CARA MUDAH BUAT RANGKA KARANGAN SPM
TEKNIK MENJAWAB
PENULISAN KARANGAN
Untuk menulis karangan , setiap karangan perlu mempunyai :
- Pendahuluan
- Isi
- Penutup
Saya mencadangkan pelajar menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan x 5 isi = 400 patah perkataan dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan. Jumlah keseluruhan karangan pelajar ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.
Pelajar juga perlu kenal pasti kehendak soalan.
Pelajar perlu baca , faham dan pelajar perlu buat berulang kali . Insyaallah pelajar dapat memperbaiki cara penulisan karangan pelajar.
Formula menulis karangan dengan baik :
PENDAHULUAN |
|
ISI |
|
PENUTUP |
|
Peringatan bagi rangka pendahuluan :
Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci.
Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
Peringatan bagi rangka isi :
Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
Tidak boleh mengulang isi dalam beberapa perenggan.
Peringatan bagi rangka penutup :
Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
Mesti memasukkan ayat harapan.