Tiada Aktiviti yang Ingin Dilakukan Semasa Cuti Sekolah?
Hai, assalamualaikum semua. Ibu bapa diluar sana sudah ada perancangan sempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi?
Jika belum, kami disini ingin berkongsi idea dan cadangan untuk memenuhi masa anak-anak tuan puan dengan perkara yang bermanfaat sewaktu cuti sekolah. Antaranya ialah :
1. Melakukan kerja amal
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Gotong-royong di halaman rumah pun boleh menjadikan sebahagian daripada aktiviti semasa cuti sekolah.
2. Melukis, membaca, bermain alat muzik, tarian
Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.
Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
3. Program Cuti Sekolah
Program Cuti Sekolah juga banyak dianjurkan semasa cuti sekolah. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba ibu bapa juga boleh mengisi masa lapang anak anda untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak luar.
Ia boleh membantu anak anda untuk mengenali suasana sewaktu program dan boleh mengenali rakan-rakan baru sewaktu program berlangsung. Contohnya, pergi Kem Kembara Cuti Sekolah dan melawat tempat-tempat menarik seperti Muzium Negara dan Petrosains di KLCC.
Menarik bukan?
Kami juga akan mengadakan Program Open Day pada bulan 12 nanti. Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan semasa program berlangsung. Program yang bermanfaat yang boleh diikuti oleh anak-anak tuan puan untuk menambah ilmu pengetahuan sambil melakukan aktiviti yang menarik berkenaan STEM (Pembelajaran secara Inkuiri) menggunakan bahan-bahan yang menarik digunakan sewaktu pembelajaran.
Dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah. Semoga apa yang kami kongsikan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk memenuhi aktiviti anak-anak anda semasa cuti sekolah.
Yakin Sebelum Berjaya!
Sumber Rujukan : http://uumtv.uum.edu.my/index.php/komuniti/254-10-aktiviti-bermanfaat-ketika-musim-cuti-sekolah