masih ragu-ragu tentang bacaan al-quran anda?

nak kuasai bacaan al-quran yang betul & khatam dengan cemerlang?

Quranic Online Based adalah program secara online yang membantu anda dan keluarga, sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa untuk membentuk pengajian al-quran atau iqra secara berimpak melalui cara pembelajaran yang lebih mudah & seronok, seterusnya dapat Membaca & khatam dengan yakin serta cemerlang.

“Mak teringin baiki bacaan Al-Quran, nak…” bisik mak dalam hati.

“Saya terkilan sangat sebab tak dapat baca Yasin bila ayah saya meninggal dunia tempohari, sebab tak pandai baca Al-Quran.”

“Sedih rasa bila tengok semua orang pandai baca Al-Quran dalam TV.”

Pernahkah anda terfikir jika ini terjadi kepada diri anda? Apa yang akan anda lakukan?

Ini yang anda/keluarga akan dapat:

  • Mengaji Al-Quran/Iqra/Muqaddam – mengikut tahap pembacaan
  • Tambahan Tajwid/Fardhu ‘Ain /Pendidikan Islam
  • Kami memantau setiap perjalanan kelas & kemajuan pelajar melalui laporan penilaian pelajar dari tutor
  • Kami menyediakan sesi kelas yang selamat, boleh diakses oleh pelajar dari mana saja.
  • Masa yang lebih fleksibel, dengan lebih penjimatan

Apa pendekatan menarik dalam quranic online based?

  • Multi-Way Communication : pelajar boleh bertanya & berinteraksi tanpa segan.
  • Laporan Penilaian : pelajar boleh bertanya & berinteraksi bila-bila masa dengan Tutor Funtastic.
  • Mudah diakses di mana sahaja : memudahkan pelajar dari seluruh Malaysia belajar tanpa sempadan, tanpa perlu keluar rumah.
  • Tutor yang dipilih & dilatih : pembelajaran yang seronok & berimpak.
  • Kaedah Flipped Classroom : mengoptimumkan masa pelajar untuk belajar tanpa mengira masa dan lokasi.

Suasana pembelajaran

Quranic Online Based sesuai untuk...

  • Warga emas yang tak mampu keluar rumah atau segan belajar di tempat yang ramai orang
  • Sesiapa yang mempunyai salah satu masalah :
    • nak baca al-Quran tapi tak kenal huruf atau tanda baca
    • pendiam, malu, takut dan tak confident nak bertanya kepada guru dalam kelas yang ramai
    • agak lambat tangkap atau faham sesuatu pelajaran
    • anak tak fokus atau serius belajar jika ibu bapa yang mengajar sendiri
    • tiada teman atau pengajar untuk bantu semak bacaan di rumah
    • mempunyai masalah kesihatan atau kerjaya yang menyebabkan tidak dapat keluar rumah atau hadir ke kelas tetap
  • Anda yang bekerja, letih atau kurang masa nak hantar ibu bapa/anak ke tempat mengaji
  • Anda yang kurang yakin dengan bacaan sendiri, ilmu tajwid, dan pendekatan yang sesuai untuk mengajar anak mengaji

FAQ

Masa dan hari kelas boleh ditentukan dalam perbincangan awal. Sebarang perubahan kemudian boleh dibuat dengan perbincangan bersama antara tutor dan anda, dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

Kami pernah mengendalikan kes pelajar mild disleksia, mild autism dan yang agak lambat dalam menerima pembelajaran.

Pihak kami dan tutor akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak anda. Berdasarkan pengalaman dengan pelajar kami, pelajar biasanya akan mengalami peningkatan dalam kefahaman, komunikasi dan pembelajaran. Kami tidak janji untuk pelajar cepat khatam al-Quran jika pelajar masih di tahap Iqra atau bacaan masih banyak perlu dibaiki. Atas usaha bersama antara pihak kami, tutor, pelajar dan anda, kami yakin, pelajar akan ada peningkatan yang ketara.

Caj tambahan hanyalah cas pendaftaran RM25/pelajar sekali untuk seumur hidup.

Tutor kami terdiri daripada ustaz/ustazah bertauliah dan bukan ustaz/ustazah bertauliah. Walaubagaimanapun, semua tutor wajib menjalani temuduga dan latihan berkala diberikan untuk meningkatkan cara pendekatan supaya lebih kreatif dan fleksibel semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai jenis pelajar.

Tutor kami mengajar kebiasaannya berdasarkan tahap pelajar. Contohnya, walaupun umur 60 tahun, tak semestinya terus membaca al-Quran. Jika bacaan tidak begitu baik atau kurang mengenal huruf, mungkin perlunya dimulakan dengan bacaan Iqra atau Muqaddam dahulu.

Kebiasaannya kami memberi 2 atau 3 pilihan tutor yang available dengan masa & hari cadangan anda. Jika tutor anda ingin berhenti, tutor perlu maklumkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tamat tugas. Kami akan uruskan penggantian tutor dalam masa tersebut.