5 TIPS PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH

__

Assalamualaikum & apa khabar semua ?

Hari ini saya nak kongsi dengan adik-adik semua tentang TIPS PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH !

Dengan sedikit persiapan yang saya akan kongsikan adik-adik tentu mampu mempersiapkan diri untuk kembali ke sekolah dengan lebih bersemangat & ceria.

Di bawah terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan

.

.

.

 

  •  Kelengkapan Sekolah

Bila barang sekolah sudah lengkap pastinya kita akan lebih bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.

  • Penampilan Diri

Sebelum memulakan persekolahan, mari kita siapkan diri kita supaya kelihatan kemas & bersih. Bila penampilan sentiasa kemas & bersih kita akan lebih yakin dengan diri sendiri

  • Membuat Jadual Harian

Untuk mendisiplinkan diri adik-adik perlu belajar untuk menjaga masa supaya lebih bersedia.  Antara perkara yang kita boleh masukkan ke dalam jadual adalah jadual waktu bangun pagi, jadual siapkan kerja rumah, bila waktu kita belajar & waktu kita bermain. Kalau waktu cuti kita sudah biasa dengan aktiviti-aktiviti yang santai, jadi kita perlu ada jadual untuk memastikan hari-hari persekolahan lebih tersusun dan masa diisi dengan berfaedah.

  • Ulangkaji Pelajaran

Seeloknya sepanjang cuti sekolah, adik-adik perlu membaca sepintas lalu buku-buku teks yang adik-adik dapat untuk persediaan mereka pada tahun hadapan. Apabila sekolah telah dibuka, adik-adik tidak terlalu terkejut dan terpinga-pinga apabila diajar oleh guru adik-adik. Jangan dilupakan juga latihan-latihan dari pelajaran tahun lepas. Ibu bapa juga perlu berpesan kepada adik-adik supaya tidak tinggal terus pelajaran sepanjang cuti sekolah ini, cukup sekadar hanya membuat beberapa soalan sahaja.

  • Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tahunan pastinya masih baru untuk masyarakat di Malaysia. Kebiasaannya kita akan ke klinik kesihatan apabila adik-adik tidak sihat. Jom kita terapkan penjagaan kesihatan dengan lebih jitu agar adik-adik dapat fokus pelajaran, kehadiran ke sekolah penuh sepanjang tahun dan tidak tercicir sebarang kelas. Cara ini anda boleh lakukan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Terdapat pelbagai pakej pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian tersedia. Lakukan bersama-sama seisi keluarga dan anda akan ketahui makanan tambahan yang anda perlukan dan vitamin yang sesuai akan disarankan.

 

 

 

Cara-Cara Belajar Dengan Berkesan

Peperiksaan merupakan suatu penanda aras tentang tahap pemahaman kita sepanjang tempoh pembelajaran. Oleh itu, semestinya pelajar berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Apabila tibanya musim peperiksaan, para pelajar pastinya menggunakan pelbagai teknik belajar yang sesuai dengan diri masing-masing.

Ketika anda sedang belajar, agak-agaknya berapa yang anda dapat sepanjang anda berada di meja tersebut? Adakah pelajaran itu masuk ke dalam otak anda dengan baik? Ataupun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada cara-cara belajar dengan berkesan dan beberapa tips yang boleh membantu pelajar.

1. Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.

2. Tidur dengan cukup
Ramai yang mengambil langkah untuk berjaga malam jika terdapat terlalu banyak subjek dan tajuk yang perlu di baca dan di ulangkaji. Tetapi, anda tidak semestinya akan dapat A jika anda tidak tidur. Malah ada kaitan rapat antara kekurangan dalam kemahiran berfikir dan sensitif terhadap stress dengan tidur yang tidak mencukupi. Cuba dapatkan masa tidur antara tujuh hingga sembilan jam pada hari-hari sebelum peperiksaan besar supaya usaha anda selama ini tidak menjadi sia-sia.

3. Berikan Badan Rehat

Jika anda belajar untuk beberapa jam dalam satu sesi, pastikan anda mengambil rehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap setengah jam ataupun sejam. Ini boleh membantu peredaran darah ke otak anda, pada masa yang sama boleh memberikan ketenangan kepada fikiran anda. Keadaan tersebut boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda.

4. Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu

Semasa mengulangkaji pelajaran, mulakan dengan subjek yang anda rasa sukar terlebih dahulu. Hal ini untuk memberikan seluruh tumpuan yang masih segar anda kepada subjek yang anda perlu tekankan terlebih dahulu. Kemudiankan subjek-subjek yang anda rasa agak senang untuk skor.

5. Fahami Definisi dan Maksud

Bagi sesetangah subjek, definisi ataupun maksud sesuatu perkataan sangat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan subjek yang banyak memerlukan anda menghafal definisi sesuatu, anda perlu dapatkan pemahaman yang mendalam akan maksud tersebut.

6. Manfaatkan kemahiran mengingat:

  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Gunakan kaedah akronim
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

Amaran

1. Jangan belajar ketika anda tertekan ataupun stress, kerana tidak akan berhasil. Usaha anda akan sia-sia. Adalah terbaik jika anda hilangkan tekanan tersebut sebelum memulakan ulangkaji/belajar.

2. Jangan belajar ataupun ulangkaji sehingga tidak menjaga kesihatan. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan bersukan semasa anda menuntut ilmu.

CARA MUDAH BUAT RANGKA KARANGAN SPM

TEKNIK MENJAWAB

PENULISAN KARANGAN

Untuk menulis karangan , setiap karangan perlu mempunyai :

  1. Pendahuluan
  2. Isi            
  3. Penutup

Saya mencadangkan pelajar menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan x 5 isi = 400 patah perkataan dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan. Jumlah keseluruhan karangan pelajar ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.

Pelajar juga perlu kenal pasti kehendak soalan.

Pelajar perlu baca , faham dan pelajar perlu buat berulang kali . Insyaallah pelajar dapat memperbaiki cara penulisan karangan pelajar.

Formula menulis karangan dengan baik :

PENDAHULUAN
  1. Jelaskan tajuk soalan
  2. Contoh
  3. Hurai soalan
ISI
  1. Siapa
  2. Kenapa
  3. Apa
  4. Bagaimana
  5. Contoh
PENUTUP
  1. Kesimpulan
  2. Harapan
  3. Slogan @ Peribahasa

Peringatan bagi rangka pendahuluan :

Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci.

Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

 

Peringatan bagi rangka isi :

Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

Tidak boleh mengulang isi dalam beberapa perenggan.

 

Peringatan bagi rangka penutup :

Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

Mesti memasukkan ayat harapan.

TAHNIAH BUAT ADIK-ADIK YANG MENGAMBIL PT3 SESI 2019 !!!

Assalamualaikum & Salam sejatera ,

Penantian yang sekian lama dinantikan kini telah pun tiba.

Kini tibalah masanya untuk pelajar, ibu bapa dan warga pendidik menerima keputusan PT3 dengan penuh keredhaan .

Pengumumam keputusan PT3 yang diterima haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran .

Sekalung tinggi penghargaan juga buat pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan PT3 sesi 2019 yang pastinya  merupakan sumber motivasi serta sumber semangat kepada generasi pelapis negara serta pewaris kepimpinan yang akan datang .

 

Tidak lupa juga kepada warga pendidik yang telah berbakti . Semoga apa jua pengorbanan,kesabaran yang tinggi warga pendidik ada ganjaran dan nilai yang besar di sisi Allah SWT .

Sekalung tinggi penghargaan dan syabas juga buat pelajar yang telah mencuba sehabis baik dan sehabis mampu ketika menjawab soalan peperiksaan .

Sudah pasti anda telah mencuba yang sebaik mungkin demi memenuhi impian ibu bapa , para pendidik dan juga orang tersayang untuk mencapai impian dan cita-cita yang diimpikan selama ini .

 

 

Ingin Anak Anda Kuasai Sifir Cara Mudah?

PROGRAM BENGKEL SIFIR JARI 8.0

Kini menemui anda di BANGI

Anak-anak anda masih liat menghafal & tidak minat menghafal sifir ???

Mencari program-program yang betmanfaat untuk mengisi cuti-cuti terakhir persekolahan anak-anak ???

Ibu ayah atau guru-guru tercari-cari kaedah yang unik & inovatif untuk menggalakkan anak-anak menghafal sifir dengan mudah Dan menyeronokkan ???

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Berikut adalah maklumat program :

🏘 LOKASI PROGRAM

CMN Academy
Blok E6, Unit E-6-1,
Bangi Gateway, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

📅TARIKH & MASA PROGRAM

22 Disember 2019
8.00 pagi – 1.00 petang

👬 SASARAN PESERTA

1) Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas
2) Ibubapa/guru/dewasa yang mencari teknik yang sesuai & unik untuk mengajar sifir

••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Apa keunikan bengkel ini ???

🔑 Bengkel ini bakal membongkarkan teknik unik menghafal sifir 1-12 hanya menggunakan jari jemari

🔑 Setiap hafalan menggunakan jari hanya akan mengambil masa lebih kurang 5-10 minit dan insyaallah anak anda boleh menghafal kesemua sifir 1-12 dalam tempoh kurang 1 hari

🔑 Bengkel akan dibimbing oleh pengasas Teknik Sifir Jari Burujkids, Dr Husniza Hussain salah seorang saintis di salah sebuah institusi penyelidikan awam

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

YURAN PENYERTAAN HANYA RM65 SAHAJA‼️
(termasuk buku modul, worksheet, sijil penyertaan & minum pagi)

*Sila bawa alat tulis sendiri

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

📎 TEMPAT TERHAD 50 ORANG PESERTA SAHAJA ‼️ CUKUP 50 ORANG, PENDAFTARAN AKAN DITUTUP SERTA MERTA

📎 DAFTAR SEKARANG

Whatsapp

www.wasap.my/0123019898/daftarbengkelsifirjari8.0

(Pn Madihah)
www.wasap.my/601115524829/daftarbengkelsifirjari8.0

Mohon share kepada kawan-kawan yang berminat

PROMOSI 12.12 !!!

  • [SALE 12:12] HOME TUITION AKADEMIK & MENGAJI 2020. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!
    .
    .
    Anda ada ISU ini?
    .
    .
     
  •  Anak jenis yang kurang boleh tumpu perhatian atau malu bertanya dalam kelas yang ramai…
    .
  • Anak malas atau bosan ke sekolah kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan…
    .
  •  Anda tak dapat ajar anak di rumah kerana kekangan masa, tidak tahu cara yang betul atau tidak tahu silibus…
    .
    atau…
    .
    .
  • Ibu atau bapa anda teringin nak mengaji, tapi anda tiada masa untuk hantar & ambil dari kelas kerana bekerja…
    .
  •  Anda atau ibu bapa segan mengaji di surau kerana tak pandai mengaji & ramai orang…
    .
  •  Mengaji di surau, tapi kejap pergi, kejap tak…
    .
  • Anak main-main bila anda yang ajar mengaji, atau anda tak berapa yakin/tahu…
    .
  • Anda dan keluarga nak privasi untuk mengaji & mudah bertanya soalan yang berkenaan kepada tutor…
    .
    .
    .
    Kami boleh bantu anda, anak & keluarga.
    .
    Bagaimana?
    .
    .
  •  Fokus hanya kepada anak anda, 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.
    .
  •  Tutor/Guru berpengalaman/terlatih datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.
    .
  •  Masa yang lebih Fleksibel
    .
  •  Berpatutan – dapat buat sesuatu yang istimewa untuk anak & diri
    .
  •  Lebih komited – ada jadual & berbayar.

    Dan banyak lagi..
    .
    .
    ‼️Sempena SALE 12:12,
    .
    kami tawarkan anda Baucer PERCUMA sehingga RM70 bagi setiap pendaftaran* 😲🎉
    .
    untuk sesi Home Tuition 2020 atau Mengaji di Rumah 2020
    .
    sebelum 20 Disember 2019!
    .
    .
    Tutor TERHAD. Rebut sekarang!
    Promosi akan berakhir dalam masa 1 minggu 
    .
    .
    #hometuition2020
    #mengajidirumah2020
    #quranichomebased2020
    #anakcemerlang2020
    #CMNAcademy

Funtastic KBAT STEM , Math & Add Maths

Anda seorang PENDIDIK?
Mengajar subjek Matematik atau Add Maths?
Pelajar nampak BOSAN atau lambat tangkap bila anda mengajar?
Tak tahu bagaimana nak mengajar dengan lebih MENARIK?
Nak kembangkan lagi cara pengajaran supaya pelajar ‘SAYANG’ anda?
Kami membawakan khas kepada anda…
Buat julung kalinya…
Workshop 100% Hands on Activities
FUNTASTIC KBAT STEM
MATHS & ADD MATHS EDITION
+ TEKNIK PENGAJARAN & APLIKASI Maths & Add Maths yang menarik
+ Pelbagai EKSPLORASI & AKTIVITI MENARIK akan dikongsikan dan dibuat bersama
+ Anda akan rasa mengajar Maths & Add Maths ni BEST & tak lah susah sangat

KAMI BAWAKAN SPEAKER YANG MERUPAKAN EX-ENGINEER SERTA AMAT BERPENGALAMAN DALAM PEMBELAJARAN ADD MATHS SECARA HANDS ON & SERONOK UNTUK BERKONGSI DENGAN ANDA!

 

SIR RAJINDER SINGH

 

PENCERAMAH PEMBELAJARAN ADD MATHS BERPENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN,

PENGASAS RS HOME EDUCARE DAN TUTOR BERPENGALAMAN LEBIH 26 TAHUN

PENGALAMAN MENGADAKAN BENGKEL & SEMINAR:

– Sri Dasmesh International School
– International Holistic School (IHS)
– Institut Quran Kuala Lumpur
– PPD Rompin
– PPD Kuala Selangor
– ACS Ipoh
– St John KL
– SMK Seri Bintang Utara KL
– SM Sains Banting
– SM Clifford Kuala Lipis Pahang
– SMK Bukit Jelutong

RAJINDER SINGH ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI TUTOR RAJ MERUPAKAN SEORANG BEKAS JURUTERA KIMIA YANG BERDAFTAR DENGAN BOARD OF ENGINEER MALAYSIA (BEM). BELIAU JUGA MERUPAKAN AHLI NATIONAL COUNCIL OF TEACHERS OF MATHEMATICS USA (NCTM).

Image may contain: 24 people, people smiling, people standing

Berpengalaman di dalam bidang Proses Kejuruteraan, ianya memberikan kelebihan kepada beliau apabila mengendalikan seminar atau kelas yang menekankan aktiviti hands-on yang menarik serta memukau pesertanya.
Pendekatan pedogogi yang menarik di dalam kelasnya, telah menarik minat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjemput beliau sebagai ‘Pakar Pembangunan Model’ di dalam Bengkel Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM).
Seminar beliau, Process Skills in Problem Solving sentiasa mendapat maklumbalas yang mengujakan daripada peserta dengan memberikan anjakan paradigma terhadap keindahan sesuatu masalah yang diutarakan. Malahan maklumbalas yang sama juga diterima oleh daripada guru-guru yang menghadiri sesi Seminar Penyelesaian Masalah di PPD Rompin baru baru ini.
Selain daripada bergiat cergas didalam bidang pendidikan, beliau juga bergiat aktif bersama RS Universal Training dalam mengendalikan Team Building, Adventure Camp serta Leadership Camp untuk golongan pelajar bagi pihak Persatuan Belia Sikh Malaysia (SNSM).
Beliau juga telah dijemput untuk menjalankan Bengkel bersama Guru-guru Sains & Matematik di bawah PPD Rompin & PPD Kuala Selangor dalam Bengkel Funtastic KBAT STEM bersama Team CMN Academy

SIAPAKAH CMN ACADEMY?

 

CMN Academy berdiri teguh bagi membantu ibu bapa & anak-anak untuk meneroka pembelajaran yang bermutu dan mengalami peningkatan dalam pembelajaran Akademik menerusi bimbingan secara personal; Home Tuition & Online Tuition dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini.
Image may contain: 6 people, people smiling, glasses
Kami telah membantu lebih 1120 ibu bapa dan pelajar di seluruh Malaysia dalam pembelajaran secara berfokus dan menyeronokkan menerusi pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini serta lebih 1000 database Tutor di bawah kami.
Kami juga sering melakukan pelbagai R&D untuk menghasilkan modul & teknik pembelajaran yang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting and indoor
CMN Academy telah dianugerahkan Silver Award for Computational Thinking Games Design 2018 di The 1st National STEM Seminar 2018 di Universiti Malaya.
Modul STEM Funtastic Sains & Matematik diberi pujian sehingga kami diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu STEM Partners dalam National STEM Movement untuk membantu mengembangkan bidang STEM di kalangan pelajar di Malaysia.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Selain itu, Modul Funtastic menerima 2 Silver Award di ‘Teachers Innovation Carnival’ (T-NOVATE 2018) di UIA dan EDUINNOVATION 2018 di UKM selain menerima pujian semasa pembentangan bersama PPD & JPN semasa pembentangan di Seminar Antarabangsa Pendidikan (ProSET) di Unisel.
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and indoor
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting
Kami telah dijemput untuk berkongsi bersama Pelajar dan Guru-guru berkaitan Pembelajaran Sains, Matematik dan STEM.
Info Funtastic KBAT STEM Maths & Add Maths Edition
Tarikh : 24 Disember 2019
Masa : 8.30am – 5.30pm
Tempat : CMN Academy, Bangi Gateway

Teknik Menulis Karangan Bahasa Melayu Gaya PRO

Adik-adik ini adalah contoh teknik bagaimana untuk membuat karangan dengan baik

JOM KITA MULA…!

1. Merangka karangan

  • Adik-adik harus baca soalan/tajuk dengan jelas dan fahami setiap soalan/tajuk yang diberi.
  • Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

Adik-adik tidak boleh menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang akan diperiksa ialah karangan itu, bukan rangkanya.

2. Menyusun rangka karangan

  • Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi adik-adik mencari isi.
  • Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
  • Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
  • Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
  • Isi penting jangan diulang-ulang.

3. Menulis karangan

  • Semasa menulis karangan adik-adik mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
  • Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
  1. Perenggan Pendahuluan
  2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
  3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
  4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
  5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
  6. Perenggan Penutup

4. Menyemak karangan

  • Setelah habis menulis karangan adik-adik perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan adik-adik yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
  • Haruslah baca berulang kali untuk  memastikan ketepatan karangan adik-adik.

5. Secara umum peruntukan masa untuk menulis karangan

Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ialah selama 30 minit . Seperti yang dinyatakan dibawah :

  • 4 minit mencari isi
  • 24 minit menulis karangan
  • 2 minit menyemak semula karangan
  • Jumlah = 30 minit

Haa adik-adik dah tahu kan teknik untuk menulis karangan . Semoga teknik menulis karangan ini bermanfaat untuk adik-adik . JUMPA LAGI……