SERVIS PEMBELAJARAN AL-QURAN DI RUMAH

YANG dapat BANTU IBU BAPA, KELUARGA, JUGA DIRI ANDA... SERONOK BELAJAR & MENDALAMI AL-QURAN DAN FARDHU AIN BERSAMA HOME TUITION MENTORING CMN ACADEMY!

Adakah anda masih mempunyai ibu atau bapa yang masih hidup?

Anda nak berikan sesuatu yang istimewa kepada mereka atau keluarga?

Tergamakkah anda membiarkan mereka pergi tanpa boleh membaca Al-Quran dengan baik?

Atau siapa yang akan bacakan Yasin dan solatkan anda jika anda yang pergi dulu jika anak-anak tak pandai baca Al-Quran?

“Mak teringin baiki bacaan Al-Quran, nak…” bisik mak dalam hati.

“Saya terkilan sangat sebab tak dapat baca Yasin bila ayah saya meninggal dunia tempohari, sebab tak pandai baca Al-Quran.”

“Sedih rasa bila tengok semua orang pandai baca Al-Quran dalam TV.”

Pernahkah anda terfikir jika ini terjadi kepada diri anda? Apa yang akan anda lakukan?

KENAPA HOME QURANIC MENTORING?

  • Sebagai anak, pastinya anda ingin hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada ibu bapa anda
  • Dan sebagai ibu bapa, anda pasti mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak dan keluarga
  • Menjadi satu kewajipan kepada semua muslim dan mukmin untuk belajar dan sentiasa cuba menambah baik ibadah terutamanya dalam membaca Al-Quran, dan Fardhu ain
  • Menjadi satu keperluan untuk belajar berguru di rumah apabila ibu bapa anda mempunyai kesulitan untuk keluar belajar mengaji/fardhu ain di luar
  • Trend terkini pembelajaran tambahan di rumah
  • Anda bebas menentukan jadual supaya tidak mengganggu aktiviti harian
  • Pakej yang berpatutan dan mampu milik!

ISTIMEWANYA HOME QURANIC MENTORING CMN ACADEMY

Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk belajar dan menerima ilmu, jadi pendekatan kepada setiap pelajar merupakan keutamaan kami.

Dengan misi kami untuk memberikan pendidikan secara fun learning bukan hanya dalam pendekatan daripada tutor, juga melalui modul-modul yang telah, sedang dan akan kami terbitkan.

Antara Kelebihan Home Quranic Mentoring CMN Academy

✔ Tutor melalui temuduga dan latihan dalaman berkala “Beyond Expectation Tutor” untuk asah dan improve cara pendekatan kepada pelajar

✔ Tutor/Guru datang ke rumah, lebih selamat, selesa dan mudah – tak perlu keluar.

✔ Fokus hanya kepada 1 pelajar atau max 5 orang saja (mengikut permintaan) – Tiada lagi isu segan atau malu nak tanya.

✔ Masa yang lebih Fleksibel

✔ Berpatutan – dapat berikan sesuatu yang istimewa untuk ibu bapa/anak/keluarga & diri

✔ Lebih komited – ada jadual & berbayar

✔ Pakej menarik & pelbagai potongan harga istimewa ke atas rangkaian modul & program anjuran CMN Academy

SIAPA YANG PERLU HOME QURANIC MENTORING?

  • Anda yang masih ada ibu bapa yang tak mampu keluar rumah atau segan belajar di tempat yang ramai orang
  • Sesiapa yang mempunyai salah satu masalah :
    • nak baca al-Quran tapi tak kenal huruf atau tanda baca
    • pendiam, malu, takut dan tak confident nak bertanya kepada guru dalam kelas yang ramai
    • agak lambat tangkap atau faham sesuatu pelajaran
    • anak tak fokus atau serius belajar jika ibu bapa yang mengajar sendiri
    • tiada teman atau pengajar untuk bantu semak bacaan di rumah
    • mempunyai masalah kesihatan atau kerjaya yang menyebabkan tidak dapat keluar rumah atau hadir ke kelas tetap
  • Anda bekerja, letih atau kurang masa nak hantar ibu bapa/anak ke tempat mengaji
  • Nak mengajar anak sendiri tapi anda pun kurang yakin dengan bacaan sendiri, ilmu tajwid, dan pendekatan yang sesuai untuk anak

Tutor kami menjalani temuduga sebelum terpilih untuk mengajar anak anda.

Sesi Training yang dijalankan bagi meningkatkan ilmu dan cara handle pelajar.

FAQ

Masa dan hari kelas boleh ditentukan dalam perbincangan awal. Sebarang perubahan kemudian boleh dibuat dengan perbincangan bersama antara tutor dan anda, dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

Kami pernah mengendalikan kes pelajar mild disleksia, mild autism dan yang agak lambat dalam menerima pembelajaran.

Pihak kami dan tutor akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anak anda. Berdasarkan pengalaman dengan pelajar kami, pelajar biasanya akan mengalami peningkatan dalam kefahaman, komunikasi dan pembelajaran. Kami tidak janji untuk pelajar cepat khatam al-Quran jika pelajar masih di tahap Iqra atau bacaan masih banyak perlu dibaiki. Atas usaha bersama antara pihak kami, tutor, pelajar dan anda, kami yakin, pelajar akan ada peningkatan yang ketara.

Caj tambahan hanyalah cas pendaftaran RM25/pelajar sekali untuk seumur hidup.

Tutor kami terdiri daripada ustaz/ustazah bertauliah dan bukan ustaz/ustazah bertauliah. Walaubagaimanapun, semua tutor wajib menjalani temuduga dan latihan berkala diberikan untuk meningkatkan cara pendekatan supaya lebih kreatif dan fleksibel semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai jenis pelajar.

Tutor kami mengajar kebiasaannya berdasarkan tahap pelajar. Contohnya, walaupun umur 60 tahun, tak semestinya terus membaca al-Quran. Jika bacaan tidak begitu baik atau kurang mengenal huruf, mungkin perlunya dimulakan dengan bacaan Iqra atau Muqaddam dahulu.

Kebiasaannya kami memberi 2 atau 3 pilihan tutor yang available dengan masa & hari cadangan anda. Jika tutor anda ingin berhenti, tutor perlu maklumkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tamat tugas. Kami akan uruskan penggantian tutor dalam masa tersebut.