5 TIPS PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH

__

Assalamualaikum & apa khabar semua ?

Hari ini saya nak kongsi dengan adik-adik semua tentang TIPS PERSEDIAAN KEMBALI KE SEKOLAH !

Dengan sedikit persiapan yang saya akan kongsikan adik-adik tentu mampu mempersiapkan diri untuk kembali ke sekolah dengan lebih bersemangat & ceria.

Di bawah terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan

.

.

.

 

  •  Kelengkapan Sekolah

Bila barang sekolah sudah lengkap pastinya kita akan lebih bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.

  • Penampilan Diri

Sebelum memulakan persekolahan, mari kita siapkan diri kita supaya kelihatan kemas & bersih. Bila penampilan sentiasa kemas & bersih kita akan lebih yakin dengan diri sendiri

  • Membuat Jadual Harian

Untuk mendisiplinkan diri adik-adik perlu belajar untuk menjaga masa supaya lebih bersedia.  Antara perkara yang kita boleh masukkan ke dalam jadual adalah jadual waktu bangun pagi, jadual siapkan kerja rumah, bila waktu kita belajar & waktu kita bermain. Kalau waktu cuti kita sudah biasa dengan aktiviti-aktiviti yang santai, jadi kita perlu ada jadual untuk memastikan hari-hari persekolahan lebih tersusun dan masa diisi dengan berfaedah.

  • Ulangkaji Pelajaran

Seeloknya sepanjang cuti sekolah, adik-adik perlu membaca sepintas lalu buku-buku teks yang adik-adik dapat untuk persediaan mereka pada tahun hadapan. Apabila sekolah telah dibuka, adik-adik tidak terlalu terkejut dan terpinga-pinga apabila diajar oleh guru adik-adik. Jangan dilupakan juga latihan-latihan dari pelajaran tahun lepas. Ibu bapa juga perlu berpesan kepada adik-adik supaya tidak tinggal terus pelajaran sepanjang cuti sekolah ini, cukup sekadar hanya membuat beberapa soalan sahaja.

  • Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tahunan pastinya masih baru untuk masyarakat di Malaysia. Kebiasaannya kita akan ke klinik kesihatan apabila adik-adik tidak sihat. Jom kita terapkan penjagaan kesihatan dengan lebih jitu agar adik-adik dapat fokus pelajaran, kehadiran ke sekolah penuh sepanjang tahun dan tidak tercicir sebarang kelas. Cara ini anda boleh lakukan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Terdapat pelbagai pakej pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian tersedia. Lakukan bersama-sama seisi keluarga dan anda akan ketahui makanan tambahan yang anda perlukan dan vitamin yang sesuai akan disarankan.

 

 

 

Spread the love