TAHNIAH BUAT ADIK-ADIK YANG MENGAMBIL PT3 SESI 2019 !!!

Assalamualaikum & Salam sejatera ,

Penantian yang sekian lama dinantikan kini telah pun tiba.

Kini tibalah masanya untuk pelajar, ibu bapa dan warga pendidik menerima keputusan PT3 dengan penuh keredhaan .

Pengumumam keputusan PT3 yang diterima haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran .

Sekalung tinggi penghargaan juga buat pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan PT3 sesi 2019 yang pastinya  merupakan sumber motivasi serta sumber semangat kepada generasi pelapis negara serta pewaris kepimpinan yang akan datang .

 

Tidak lupa juga kepada warga pendidik yang telah berbakti . Semoga apa jua pengorbanan,kesabaran yang tinggi warga pendidik ada ganjaran dan nilai yang besar di sisi Allah SWT .

Sekalung tinggi penghargaan dan syabas juga buat pelajar yang telah mencuba sehabis baik dan sehabis mampu ketika menjawab soalan peperiksaan .

Sudah pasti anda telah mencuba yang sebaik mungkin demi memenuhi impian ibu bapa , para pendidik dan juga orang tersayang untuk mencapai impian dan cita-cita yang diimpikan selama ini .

 

 

Spread the love