & seronok di rumah?

.

.

SIAPA KAMI?

.

.

Rangkaian CMN Education Group berdiri teguh di bawah CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

.

Kami membantu ibu bapa & anak2 untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik & Al-Quran, menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition, Quranic Home Based serta Mengaji Online.

.

Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

.

Kami telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018, dan Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian & pengiktirafan di dalam mesyuarat National STEM Movement.

.

Bestnya Home Tuition Mentoring!

.

📌 Tutor/Guru datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.

📌 Fokus hanya kepada anak anda, 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.

📌 Masa yang lebih Fleksibel

📌 Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri

📌 Lebih komited – ada jadual & berbayar

.

.

APA KATA IBU BAPA & PELAJAR KAMI?

.

.

Klik link ini untuk lihat antara testimoni & keterujaan mereka yang telah mendapatkan bantuan dari tutor kami.

BERMINAT?

Whatsapp ‘NAMA_HTMB_Kawasan’ ke 011-32742922

Mengukuhkan Fakta Sains Tahun 4: Soalan UPSR Sains Kertas 2 (SIRI SATU)

Pada minggu ini, kami ingin mengupas tajuk-tajuk tahun 4 yang masih belum disoal dalam Kertas 2 Sains UPSR dari 2016 hingga 2018

berdasarkan analisa setiap tahun akan ada 2 soalan akan dibina dari tajuk tahun 4..

Pada tahun 2016 soalan Kertas 2 Sains diambil dari tajuk tahun 4 iaitu Pengukuran Masa ( Tahun 4) dan Faktor Pengaratan ( Tahun 4).

Pada tahun 2017 soalan dari tahun 4 pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan Teknologi.

Pada tahun lepas pula, soalan dari tahun 4 adalah dari tajuk Kadar Penafasan ( Tahun 4 ) dan Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari ( Tahun 4)

Jadi tajuk mana yang masih belum disoal? Mula-mula kita senaraikan tajuk-tahun 4 dahulu.. Keseluruhannya Sains Tahun 4 ada 8 tajuk besar, Namun Tajuk Sistem Suria telah 2 kali disoal tetapi menggunakan tajuk Kecil yang berbeza dalam Sistem Suria…

Tajuk besar Yang Tidak Pernah Disoal Lagi dalam Kertas 2 Sains sehingga kini adalah
1. Proses Hidup Haiwan 
2. Proses Hidup Tumbuhan 
3. Sumber Bahan

Jadi dalam SIRI SATU ini cikgu akan bincangkan 2 tajuk penting yang sering Calon-calon UPSR Lupa adalah dari tajuk Tahun 4 iaitu Proses Hidup Haiwan Dan Proses Hidup Tumbuhan..

Image result for organ pernafasan haiwan

😻 PROSES HIDUP HAIWAN

🐈 Organ Pernafasan Haiwan ( P SIK)

P ► Peparu

S ► Spirakel

I ► Insang

K ► Kulit lembap

🐳 Haiwan yang bernafas dengan Peparu:
Kucing, Burung, Ular, Lembu, Buaya, Paus, Gajah

🐌 Haiwan yang bernafas dengan Kulit Lembap:
Lintah, Cacing Tanah, Siput gondang,

🐠 Haiwan yang bernafas dengan Insang:
Ikan, Ketam, Udang, Berudu, Pari

🐛 Haiwan yang bernafas dengan Spirakel:
Belalang, Lipas, Nyamuk, Beluncas, Semut

🐸Haiwan yang bernafas dengan Dua organ Peparu dan Kulit Lembap :
Katak, Salamander, Newt

~~~~

Image result for proses hidup tumbuhan

 

 

🌳 PROSES HIDUP TUMBUHAN

🌴 Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan (GAS C):-

G ► Graviti (Akar dan Pucuk)

A ► Air (Akar)

S ► Sentuhan (Daun)

C ► Cahaya matahari (Pucuk)

 

Image result for proses fotosintesis
🌱 Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri

🌻 Keperluan dan Hasil Fotosintesis (CAKK ► OK)

C ► Cahaya Matahari

A ► Air

K ► Karbon Dioksida

K ► Klorofil

O ► Oksigen

K ► Kanji

Info: Kalium Hidroksida menyerap Karbon Dioksida menyebabkan fotosintesis tidak berlaku..

Kenali Cara Pembelajaran Anak Anda

Adakah anda perasan bahawa setiap anak-anak mempunyai berbeza cara pembelajaran dan cara mereka untuk memahami sesuatu perkara? Menurut kajian Howard Gardner dari Havard School of Education, setiap manusia mempunyai lebih dari 1 Multiple Intelligence yang berbeza setiap seorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenali cara pembelajaran anak anda dengan lebih berkesan supaya dapat mendidik mereka mengikut minat dan potensi yang ada dalam diri mereka.

Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,

 

1. Spatial

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Aanak-anak yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir secara visual dan perlu membina gambaran imej untuk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Pembelajaran anak-anak ini harus lebih kepada imej visual yang bergerak dan bersuara.
Kemahiran mereka termasuk:
Menyelesaikan ‘puzzle’, memahami carta dan graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna, memanipulasikan imej, membina, memasang dan mereka bentuk objek.
Kerjaya/bidang yang mungkin diminati:
Pereka Cipta, Arkitek, Pereka Dalaman, Mekanik dan Jurutera.

2. Logical-reasoning

Kebolehan menggunakan sebab, logik dan nombor. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang ada. Anak-anak ini sentiasa ingin tahu tentang keadaan persekitaran, banyak soalan dan suka melakukan eksperimen. Mereka akan sentiasa bertanyakan kenapa sesuatu itu terjadi dan mengharapkan jawapan yang dan difahami oleh mereka.
Kemahiran mereka termasuk :
Menyelesaikan masalah, memahami konsep abstrak dan mengaitkannya dengan konsep-konsep lain, melakukan eksperimen, suka menyoal, ingin tahu lebih mendalam tentang kejadian-kejadian semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yang kompleks.
Kerjaya yang boleh diceburi :
Saintis, Jurutera, Pengkaji, Akauntan, Ahli Matematik.

3. Bodily-Kinesthetic

Kebolehan mereka adalah mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dengan baik. Anak-anak ini boleh menonjolkan sifat dan sikap diri mereka melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yang baik. Mereka mampu mengingati dan memproses maklumat melalui interaksi dengan ruang di sekeliling. Untuk mengajar mereka, lebihkan kepada aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar yang boleh menggunakan pergerakan tubuh badan mereka dengan aktif.
Kemahiran mereka termasuk :
Menari, bersukan, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, ‘miming’, menggunakan tangan untuk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan.
Kemungkinan kerjaya :
Atlit, Guru Pendidikan Jasmani, Pelakon, Bomba, Artis

4. Musical

Kebolehan menghasilkan dan menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Anak-anak ini segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yang mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhadap bunyi- bunyi persekitaran seperti loceng, cengkerik, titisan air. Anak-anak ini lebih senang untuk menghafal dan belajar melalui bunyi seperti lagu atau CD. Contohnya, mereka ini lebih senang dan cepat belajar membaca Al-Quran melalui suara. Untuk pembelajaran yang lain seperti buku teks mereka lebih senang untuk merekodkan suara mereka dan mendengar semula berkali-kali.
Kemahiran termasuklah :
Menyanyi, Bersiul, Bermain alat muzik, memahami struktur & ritama muzik.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Muzik, Penyanyi

5. Interpersonal

Kecerdasan interpersonal adalah keupayaan untuk memahami dan berinteraksi secara berkesan dengan orang lain. Anak-anak ini berkeupayaan untuk berkomunikasi dan peka terhadap mood seseorang itu. Para guru, pekerja sosial, pelakon, dan ahli politik semuanya mempamerkan kecerdasan interpersonal. Pembelajaran anak-anak ini sangat senang kerana mereka akan cepat mempelajari melalui sentuhan dan percakapan yang lemah lembut. Hanya dengan duduk disebelah dan mengajar mereka boleh membuatkan mereka fokus dalam pembelajaran.
Kemahiran termasuk :
Menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, Menilai corak pemikiran, Memahami peranan dalam perhubungan dengan orang lain.
Kemungkinan kerjaya :
Ahli Teori, Ahli Falsafah, Pakar Psikologi

 

 

6. Linguistic

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis.  Anak-anak dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi. Mereka lebih senang untuk menghafal sesuatu dengan membacakan atau menceritakan semula kepada orang lain perkara yang ingin mereka ingati.
Pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca, itulah mereka. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi dalam pemikirannya.
Kemungkinan kerjaya :
Pensyarah, Wartawan, Penyunting, Penulis Skrip dan Novelis.

7. Intrapersonal

Berbeza dengan Interpersonal yang boleh memahami diri orang lain, Intrapersonal mempunyai kelebihan untuk memahami diri sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Anak-anak anda mungkin tidak memahami orang lain tetapi mereka sangat memahami diri sendiri.

Secara keseluruhannya, anak-anak yang mempunyai kecerdasan Intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Anak-anak yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya anak-anak dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Ibu bapa boleh memahamkan anak-anak anda dan memberikan mereka ruang untuk melakukan ulang kaji tetapi harus sentiasa memastikan mereka fokus dari masa ke semasa untuk mengelakkan mereka termenung.

 

Kemungkinan kerjaya :

Pemimpin, Ahli Falsafah, Pendeta dan Pemikir

 

 

8. Naturalist

Kecerdasan naturalis menunjuk keupayaan anak-anak serta kepekaan terhadap dunia semulajadi (awan, tumbuhan, alam sekitar).

Ibu bapa mestilah menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai iaitu dengan meletakkan beberapa tumbuhan kecil yang boleh dijaga di dalam rumah. Ia akan meransang minat dan fokus anak-anak tersebut kerana anak-anak itu akan berasa selesa dikelilingi alam semula jadi. Anak-anak yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.

 

Kemungkinan kerjaya :

Ahli Biologi, Zoology, Penanam, Ahli botani, Perancang Bandar, Ahli Geologi

 

 

9.Existential

Anak-anak ini mempunyai pemikiran yang sangat mendalam dan sering memikirkan perkara yang tidak selalu terlintas di dalam fikiran anak-anak yang lain. Kepekaan dan keupayaan untuk menangani soalan mendalam tentang kewujudan manusia, seperti makna kehidupan, mengapa kita mati, dan bagaimana kita sampai di sini.

Anak-anak ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ibu bapa boleh memberikan bahan bacaan yang boleh meransang minda mereka delnagn lebih mendalam seperti buku Astronomi.

Kemungkinan kerjaya :

Pengkaji, Ahli Sainstis

 

Mudah Mengajar Anak Cepat Membaca

Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca. Tapi jangan bimbang, di sini kami sediakan tips tentang cara ajar anak membaca. Jom kita buat!

Tip #1 : Mula Seawal Mungkin

Untuk ajar anak membaca dengan cepat, anda perlulah menanam minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi. Walaupun tidak dapat membunyikan apa-apa huruf, mereka masih dapat memahami konsep membaca.

Ini dapat membiasakan mereka dengan buku, di samping membina hubungan kita dengannya.

Tip #2 : Bacakan Buku Kepada Mereka

Anak-anak umur 3 tahun ke atas dapat dibantu memahami coretan di atas kertas dan dapat difahami oleh mereka dengan membacakan perkataan-perkataan itu kepadanya.

Bacalah sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambah masa apabila usia meningkat. Sasarkan sebanyak 3-4 buah buku sehari. Pastikan pilihan buku yang mendapat respon paling menceriakan. Libatkan mereka ketika membaca seperti menyelak muka surat.

Tip #3 : Baca Dengan Kefahaman

Salah satu cara ajar anak membaca dengan cepat adalah melalui jadikan tujuan membaca untuk kefahaman, bukan sekadar membunyikan perkataan.

Tanya soalan agar mereka dapat berinteraksi dengan buku dan membantu kefahamannya. Bagi bayi, tanya apa yang dapat dilihat dalam buku seperti: “Anisa nampak kucing?” sambil menuding gambar kucing.

Apabila meningkat usia, mintalah dia tunjukkan gambar-gambar dalam buku. Pada usia 2 atau 3 tahun, tanya soalan sebelum, semasa dan selepas buku dibaca.

Jika berkaitan dengan perasaan, tanyakan jika dia pernah merasakan perasaan itu. Tanyakan juga tentang gambar-gambar dalam buku seperti; “Eh besarnya rumah ini. Cantik tak Ahmad?

Tip #4 : Pilih Bahan Bacaan

Bahan bacaan amat penting dalam proses membaca. Berikan bahan bacaan yang sedikit mencabar tetapi mampu dibaca oleh anak-anak. Kita juga boleh memilih buku asas tulisan jawi bagi tambahan buku huruf dan buku Iqra’ bagi mengajar mereka mengaji.

Tip #5 : Gunakan Sebanyak Mungkin Deria

Anak-anak lebih mudah dan cepat belajar apabila ke semua derianya digunakan. Apabila menunjukkan minat terhadap huruf, jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan derianya yang lain.

Libatkan bunyi-bunyian huruf sambil bertepuk tangan atau mengenal dan menggunting huruf-huruf daripada keratan akhbar. Kenalpasti aktiviti yang paling mereka gemari dan gunakannya selalu untuk pelajaran seterusnya.

Tip #7 : Jadilah Contoh Terbaik

Ingat pesanan ini:

“anak-anak yang teruja dengan buku akan luntur minatnya jika tidak melihat contoh di rumah.”

Pastikan kita masih membaca di hadapannya untuk beberapa minit sehari. Bacalah majalah, buku masakan, novel mahupun al-Qur’an.

Tunjukkan membaca adalah sesuatu yang juga dilakukan oleh orang dewasa. Bagi anak lelaki, pastikan bapa menjadi contoh. Kita sering terlupa mereka lebih mudah belajar melalui contoh. Jadi, ambillah bahan bacaan dan bacalah, demi anak-anak!

Tip #8 : Bersabar dan istiqamah

Apa jua kaedah, pastikan ia konsisten serta dilakukan dengan tenang dan ceria. Hindarkan tekanan terhadap anak-anak kerana ia juga akan menyebabkan kita tertekan.

Jika tiada perkembangan ketara, janganlah berputus asa. Teruskan mengajar anak-anak dalam 10 – 15 minit sehari-hari secara konsisten. Ini lebih berkesan daripada sesi 2 – 4 jam sehari kemudian berhenti beberapa hari. Kekalkan fokus kita kerana yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dan berkesan.

Tips Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR 2019

Mungkin sebab kurang kesedaran mengenai kepentingan Percubaan UPSR yang bakal dijalankan tidak lama lagi menyebabkan calon-calon UPSR 2019 ini tidak langsung kelihatan BERSEDIA dan BERSEMANGAT untuk menduduki Peperiksaan PERCUBAAN UPSR.

Berikut kami kongsikan kepentingan Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR:-

1. KEPUTUSAN PERCUBAAN ADALAH PENTING.

Calon UPSR mungkin tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya dan Calon ni tidak dapat menduduki Peperiksaan UPSR yang sebenar, Keputusan Percubaan UPSR adalah sumber Rujukan utama yang digunakan oleh pihak Sekolah Menengah untuk menentukan kelas mereka…

2. BATU PENGUKUR KEMAMPUAN.

Sebut saja Murid Calon UPSR akan ada soalan yang sering ditanya kepada mereka iaitu berapakah keputusan Percubaan mereka. Sebenarnya Calon-calon boleh menggunakan keputusan UPSR sebagai pengukur kekuatan dan kelemahan untuk berjaya lebih baik dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar. Pastinya anda ingin mendapat keputusan yang lebih baik.

Jika keputusan Percubaan anda kurang Cemerlang, anda masih ada masa untuk membetulkan kesilapan dalam Percubaan.Jika anda mendapat Keputusan yang Cemerlang, anda boleh mengambilnya sebagai satu Cabaran untuk memastikan keputusan yang sama bakal anda perolehi dalam Peperiksaan UPSR yang sebenar.

3. LATIHAN PEPERIKSAAN SEBENAR.

“Trial” adalah satu latihan kepada Calon UPSR untuk menduduki Peperiksaan Awam buat pertama kali. Latihan ini akan mengajar anda dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi Peperiksan yang sebenar…

Dalam latihan ini, soalan-soalan Percubaan biasanya sukar dan hampir menyerupai Soalan Sebenar. Anda boleh ambil kesilapan yang anda buat semasa menjawab soalan Percubaan ini sebagai PENGAJARAN yang dapat membantu anda mendapat Keputusan Yang lebih baik nanti…

4. MEMBINA SEMANGAT.

Keputusan ‘Percubaan’ ini akan memberi impak pada diri calon-calon UPSR itu sendiri. Anda boleh bayangkan betapa semangatnya bila mendapat Keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan Percubaan UPSR. Semangat untuk memastikan kekal mendapat Keputusan CEMERLANG dalam peperiksaan UPSR yang sebenar…

Bagi Calon-calon yang mendapat Keputusan ‘Percubaan’ yang kurang CEMERLANG. Baki masa sebelum tarikh UPSR ini boleh digunakan sebaiknya untuk membaiki kelemahan anda serta Berusaha untuk mendapatkan keputusan yang CEMERLANG dengan bersungguh-sungguh..

 


Keputusan UPSR penting bagi mereka yang tahu menilai penat lelah belajar selama 6 Tahun di Sekolah Rendah. Jika anda masih berdegil menyatakan bukan keputusan UPSR itu yang diutamakan maka kami tidak mampu berkata apa-apa…

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang kami rasakan perlu murid-murid ketahui untuk Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2019:-

✎ Pastikan jadual Peperiksan Percubaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.

✎ Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.

✎ Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat “SAYA BOLEH LAKUKAN!” Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.

✎ Sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam – 2 batang, pemadam – 2 butir, peraut pensil – 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris – 1 batang pendek dan sebatang lagi yang panjang, pen – 2 batang dan set geometri – jika perlu dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

✎ Mohon ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.

✎ Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

✎ Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak.

✎ Pastikan sampai awal ke sekolah. Usah berbincang sebelum masuk dewan Peperiksaan.

✎ Dengar arahan daripada guru betul-betul. Pastikan baca arahan pada kertas soalan.

✎ Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar.

✎ Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.

✎ Terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan.

✎ Beri masa untuk semak setiap jawapan. Sediakan masa dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.

 


PANDUAN UNTUK TERUS CERGAS SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

💣 Tarik nafas – Duduk secara tegak dan tarik nafas dalam-dalam supaya banyak oksigen dapat masuk ke tubuh untuk menghasilkan tenaga.

💣 Tidur yang cukup – Tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari.

💣 Pilih suasana yang selesa dan tenang- belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup dan berehat sebentar di luar untuk mendapat cahaya semula jadi.

Semoga dengan perkongsian kami ini dapat membuka mata Calon-calon UPSR terutamanya anak-anak murid kami tentang kepentingan Keputusan Percubaan UPSR. Semoga tips-tips menghadapi Percubaan UPSR dapat digunakan oleh Calon-calon UPSR 2019.